You are on page 1of 2

Eksport ialah barangan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dan dijual ke luar

negara. Eksport Malaysia ialah petroleum. Import ialah barangan yang dibeli oleh
sesebuah negara dari luar nagara. Contoh import bagi Malaysia ialah buah-buahan
Mediterranean.
Urus niaga eksport dan import barangan nampak ialah urus niaga yang
melibatkan barang nyata sahaja. Contoh eksport barang nampak ialah barang nyata
yang dikeluarkan di dalam negara dan dijual ke luar negara seperti barang elektronik
dan tekstil.
Eksport dan import barangan tidak nampak ialah urusniaga yang melibatkan
barang tidak nyata, iaitu perkhidmatan. Eksport barang tidak nampak ialah perkhidmatan
atau kepakaran rakyat tempatan yang digunakan oleh negara luar.
Rakan dagang bagi sesebuah negara ialah negara-negara yang
menjalankan urus niaga perdagangan eksport dan import dengan negara tersebut.
(a.) Komoditi utama
Eksport komoditi utama ialah barang yang dikeluarkan oleh sektor utama,
iaitu barang pertanian dan perlombongan. Contoh eksport komoditi utama
negara ialah getah, kelapa sawit, petroleum, gas asli cecair dan kayu gergaji.
(b.)
Barang perkilangan
Barang perkilangan ialah barang siap dan separuh siap yang dihasilkan oleh
sektor perkilangan. Eksport barang perkilangan negara terdiri daripada
barangan elektrik dan elektronik, tekstil, pakaian, dan kasut serta barang
berasakan getah.

(a.) Barang penggunaan


Import barang penggunaan ialah barang akhir yang diimport untuk tujuan
penggunaan
terus oleh pengguna. Import ini terdiri daripada import berbantahan lama
seperti pakaian, jam
tangan dan barang tidak tahan lama seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

(b.) Barangan perantaraan


Barang perantaraan merupakan bahan mentah yang diimport untuk
digunakan dalam proses
pengeluaran seterusnya, iaitu untuk kegunaan sektor pertanian, pembuatan
dan pembinaan.

(c.) Barang pelaburan (modal)


Barang pelaburan merupakan barang modal yang diimport untuk digunakan
dalam proses
pengeluaran barang. Contohnya, mesin pemasangan kereta yang diimport
untuk digunakan
dalam proses pengeluaran kereta tempatan.

(d.) Barang import untuk dieksport semula


Barang import untuk dieksport semula merupakan barang yang diimport untuk
tujuan diproses
dan akan dieksport semula dalam bentuk barang siap atau separuh siap.
Contohnya, Malaysia
mengimport bahan kimia untuk mengeluarkan produk petrokimia untuk tujuan
eksport.

You might also like