You are on page 1of 2

MAKROEKONOMI STPM

Showing posts with label Alasan Perlunya Perdagangan Antarabangsa. Show all posts

Perdagangan Antarabangsa
Perdagangan Antarabangsa ialah pertukaran barang dan perkhidmatan antara negara-negara melalui
kegiatan eksport dan import.

Alasan Menjalankan Perdagangan Antarabangsa

Ahli-ahli ekonomi berpendapat perdagangan antarabangsa membolehkan negara-negara mengeluarkan


barangan pada keluk kemungkinan pengeluaran tetapi mencapai penggunaan di luar keluk tersebut.
Perdagangan antarabangsa membolehkan pecapaian tingkat kebajikan yang lebih tinggi.

Setiap negara mempunyai jenis dan mutu barangan yang berbeza. Perdagangan antarabangsa
membolehkan para pengeluar memperluaskan pasaran barangan dan para pengguna menikmati pilihan
barangan yang lebih luas dan mutu barangan yang lebih tinggi.

Labels: Alasan Perlunya Perdagangan Antarabangsa

Sebab Mengapa Keluaran Setiap Negara Berbeza


Perbezaan sumber semula jadi

Perbezaan kemahiran buruh dan pengusaha

Perbezaan tingkat teknologi

Perbezaan cita rasa pengguna

Perbezaan corak penggunaan

Persaingan daripada firma asing menggalakkan firma tempatan berusaha meningkatkan kecekapan
pengeluaran, menjalankan strategi memperluaskan pasaran antarabangsa dan berusaha meningkatkan
pendapatan eksport. Para pengguna turut menikmati harga barangan import yang lebih murah.

Pengkhususan dalam pengeluaran membolehkan firma-firma menikmati ekonomi bidangan dan


mengurangkan kos per unit (kos purata)keluaran.
Pandangan ahli ekonomi Adam Smith (yang mengemukakan Teori Faedah Mutlak dan David
Ricardo (yang mengemukakan Teori Faedah Berbanding) tentang keuntungan daripada pengkhususan
dan perdagangan bebas (pertukaran barang antara negara tanpa sekatan tarif, sudsidi eksport dan
kawalan kastam), telah menjadi asas kepada perdagangan antarabangsa sehingga sekarang.

You might also like