You are on page 1of 2

CADANGAN 1

Cadangan Untuk Meningkatkan Prestasi Semasa Perniagaan


Untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan boleh dijalankan dengan meningkatkan
kecekapan pengurusan stok. Dengan cara ini, saya dapat mengurangkan risiko stok dengan
mengimbangkan stok yang sedia ada. Sekiranya, bilangan stok terlalu banyak, saya boleh
mengurangkan tempahan stok sebaliknya jika stok berkurangan, saya boleh membuat
tempahan stok dengan lebih kerap. Jika stok berkurangan, saya tidak dapat menepati
permintaan pelanggan,saya mungkin akan kehilangan kepercayaan daripada pelanggan.
Tambahan pula, promosi jualan besar boleh dilancarkan untuk meningkatkan prestasi semasa
perniagaan. Melalui promosi,dapat menarik lebih banyak pelanggan mengunjungi kedai dan
membuat perbelanjaan. Mereka akan belanja lebih banyak dengan harga yang lebih lumayan.
Selain itu, saya boleh meningkatkan tempoh pengutipan hutang daripada penghutang. Dengan
cara ini, hutang lapuk boleh diminimumkan kerana penghutang membayar hutang dalam masa
yang singkat. Diskaun boleh diberikan kepada mereka untuk mengalakkan mereka
menjelaskan hutang dengan cepat.Sehubungan dengan itu, saya boleh mempercepatkan
tempoh bayaran kepada pemiutang. Jika saya membuat bayaran kepada pemiutang dalam
tempoh yang ditentukan, saya mungkin diberi diskaun yang banyak daripada pemiutang.
Sekiranya saya tidak membuat bayaran kepada pemuitang, nama baik perniagaan saya
mungkin akan terjejes dan mereka enggan berniaga dengan saya.
Cadangan Untuk Meningkatkan Prestasi Jangka Panjang Perniagaan
Bagi meningkatkan prestasi perniagaan dalam jangka masa yang panjang, saya boleh
membuatkajian tehadap perniagaan saya dari masa ke masa. Sebagai contohnya, saya boleh
membuka pasaran yang lebih luas supaya lebih ramai pelanggan mengunjungi kedai saya.
Saya juga boleh membuka cawangan di daerah-daerah yang mashur di Negara kita.
Contohnya,Shah Alam, Ampang danBandaraya Kuala Lumpur . Selain itu,saya boleh
mengambil strategi panjang untuk membuka cawangan di negeri yang lain seperti di Sabah,
Sarawak dan Pulau Pinang. Saya juga boleh meluaskan perniagaan saya dengan membuka
cawangan di luar negara, contohnya China, Brunei danSingapura. Di samping itu, saya boleh
mengadakan promosi lebih kerap untuk menarik lebih banyak pelanggan. Promosi boleh
dilancarkan sebanyak empat kali setahun dengan jualan yang lebih murah terutamanya
menjelang musim perayaan seperti perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri,Hari
Gawaidan sebagainya. Pada musim perayaan, pelanggan lebih senang dan mereka boleh
bersiar-siar di pasar. Pelanggan boleh menjadi ahli untuk menikmati lebih banyak faedah.
Pada hari keahlian,mereka boleh membuat perbelanjaan dan berpeluang untuk memenangi
hadiah misteri.Sehubungan dengan itu, saya juga akan mengurangkan kos operasi untuk
meningkatkan prestasi perniagaan dalam jangka masa yang panjang. Saya boleh membuat
kajian yang lebih jelas dan menentukan strategi yang boleh diambil untuk meningkatkan
prestasi perniagaan saya.

CADANGAN 2
BAHAGIAN (n) - CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI SEMASA
DAN JANGKA
PANJANG PERNIAGAAN
a) Dengan Merujuk Analisis Penyata Kewangan dan Analisis Nisbah atau Penyata
Pendapatan.
Cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan.
i-Meningkatkan tahap jualan pelbagai kaedah promosi boleh digunakan.
Peniaga juga boleh memberi diskaun kepada pelanggan tetap yang mempunyai
rekod pembayaran balik yang baik.
ii-Mengubah stategi jualan - meningkatkan jualan tunai dan mengurangkan jualan
kredit. Dapat meningkatkan aliran tunai perniagaan dan mengurangkan risiko
hutang lapuk.
iii-Mengurangkan perbelanjaan - mengurangkan pembelian inventori secara pukal
- ini dapat mengurangkan kos penyimpanan inventori di gudang / setor,
mengurangkan risiko kerosakan, kecurian dan keusangan stok. Mencari pembekal
yang dapat memberikan harga dan kualiti barang yang terbaik.
b) Dengan merujuk kepada belanjawan tunai.
Cadangan untuk meningkatkan prestasi jangka panjang perniagaan.
**Jika Belanjawan Tunai menunjukkan Lebihan.
1 Mempebesarkan perniagaan - membuka cawangan di tempat lain sama ada
di bandar yang sama atau di daerah lain.
2 Menukarkan bentuk perniagaan daripada milikan tunggal kepada perkongsian
atau syarikat
sdn. Bhd.
3 Melaburkan lebihan wang ke dalam skim pelaburan yang bersesuaian untuk
mendapat pendapatan sampingan.
4 Membeli aset bukan semasa - membeli aset perniagaan yang dapat menjana
ekonomi.
**Jika Belanjawan Tunai menunjukkan Kurangan.
1 Memohon pinjaman daripada institusi kewangan atau memohon kemudahan
overdraf untuk meningkatkan aliran tunai.
2 Mengetatkan polisi perniagaan dalam pemberian kredit kepada pelanggan.
3 Memasukkan modal tambahan ke dalam perniagaan.

You might also like