You are on page 1of 4

Rumusan

Dalam projek ini,perniagaan saya Kedai Korea Yau Dan Wong telah menggunakan
konsep prinsip dan andaian perakauan dalam merekod urus niaga dalam buku-buku
perakaunan. Antaranya ialah:

1. Catatan Bergu
Prinsip catatan Bergu menerangkan bahawa setiap urus niaga pasti direkodkan dalam
dua akaun yangberasingan iaitu akaun didebitkan dan akaun lagi dikreditkan dengan
amaun yang sama .

2. Kos Sejarah
Kos sejarah mununjuk kepada kos sebenar yang dibayar atau ditanggung semasa
sesuatu urus niaga itu berlaku.Setiap asset yang dibeli hendak direkod harga atau kos
tersebut.Nilai kos sejarah akan tidak berubah oleh itu nilai asset sentiasa dapat
deketahui dan pelarasan susut nilai dapat dilakukan.

3. Usaha yang Berterusan


Menurut konsep ini, perniagaan diandaikan mempunyai hayat yang berterusan.
Seterusnya perniagaan diandaikan akan terus beroperasi bagi suatu jangka masa yang
tidak terbatas dan aset yang dimiliki akan terus digunakan untuk mendatangkan
pendapatan kepada sesuatu perniagaan ini. Sebagai contoh Kedai Yau Dan Wong
mungkin telah berubah tetapi aktiviti perniagaan yang diurus oleh lembaga pengaruh
masih terus berjalan seperti sedia kala.

4. Tempoh Perakaunan
Perniagaan saya perlu membahagikan hayat perniagaan kepada tempoh perakaunan
yanng sama kerana hayat perniagaan diandaikan berterusan. Pembahagian hayat
kepada beberapa tempoh perakauan membolehkan perniagaan membandingkan
perniagaan antara dua tempoh perakauan. Tempoh perakauan adalah tetap bagi
sesebuah perniagaan bergantung pada saiz dan jenis perniagaan.Contoh tempoh
perakauan bagi perniagaan Kedai Korea Yau Dan Wong ialah pada 1 April 2017
hingga 30 April 2017.
5. Pelaporan berasaskan Nilai Saksama

Menurut konsep, nilai atau angka yang dilaporkan dalam penyata kewangan perlu
diselaraskan semula pada nilai pasaran sekiranya nilai asal, iaitu nilai kos sejarah
tersebut tidak lagi menunjukkan nilai yang saksama. Nilai saksama dalam Kunci
Kira-Kira akan memberikan gambaran yang lebih jelas tentang sesebuah
perniagaan atau dapat menunjukkan risiko yang mungkin dihadapi oleh
perniagaan tersebut.Dengan itu, penyata kewangan memberikan gambaran terkini
tentang perniagaan dan para pelabur dapat membuat penilaian yang lebih tepat.
Mengemukakan cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa dan jangka panjang
perniagaan

1.Cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa :

(a) Meningkatkan kecekapan pengurusan stok Dengan cara ini, saya dapat
mengurangkan risiko stok dengan mengimbangkan stok yangsedia ada. Sekiranya,
bilangan stok terlalu banyak, saya boleh mengurangkan tempahan stok sebaliknya
jika stok berkurangan, saya boleh membuat tempahan stok dengan lebih kerap.
Jikastok berkurangan, saya tidak dapat menepati permintaan pelanggan,saya
mungkin akankehilangan kepercayaan daripada pelanggan.

(b) Mengadakan promosi jualan besar Melalui promosi, lebih banyak pelanggan
dapat menarik untuk mengunjungi kedai saya danmembuat perbelanjaan. Mereka
akan belanja lebih banyak dengan harga yang lebih lumayan. Disamping itu, saya
boleh mengadakan promosi lebih kerap untuk menarik lebih banyak pelanggan.

(c ) Meningkatkan tempoh pengutipan hutang daripada penghutang.Dengan cara ini,


hutang lapuk boleh diminimumkan kerana penghutang membayar hutangdalam
masa yang singkat. Diskaun boleh diberikan kepada mereka untuk mengalakkan
merekamenjelaskan hutang dengan cepat

.(d) Mempercepatkan tempoh bayaran kepada pemiutangJika saya membuat


bayaran kepada pemiutang dalam tempoh yang ditentukan, sayamungkin diberi
diskaun yang banyak daripada pemiutang. Sekiranya saya tidak membuat bayaran
kepada pemuitang, nama baik perniagaan saya mungkin akan terjejas dan
merekaenggan berniaga dengan saya
Cadangan untuk meningkatkan prestasi jangka panjang perniagaan :

(a) Mengurangkan kos operasiMelalaui kaedah ini,saya dapat meningkatkan prestasi


perniagaan dalam jangka masa yang panjang. Saya juga boleh membuat kajian yang lebih jelas
dan menentukan strategi yang bolehdiambil untuk meningkatkan prestasi perniagaan saya.

(b) Melancarkan promosi jualanPromosi jualan boleh dilancarkan sebanyak empat kali setahun
dengan jualan yang lebihmurah terutamanya menjelang musim perayaan seperti perayaan Hari
Raya Aidilfitri ,TahunBaru Cina, , dan Hari Gawai. Pada musim perayaan, pelanggan lebih
senang dan mereka boleh bersiar-siar di pasar. Pelanggan boleh menjadi ahli untuk menikmati
lebih banyak faedah. Pada hari keahlian,mereka boleh membuat perbelanjaan dan berpeluang
untuk memenangi hadiah misteri

.(c)Meningkat kualiti stok Dengan cara ini,keyakinan pelanggan terhadap perniagan saya dapat
dijamindengan adanya kualiti barang yang baik. Saya perlu memilih stok yang akandijual
dengan memastikan kualiti stok yang sedia ada sentiasa baik. Hal ini bolehmeningkatkan
reputasi perniagaan saya.

(d) Membuat kajian terhadap perniagaan saya dari masa ke masa Saya boleh membuka pasaran
yang lebih luas supaya lebih ramai pelangganmengunjungi kedai saya.Selain itu,saya juga
boleh membuka cawangan di daerahyang lain seperti di Sepang , Kinta , Sabah dan Johor
Bharu.Perniagaan saya juga boleh diperluaskan dengan membuka cawangan di luar
Negara,contohnya HongKong dan Jepun

You might also like