You are on page 1of 16

PERDAGANGAN ANTARABANGSA.

(PAB)
MAKSUD PERDAGANGAN ANTARABANGSA.
Apakah perdagangan Antarabangsa? -PAB bermaksud kegiatan mengekspot dan mengimpot barang dan perkhidmatan antara sesebuah Negara dengan negara lain. -contoh:Malaysia mengekspot minyak kelapa sawit ke Jepun / mengimpot mesin dari Jepun. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz mnar zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

SEBAB WUJUD PERDAGANGAN ANTARABANGSA


Terangkan sebab-sebab perdagangan antarabangsa dilakukan/dijalankan./sebab wujudnya PAB. a.Perbezaan sumber semula jadi. - negara yg kaya sumber semula jadi akan mengekspot ke negara lain dan sumber semula jadi yang tidak di dapati dari negaranya akan diimpot dari negara lain. - Contoh:Malaysia ekspot petroleum dan mengimpot berian drp Afrika Selatan. b. Iklim dan jenis tanah taneh. - perbezaannya akan menghasilkan pengeluaran pertanian /ternakan/perhutanan yang berbeza. - Iklim Malaysia sesuai keluarkan getah dan iklim New Zealand sesuai tanam epal,oren dan anggur. - Dengan PAB negara boleh menikmati barangan yang tidak upaya dikeluarkan tetapi diperlukan. c. Tingkat kecekapan pengeluaran. - kecekapan pengeluaran sesebuah Negara akan menyebabkan kos pengeluaran rendah berbanding Negara lain. - Negara Jepun yang cekap dalam pengeluaran kereta akan mengekspot kereta .Jepun mengimpot kapal terbang dari Amerika yg cekap dlm pengeluaran kapal terbang. d. Harga Faktor. - harga factor spt upah buruh murah spt di Indonesia banyak barang dikeluarkan pada harga lebih rendah. / - Negara yg harga faktornya tinggi akan melabur di Negara yang harga factor rendah spt upah buruh, sewa tanah dan faedah pinjaman modal. e. Budaya masyarakat. - sesetengah barangan bermutu dan istimewa kerana kecenderungan masyarakat sesebuah negara mengeluarkannya. - Contoh: kereta Jerman/Jepun ,minyak wangi Perancis , jam tangan - Switzerland - Utk memperolehi barangan tersebut perlu perdagangan antara negara. f. Citarasa Pengguna. - Penduduk sesebuah Negara mempuyai citarasa yang berbeza dan utk memenuhi citarasa tersebut Negara mengimpot dari Negara lain. - Contoh: Buah Kurma diimpot dari Iran / Rempah diimpot dari India.

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz mnar zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

PERSAMAAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DENGAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA.


Bincangkan persamaan di antara perdagangan dalam negeri dengan perdagangan luar negeri.@ Perdagangan antarabangsa adalah berbeza dengan perdagangan dalam negeri namun begitu wujud persamaannya. Terangkan persamaan tersebut.(1997) (i) Mendapat keuntungan / Motif Untung - PAB dan PDN bertuuan memaksimumkan untung. - PDN beli / keluarkan dengan kos rendah dan menjual pd harga lebih tinggi. - PAB ekspot pd harga lebih tinggi / impot pada harga lebih rendah. (ii) Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna - Pengguna memperolehi barangan daripada dalam dan luar negeri utk memenuhi keperluan dan kehendak mereka. / - .PDN dan PAB dpt memenuhi kehendak pengguna yang pelbagai. (iii) Memerlukan perkhidmatan sokongan yang sama. - bertujuan melancarkan aktiviti perdagangan. - Seperti perkhidmatan bank,insurans pengangkutan dan lain-lain. (iv) Melibatkan penggunaan dokumen. - memastikan segala urusniaga direkod dengan bersistem dan dapat memudahkan tugas perakaunan. - Seperti invois,nota kredit,nota debit dll. (v) meningkatkan taraf hidup rakyat. PDN dan PAB berpeluang menikmati pelbagai jenis barang dan perkhidmatan. - Mempunyai pilihan barangan yang lebih luas / harga yang lebih murah / mutu lebih baik. (vi) Mengamalkan pengkhususan. - kawasan yang menumpukan pengeluarkan barangan dapat menurunkan kos pengeluaran / meningkatkan output dan mutu barang / meningkatkan kepakaran sumber manusia. - Pengguna menikmati barangan yang lebih murah./bermutu.

PERBEZAAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DENGAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA.


Bincangkan perbezaan di antara perdagangan dalam negeri (PDN) dengan perdagangan antarabangsaPAB@ Mengapa lebih sukar memasarkan barangan ke luar negara jika dibandingkan dengan memasarkan barangan dalam negeri? (i) Jarak dan kos - PAB melibatkan jarak yang jauh dan kosya lebih tinggi. - PDN melibatkan jarak yang dekat dan kosnya lebih rendah. (ii) Sekatan perdagangan. - PDN tidak wujud sekatan perdagangan dan perdagangan bebas dilakukan dalam negara.

PAB wujud sekatan perdagangan spt duti impot , kuota dsb dan impot / ekspot barangan tidak bebas dijalankan di jalankan antara negara.

(iii) mata wang - PDN melibatkan penggunaan wang yang sama spt RM. - PAB melibatkan mata wang yang berbeza seperti penggunaan RM dan Dolar Amerika Syarikat. (iv) dokumen - PAB banyak gunakan dokumen Contoh dokumen - bil muatan janji carter ,bil udara dll. - PDN tidak banyak gunakan dokumen Contoh dokumen - invois,nota kredit/debit dan penyata akaun. (v) Bahasa. - PAB biasanya menggunakan bahasa inggeris / pelbagai bahasa. - PDN biasanya menggunakan bahasa kebangsaan negara berkenaan. (vi) Kebudayaan - PDN barang yang dikeluarkan / pasarkan berkait dengan budaya dan cara hidup masyarakat tempatan. - PAB ekspot / impot bergantung kepada permintaan rakyat sesebuah Negara. (vii) Sempadan perdagangan. - PDN dijalankan dalam lingkungan sempadan sesebuah negara. - PAB dijalankan di luar sempadan negara / sekurang-kurangnya dua buah Negara / melibatkan sempadan antarabangsa.. (viii) Sukatan dan timbangan. - PDN menggunakan sukatan dan timbangan yang sama / seragam seperti sistem metrik. - PAB menggunakan sukatan dan timbangan yang berbeza dan menyulitkan seperti sistem empirikal. (ix) moboliti faktor pengeluaran. - PAB pergerakan factor spt buruh tidak bebas / sangat terhad / tertakluk kepada kebenaran sesebuah Negara. - PDN pergerakan faktor spt buruh lebih bebas tanpa halangan dan sekatan. (x) Pasaran. - PDN pasaran terbatas dalam sempadan negeri / jumlah urusniaga terhad @ kecil. - PAB pasarannya lebih luas / jumlah urusniaganya besar. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz mnar zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

KEBAIKAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA.


(i) Memperoleh barangan yang tidak dikeluarkan di dalam Negara. Negara boleh mengimpot pelbagai jenis barangan / spt Malaysia mengimpot kapalterbang daripada Amerika Syarikat. (ii) Menawarkan pilihan yang pelbagai. memberi pilihan yang pelbagai kepada pengguna mengikut citarasa dan kemampuannya / spt rakyat Malaysia boleh pilih kereta tempatan atau kereta impot / meningkatkan taraf idup pengguna. (iii) Menikmati barang dengan harga yang lebih murah. pengkhususan pengeluaran menyebabkan kos pengeluaran menjadi lebih rendah / harga yang lebih murah / mutu yang lebih baik. / Contoh : rakyat Malaysia dapat menggunakan computer yg diimpot drp Amerika Syarikat dengan harga yang murah.

(iv) Meluaskan pasaran. membolehkan lebihan penawaran diekspot ke luar Negara / membolehkan firma meningkatkan keuntungan

(v) Menggalakkan penggunaan teknologi. membolehkan pengusaha tempatan menggunakan teknologi baru @ mesin moden / menngkatkan daya pengeluaran / meningkatkan kualiti keluaran. (vi) Meningkatkan kecekapan pengeluaran . pengeluar tempatan berusaha meningkatkan mutu / mengurangkan kos pengeluaran / menghalang firma mengenakan harga yang lebih tinggi utk bersaing dengan barang ekspot / menggalakkan penyelidikan / mempercepatkan penggunaan teknologi baru. (vii) Menambah peluang pekerjaan. menggalakkan pelabur asing / firma membesarkan skala pengeluaran yang menambah jumlah pekerjaan dan mengurangkan pengangguran. (viii) Menggalakkan peaburan. kerana dasar ekonomi terbuka menggalakkan kemasukan pelaburan asing / menggalakkan perkongsian ekuiti dengan pelabur asing spt industri kereta nasional. (ix) Mewujudkan hubungan baik dengan rakan dagang. dapat menggalakkan persefahaman dan kerjasama yang baik antara Negara spt dari segi politik, social dan kebudayaan.

KEBURUKAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA.


(i) Merugikan Negara membangun. kerana biasanya ia mengimpot bahan mentah @ keluaran utama / wujud perbezaan kekayaan antara Negara maju dengan Negara membangun. (ii) Terlalu bergantung pada sector ekspot atau impot. harga barang ekspot jatuh membawa peningkatan pengangguran @ pendapatan Negara terjejas. Bergantung kpd impot menghadapi risiko tinggi spt jika Negara asing hentikan urusniaga sebagai tindakan sabotaj. (iii) Mengamalkan pengkhususan yang berlebihan. perdagangan Negara menghadapi risiko jika Negara lain menemui barang pengganti / Negara pesaing menjadi semakin cekap dalam keluaran yang sama. (iv) Kurang mobiliti sumber. masalah mobility pekerjaan krn pengalaman dan kemahiran pekerjaan industri tertentu tidak dapat diserapkan ke industri lain / menghadapi mobility geografi kerana pelbagai sekatan spt visa & permit kerja. (v) Mengamalkan dasar perlindungan. Negara pengekspot yang terlibat dengan dasar pelindungan akan bertindak balas mengurangkan impotnya / industri tempatan yang berkaitan menjadi tidak cekap. (vi) Menimbulkan masalah lambakan.

Keluaran firma asing harganya lebih rendah drp keluaran industri tempatan / menjejaskan perkembangan industri tempatan. (vii) Menyebarkan budaya yang tidak sihat. - budaya asing yang tidak sesuai mudah tersebar / wujud pelbagai masalah social / contoh spt pergaulan bebasdi kalangan penduduk tempatan.

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz mnar zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

KOMPOSISI EKSPORT DAN IMPORT


Apakah impot? -belian yang dilakukan ke atas barangan dan perkhidmatan dari negara lain. -Merupakan aliran keluar wang negara. Apakah ekspot? -Sesuatu jualan yang dilakukan kepada pihak asing/negara lain. -merupakan aliran masuk wang ke dalam negara.

KOMPOSISI EKSPORT
-dibahagikan kpd 2 jenis: - Ekspot barang nampak - Ekspot barang tidak nampak Terangkan komposisi ekspot barsng nampak dan ekspot barang tak nampak Malaysia.

I. Komposisi eksport barang nampak Malaysia:


-terdiri daripada barang-barang sahaja. -dibahagikan kpd 2 sektor: - Komoditi utama - Barang perkilangan A. Komoditi Utama. - terdiri drp 2 komponen: a.Komoditi pertanian- ekspot getah,minyak kelapa sawit,koko ,kayu balak dan lada hitam. b.Komoditi perlombongan - ekspot petroleum,bijih timah , gas asli dan gas cecair asli. (rujuk buku teks ms 157 jadual 3.2) B.Barang perkilangan - ekspot barang elektronik,tekstil,kelengkapan pengangkutan , keluaran getah, makanan dan minuman keluaran petroleum, keluaran bukan galian dan keluaran kayu. (rujuk buku teks ms 158 jadual 3.3 & 3.4)

II.Komposisi eksport barang tidak nampak Malaysia:


-terdiri drp perkhidmatan sahaja. -dibahagi kpd 4 kumpulan: a.Pengangkutan dan insurans Malaysia mengekspot pengnagkutan dan insurans jika rakyat asing menggunakan kapal terbang ,kapal laut dan insurans yang disediakan oleh syarikat tempatan.

b.Perjalanan- Malaysia mengekspot perkhidmatan perjalanan jika pelancong asing melancong dan berbelanja di Malaysia. c.Urusniaga kerajaan- perbelanjaan rakyat asing jika rakyat asing menggunakan kemudahan dan harta yang disediakan oleh kerajaan Malaysia spt pengkalan udara / jabatan kedutaan asing di Malaysia. d. Perkhidmatan lain pendapatan drp bayaran khidmat professional, komisen, gaji dan elaun yang diterima oleh rakyat Malaysia di Negara asing. (rujuk buku teks ms 160 jadual 3.5 & rajah 3.2) zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz mnar zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

KOMPOSISI IMPORT
Terangkan komposisi impot barang nampak dan barang tidak nampak Malaysia.

I.

Komposisi import barang nampak Malaysia.

-impot barang-barang sahaja. -dibahagikan kepada 5 bahagian: a. Barang penggunaan barang akhir/siap dan boleh terus digunakan oleh pengguna - Contoh : makanan,minuman, pakaian, buku, alat sukan dan barangan tahan lama spt kereta,televisyen dan komputer. b. c. Barang perantaraan barang /bahan mentah yang diimpot dan harus diproses menjadi barang akhir. Contoh : bahan kimia,bahan plastik,emas separuh pembuatan , komponen elektronik dan alat ganti kereta..

Barang pelaburan (modal) - barang modal yang diimpot untuk membantu proses pengeluaran barang. - contoh: spt jentera perkilangan , kelengkapan pengangkutan dan mesin pemasangan kereta. d.Barang impot utk ekspot semula barang yang diimpot untuk tujuan diproses dan akan diekspor semula dalam bentu barang siap atau separuh siap. - Contoh Malaysia impot bahan kimia untuk mengeluarkan keluaran petrokimia dan diekspot semula ke negara lain. e.Barang impot lain barang yang diimpot untuk penggunaan terus dan kegunaan pengeluaran. - Contoh : bahan api dan pelincir. (rujuk buku teks ms 162 jadual 3.6 & rajah 3.3)

II.
a.

Komposisi impot barang tidak nampak Malaysia.


terdiri daripada impot perkhidmatan sahaja. Dibahagi kepada empat kumpulan: Pengangkutan dan insurans jika rakyat Malaysia menggunakan syarikat insurans, penerbangan, perkapalan asing .

b. Perjalanan pelancong/rakyat Malaysia melancong dan berbelanja di luar negara/ jemaah haji. Malaysia ke Mekah. c. Urusniaga kerajaan perbelanjaan rakyat Malaysia yang menggunakan kemudahan dan harta yang disediakan oleh kerajaan Negara asing. Contoh : perbelanjaan kedutaan Malaysia di Negara asing.

d.

Perkhidmatan lain apabila rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan professional, komisen, elaun dan membayar royalty ke luar negeri.

(rujuk buku teks ms 163,164 jadual 3.7 &rajah 3.4)

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz mnar zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

RAKAN DAGANG NEGARA


Rakan dagang ekspot Malaysia. a. Amerika Syarikat b. Asia Timur (kecuali Jepun) c. Singapura. d. Kesatuan Eropah e. Jepun f. ASEAN (kecuali Singapura) g. Lain-lain Rakan dagang impot Malaysia. a. Asia Timur (kecuali Jepun) b. Jepun c. Amerika Syarikat d. Singapura e. Kesatuan Eropah f. ASEAN (kecuali Singapura) g. Lain-lain RAMALAN CORAK KOMPOSISI EKSPOT DAN IMPOT MALAYSIA. a. (i) Ramalan komposisi ekspot barang nampak: Ekspot barang pembuatan dijangka berkembang spt barang elektrik dan elektronik. Kerajaan menggalakkan pelaburan langsung industri (FDI) spr pembuatan berteknologi tinggi. Ekspot pertanian dijangka meningkat terutama dari kelapa sawit. Ekspot perlombongan dijangka menurun harga minyak mentah dan gas asli sederhana. (ii)Ramalan komposisi impot barang nampak: Barang modal dan barangperantaraan dijangka berkembang. Impot barang penggunaan meningkat dengan sederhana. Barang yang diimpot untuk ekspot semula dijangka berkurangan. b. Ramalan komposisi ekspot dan impot barang tidak nampak: Eksport perkhidmatan dijangka meningkat dan menjadi komponen terbesar. Impot perkhidmatan dijangka melebihi ekspot perkhidmatan. Sector pengangkutan dan insurans tempatan dijangka berkembang. RAMALAN CORAK RAKAN DAGANG UTAMA MALAYSIA PADA MASA DEPEN. a. Rakan dagang ekspot Malaysia: Tiga rakan dagang utama / tradisi ialah Amerika Syarikat, Singapura & Jepun.

Sumbangan yang semekin meningkat dari ASEAN (kecuali Singapura) Timur Laut Asia (kecuali Jepun) Kalangan kesatuan Eropah semakin penting Penerokaan pasaran baru spt ke Asia Barat, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu.

b. Rakan dagang impot Malaysia: Jepun dijangka menjadi rakan dagang impot ketiga terpenting selepas Amerika Syarikat dan ASEAN. Hubungan rakan dagang impot dengan Singapura semakin merosot. Hubungan dagangan dengan China ,Taiwan, Korea Selatan dan Hong Kong terus meningkat. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz mnar zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

IMBANGAN DAGANGAN
Maksud imbangan dagangan. - penyata/ rekod yang menunjukkan semua jumlah ekspot nampak dan impot nampak sesebuah Negara dalam tempoh satu tahun. - Imbangan dagangan = Nilai ekspot nampak Nilai impot nampak. Imbangan dagangan terbahagi kepada tiga keadaan: I.Imbangan dagangan seimbang. - berlaku jika nilai ekspot nampak sama dengan nilai impot nampak. Contoh Pengiraan:

II.Imbangan dagangan lebihan (positif) - berlaku jika nilai ekspot nampak melebihi nilai impot nampak. Contoh Pengiraan:

III.Imbangan dagangan kurangan (negative) - berlaku jika nilai ekspot nampak kurang daripada nilai impot nampak. - Contoh pengiraan:

(rujuk buku teks ms 174 jadual 3.8)

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz mnar zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

PENGIRAAN IMBANGAN DAGANGAN


Contoh Pengiraan : Langkah 1 : Mengira nilai ekspot barang nampak EKSPORT RM Juta -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Eksport barang pembuatan + + + Eksport minyak kelapa sawit Eksport petroleum mentah Eksport Gas Cecair Asli

Jumlah nilai eksport barang nampak ========================================================================== Langkah 2: Mengira nilai import barang nampak IMPORT RM Juta ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Import barang perantaraan + + Import barang modal Import barang penggunaan

Jumlah nilai import barang nampak ========================================================================== Langkah 3: Mengira nilai imbangan dagangan Imbangan dagangan = Nilai eksport barang nampak nilai import barang nampak NILAI EKSPORT DAN IMPORT RM Juta ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jumlah nilai eksport barang nampak Jumlah nilai import barang nampak

Imbangan dagangan ======================================================================== Tafsiran keadaan imbangan dagangan:

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz mnar zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

IMBANGAN PEMBAYARAN
1. Maksud imbangan pembayaran. - penyata yang merekod semua jumlah penerimaan kewangan dan jumlah pembayaran keawangan antara sesebuah Negara dengan Negara lain dalam tempoh satu tahun. 2. Mengandungi 3 jenis akaun: a. akaun semasa b. akaun modal (akaun modal dan kewangan) c. akaun pergerakan kewangan AKAUN SEMASA a. Maksud merekod semua penerimaan dan pembayaran kewangan kerana aktiviti mengeksport dan mengimport barang , perkhidmatan, pendapatan dan pindahan semasa b. Butir-butir akaun semasa: Akaun dagangan Akaun perkhidmatan Akaun pendapatan Akaun pindahan semasa (i) (ii) (iii) (iv) Akaun dagangan merekod jumlah nilai eksport dan nilai impot barang nampak sesebuah Negara dalam tempoh setahun. Akaun Perkhidmatan merekod nilai eksport dan nilai import barang tidak nampak untuk tempoh setahun. Akaun Pendapatan merekod semua penerimaan pendapatan dari luar Negara dan pembayaran pendapatan ke luar Negara dalam tempoh setahun. Akaun Pindahan semasa = merekod bayaran pindahan yang dilakukan dan diterima oleh pihak kerajaan dan pihak swasta sesebuah Negara dalam tempoh setahun.(bayaran yang dibuat tanpa membuat pertukaran barangan)

c. PENGIRAAN AKAUN SEMASA i. Imbangan akaun semasa diperoleh dengan membandingkan semua jumlah penerimaan dengan jumlah pembayaran yang dibuat bagi semua akaun di dalam akaun semasa/ ii.Cara Akaun Semasa diperolehi: Imbangan akaun dagangan + imbangan akaun perkhidmatan + imbangan akaun pendapatan + Akaun pindahan semasa _____________________________

10

IMBANGAN AKAUN SEMASA =========================

d.Latihan Pengiraan Akaun semasa:


Langkah 1: Mengira akaun dagangan. o Akaun dagangan = Nilai eksport barang nampak Nilai import barang nampak

Langkah 2: Mengira akaun perkhidmatan. o Akaun perkhidmatan = Pengangkutan + Perjalanan + Perkhidmatan lain + Urus niaga kerajaan.

Langkah 3: Mengira Akaun Pendapatan. o Akaun Pendapatan = Pampasan Pekerja + Pendapatan Pelaburan

Langkah 4: Mengira pindahan semasa bersih o Pindahan semasa bersih = Penerimaan pindahan semasa pembayaran pindahan semasa

Langkah 5 : Mengira Akaun semasa o Akaun Semasa = Akaun dagangan + Akaun Perkhidmatan + Akaun Pendapatan + Pindahan semasa bersih.

11

Lengkapkan jadual dengan butir-butir akaun semasa: AKTIVITI Malaysia menghantar makanan ke Afghanistan. Universiti Malaya membayar kepada Profesor Ekonomi Jepun. Perbelanjaan pentadbiran Kedutaan Malaysia di Indonesia. Impot buah-buahan drp Australia. Pelajar Bosnia di UIA, Gombak. Dividen yang di bayar oleh Bank Islam Malaysia kpd rakyat Arab Saudi yang menabung. Rakyat Pakistan yang bekerja di Malaysia mengirim wang kepada Keluarga mereka. Proton menghantar keretanya ke Britain. AKAUN MODAL (Akaun modal dan kewangan)
a. b. c. Maksud merekod semua pergerakan modal antara sesebuah Negara dengan Negara yang lain. Imbangan modal / Pergerakan bersih = jumlah pergerakan modal masuk jumlah modal yang keluar IMBANGAN PEMBAYARAN / KESELURUHAN = IMBANGAN AKAUN SEMASA + IMBANGAN AKAUN MODAL.

JENIS AKAUN

AKAUN PERGERAKAN KEWANGAN


A. Maksud merekod aliran rizab antarabangsa ( aliran rizab pertukaran asing atau simpanan emas) sesebuah Negara dengan Negara lain apabila Negara tersebut mengalami imbangan pembayaran lebihan atau imbangan pembayaran kurangan . B. Imbangan pembayaran kurangan (negative) rizab antarabangsa akan digunakan untuk menampung kekurangan tersebut. C. Imbangan pembayaran positif (lebihan) jumlah rizab antarabangsa akan bertambah sebanyak nilai lebihan.

12

Lengkapkan jadual di bawah dengan butir-butir akaun modal dan akaun pergerakan kewangan:
AKTIVITI Imbangan keseluruhan Negara menunjukkan kekurangan. Pengusaha Malaysia membuka kilang di China. Public Finance membeli surat jaminan kerajaan Singapura. Syarikat Sony membesarkan kilangnya di Malaysia. Penerimaan kewangan dari luar Negara lebih besar drp pembayaran kewangan ke luar Negara pada tahun 2003 JENIS AKAUN

SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA

a. Bentuk Sekatan Perdagangan :


o o o o o o TARIF KUOTA SUBSIDI KAWALAN PERTUKARAN ASING EMBARGO SEKATAN BUKAN EKONOMI

TARIF (duti import) Maksud cukai yang dikenakan terhadap barang import . Tujuan - melindungi pengeluar tempatan. - menyekat penawaran barang import. Kesannya harga barang import meningkat. Tarif terbahagi kpd 2 bentuk: - Tarif spesifik cukai tetap terhadap setiap unit barang yang diimport.(RM1000 utk setiap jentera) - Tarif ad-valorem cukai yang dikenakan mengikut nilai barang (5% terhadap nilai makanan yang diimport) KUOTA Maksud kuantiti / had maksimum yang dibenarkan ke atas kuantiti barang yang diimport dalam jangkamasa tertentu. Tujuan melindungi industri muda / tempatan - penawaran barang import terhad SUBSIDI Maksud bantuan kerajaan kepada pengeluar tempatan untuk mengurangkan kos pengeluaran Kesan harga barangan keluaran tempatan akan menjadi lebih murah berbanding harga barang import. KAWALAN PERTUKARAN ASING Maksud - dasar kerajaan mengehadkan pembelian mata wang asing oleh pengimport. Kesan pengimport terpaksa mengurangkan importnya. EMBARGO Maksud larangan mengimport barang-barang dari Negara tertentu . Kesannya mengurangkan persaingan dengan pengeluar tempatan.

13

SEKATAN BUKAN EKONOMI Maksud sekatan yang dkenakan dalam bentuk penguatkuasaan undang-undang / peraturan / syarat ke atas barangan impot untuk mengawal kemasukannya. Contoh logo khas spt halal , Belilah barang buatan Malaysia , peraturan kesihatan spt bersih dan selamat.

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz mnar zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

b. Tujuan sekatan perdagangan antarabangsa:



(i)

Sumber hasil kerajaan Melindungi industri muda dan tempatan Anti lambakan Menghadapi persaingan Keselamatan
Sumber hasil kerajaan -kerajaan mengenakan pelbagai jenis tariff -sumber hasil penting kerajaan. Melindungi industri muda dan tempatan -membolehkan industri muda berkembang dan bersaing. -industri tempatan menjadi lebih ukuh serta berdaya saing. Antilambakan -mengurangkan kuantiti barang import yang berada di pasaran. -mengelakkan barang import memenuhi pasaran. Menghadapi persaingan -barang tempatan dapat bersaing dengan barang import. -industri tempatan berkembang & berdaya saing (R&D) Keselamatan -menghalang import barang yang membahayakan keselamatan & kesihatan -melindungi industri penting spt industri beras.

(ii)

(iii)

(iv)

(v)

c. Kebaikan sekatan perdagangan antarabangsa


(i) mengurangkan penawaran barang import -tarif - harga barang import mahal /harga barang tempatan murah. -kuota - mengehadkan jumlah barang import di pasaran .

(ii)

meningkatkan permintaan terhadap barang tempatan -tarif menjadikan harga barang tempatan lebih murah berbanding barang import. Subsidi menjadikan barang keluaran tempatan lebih murah dan seterusnya meningkatkan eksport.

14

(iii) (iv) (v) (vi)

mengurangkan pengangguran -perkembangan industri tempatan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. meningkatkan pendapatan Negara -melaui kutipan tariff impot meningkatkan hasil Negara. memperbaiki imbangan pembayaran -kejatuhan jumlah nilai import akan memperbaiki imbangan pembayaran. Melindungi industri muda. -melindungi industri muda daripada persaingan. -harga keluaran industri muda lebih murah secara relatif. -berpeluang meningkatkan kecekapan pengeluaran

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz mnar zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

KEBURUKAN SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA


(i) Salah pengagihan sumber -peruntukan sumber akan tertumpu kpd industri yang diberi perlindungan & bukan berpandu kecekapan pengeluaran. (ii) Merugikan pengguna -tarif menyebabkan pengguna terpaksa membayar harga yang lebih tinggi. -mengehadkan pilhan pengguna.

(iii)

Pengagihan pendapatan yang tidak adil -pendapatan eksport Negara membangun berkurangan terutama yang bergantung kpd sector utama. -menjejaskan pendapatan buruh yang terlibat dengan sector eksport. (iv) mengurangkan eksport -tindakbalas yang sama drp Negara asing yang barangnya dikenakan sekatan -mengeluarkan sendiri barang pengganti import. mewujudkan monopoli -krn industri tempatan cenderung bergabung untuk menguasai pasaran. -pengeluar tempatan mungkin mengenakan harga yang mahal.

(v)

(vi)

ketidakcekapan dalam industri tempatan -perlindungan kerajaan menyebabkan firma tempatan tiada kecenderungan meningkatkan kecekapan / daya saing. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz mnar zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

UJI MINDA
KENAL PASTI BENTUK-BENTUK SEKATAN BERIKUT:
Penerangan 1.Cukai dikenakan terhadap barang dan perkhidmatan yang diimport. 2. Kerajaan Malaysia menghentikan import daging lembu dari Australia kerana dikhuatiri tidak selamat Bentuk sekatan perdagangan

15

dimakan. 3. Kerajaan membantu pengeluar tempatan dengan cara memberi bantuan kewangan. 4. Kerajaan tidak mengimport barang dari Israel kerana menentang dasar Negara tersebut mnindas rakyat Palestin. 5. Bank Negara Malaysia mengehadkan jumlah Pound Sterling yang boleh dibeli oleh para pengimport untuk suatu jangkamasa tertentu. Disediakan oleh , Mohd. Nazri Abdul Rahman Guru Cemerlang Ekonomi Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

mnar zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

16

You might also like