You are on page 1of 1

CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI SEMASA PERNIAGAAN

Dengan merujuk pengiraa analisis nisbah dan akaun perdangangan, cadangan untuk
meningkatkan prestasi semasa perniagaan ialah :-

1. NISBAH KEUNTUNGAN
Pulangan atas modalnya tidak besar iaitu 17.05%. Jumlah modal yang besar sepatutnya
menghasilkan keuntungan yang lebih besar tetapi ianya tidak berlaku. Oleh itu, keuntungan
perlu dipertingkatkan dengan cara meningkatkan tahap jualan seperti mengadakan promosi
dengan lebih agresif untuk menarik pelanggan. Selain itu, kita boleh mengubah strategi
perniagaan dengan memperluaskan lagi cawangan perniagaan di daerah atau di negeri lain.

2. NISBAH KECAIRAN
Perniagaan menunjukkan sumber kewangan yang sangat baik di mana perniagaan tiada
masalah terhadap bayaran Liabiliti iaitu Nisbah Semasa 2.86 : 1. Walau bagaimanapun,
perkara ini boleh dipertingkatkan lagi dengan cara mengurangkan liabiliti iaitu membayar
segera akaun belum bayar dengan mendapatkan diskaun tunai yang lebih baik atau membeli
barang niaga dengan kuantiti yang banyak dan mendapatkan diskaun niaga.

3. NISBAH KECEKAPAN
Kadar kutipan hutang kurang baik iaitu 167.17 hari. Kutipan hutang perlu dilakukan dengan
segera supaya dapat mengelakkan hutang lapuk. Kadar pusing ganti inventori pula
menunjukkan 1.89 kali sebulan. Perniagaan perlu mengurangkan pembelian inventori agar
dapat mengurangkan tempat penyimpanan barang. Secara tidak langsung, ia dapat
mengelakkan kecurian dan kerosakan barang niaga.

You might also like