You are on page 1of 15

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

KEM SUNGAI BESI


KUALA LUMPUR
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

TUGASAN KERJA KUMPULAN


SEMESTER 1 SESI AKADEMIK 2021/2022

PROGRAM : DIPLOMA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (DPP)


KURSUS : PRINSIP KEWANGAN
KOD KURSUS : DMB 2373
NAMA PENSYARAH: DR ZARINA KASSIM

KUMPULAN 4
NAMA PENUH NO MATRIKS
SARAH NURASHIKIN BINTI AHMAD SHUHAIRI 7210046
NUR AISYAH BINTI SHAMSUL BAHRIN 7210224
SHAMIZUL AIMAN BIN SAMSOOL 7210047
ZARIF DANIAL BIN ZAHRIN 7210053
MARKAH /100
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKASURAT

1 PENYATA KEWANGAN 3

2 I.JENIS-JENIS PENYATA KEWANGAN 3-4

3 II.CIRI-CIRI KUALITATIF 5

4 III.PENGGUNA PENYATA KEWANGAN 6

5 IV.KAEDAH MEMBUAT ANALISIS PENYATA KEWANGAN 7-9

6 V.JENIS-JENIS NISBAH DALAM PENYATA KEWANGAN, 10-15


FORMULA NISBAH DAN TUJUAN PENGIRAAN NISBAH.
PENYATA KEWANGAN

Penyata kewangan merupakan satu bentuk laporan yang menunjukkan kedudukan


kewangan sesebuah perniagaan bagi sesuatu tempoh yang tertentu.Laporan
kewangan ini mengandungi maklumat keuntungan atau kerugian perniagaan serta
kedudukan nilai aset, liabiliti dan ekuiti sesebuah perniagaan.

I.JENIS-JENIS PENYATA KEWANGAN


Penyata kewangan merupakan rekod kewangan yang melibatkan penyata
pendapatan, penyata aliran tunai, kunci kira-kira.

PENYATA PENDAPATAN
Penyata pendapatan terdiri daripada akaun perdagangan dan akaun untung rugi.
Akaun perdagangan mengandungi jualan bersih dan kos jualan, manakala akaun
untung rugi mengandungi hasil dan belanja.
KUNCI KIRA-KIRA
Penyata kunci kira-kira merupakan penyata kedudukan kewangan yang
menunjukkan harta dan hutang perniagaan.Penyata kunci kira kiraa mengandungi
butiran tentang aset (aset bukan semasa dan aset semasa),liabiliti (liabiliti semasa
dan liabiliti bukan semasa) dan ekuiti pemilik perniagaan.

Penyata Aliran Tunai


Penyata yang menunjukkan punca perolehan dan penggunaan dana/tunai bagi
suatu tempoh tertentu.Penyata aliran tunai melaporkan kegiatan aliran tunai
perniagaan, khususnya kegiatan operasi,pelaburan dan kewangan.Penyata ini
menunjukkan keupayaan perniagaan untuk menjelaskan liabiliti semasa seperti
bayaran kepada pembekal dan gaji pekerja dalam perniagaan.
II.CIRI KUALITATIF PENYATA KEWANGAN
Penyata kewangan yang disediakan perlulah mempunyai mutu dan kualiti yang
tertentu bagi membolehkan maklumatnya digunapakai dengan berkesan. Penyata
kewangan perlu disediakan dengan baik untuk memastikan pengguna dalaman dan
luaran dapat mendapat faedah daipada maklumat tersebut.Terbahagi kepada dua
ciri iaitu ciri kualitatif asas dan tertingkat.

Ciri kualitatif asas


 Kerelevenan
Maklumat yang digunakan dapat memberi mempengaruhi keputusan ekonomi
oleh pengguna
 Perwakilan benar
Penyata kewangan mesti bebas daripada kesilapan material, tidak berat
sebelah dan tidak mengelirukan. Pelaporan maklumat kewangan ini mestilah
didedahkan secara jujur.

Ciri kualitatif tertingkat


 Kebolehbandingan
-Penyata kewangan mestilah boleh dibandingkan mengikut jangka masa
untuk mengenal pasti kedudukan kewangan dan pencapaian syarikat.

 Kebolehfahaman
-Maklumat dalam penyata kewangan mestilah boleh difahami oleh pengguna
penyata kewangan.

 Kebolehsahan
-Pengguna berpengetahuan boleh mencapai kesepakatan ketika
menggunakan penyata kewangan.

 Pemasaan
-Maklumat tersedia pada masa keputusan dibuat dan boleh mempengaruhi
keputusan penyata kewangan.
III.PENGGUNA PENYATA KEWANGAN
Pengguna penyata kewangan terdiri daripada dua kategori iaitu pengguna dalaman
dan luaran.Pengguna dalaman penyata kewangan antaranya ialah pemegang
saham/pemilik dan pihak pengurusan.Manakala pengguna luaran penyata
kewangan ialah pelabur,pembiaya/insitusi kewangan dan pembekal/vendor.

Pengguna penyata kewangan:


 Pemegang saham/pemilik
Pemegang saham/pemilik boleh mengetahui kedudukan kewangan
perniagaan dan menentukan hala tuju perniagaan.Mengetahui keberuntungan
perniagan perniagaan dan bakal pulangan yang akan diperoleh.

 Pihak pengurusan
Penyata kewangan digunakan pihak pengurusan bagi menilai prestasi
perniagaan,membuat pertimbangan untuk pemberian ganjaran seperti bonus
dan dividen, perbandingan prestasi kewangan antara tahun semasa dengan
tahun sebelumya dan sebagai garis panduan untuk perancangan pengagihan
sumber dengan berkesan.

 Pelabur
Penyata kewangan yang baik dapat menyakinkan pelabur untuk melabur
dalam perniagaan.

 Pembiaya/Institusi kewangan
Pembiaya atau institusi kewangan menggunakan penyata kewangan bagi
mengetahui kemampuan perniagaan membayar hutang dan kredit

 Pembekal/Vendor
Laporan kewangan digunakan bagi menilaai keupayaan dan kecekapan
salam pengurusan hutang sebelum memberi kemudahan kredit atau
memberikan pinjaman kepada perniagaan.
IV.KAEDAH UNTUK MEMBUAT ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Analisis penyata kewangan perniagaan menggunakan penyata pendapatan dan


kunci kira-kira.

Penyata pendapatan:

 Mengukur prestasi perniagaan.

Dalam penyata pendapatan perniagaan, maklumat keuntungan sesebuah


perniagaan dapat diperolehi setelah hasil jualan ditolak dengan kos jualan.
Prestasi perniagaan yang bertambah baik akan menunjukkan jumlah
keuntungan perniagaan yang diperolehi semakin meningkat atau jumlah
kerugian perniagaan dapat dikurangkan dari tahun ke tahun

 Meningkatkan jumlah keuntungan.

Dalam meningkatkan jumlah keuntungan, pengurusan kewangan perlu


diselaraskan mengikut keperluan belanjawan dan pengagihan kewangan
secara sistematik. Keadaan ini dapat memastikan operasi perniagaan
berjalan lancar serta membantu perniagaan mengurangkan kos pengeluaran
dan memaksimumkan keuntungan.

Penyata pendapatan digunakan untuk:

 meramal pencapaian prestasi perniagaan pada masa hadapan.

 merancang strategi untuk meningkatkan jumlah keuntungan operasi

 mengawal jumlah perbelanjaan operasi mengetahui kedudukan kewangan


(kelebihan dan kekurangan) yang dihadapi oleh perniagaan dan tindakan
terbaik yang perlu diambil oleh pihak pengurusan.

 laporan kewangan bagi tujuan pinjaman dan pembiayaan disediakan


menggunakan penyata pendapatan.
Kunci kira-kira

Kunci kira kira digunakan untuk:

 Mengetahui kedudukan kewangan sesebuah perniagaan khususnya aset


perniagaan yang terdiri daripada aset semasa dan aset bukan semasa.
Mengetahui jumlah tanggungan perniagaan seperti ekuiti pemilik, liabiliti
semasa dan liabiliti bukan semasa.

 Mengetahui tanggungan atau hutang perniagaan kepada pihak luar.

 Mengetahui komponen ekuiti pemilik menerusi modal yang disumbangkan


atau untung bersih atau rugi bersih daripada kegiatan perniagaan.

Analisis operasi kewangan perniagaan menggunakan Titik Pulang Modal (TPM).Titik


pulang modal adalah situasi dimana perniagaan berada pada tahap tidak
memperoleh keuntungan mahupun kerugian.Titik pulang modal biassanya dilihat
berdasarkan kepada berapa jumlah jualan yang perlu diraih untuk mencapai tahap
pulang modal bergantung kepada harga jualan yang telah ditetapkan.

TITIK PULANG MODAL(TPM).

 adalah satu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil jualan sama
dengan jumlah kos.

 menunjukkan bahawa kuantiti pengeluaran tidak memberi sebarang untung


atau rugi iaitu jumlah hasil hanya cukup untuk menampung jumlah kos.

 menunjukkan tahap minimum jualan yang perlu diperoleh oleh perniagaan


supaya tidak akan mengalami kerugian.

 Jumlah pengeluaran yang kurang dari titik TPM akan menyebabkan


perniagaan mengalami kerugian.

 Jumlah pengeluaran yang melebihi titik TPM akan menyebabkan perniagaan


memperoleh keuntungan
Formula Titik Pulang Modal ialah:

KOS TETAP
= TITIK PULANG MODAL
JUALAN – KOS BERUBAH

Titik pulang modal(TPM) dapat ditentukan melalui graf.


V.JENIS-JENIS NISBAH DALAM PENYATA KEWANGAN, FORMULA
NISBAH DAN TUJUAN PENGIRAAN NISBAH.

Jenis-jenis nisbah dalam penyata kewangan terdiri daripada Analisi Nisbah


Untung, Analisis Nisbah Kecairan dan Analisis Nisbah Kecekapan.

Analisis Nisbah Untung:

 Peratusan Margin Untung Kasar:


 Margin untung kasar mengukur keuntungan setiap ringgit jualan
bersih.Semakin tinggi margin untung kasar, semakin baik kedudukan
syarikat.

Formula pengiraan peratusan margin untung kasar:

Untung Kasar
X100%
Jualan Bersih
Peratusan Margin Untung Bersih:

 Margin untung bersih mengukur keuntungan setiap ringgit jualan bersih.


 Semakin tinggi margin keuntungan bersih,menunjukkan kecekapan
pengurusan operasi.

Formula pengiraan peratusan margin untung bersih:

Untung Besar
X 100%
Jualan Bersih

Peratusan Untung Tokokan


 Peratusan menunjukkan keberkesanan perniagaan mengawal harga jualan
dan kos untuk memaksimumkan keuntungan .

Formula pengiraan peratusan untung tokokan:

Untung Kasar
X 100%
Kos Jualan
Peratusan Pulangan Atas Modal

 Peratusan menunjukkan keberkesanan perniagaan mengukur kadar pulangan


atas setiap ringgit modal yang dilaburkan.

 Formula pengiraan peratusan pulangan atas modal:

Untung Bersih
X 100%
Modal Awal
Analisis nisbah kecekapan
Nisbah kecekapan ialah nisbah yang menentukan kecekapan pihak pengurusan
perniagaan mengendalikan stok untuk menjana keuntungan.Analisis nisbah
kecekapan terdiri daripada pusing ganti stok dan pusing ganti aset.

Pusing Ganti Stok


 Kadar pusing ganti stok menunjukkan hubungan antara kos jualan dengan
stok purata.

 Nisbah ini berfungsi menggambarkan kekerapan pusingan stok dalam


setahun.

 Kadar pusing ganti stok dapat juga mengukur keupayaan firma menjual
barangannya dalam tempoh tertentu.

Formula pusing ganti stok:


Kos Jualan Barangan
Stok Purata

Pusing Ganti Aset


 Pusing ganti aset menunjukkan kecekapan perniagaan dalam menggunakan
aset untuk menjana jualan.
 Nisbah yang semakin tinggi adalah lebih baik kerana menunjukkan
kecekapan pengurusan aset.
Formula pusing ganti aset:
Jumlah Bersih
Jumlah Aset

Analisis Nisbah Kecairan


 merujuk kepada keupayaan aset dengan mudah dalam bentuk tunai tanpa
menjejaskan nilai aset.
 Nisbah kecairan merujuk kepada keupayaan syarikat untuk menukarkan ke
dalam bentuk tunai untuk tempoh yang singkat.
 Kedudukan kecairan yang tinggi menunjukkan perniagaan mampu
mendapatkan tunai untuk membayar hutang dalam tempoh yang singkat

Nisbah Semasa
Nisbah semasa mengukur kemampuan syarikat untuk membayar pinjaman jangka
pendek dengan menggunakan aset semasa.
Formula pengiraan nisbah semasa:

Aset Semasa

Liabiliti Semasa
Tujuan Pengiraan Nisbah Kecairan :
 Kecairan merujuk kepada keupayaan aset dengan mudah dalam
bentuk tunai tanpa menjejaskan nilai aset.

 Nisbah kecairan merujuk kepada keupayaan syarikat untuk


menukarkan ke dalam bentuk tunai untuk tempoh yang singkat.

 Kedudukan kecairan yang tinggi menunjukkan perniagaan mampu


mendapatkan tunai untuk membayar hutang dalam tempoh yang
singkat.

Tujuan Nisbah Semasa


 Nisbah semasa mengukur kemampuan syarikat untuk membayar pinjaman
jangka pendek dengan menggunakan aset semasa .

Tujuan Analisis Nisbah Kecekapan


 Nisbah kecekapan ialah nisbah yang menentukan kecekapan pihak
pengurusan perniagaan mengendalikan stok untuk menjana keuntungan .

 Analisis nisbah kecekapan terdiri daripada pusing ganti stok dan pusing ganti
aset.

You might also like