You are on page 1of 12

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

NOTA KULIAH 4
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA KURSUS UFE 1113 ASAS EKONOMI

SEMESTER 1

NO DAN TAJUK 4 PERDAGANGAN ANTARABANGSA

STANDARD 4.1 Menerangkan Perdagangan Antarabangsa


PEMBELAJARAN 4.2 Menjelaskan Komposisi Eksport dan Import

4.1 Menerangkan Perdagangan Antarabangsa


4.1.1 Memberikan maksud perdagangan antarabangsa
4.1.2 Menerangkan sebab-sebab wujudnya
perdagangan antarabangsa
4.1.3 Menerangkan persamaan dan perbezaan antara
perdagangan dalam negeri dengan perdagangan
antarabangsa
• Menerangakan persamaaan antara perdagangan dalam
negeri dengan perdagangan antarabangsa
• Menerangkan perbezaan antara perdagangan dalam
negeri dengan perdagangan antarabangsa
TUJUAN 4.1.4 Menerangkan kebaikan dan keburukan
perdagangan antarabangsa
• Menerangkan kebaikan perdagangan antarabangsa
• Menerangkan keburukan perdagangan antarabangsa
4.2 Menjelaskan Komposisi Eksport dan Import
4.2.1 Memberikan maksud eksport
• Menjelaskan eksport barang nampak
• Menjelaskan eksport barang tak nampak
4.2.2 Memberikan maksud import
• Menjelaskan import barang nampak
• Menjelaskan import barang tak nampak

NO KOD UFE 1113

NAMA PELAJAR

PROGRAM

NO. KAD PENGENALAN

TARIKH
4.1.1 Maksud Perdagangan Antarabangsa

- Perdagangan antarabangsa merujuk kepada urusan jual beli barang dan perkhidmatan
antara satu negara dengan negara yang lain.
- Berlaku dalam tiga bentuk iaitu:
Import Eksport Entreport
- membeli barang dan - Menjual barang dan - membeli barang dari luar
perkhidmatan tersebut dari perkhidmatan kepada negara dan menjual
negara lain negara lain. semula kepada negara
- berlaku apabila sesuatu - berlaku apabila lain.
barang dan perkhidmatan pengeluaran barang dan - Berlaku apabila
tidak dikeluarkan atau tidak perkhidmatan oleh sesebuah negara
mencukupi untuk sesebuah negara adalah memproses barang
menampung keperluan melebihi penggunaan atau import dan
rakyat dalam sesebuah keperluan rakyat tempatan mengeksportkannya
negara. sesebuah negara semula ke negara lain.
- Contohnya, Amerika - Contohnya, Amerika - Contohnya, negara India
Syarikat mengimport Syarikat mengeksport mengimport getah asli
minyak kelapa sawit dari kapal terbang ke dari Thailand dan
Indonesia Singapura. mengeksportnya ke
Jepun

4.1.2 Sebab-sebab wujudnya perdagangan antarabangsa


Perdagangan antarabangsa wujud akibat daripada pelbagai perbezaan yang wujud antara satu
negara dengan negara yang lain seperti yang berikut:

(A) Sumber Semula Jadi


1. Sumber-sumber semula jadi yang dianugerahi oleh Tuhan kepada setiap
negara adalah berlainan dengan negara lain.
2. Negara yang kaya dengan sesuatu sumber semula jadi akan mengeksport lebihan
sumber tersebut ke negara lain.
3. Contohnya, Malaysia dianugerahi dengan bijih timah, Brunei kaya dengan simpanan
petroleum dan Afrika Selatan kaya dengan simpanan emas dan berlian.

(B) Iklim dan Jenis Tanih


1. Keluaran hasil pertanian dan perhutanan sesebuah negara adalah berbeza antara
negara akibat daripada perbezaan iklim dan jenis tanah-tanih.

2
2. Contohnya, iklim khatulistiwa di Malaysiayang sesuai untuk menanam buah-buahan
seperti durian dan pisang dan iklim Mediterranean di Chile menanam buah-buahan
sitrus seperti epal, anggur dan strawberi.
3. Contohnya, tanih laterit di Malaysia yang sesuai ditanam dengan getah dan kelapa
sawit akan mengeksportnya ke negara lain diEropah.

(C) Tingkat Kecekapan Pengeluaran


1. Pengkhususan dan proses pengeluaran yang lebih cekap membolehkan sesebuah
negara mengeluarkan sesuatu barangan dengan kos pengeluaran yang lebih rendah
berbanding dengan negara lain.
2. Kecekapan pengeluaran hasil daripada kos faktor pengeluaran yang murah telah
mendorong pengeluaran secara besarbesaran dan seterusnya mengeksportkannya
ke negara lain.
3. Faedah berbanding ialah faedah yang dinikmati oleh sesebuah negara yang
sanggup mengeluarkan sesuatu barang dengan kos lepas yang lebih rendah
berbanding dengan negara lain berdasarkan sejumlah faktor pengeluaran dan pada
tingkat teknologi yang sama,
4. Contohnya, Amerika Syarikat dan Jepun yang cekap dan mengkhusus dalam
pengeluaran kapal terbang dan telefon bimbit telah mengeksport kedua-dua jenis
barang ini ke negara-negara lain.

(D) Budaya masyarakat


1. Budaya masyarakat yang berbeza akan mempengaruhi kecenderungan masyarakat
dalam pengeluaran sesuatu barangan.
2. Perbezaan budaya masyarakat biasanya melibatkan kemahiran dan minat pekerja
dalam mengeluarkan sesuatu barang dan perkhidmatan.
3. Contohnya, Perancis dan Jepun yang terkenal dengan pengeluaran minyak wangi
dan kereta akan mengeksport keluaran mereka ke negara lain.

(E) Harga faktor


1. Harga faktor pengeluaran seperti upah buruh,sewa tanah, dan faedah modal akan
mempengaruhi pemilihan teknik pengeluaran bagi sesuatu barang dan perkhidmatan.
2. Contohnya, bilangan buruh yang banyak dan kadar upah yang lebih murah di India
dan China membolehkan pengkhususan dalam pengeluaran tekstil dan pakaian serta
barang elektronik yang berintensifkan buruh.
3. Sebaliknya, Amerika Syarikat dan Jepun yang secara relatifnya mempunyai barang
modal yang lebih murah dan cekap akan mengkhusus dalam pengeluaran barang
seperti kapal terbang, kereta, dan jentera yang berintensifkan modal.
3
(F) Cita rasa pengguna
1. Cita rasa masyarakat terutamanya masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
jenis kaum adalah berbeza dan sukar dipenuhi dengan pengeluaran barang dan
perkhidmatan dalam negeri sahaja.
2. Untuk memenuhi pelbagai jenis cita rasa pengguna yang berbeza-beza, para peniaga
dan kerajaan harus mengimport pelbagai jenis barang dari luar negara.
3. Contohnya, pengimport tempatan akan mengimport ubat-ubatan atau herba tradisi
dari China untuk memenuhi permintaan masyarakat Cina dan juga ratusan jenis
rempah dari India untuk memenuhi kehendak kaum India

4.1.3 Persamaan Antara Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Antarabangsa

Aspek ekonomi

❖ Perdagangan dan pelaburan antarabangsa mempunyai persamaan dimana ia melibatkan


pelaku negara atau pelaku bukan negara dalam menjalankan aktiviti urusan-niaga.
❖ Ia turut melibatkan aktiviti seperti pertukaran barangan dan perkhidmatan antara negara
dengan negara dan tujuannya adalah untuk memperolehi keuntungan bagi menjamin
pembangunan ekonomi serta kepentingan nasional negara.
❖ Perdagangan melibatkan pertukaran barangan dan perkhidmatan secara langsung melalui
import dan eksport.
❖ Manakala pelaburan turut melibatkan pertukaran barangan atau perkhidmatant etapi secara
tidak langsung
❖ Contohnya seperti pelaburan di sesebuah wilayah,menerusi pasaran saham atau mata
wang, pelabur akan dapat meningkatkan modal kewangan.
❖ Pembelian aset seperti harta tanah, pelabur akan mendapat keuntungan yang tidak ternilai.
❖ Persamaan kedua-dua aktiviti ini dapat dilihat dalam hubungan perdagangan di mana
kedua-duanya turut menjalankan hubungan bilateral(satu negara dengan satu negara
sahaja) dan multilateral(satu negara dengan beberapa negara).
❖ Contohnya seperti China dengan Malaysia, China dengan Amerika manakala hubungan
multilateral dapat diperlihatkan menerusi penyertaan di WTO, ASEAN + 3, AFTA atau
perdagangan dengan Negara Kesatuan Eropah(EU).
❖ Di samping itu, perdagangan dan pelaburan juga mempunyai jangka masa dan
menghadapi risiko yang tertentu.
❖ Perdagangan antarabangsa yang dijalankan melalui pengangkutan(udara, laut, darat)
mempunyai risiko kerugian apabila barang yang diimport atau dieksport akan mengalami
kerosakkan atau kehilangan apabila menghadapi bencana alam seperti banjir,rampasan
oleh penganas atau lanun.
4
❖ Contohnya pada Ogos 2008, Syarikat Kontena MISC milik Malaysia yang mengangkut
minyak sawit dirampas oleh lanun. Manakala pelaburan juga menghadapi risiko yang tinggi
❖ Apabila pelaburan ditentukan oleh pasaran antarabangsa yang mengalami penurunan dan
peningkatan yang ketara.Contohnya seperti pasaran saham, dan mata wang asing.
❖ Krisis ekonomi Asia pada tahun 1998 telah menyebabkan negara rantau Asia mengalami
kemerosotan ekonomi dan hal ini telah menyebabkan pelabur yang mengalami kerugian
yang besar.
❖ Selain itu, perdagangan dan pelaburan turut meningkatkankeluaran Negara Kasar (KNK)
melalui import dan eksport.
❖ KNK mempengaruhiimbangan pembayaran dan keseimbangan perdagangan (Balance of
Trade).
❖ Ketidakseimbangan dalam ekonomi akan menyebabkan berlakunya defisit dan seterusnya
mengakibatkan inflasi dan pengangguran.
❖ Kedua-dua aktiviti turut mempunyai persamaan iaitu memperluaskan pasaran ekonomi
negaradi pasaran antarabangsa, meningkatkan pendapatan negara melalui aktiviti import
eksport, sektor perkhidmatan negara dapat diperluaskan di samping menyerap
perkhidmatan sampingan ke negara

Aspek Politik dan Sosial

❖ Ketidakstabilan sistem politik sesebuah negara akan mengakibatkan perdagangan dan


pelaburan sesebuah negara terjejas.
❖ Negara-negara seperti Afrika, Amerika Latin, Somalia, Thailand yang mempunyai politik
yang tidak stabil, rampasan kuasa atau peperangan akan menyebabkan pelabur tidak
berminat untuk berdagang di negara tersebut.
❖ Selain itu,masalah sosialseperti kadar jenayah yang tinggi, kadar kemiskinan tinggi dan
jurang pendapatan akan menyebabkankuasa pembelian menurun dan hal ini turut
menyebabkan aktiviti-aktiviti ini terjejas.
❖ Di samping itu, perdagangan dan pelaburan dapatmeningkatkan imej dan prestij negara di
pasaran antarabangsa.
❖ Negara yang mempunyai rangkaian perdagangan dan pelaburan yang global mempunyai
kuasa perundinganserta pengaruh kuat dalam pelbagai aspek. Contoh dapat dilihat ialah
Amerika Syarikat, China, Jepun,Korea dan Taiwan.
❖ Negara-negara ini mempunyai pasaran ekonomi yangkuat mampu mempengaruhi
perdagangan dan pelaburan antarabangsa.
❖ Perbezaan Perdagangan Dalam Negeri dengan Perdagangan Antarabangsa

5
Perbezaan antara perdagangan antara perdagangan dalam negeri dengan perdagangan
antarabangsa.

PERNIAGAAN DALAM NEGERI


1. Ia merangkumi aktiviti borong dan runcit
2. Jenis pengangkutan yang biasa digunakan ialah keretapi, lori dan van
3. Tidak wujud banyak sekatan kepada peniaga
4. Aktivitinya hanya dijalankan dalam negeri sahaja
5. Melibatkan penggunaan satu jenis mata wang sahaja
6. Perniagaan ini menghadapi tingkat risiko yang lebih rendah
7. Melibatkan penggunaan dokumentasi yang lebih mudah berbanding perniagaan
antarabangsa

PERNIAGAAN ANTARABANGSA
1. Ia merangkumi aktiviti import, eksport dan entreport
2. Jenis pengangkutan yang biasa digunakan ialah kapal laut atau kapal terbang
3. Wujud pelbagai sekatan perdagangan antarabangsa seperti tariff, kuota, embargo
4. Aktivitinya merentasi sempadan negara
5. Melibatkan penggunaan pelbagai mata wang asing
6. Perniagaan ini menghadapi tingkat risiko yang lebih tinggi
7. Melibatkan penggunaan dokumentasi yang lebih rumit

4.1.4 Menerangkan Kebaikan Dan Keburukan Perdagangan Antarabangsa

➢ MENERANGKAN KEBAIKAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA

i. Kebaikan kepada pengguna

(a) Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan di dalam negera


- Sesebuah negara tidak dapat mengeluarkan semua barang kerana terdapatnya pelbagai
halangan seperti perbezaan iklim, tanih dan sebagainya.
- Oleh itu, perdagangan antarabangsa membolehkan sesebuah negara memperoleh barang
yang tidak dikeluarkan oleh negara berkenaan.
- Misalnya, Jepun yang tidak mempunyai gas asli cecair dapat menggunakan sumber
tersebut apabila menjalankan perdagangan antarabangsa dengan Malaysia.

6
(b) Menawarkan pilihan yang pelbagai
- Melalui perdagangan antarabangsa, pelbagai jenis barang dapat diimport.
- Ini dapat memberikan pilihan yang pelbagai kepada pengguna mengikut cita rasa dan
kemampuannya.
- Sebagai contoh, rakyat Malaysia dapat memilih pelbagai jenis kereta,sama ada model
tempatan atau model import. Pilihan yang luas ini akan meningkatkan taraf hidup para
pengguna.

(c) Menikmati barang dengan harga yang murah


- Perdagangan antarabangsa menggalakkan pengkhususan.
- Pengkhususan meningkatkan kemahiran dan kecekapan pengeluaran dan membolehkan
pengeluaran barang dikeluarkan secara besar-besaran.
- Pengeluaran secara besar-besaran ini membolehkan barang dikeluarkan pada harga yang
lebih mudah dan dengan mutu yang lebih baik

ii. Kebaikan kepada pengusaha

(a) Meluaskan pasaran


-Perdagangan antarabangsa membolehkan lebihan penawaran dalam negara dieksport keluar
negara.
-Hal ini demikian kerana pasaran antarabangsa adalah lebih luas berbanding dengan pasaran
tempatan.
-Pasaran yang lebih luas membolehkan firma memperoleh keuntungan yang lebih tinggi dan
seterusnya meningkatkan pendapatan Negara.

(b) Menggalakkan penggunaan teknologi


- Melalui perdagangan antarabangsa, pengeluar tempatan boleh mengimport mesin dan alat-
alat yang lebih moden untuk digunakan dalam proses pengeluaran.
- Kemasukan teknologi moden dapat meningkatkan daya pengeluaran dan memesatkan
perkembangan industri tempatan.

(c) Meningkatkan kecekapan pengeluaran


- Apabila sesebuah negara menjalankan perdagangan antarabangsa, maka wujudlah
terhadap barang-barang yang dikeluarkan oleh negara berkenaan.
- Persaingan ini akan menggalakkan pihak pengeluar menghasilkan barang yang lebih
bermutu dengan kaedah pengeluaran yang lebih cekap.
- Sebagai kesannya, persaingan dapat menghalang firma monopoli mengenakan harga yang
lebih tinggi.
- Di samping itu, persaingan boleh juga menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)

7
dan mempercepat penggunaan teknologi baru.
(d) Menambah peluang pekerjaan
-Dalam ekonomi dunia yang sedang berkembang, permintaan terhadap barang eksport
sesebuah negara akan bertambah dari semasa ke semasa.
- Ini akan menggalakkan pengeluar dan pelabur asing untuk membesarkan skala
pengeluaran firmanya.
- Justeru peluang pekerjaan yang lebih banyak akan dapat diwujudkan serta
Masalah pengangguran dalam negeri akan dapat dikurangkan.

iii. Kebaikan kepada negara

(a) Menggalakkan pelaburan


- Apabila sesebuah negara menjalankan dasar ekonomi terbuka, maka negara tersebut
dapat menggalakkan kemasukan pelaburan asing
- Malaysia membenarkan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI), khasnya dalam
sektor Eksport kerana FDI dapat mempercepat pertumbuhan ekonomi.
- Selain itu, Malaysia membenarkan perkongsian ekuiti dengan pelabur asing seperti yang
berlaku dalam industri kereta nasional dan penerbangan awam

(b) Mewujudkan hubungan baik dengan rakan dagang


- Perdagangan antarabangsa dapat menggalakkan persefahaman dan kerjasama antara
negara.
- Ini dapat mewujudkan hubungan yang baik dari segi politik, sosial dan kebudayaan antara
rakan dagang.

➢ MENERANGKAN KEBURUKAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA

i. Merugikan negara membangun


- perdagangan antarabangsa merugikan negara membangun yang mengeksport bahan
mentah sebaliknya menguntungkan negara maju yang mengeksport barang perkilangan
yang mempunyai harga tinggi
- maka negara maju memperoleh barang import yang lebih banyak jumlahnya dengan
hanya menukarkan barang eksport yang sedikit tetapi sama nilainya
-wujud perbezaan kekayaan antara negara maju dengan negara membangun

ii. Terlalu bergantung kepada sektor eksport atau import


- pertumbuhan ekonomi negara yang terlalu bergantung kapada eksport terjejas jika
harga barang dieksport jatuh.

8
- Kadar pengangguran sektor terbabit meningkat.
- Pendapatan negara juga jatuh.
- Negara yang terlalu bergantung kepada sektor import juga hadapi risiko tinggi seperti
peperangan di negara pengeksport dan tindakan sabotaj negara pengeksport yang
hentikan urusniaga pada bila-bila masa

iii. Mengamalkan pengkhususan berlebihan


- Negara yang mengamalkan pengkhususan berlebihan terdedah kepada risiko seperti :
• kejatuhan harga barang eksport
• negara pesaing menjadi semakin cekap dalam industri sama (cth pengeluaran
kereta Jepun menjejaskan industri kereta Eropah)
• wujud barang pengganti yang kompetitif di pasaran dunia (cth getah tiruan yang
lebih murah)

iv. Kurang mobiliti sumber


- bila permintaan terhadap barang eksport sesebuah negara berkurang, buruh hadapi
masalah mobiliti pekerjaan sebab pengalaman dan kemahirannya dalam industri
tertentu tidak dapat diserap untuk kegunaan industri lain
- buruh juga hadapi masalah mobiliti geografi sebab negara asing mengenakan berbagai
sekatan seperti permit kerja, levi dan visa

v. Mengamalkan dasar perlindungan


- kebebasan eksport dan import dihalang oleh sekatan perdagangan yang dikenakan
untuk melindungi industri tempatan sesebuah negara
- perlindungan yang diberi kepada industri tempatan menyebabkan industri tempatan
tidak cekap

vi. Menimbulkan masalah lambakan


- melalui perdagangan antarabangsa, sesetengah negara pengeksport boleh
melakukan lambakan.
- Lambakan ialah menjual barang keluaran dengan harga yang lebih rendah daripada
keluaran industri tempatan.
- Tujuan lambakan adalah menghabiskan lebihan penawaran dalam negeri atau
mengusir pesaing supaya wujud monopoli di pasarandunia
- industri tempatan juga terjejas

vii. Menyebarkan budaya tidak sihat


- melalui perdagangan antarabangsa, nilai dan budaya tidak sihat mudah tersebar.

9
-Mungkin wujudnya masalah sosial masyarakat tempatan
-cth : pengambilan dadah, cara berpakaian, pergaulan bebas
4.2.1 Maksud Eksport
➢ Eksport - barang dan perkhidmatan yang dijual oleh sesebuah negara kepada rakyat
negara asing

Struktur Eksport Malaysia (Barang Nampak)


i. Barang Perkilangan
Eksport barang perkilangan
➢ Elektrik dan elektronik tekstil, pakaian dan kasut
➢ Keluaran kayu
➢ Keluaran getah
➢ Makanan, minuman dan tembakau
➢ Keluaran petroleum
➢ Kimia, keluran kimia dan plastic
➢ Besi, keluli dan keluaran logam
➢ Kelengkapan pengangkutan
➢ Keluaran perkilangan lain
ii. Komoditi utama
Komoditi pertanian utama
➢ Minyak sawit
➢ Kayu gergaji
➢ Getah
➢ Kayu balak
➢ Minyak isirung kelapa sawit
➢ Lada hitam
➢ Koko
Komoditi perlombongan utama
➢ Minyak mentah
➢ Gas asli cecair (LNG)
➢ Bijih timah

Komposisi Eksport (Barang Tak Nampak)


Eksport barang tidak Nampak (perkhidmatan)
i. Pengangkutan dan insurans
• Rakyat asing menggunakan perkhidmatan penerbangan, perkapalan & insurans syarikat
tempatan. Contohnya : sistem penerbangan Malaysia ; perbadanan perkapalan
antarabangsa Malaysia (MISC)

10
ii. Perjalanan
• Rakyat asing datang ke Malaysia dan guna perkhidmatan penginapan dan perjalanan di
Malaysia. Contohnya: pelancong asing, pelajar asing belajar di kolej swasta Malaysia ;
ahli sukan asing menyertai acara sukan di Malaysia.
iii. Urusniaga kerajaan
• Perbelanjaan rakyat asing yang guna kemudahan dan harta yang disediakan oleh
kerajaan Malaysia. Contoh: perbelanjaan kedutaan asing di Malaysia; Bantuan teknikal
oleh negara Malalysia kepada negara asing

iv. Perkhidmatan lain.


• Pendapatan diperoleh daripada bayaran khidmat professional,komisen gaji dan elaun
• Yuran francais yang diterima dari luar negara. Contoh: Secret Recipe, Mary Brown,
Nasi Kandar dan Burger King

4.2.2 Maksud Import

Import - barang dan perkhidmatan yang dibeli oleh sesebuah negara daripada rakyat negara
asing

Import barang nampak boleh dikelaskan di bawah fungsi ekonominya, iaitu:


1. barang penggunaan
• Barang penggunaan merupakan barang akhir atau barang siap yang boleh terusdigunakan
oleh para pengguna untuk memenuhi kehendak mereka . Antara contoh
barangpenggunaan yang diimport oleh Malaysia termasuklah:-makanan dan minuman
(diproses untuk kegunaan isi rumah)-alat kelengkapan pengangkutan (bukan
pengusahaan)-barang penggunaan tahan lama(keluaran elektrik dan bukan eletrik,
peralatan sukan, perkakas optik, dan alat muzik)-barang penggunaan separa tahan lama
(pakaian, kasut, dan kelengkapan rumah)-barang tak tahan lama (minyak wangi, bahan
kecantikan, dan bahan kebersihan diri)

2. barang perantaran
• Barang perantaraan ialah barang yang perlu diproses terlebih dahulu sebelummenjadi
barang akhir atau barang siap. Kebanyakan barang ini merupakan bahanperantaran untuk
kegunaan dalam proses pengeluaran di sektor perkilangan danpembinaan. Beberapa
contoh barang perantaraan yang diimport ialah makanan danminuman yang diproses
khusus untuk industri, bahan api dan pelincir, serta alatganti dan aksesori kelengkapan
pengangkutan.

3. barang pelaburan (modal)


• Barang pelaburan merupakan barang modal yang digunakan dalam proses
pengeluaranuntuk meningkatkan keupayaan pengeluaran pada masa depan. Antara
11
contoh barangpelaburan yang diimport ialah jentera perkilangan,alat perkakas,
kelengkapan pejabat, kelengkapan pengangkutan untuk industri, lokomotif dan pesawat
udara.

4. barang import untuk dieksport semula


• Barang import untuk dieksport semula terdiri daripada bijih timah dan getah asli.Bahan
mentah ini diimport, diproses dan kemudian dieksport semula.

5. barang import lain


- Import Barang Tidak Nampak boleh dikelaskan di bawah fungsi ekonominya, iaitu:
i. Pengangkutan & Insurans
• Rakyat Malaysia guana perkhidmatan penerbangan perkapalan dan insurans syarikat
asing.

ii. Perjalanan
• Rakyat Malaysia pergi ke negara asing dan guna perkhidmatan penginapan dan
perjalanan di negara asing. Cth: Perbelanjaan ahli perniagaan & pelancong Malaysia;
Pelajar-Pelajar di negara asing ; Rakyat Malaysia mengerjakan haji &umrah.

iii. Urusniaga Kerajaan


• Perbelanjaan rakyat Malaysia yang guna kemudahan dna harta disediakan olehkerajaan
asing. Cth: Perbelanjaan kedutaan Malaysia di negara asing ; bantuan teknikal oleh
negara luar kepada Malaysia

iv. Perkhidmatan Lain


• Bayaran oleh rakyat Malaysia untuk khidmat professional, komisen dan elaun danyuran
agensi kepada negara asing.-Yuran francais yang dibayar ke luar negara. Cth: Mcdonald;
KFC; Pizza Hut

12

You might also like