You are on page 1of 125

2.

2
PERDAGANGAN
ANTARABANGSA
Ekonomi Tingkatan 5 KSSM
Oleh Cikgu Norazila Khalid
Smk Ulu Tiram, Johor
Perdagangan
Antarabangsa
Perdagangan
Antarabangsa
 Perkembangan globalisasi akibat
kemajuan dalam sistem
pengangkutan dan perhubungan
telah menggalakkan perdagangan
antarabangsa.
 Syarikat multinasional kini melihat
dunia sebagai suatu pasaran yang
besar dan setiap keputusan yang
dilakukan oleh firma besar ini akan
mempengaruhi ekonomi dunia.
 Perdagangan antarabangsa
merujuk kepada urusan jual beli
barang dan perkhidmatan antara
sebuah negara dengan negara yang
lain.
Sebab-sebab Wujud Perdagangan
Antarabangsa
Sumber Semula Jadi

 Sumber semula jadi yang


dianugerahkan oleh Tuhan kepada
setiap negara adalah berlainan dengan
negara lain.
 Contohnya,Malaysia dianugerahkan
dengan bijih timah,Brunei kaya
dengan simpanan petroleum dan
Afrika Selatan kaya dengan simpanan
emas dan berlian.
 Negara yang kaya dengan sesuatu
sumber semula jadi akan mengeksport
sumber tersebut ke negara lain.
Negara dengan simpanan minyak yang
tinggi di dunia
Iklim dan Jenis Tanih

 Keluaran hasil pertanian dan


perhutanan sesebuah negara adalah
berbeza dengan negara yang lain
akibat daripada perbezaan iklim dan
jenis tanih
 Contohnya,tanah laterit dan tanah
gambut diMalaysia adalah sesuai
untuk menanam tanaman kelapa
sawit.
 Manakala iklim Mediteranean adalah
sesuai untuk menanam tanaman buah-
buahan sitrus seperti epal, anggur dan
strawberi.
Tingkat Kecekapan Pengeluaran

 Pengkhususan dan proses pengeluaran


yang lebih cekap membolehkan
sesebuah negara mengeluarkan
sesuatu barangan dengan kos
pengeluaran yang lebih rendah
berbanding dengan negara lain.
 Kecekapan pengeluaran hasil daripada
kos faktor pengeluaran yang murah
telah mendorong pengeluaran secara
besarbesaran dan seterusnya
mengeksportkannya ke negara lain.
 Negara yang mempunyai pengkhususan
yang lebih tinggi dalam pengeluaran
sesuatu barang dikatakan mempunyai
faedah berbanding.
Tingkat Kecekapan Pengeluaran
 Faedah berbanding ialah
faedah yang dinikmati
oleh sesebuah negara
yang sanggup
mengeluarkan sesuatu
barang dengan harga
relatif atau kos lepas
yang lebih rendah
berbanding dengan negara
lain berdasarkan sejumlah
faktor pengeluaran dan
pada tingkat teknologi
yang sama.
 ontohnya, Amerika
Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS menggunakan model
Syarikat mengkhusus
dalam pengeluaran kapal
Boeing 737-800 yang dikeluarkan oleh Syarikat Boeing di
terbang telah
Amerika Syarikat untuk mengangkut penumpang ke mengeksport barang ini
destinasi domestik atau luar negara ke negara-negara lain.
Budaya Masyarakat

 Budaya masyarakat yang berbeza akan


mempengaruhi kecenderungan masyarakat
dalam pengeluaran sesuatu barangan.
 Perbezaan budaya masyarakat biasanya
melibatkan kemahiran dan minat pekerja
dalam mengeluarkan sesuatu barang dan
perkhidmatan.
 Contohnya, negara India yang terkenal
dengan rempah ratus disebabkan
penggunaan rempah ratus dalam makanan
merupakan tradisi dan budaya dalam
kalangan masyarakat India.
Harga Faktor
 Harga faktor-faktor pengeluaran
seperti upah buruh, sewa tanah
dan faedah modal akan
mempengaruhi pemilihan teknik
pengeluaran bagi sesuatu
barang dan perkhidmatan.
 Contohnya, bilangan buruh yang
banyak dan kadar upah yang
lebih murah di negara India
dan negara China membolehkan
pengkhususan dalam
pengeluaran tekstil dan
pakaian serta barang elektronik
yang berintensifkan buruh.
Harga Faktor

 Sebaliknya, Amerika
Syarikat dan Jepun
yang secara relatifnya
mempunyai barang
modal yang lebih
murah dan cekap
akan mengkhusus
kepada pengeluaran
barang seperti kapal
terbang, kereta dan
jentera yang
berintensifkan modal.
Cita Rasa
Pengguna
 Citarasa masyarakat terutama
yang terdiri daripada
pelbagai jenis kaum adalah
berbeza dan sukar dipenuhi
dengan pengeluaran barang
dan perkhidmatan dalam
negara sahaja.
 Oleh itu, para peniaga
mengimport pelbagai jenis
barang dari luar negara
untuk memenuhi cita rasa
pengguna yang berbeza-
beza.
Cita Rasa
Pengguna
 Contohnya,
pengimport tempatan
akan mengimport
ubatubatan dan herba
tradisi dari negara
China untuk
memenuhi
permintaan
masyarakat Cina dan
juga ratusan jenis
rempah dari negara
India untuk
memenuhi kehendak
kaum India
Kepentingan
Perdagangan
Antarabangsa
Kepentingan
Perdagangan
Antarabangsa
Memperoleh Barang yang Tidak
Dikeluarkan di dalam Negara
 Sesebuah negara tidak dapat
mengeluarkan semua barang dan
perkhidmatan yang diperlukan oleh
rakyatnya akibat daripada
perbezaan iklim, jenis tanih dan
anugerah sumber semula jadi.
 Melalui perdagangan antarabangsa,
barang dan perkhidmatan yang tidak
dikeluarkan dalam negara dapat
diperoleh dari negara lain yang
mengeksportnya.
Memperoleh Barang
yang Tidak Dikeluarkan
di dalam Negara

 Contohnya,rakyat Malaysia
dapat menikmati buah-buahan
sitrus yang tidak ditanam di
Malaysia melalui aktiviti
perdagangan antarabangsa
dengan Amerika Syarikat dan
China.
 Sementara itu, pengimport di
negara India dan China pula
akan mengimport minyak
kelapa sawit dari negara kita.
Meluaskan
Pasaran
 Melalui aktiviti
perdagangan antarabangsa,
penawaran barang dan
perkhidmatan yang
berlebihan boleh dieksport
ke luar negara yang
mempunyai pasaran yang
lebih luas.
 Kejayaan menguasai
pasaran yang lebih luas
akan meningkatkan
keuntungan firma
tempatan.
Menambah Pendapatan Negara

 Melalui aktiviti
perdagangan
antarabangsa, kerajaan
dapat mengutip duti
import dan duti eksport
untuk menambahkan
pendapatan negara.
 Di samping itu, cukai
keuntungan syarikat yang
dikutip oleh kerajaan
akan meningkat
disebabkan peningkatan
keuntungan firma
tempatan melalui aktiviti
perdagangan
antarabangsa.
Menggalakkan
Pemindahan dan
Penggunaan
Teknologi
 Melalui aktiviti perdagangan
antarabangsa, pengeluar tempatan
boleh mengimport mesin, jentera
dan peralatan moden yang lebih
canggih untuk meningkatkan daya
pengeluaran dan memajukan
industri tempatan.
 Perdagangan antarabangsa juga
membuka peluang bagi kemasukan
kemahiran, pengalaman dan
pengetahuan teknologi yang
terkini dari luar negara.
Menikmati Barang dengan Harga yang
Lebih Murah
 Pengkhususan yang berlaku
dalam perdagangan
antarabangsa akan membawa
kepada peningkatan dalam
daya pengeluaran dan
kemahiran sumber manusia.
 Pengkhususan membolehkan
pengeluaran barang dilakukan
secara besar-besaran pada kos
yang lebih murah dan mutunya
lebih baik.
 Barang tersebut boleh dijual
dengan harga yang lebih murah.
Menikmati Barang
dengan Harga yang
Lebih Murah

 Contohnya, Amerika
Syarikat yang berjaya
mengeluarkan kapal
terbang pada harga yang
lebih rendah dan Malaysia
yang dapat mengeluarkan
minyak kelapa sawit pada
harga yang lebih murah
akan melakukan aktiviti
eksport dan import antara
satu sama lain untuk
memperoleh manfaat
masing-masing.
Meningkatkan Kecekapan Pengeluaran
 Aktiviti perdagangan antarabangsa
akan mewujudkan persaingan
antara pengeluar dan barang yang
dihasilkan oleh sesebuah negara.
 Persaingan yang timbul akan
mendorong pihak pengeluar untuk
mengeluarkan barang yang lebih
bermutu dengan kaedah
pengeluaran yang paling cekap
serta menghalang firma monopoli
daripada mengenakan harga yang
tinggi.
 Persaingan dalam pasaran dunia
juga akan menggalakkan usaha
penyelidikan dan pembangunan
(R&D) dan mempercepat
penggunaan teknologi yang terkini.
Menawarkan Pilihan
Pengguna yang
Pelbagai
 Pelbagai jenis barangan telah berjaya
diimport dari luar negara untuk
memenuhi keperluan dan kehendak
pengguna tempatan.
 Masyarakat yang ingin membeli
sesuatu barang mempunyai pelbagai
pilihan mengikut cita rasa dan
kemampuan masing-masing.
 Pilihan yang luas akan meningkatkan
tingkat kepuasan dan taraf hidup
pengguna.
Menambah
Peluang Pekerjaan
 Permintaan yang semakin
meningkat terhadap barang
eksport sesebuah negara dalam
perdagangan antarabangsa telah
mendorong pengeluar tempatan
dan pelabur asing membesarkan
skala pengeluarannya untuk
mendapatkan keuntungan yang
maksimum.
 Pengembangan perniagaan akibat
daripada aktiviti perdagangan
antarabangsa telah berjaya
mewujudkan lebih banyak
peluang pekerjaan dan
mengurangkan masalah
pengangguran.
Menggalakkan Mobiliti
Tenaga Buruh
 Melalui perdagangan antarabangsa,
tenaga buruh di sesebuah negara
dapat bergerak ke negara lain.
 Contohnya, negara Indonesia dan
Bangladesh yang mempunyai ramai
tenaga buruh telah berhijrah ke
Malaysia untuk bekerja dalam sektor
pembinaan, perkilangan dan
perladangan.
 Sebaliknya, Malaysia yang
kekurangan tenaga buruh mahir
seperti doktor, jurutera, pensyarah
dan ahli sains telah mengimport
tenaga buruh dari negara-negara
maju.
Menggalakkan
Pelaburan
 Dasar ekonomi terbuka yang diamalkan
oleh sesebuah negara dalam
perdagangan antarabangsa telah
menggalakkan kemasukan pelaburan
langsung asing.
 Perkongsian pintar yang diadakan
dengan pelabur asing telah membantu
mempercepat pertumbuhan ekonomi.
 Kebenaran yang diberikan oleh kerajaan
Malaysia kepada pelabur asing untuk
berkongsi bersama pegangan ekuiti
dalam sektor penerbangan,
perhubungan dan kewangan juga
menggalakkan kemasukan pelabur
asing.
Mewujudkan
Hubungan Baik
dengan Rakan Dagang

 Perdagangan antarabangsa
berjaya mewujudkan
kerjasama dan persefahaman
antara negara rakan dagang
dari segi politik, ekonomi,
sosial dan budaya.
 Hubungan yang baik dan
kerjasama yang diadakan
akan mewujudkan semangat
saling membantu antara satu
negara dengan negara yang
lain untuk mencapai taraf
hidup yang lebih baik.
Sekatan
Perdagangan
Antarabangsa
Sekatan Perdagangan
Antarabangsa
 Walaupun perdagangan
antarabangsa membawa
pelbagai manfaat, namun
perdagangan antarabangsa
juga meninggalkan kesan
negatif terhadap ekonomi
negara.
 Oleh itu, sekatan
perdagangan
antarabangsa telah
dilaksanakan oleh
kerajaan bagi mengawal
kesannya terhadap
ekonomi negara.
Bentuk Sekatan
Perdagangan
Antarabangsa
 Sekatan
perdagangan
antarabangsa ialah
dasar perdagangan
luar oleh kerajaan
sesebuah negara
untuk mengawal
eksport dan import
negara
Tarif
 Tarif merupakan cukai
yang dikenakan atas
barang yang diimport
dari luar negara.
 Pengenaan tarif akan
menyebabkan harga
barang import
meningkat dan
secara relatifnya
lebih mahal
berbanding dengan
barang keluaran
tempatan sesebuah
negara.
 Subsidi merujuk kepada
Subsidi bantuan kewangan yang
diberikan oleh kerajaan
kepada pengeluar
tempatan untuk
membolehkannya
bersaing dengan
pengeluar negara asing.
 Pemberian subsidi oleh
kerajaan kepada
pengeluar tempatan akan
mengurangkan kos
pengeluaran dan secara
relatifnya harga barang
keluaran tempatan lebih
murah.
Subsidi
 Justeru, permintaan
terhadap barang keluaran
tempatan akan meningkat.
 Subsidi juga boleh
diberikan kepada pengeluar
barang eksport utama
negara agar harga barang
eksport negara akan
menjadi lebih murah dan
lebih berdaya saing di
pasaran antarabangsa.
 Kuota merujuk kepada
sekatan perdagangan
Kuota terhadap jumlah barang
yang boleh diimport dalam
suatu jangka masa
tertentu.
 Kuota merupakan had
maksimum bagi sesuatu
barang yang boleh
diimport, contohnya
bilangan unit kereta yang
boleh diimport dalam
tempoh masa setahun.
 Kuota akan menyebabkan
penawaran terhadap
barang import
berkurangan.
 Oleh itu, permintaan
pengguna terhadap barang
tempatan akan meningkat.
Kawalan
Pertukaran Asing
 Kawalan pertukaran asing
merujuk kepada cara kerajaan
mengehadkan pembelian
pertukaran asing oleh
pengimport tempatan
mengikut arahan bank pusat
agar kemasukan barang import
dari negara tertentu dapat
dikawal.
 Dengan jumlah pertukaran
asing yang terhad, hasrat
pengimport untuk
mengimport lebih banyak
barang import akan terhalang.
Kawalan
Pertukaran Asing
 Contohnya, hasrat kerajaan
untuk mengurangkan
kebergantungan import dari
Amerika Syarikat dapat dicapai
dengan tindakan mengawal
jumlah kuantiti Dolar Amerika
yang boleh dibeli oleh para
pengimport dalam suatu jangka
masa tertentu.
 Sekatan ini dapat menggalakkan
perkembangan industri
penggantian import negara.
Embargo
 Embargo merujuk kepada perintah
larangan atau pemulauan perdagangan
terhadap negara tertentu.
 Dasar embargo jarang-jarang dilakukan
kecuali atas alasan keselamatan atau
kepentingan negara.
 Tindakan memulau barang dari negara
tertentu akan menjejaskan hubungan
baik antara sebuah negara dengan negara
lain.
 Contohnya, kerajaan Malaysia tidak
membenarkan import barangan
pertanian seperti buah-buahan dan
peralatan pertahanan dari negara Israel
atas dasar strategik negara untuk
menentang tindakan Israel menindas
rakyat Palestin
Sekatan bukan Ekonomi

 Sekatan bukan ekonomi merujuk


kepada sekatan dalam bentuk
undang-undang, peraturan atau
syarat-syarat tertentu terhadap
sesebuah negara.
 Sekatan bukan ekonomi
bertujuan menjamin
keselamatan dan kesihatan
rakyat negara.
 Contohnya, barang import
seperti daging, susu tepung,
minuman berkhasiat akan
diperiksa dan dikenal pasti ciri
keselamatan serta kandungan
kesihatannya.
Sekatan bukan Ekonomi
Sekatan bukan Ekonomi
Sekatan bukan Ekonomi
Tujuan
Sekatan
Perdagangan
Antarabangsa
Melindungi Industri
Muda Tempatan

 Pengenaan tarif akan menaikkan harga


barang import dan mengurangkan
persaingannya dengan barang keluaran
tempatan dalam pasaran tempatan.
 Industri muda dan industri penting
tempatan dapat berkembang maju,
menjadi lebih kukuh dan juga lebih
berdaya saing.
 Di bawah payung perlindungan kerajaan,
industri muda tempatan dapat
berkembang dengan kukuh dan
melakukan pengeluaran secara besar-
besaran untuk menikmati kos
pengeluaran seunit yang lebih rendah.
Menghadapi
Persaingan
 Sekatan perdagangan
antarabangsa dapat memberikan
perlindungan kepada industri
muda dan industri tempatan.
 Industri muda dan industri
tempatan berpeluang
meningkatkan usaha
penyelidikan dan pembangunan
(R&D) untuk mengeluarkan
barang yang lebih berkualiti.
Menghadapi Persaingan
 Perkembangan industri
tempatan iaitu industri
gantian import yang pesat
dan mantap akan
mengurangkan pergantungan
negara terhadap
pengimportan barang
perkilangan dan
penggunaan dari luar
negara.
 Malah, peningkatan daya
saing dan keupayaan
industri tempatan akan
menggalakkan eksport
barang keluaran tempatan
ke luar negara.
Sebagai Sumber
Hasil Kerajaan
 Kutipan tarif daripada
barang import
merupakan salah satu
sumber pendapatan bagi
kerajaan.
 Hasil daripada tarif
membolehkan
kerajaan,membiayai
perbelanjaan mengurus
dan perbelanjaan
pembangunan.
Mewujudkan
Peluang Pekerjaan
 Perkembangan industri
tempatan akibat daripada
tarif, kuota dan subsidi
yang dikenakan akan
menawarkan lebih banyak
peluang pekerjaan kepada
rakyat tempatan.
 Keadaan ini membantu
mengurangkan kadar
pengangguran dan
meningkatkan pendapatan
negara.
Memperbaiki
Imbangan
Pembayaran
 Permintaanterhadapbarangimpor
takanberkuranganakibat daripada
tarif dan kuota yang dikenakan
atas barang import.
 Kejatuhan dalam nilai import
akan mengurangkan pembayaran
wang ke luar negara.
 Keadaan ini seterusnya
memperbaiki kedudukan
imbangan dagangan dan
imbangan pembayaran negara.
Keselamatan
 Sekatanperdaganganantarabangsadiada
kanolehsesebuahnegara untuk
melindungi industri yang penting dan
strategik seperti industri beras dan
makanan agar tidak terlalu bergantung
pada bekalan import dari luar negara.
 Sekatan perdagangan antarabangsa
juga bertujuan untuk menghalang
kemasukan barang-barang yang haram
seperti dadah atau barang makanan
yang dicemari oleh penyakit atau
bahan kimia yang berbahaya.
 Contohnya,daging lembu dan bahan
tenusu import yang dikenal pasti
dicemari oleh bahan kimia yang
berbahaya akan terus disekat
penggunaannya oleh rakyat tempatan
kerana menjejaskan kesihatan rakyat
dan keselamatan negara.
Mengatasi
Masalah Lambakan

 Lambakan merupakan aktiviti


menjual sesuatu barang di
negara asing dengan harga yang
lebih rendah daripada kos
pengeluaran atau harga keluaran
di pasaran dalam negara tersebut.
 Tindakan lambakan yang
dijalankan oleh negara
pengeksport bertujuan untuk
menghabiskan lebihan penawaran
dalam negara atau mengusir
pesaing dan mewujudkan kuasa
monopoli di pasaran dunia.
Mengatasi Masalah
Lambakan
 Tindakan lambakan akan
menjejaskan industri muda
tempatan kerana tidak dapat
bersaing dengan pengeluar
asing.
 Pengenaan tarif dapat
mengelakkan pasaran
tempatan daripada masalah
lambakan pengeluar asing.
 Antilambakan merujuk
kepada tindakan menyekat
barang import untuk
menghalang penjualan lebihan
barang di pasaran tempatan
dan mengelakkan kesan yang
buruk terhadap ekonomi
dalam negara.
Kesan Tarif,
Subsidi dan Kuota
terhadap
Perdagangan
Antarabangsa
Kesan Pelaksanaan Tarif
Kesan Positif
Tarif
 Harga kereta diimport akan
meningkat kerana pengimport
memindahkan beban tarif kepada
pengguna dengan menaikkan harga
jualan.
 Permintaan kereta diimport akan
menurun manakala permintaan
terhadap kereta keluaran tempatan
akan meningkat disebabkan harga
yang secara relatifnya lebih rendah.
 Penawaran kereta oleh pengeluar
tempatan akan meningkat kerana
permintaan terhadap kereta
keluaran tempatan telah meningkat.
Kesan Positif Tarif
 Jumlah kereta diimport akan
berkurang. Oleh itu,
perbelanjaan negara atas kereta
import juga menurun.
 Kerajaan tempatan memperoleh
hasil daripada kutipan tarif.
 Peningkatan guna tenaga dalam
negara kerana aktiviti
pengeluaran tempatan yang
meningkat memerlukan lebih
banyak tenaga buruh
 Oleh itu, kadar pengangguran
dalam negara akan menurun.
Kesan Negatif
Tarif
 Herotan (Distortion) dalam
peruntukan sumber berlaku
apabila sumber yang mungkin
boleh digunakan dengan lebih
cekap dalam industri lain dialihkan
ke industri penggantian import.
 Pengguna terpaksa menanggung
perbelanjaan yang lebih besar
kerana tarif menaikkan harga
barang import.
 Pengguna terpaksa menggunakan
barangan kurang bermutu
seandainya perlindungan industri
tempatan tidak disertai dengan
peningkatan mutu barangan
keluaran tempatan.
Kesan Negatif
Tarif
 Kekurangan persaingan dari
luar negara mungkin
mengurangkan daya saing
industri penggantian import
untuk meningkatkan
kecekapan pengeluaran.
 Negara mungkin akan
menghadapi tindak balas yang
sama daripada negara yang
dikenakan tarif.
 Keadaan ini akan
menjejaskan perkembangan
industri eksport negara.
Kesan Pelaksanaan Subsidi
Kesan Pemberian
Subsidi
 Harga tepung gandum keluaran
tempatan akan menurun.
 Permintaan terhadap tepung
gandum keluaran tempatan akan
meningkat kerana harganya
secara relatif lebih murah
daripada tepung gandum import.
 Penawaran tepung gandum oleh
pengeluar tempatan akan
meningkat kerana permintaan
terhadap tepung gandum
keluaran tempatan telah
meningkat.
Kesan Pemberian
Subsidi
 Jumlah tepung gandum diimport
akan berkurang.
 Oleh itu, perbelanjaan negara
atas tepung gandum import akan
menurun.
 Peningkatan guna tenaga dalam
negara kerana aktiviti
pengeluaran tempatan yang
meningkat memerlukan lebih
banyak tenaga buruh.
 Oleh itu, kadar pengangguran
dalam negara akan menurun.
Kesan Pelaksanaan Kuota
Kesan Kuota
Import
 Harga kereta diimport akan
meningkat kerana penawaran
kereta import dalam pasaran
tempatan telah berkurang.
 Permintaan kereta diimport akan
menurun manakala permintaan
terhadap kereta keluaran
tempatan akan meningkat kerana
harga yang secara relatifnya lebih
rendah.
 Penawaran kereta oleh pengeluar
tempatan akan meningkat kerana
permintaan terhadap kereta
keluaran tempatan telah
meningkat.
Kesan Kuota
Import
 Jumlah kereta diimport akan
berkurang.
 Oleh itu, perbelanjaan atas
kereta import juga menurun.
 Peningkatan guna tenaga
dalam negara kerana aktiviti
pengeluaran tempatan yang
meningkat memerlukan lebih
banyak tenaga buruh.
 Oleh itu, kadar pengangguran
dalam negara akan menurun.
Kebaikan dan
Keburukan
Sekatan
Perdagangan
Antarabangsa dan
Liberalisasi
Perdagangan
Kebaikan dan Keburukan
Sekatan Perdagangan
Antarabangsa dan Liberalisasi
Perdagangan

 Sekatan perdagangan
antarabangsa dilaksanakan
dengan matlamat untuk
menjaga kebajikan rakyat.
 Pelaksanaan dasar ini
telah mempengaruhi
ekonomi negara dengan
kesan positif mahupun
kesan negatif.
Kebaikan
Sekatan
Perdagangan
Antarabangsa
Mengurangkan
Penawaran Barang
Import

 Tarif dan kuota yang


dikenakan dalam sekatan
perdagangan antarabangsa
akan menyebabkan jumlah
penawaran barang import
dalam pasaran tempatan
berkurang.
 Harga barang import menjadi
secara relatif lebih mahal
berbanding dengan barang
keluaran tempatan dan
keadaan ini akan
mengurangkan permintaan
terhadap barang import.
Meningkatkan
Permintaan terhadap
Barang Tempatan

 Permintaan yang
kurang terhadap
barang import yang
lebih mahal harganya
akan membawa
kepada peningkatan
dalam permintaan
terhadap barangan
buatan tempatan yang
lebih murah harganya.
Mengurangkan
Pengangguran
 Permintaan yang meningkat
terhadap barang keluaran tempatan
akan mendorong pengeluar
tempatan mengambil tindakan
untuk menambahkan pengeluaran
barangan.
 Peningkatan dalam pengeluaran
firma akan mewujudkan lebih
banyak peluang pekerjaan kepada
rakyat tempatan.
 Hal ini akan meningkatkan guna
tenaga negara dan mengurangkan
kadar pengangguran negara.
 Pertambahan pendapatan akan
menaikkan taraf hidup rakyat.
Meningkatkan
Pendapatan Negara
 Sekatan perdagangan dalam
bentuk tarif akan
menyumbang kepada sumber
hasil kerajaan dan
meningkatkan pendapatan
negara.
 Subsidi yang disalurkan kepada
pengeluar tempatan negara
akan menjadikan harga barang
eksport lebih murah dan
berdaya saing dalam pasaran
dunia.
 Permintaan terhadap barang
eksport negara akan
bertambah dan seterusnya
meningkatkan pendapatan
negara.
Memperbaiki
Imbangan
Pembayaran
 Tarif, kuota dan kawalan
pertukaran asing akan
mengurangkan permintaan
terhadap barang import.
permintaan terhadap eksport
negara.
 Sebaliknya, subsidi yang diberikan
kepada pengeksport akan
meningkatkan
 Pengurangan dalam import negara
dan peningkatan yang besar dalam
eksport negara akan membantu
memperbaiki imbangan
pembayaran negara.
Melindungi Industri
Muda Tempatan
 Sekatan perdagangan antarabangsa
bertujuan melindungi industri muda
tempatan yang belum kukuh
daripada bersaing dengan firma
asing yang lebih besar dan cekap.
 Keadaan ini membolehkan industri
tempatan mendapat permintaan
yang lebih tinggi dan keuntungan
yang lebih lumayan.
 Industri muda tempatan berpeluang
untuk berkembang maju,
meningkatkan daya saing dan
produktivitinya di peringkat
tempatan dan di luar negara pada
masa depan.
Keburukan
Sekatan
Perdagangan
Antarabangsa
Salah Pengagihan
Sumber

 Dasar perlindungan dalam


perdagangan antarabangsa
menyebabkan banyak sumber
ekonomi akan beralih ke sektor
atau industri yang dilindungi oleh
tarif dan bukannya industri lain
yang lebih cekap.
 Hal ini akan merugikan negara
dalam jangka masa panjang
kerana pengagihan sumber
negara tidak lagi mengutamakan
kecekapan pengeluaran.
Merugikan
Pengguna
 Kenaikan harga barang import
yang tidak disertai dengan
usaha peningkatan 1 dalam
kualiti barang tempatan akan
merugikan para pengguna
kerana terpaksa menggunakan
barang yang berkualiti rendah.
 Pengguna terpaksa membayar
harga yang lebih tinggi untuk
menikmati barang import yang
diperlukan akibat daripada
kesan duti import.
Pengagihan Pendapatan
yang Tidak Adil
 Tindakan Malaysia mengurangkan
import dari negara lain mungkin akan
dibalas oleh negara tersebut dengan
mengurangkan permintaan barang
eksport dari negara kita.
 Apabila permintaan barang eksport
berkurang, majikan dalam industri
pengeluaran barang eksport bertindak
mengurangkan penggunaan tenaga
buruh dan pengeluaran barang eksport.
 Keadaan ini akan membawa kesan
buruk terhadap pendapatan pekerja
dalam industri pengeluaran barang
eksport negara berbanding dengan
pekerja yang tidak terlibat dalam
industri pengeluaran barang eksport.
Mengurangkan
Eksport
 Rakan dagang Malaysia
yang dikenakan
sekatan perdagangan
seperti tarif cenderung
untuk mengambil
tindakan dengan
mengurangkan import
dari Malaysia.
 Keadaan ini akan
mengurangkan jumlah
dan nilai eksport
Malaysia.
Mewujudkan
Monopoli
 Industri tempatan yang
dilindungi melalui dasar
sekatan perdagangan yang
berlebihan akan cenderung
untuk bergabung dan
mewujudkan monopoli
dalam pasaran tempatan.
 Kuasa monopoli dalam
pasaran akan mendatangkan
kesan yang negatif seperti
kenaikan harga barang dan
ketidakcekapan dalam agihan
sumber.
Ketidakcekapan
dalam Industri
Tempatan

 Industri tempatan yang


dilindungi cenderung untuk
bergantung pada kerajaan
dan tidak ada inisiatif
untuk meningkatkan tahap
kecekapan pengeluaran dan
daya saing.
 Dalam jangka panjang,
kebergantungan terhadap
kerajaan akan mewujudkan
ketidakcekapan dalam
operasi dan agihan sumber
negara.
Liberalisasi
Perdagangan
 Liberalisasi perdagangan bermaksud
tiada syarat pegangan atau sekatan
dalam hubungan perdagangan antara
sesebuah negara dengan negara yang
lain.
 Liberalisasi perdagangan atau
perdagangan bebas meliputi kelonggaran
dalam pegangan ekuiti asing, penurunan
tarif, kemasukan tenaga buruh dan
pelaburan langsung asing (FDI) dari luar
ke dalam sesebuah negara.
 Negara-negara yang terlibat secara
langsung dalam perdagangan bebas
mempunyai hak untuk menjual
barangannya kepada negara lain tanpa
sebarang sekatan.
Kelebihan
dan
Kekurangan
Liberalisasi
Perdagangan
Blok Ekonomi
dan Perjanjian
Perdagangan
Blok Ekonomi dan
Perjanjian Perdagangan
 membentuk pakatan bersama supaya
dapat saling membantu dari segi
ekonomi. Pakatan dalam ekonomi
dikenal sebagai blok ekonomi.
 Blok ekonomi merupakan satu
kumpulan negara yang terdiri
daripada beberapa negara yang
berada dalam rantau yang
berhampiran untuk menjaga
kepentingan ekonomi bersama-sama.
 Tujuan pembentukan blok ekonomi
adalah untuk melindungi negara ahli
daripada barang import dari negara
bukan ahli dan menggalakkan urus
niaga barangan antara negara ahli.
Kesatuan
Eropah
(European
Union,
EU)
Kesatuan Eropah (European Union,
EU)
Perjanjian Perdagangan
 Perjanjian
perdagangan merujuk
kepada perjanjian
yang ditandatangani
oleh dua atau lebih
negara atas
persetujuan bagi isu
tarif, kuota dan
sekatan perdagangan
lain semasa
menjalankan urus
niaga sesama negara.
 Salah satu perjanjian
perdagangan yang
disertai oleh Malaysia
ialah kawasan
Perdagangan Bebas
ASEAN (ASEAN Free
Trade Area, AFTA).
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
Perjanjian Am Mengenai Tarif
dan Perdagangan (General
Agreement on Tariffs and
Trade, GATT)
 Malaysia adalah antara ahli World
Trade Organization (WTO) yang
terawal menjadi ahli dalam
Perjanjian Am Mengenai Tarif dan
Perdagangan sejak tahun 1957.
 Malaysia melibatkan diri yang aktif
dalam rundingan WTO untuk
memastikan peraturan dan langkah
perdagangan yang dirundingkan
adalah adil.
 Tujuan pembentukan GATT adalah
untuk mencipta suatu iklim
perdagangan antarabangsa yang
harmoni dan sihat serta liberalisasi
perdagangan yang berlanjutan.
Perjanjian Am
Mengenai Tarif dan
Perdagangan (General
Agreement on Tariffs
and Trade, GATT)
 Ini bertujuan untuk
meningkatkan taraf hidup
masyarakat, peluang pekerjaan
dan pemanfaatan kekayaan alam
dunia.
 GATT telah diwujudkan dengan
penyertaan 23 buah negara pada
tahun 1947 dan berpusat di
Geneva.
 Sehingga pertengahan 2017,
sebanyak 164 buah negara
terlibat dalam perjanjian ini.
Perjanjian Am Mengenai Tarif dan
Perdagangan (General Agreement
on Tariffs and Trade, GATT)
 Objektif utama GATT adalah
mengurangkan halangan dalam
hubungan perdagangan bebas dan
menghapuskan diskriminasi dalam
perdagangan antarabangsa.
 Sebagai sebuah negara perdagangan,
keahlian Malaysia dalam WTO telah
membantu dalam pertumbuhan
ekonomi negara.
 Salah satu daripada faedah utama yang
dinikmati oleh Malaysia adalah layanan
sama rata atas barangan di dalam
pasaran negara ahli-ahli WTO yang lain.
Kesan Blok
Ekonomi dan
Perjanjian
Perdagangan
Kesan Blok
Ekonomi dan
Perjanjian
Perdagangan
Menggalakkan
Pemindahan
Teknologi dan
Kepakaran
 Tingkat teknologi yang mundur dan
kekurangan tenaga pakar telah menjadi
penghalang utama bagi sebahagian
besar negara-negara sedang
membangun untuk maju dalam sektor
ekonomi yang moden dan
menguntungkan.
 Menerusi perjanjian perdagangan,
kemasukan teknologi moden dan
pemindahan kepakaran dari negara
maju seperti Amerika Syarikat, Jepun
dan Jerman dapat membangunkan
ekonomi dan tahap teknologi di negara-
negara membangun.
Menggalakkan
Pemindahan Teknologi
dan Kepakaran
 Penduduk tempatan dapat
mempelajari dan
menguasai kaedah
pengendalian teknologi
yang baharu melalui latihan
lanjutan dan usaha sama
dalam bentuk kegiatan
penyelidikan dan
pembangunan (R&D) tenaga
manusia.
 Contohnya, teknologi
robotik, teknologi reka
bentuk, kawalan mutu,
teknologi komunikasi,
kepakaran pengurusan dan
sebagainya.
Peluasan Pasaran
 Penghapusan Dasar Perlindungan dan
Sekatan Tarif (GATT), penghapusan
stok penimbal, serta provokasi pasaran
akan memberikan peluang kepada
produk negara sedang membangun
menembusi pasaran negara maju
dengan hak yang sama rata.
 Era globalisasi yang terbuka telah
memberikan kuasa mutlak kepada
kuasa pasaran dalam urus niaga
barang dan perkhidmatan.
 Contohnya, di Asia Tenggara,
pengenalan Kawasan Perdagangan
Bebas ASEAN (AFTA) membolehkan
barangan dalam kalangan negara
ASEAN memasuki pasaran negara
anggota dengan lebih mudah dan
mendapat faedah pasaran bersama.
Jumlah perdagangan Malaysia dengan negara
ASEAN bagi pertengahan tahun pertama 2016
Mobiliti Modal
dan Tenaga Kerja

 Kerjasama dan pakatan blok


ekonomi membawa kepada
pengaliran modal secara bebas,
menggalakkan persaingan, peluasan
pasaran dan berlakunya aliran
buruh mahir dan separa mahir yang
menjadi pemangkin kepada
kemajuan ekonomi negara.
 Syarikat-syarikat multinasional
Malaysia berpeluang meningkatkan
pelaburan mereka ke seluruh dunia
seperti Telekom Malaysia Berhad,
Maybank Berhad dan Petronas.
Peningkatan Pelaburan
Langsung Asing

 Negara sedang membangun dan


negara mundur tidak
mempunyai teknologi yang
canggih dan modal yang
mencukupi untuk
menggerakkan sektor ekonomi
moden khususnya sektor
perkhidmatan dan industri
berteknologi tinggi (HITEC).
 Kerjasama dan permuafakatan
dengan negara anggota lain
yang maju akan membawa
masuk pelaburan langsung asing
dan teknologi baharu ke
sesebuah negara.
Peningkatan
Pelaburan Langsung
Asing
 Penubuhan Pusat Penyelidikan dan
Pembangunan(R&D) menyediakan lebih
banyak peluang kepada tenaga buruh
tempatan untuk mempelajari dan
menguasai teknologi yang terkini dan
moden.
 Corak perniagaan yang
modensepertipersidanganvideo,e-dagang
dan e-perbankan membolehkan peniaga dan
pengguna menjalankan urus niaga dengan
lebih cepat dan lancar.
 Kadar pertumbuhan ekonomi negara yang
pesat dan mampan akan menyumbang
kepada peningkatan dalam pendapatan
negara.
Aliran masuk
Pelaburan
Langsung
Asing dalam
ASEAN
Pertambahan
Peluang Pekerjaan

 Suntikan modal pelabur asing yang


banyak membolehkan industri di
negara membangun berkembang
pesat dan mewujudkan peluang
pekerjaan kepada rakyat
tempatan.
 Negara sedang membangun di Asia
Pasifik yang telah menghasilkan
produk industri seperti Malaysia,
Thailand, China dan Singapura
memperoleh keuntungan melalui
pengukuhan rangkaian pasaran,
persaingan yang sihat dan harga
pasaran yang lebih stabil.
Pertambahan
Peluang Pekerjaan

 Kadar pengangguran
dapat dikurangkan,
meningkatkan taraf
hidup dan
menghapuskan lingkaran
kemiskinan yang selama
ini menghimpit negara-
negara sedang
membangun.
Peningkatan Daya
Saing Negara dan
Kualiti Barangan
 Pembukaan kawasan pasaran dan
perdagangan yang lebih luas dalam
kalangan negara anggota membolehkan
produk-produk perindustrian negara
dapat dipasarkan dengan meluas.
 Pasaran bebas memberikan kuasa
mutlak kepada kuasa pasaran dalam
urus niaga barang dan perkhidmatan.
 Persaingan menguasai pasaran yang
terbuka dalam kalangan negara
anggota dan bukan anggota akan
mendorong pengeluar untuk
meningkatkan mutu barang atau
meminimumkan kos dengan
menurunkan harga dan menawarkan
banyak pilihan barang.
Perkongsian Sumber
Tenaga dan Bahan
Mentah
 Sesetengah negara atau kawasan tidak
mempunyai bekalan tenaga yang
mencukupi untuk menggerakkan
sektor perindustrian dalam negara.
 Negara tersebut bergantung pada
negara luar bagi memperoleh sumber
kuasa tersebut.
 Contohnya, negara Jepun bergantung
pada negara-negara Teluk dan negara -
negara Asia yang lain untuk
mendapatkan bekalan petroleum.
 Dalam hubungan perdagangan dan
sistem ekonomi yang terbuka, keadaan
saling bergantung antara satu sama
lain sudah menjadi satu kemestian
bagi negaranegara anggota.
Penjagaan Alam Sekitar

 Negara-negara anggota dalam ASEAN,


APEC, EU dan lainlain telah mewujudkan
penjagaan alam sekitar secara bersama
khususnya dalam menangani
permasalahan alam sekitar seperti
pencemaran laut, jerebu dan isu
berkaitan dengan marin.
 Negara-negara anggota akan
menjalankan usaha sama dalam membuat
pengesanan, rondaan, kawal selia,
pengawasan dan pemuliharaan apabila
berlaku masalah pengurusan dan
penjagaan alam sekitar.
Kesan Negatif
Blok Ekonomi
dan
Perjanjian
Perdagangan
 Aliran masuk modal
Kegawatan Ekonomi antarabangsa yang banyak
ke dalam negara rantau
Asia Pasifik menyebabkan
sistem kewangan negara
rantau menjadi mudah
ubah dan kurang stabil.
 Fenomenaini berlaku
kerana dana asing boleh
keluar atau masuk secara
mudah antara negara.
 Penarikan keluar modal
asing secara mendadak
dari sesebuah negara akan
menyebabkan ekonomi
negara tersebut terjejas,
menggugat operasi
industri, menaikkan kadar
pengangguran dan
peningkatan beban hutang
luar negara secara
mendadak.
Tekanan Ekonomi dan
Bebanan Hidup
Golongan Miskin
 Selaras dengan perjanjian
perdagangan yang
ditandatangani,kerajaan
akan menghapuskan
pemberian subsidi dan
kuota dengan membuka
ekonomi negara kepada
pihak asing.
 Tindakan ini akan
menyebabkan peningkatan
dalam harga barangan dan
kos sara hidup.
Tekanan Ekonomi dan
Bebanan Hidup
Golongan Miskin

 Contohnya,kenaikan harga
ubat-ubatan dan barangan
farmasi akibat kemasukan
syarikat farmaseutikal dan
genetik milikan Amerika
Syarikat secara bebas tanpa
kawalan akan meningkatkan
kos perubatan dalam
kalangan masyarakat.
 Hal ini akan membebankan
golongan miskin disebabkan
pendapatan mereka adalah
lebih rendah.
Corak Penjajahan Baharu Ekonomi
 Pembukaan pintu
ekonomi negara
mendedahkan pasaran
tempatan kepada kuasa
monopoli syarikat
multinasional.
 Kekayaan sumber
ekonomi negara sedang
membangun akan dikaut
oleh pemodal asing yang
mengutamakan
keuntungan semata-
semata.
Corak Penjajahan
Baharu Ekonomi

 Syarikat multinasional asing


cenderung mengeksploitasi
tenaga kerja tempatan dengan
kadar upah yang rendah dan
beban kerja yang banyak.
 Wujud kuasa monopoli bank
perdagangan tempatan oleh
syarikat gergasi dan kawalan
ekonomi oleh pelabur asing
bagi menjaga kepentingan
masing-masing.
Masalah Lambakan Barang
 Lambakan barang bertujuan untuk
mengurangkan lebihan penawaran
barangan dalam negara,
menghapuskan pesaing terdekat
dan menguasai pasaran untuk
membentuk kuasa monopoli dalam
pasaran antarabangsa.
 Wujudnya lambakan barang import
yang dijual dengan harga yang
murah dan kurang berkualiti.
 Hal ini akan menjejaskan industri
tempatan,peluang pekerjaan
penduduk tempatan, pendapatan
isi rumah dan juga pendapatan
negara.
Pencemaran terhadap Budaya Tempatan
 Budaya luar yang tidak sesuai
dengan budaya setempat dapat
disebarkan secara berleluasa
melalui Internet dan televisyen
satelit.
 Generasi muda terikut-ikut
sehingga menyebabkan nilai dan
budaya tempatan yang murni
terhakis.
 Akhirnya,budaya luar menjadi
dominan dan anak tempatan
hilang identiti diri dan runtuh
nilai akhlaknya.
Ancaman kepada
Industri Muda
Tempatan
 Penghakisan dasar
perlindungan terhadap produk
tempatan menyebabkan
pengeluar tempatan terpaksa
bersaing dengan produk luar
negara.
 Kuasa monopoli syarikat
multinasional melalui tindakan
penggabungan (merge) dan
pengambilalihan (acquisition)
menyebabkan syarikat atau
industri tempatan yang kecil
dan sederhana (IKS) tempatan
terpaksa gulung tikar kerana
tidak mampu bersaing dengan
syarikat-syarikat besar dalam
dan luar negara.
Ancaman kepada
Industri Muda
Tempatan

 Contohnya, bidang atau


industri automotif,
kewangan dan pengeluaran
ubat-ubatan yang telah
dikuasai oleh negara maju
menyebabkan pengeluar
tempatan terpaksa keluar
daripada industri tersebut.
 Hal ini disebabkan
pengeluar tempatan
kurang berdaya saing jika
dibanding dengan pengeluar
dari negara maju.
TAMAT

You might also like