You are on page 1of 1

Rumusan :

Saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus Prinsip Perakaunan ini
dalam tempoh masa dua bulan yang telah ditetapkan iaitu bulan April hingga ke bulan
Mei. Semasa melaksanakan tugasan ini, saya telah menguasai kemahiran seperti
mengorganisasi, menganalisis, mentaksir dan mengaplikasikan serta merekod
menguruskanniaga ke dalam buku catatan pertama dan akhirnya saya dapat
menyediakan Imbangan Duga dan Penyata Kewangan dengan betul. Saya juga dapat
memahami dan menghayati proses kitaran perakaunan yang lengkap untuk satu
tempoh perakaunan

Perniagaan saya, Syarikat Perniagaan J&Q telah mengamalkan konsep, perinsip dan
andaian perakaunan dalam merekod urusniaga dalam buku-buku perakaunan.
Antaranya ialah:

Wang Sebagai Ukuran :

Semua urus niaga mesti direkodkan dalam bentuk wang iaitu Ringgit Malaysia (RM).
Wang berfungsi sebagai alat perantaraan pertukaran dalam setiap urusniaga.
Contohnya, penilaian stok dijumlahkan dalam nilai RM.

Catatan Bergu :

Setiap urus niaga direkodkan dalam dua akaun yang berasingan, iaitu satu akaun
didebitkan dan satu akaun lagi dikreditkan dalam amaun yang sama. Contohnya,
Syarikat Perniagaan J&Q menjual barang niaga kepada Syarikat Muna sebanyak
RM500 secara kredit. Dalam buku perniagaan Syarikat Perniagaan J&Q, Akaun
Syarikat Muna akan didebitkan dengan RM 500 dan akaun jualan akan dikreditkan
sebanyak RM 500.

Tempoh Perakaunan :

Sesebuah perniagaan perlu membahagikan hayat perniagaan kepada tempoh


perniagaan yang sama kerana hayat perniagaan diandaikan berjalan secara
berterusan. Tempoh perakaunan adalah tetap bagi sesebuah perniagaan. Contohnya,
tempoh perniagaan Syarikat Perniagaan J&Q adalah selama setahun bermula dari 1
Mac 2018 hingga 28 Feb 2019.

Konsep prinsip Kos :

Semua aset perniagaaan yang diperoleh hendaklah direkodkan dalam Penyata


Kewangan dengan harga sebenar atau kos jualan bukannya nilai pasaran semasa atau
nilai hadapan.

Sebagai kesimpulannya, kerja kursus ini banyak memberi saya motivasi dan iktibar
dalam menguruskan akaun kepada sesebuah perniagaan yang mungkin berguna
kepada saya kelak.

You might also like