You are on page 1of 3

ESEI PANJANG

BAB 1- Perniagaan dan Persekitarannya

1. Jelaskan jenis-jenis faktor pengeluaran dalam perniagaan roti. [20]

Jenis-jenis faktor pengeluaran dalam perniagaan roti ialah

a. Modal Insan
- Keupayaan fizikal dan mental yang digunakan dalam aktiviti perusahaan atau perniagaan
- Terdiri daripada buruh mahir dan buruh kurang mahir
- Contohnya: buruh yang melakukan kerja-kerja menimbang bahan, membakar dan juga
membungkus roti
b. Modal
- Sebarang bentuk pelaburan yang akan menghasilkan pulangan kepada syarikat
- Terdiri daripada bentuk wang/asset/sumber kewangan yang digunakan dalam aktiviti
perniagaan
- Contohnya: kenderaan, bangunan kilang, ketuhar, mesin pembancuh dan mesin
pembungkusan yang digunakan dalam perniagaan perabot
c. Keusahawanan
- Keupayaan membentuk perniagaan atau menggabungkan faktor-faktor pengeluaran dan
menjadikannya sebagai output dalam pengeluaran
- Usahawan sanggup mengambil risiko untuk mendapat keuntungan
- Contohnya: individu yang membuka perniagaan roti
d. Teknologi
- Peralatan atau kaedah yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti perniagaan
- Membantu melancarkan sesuatu proses pengeluaran, meningkatkan kecekapan,
meningkatkan daya saing dan meningkatkan operasi perniagaan
- Contohnya: mesin pembancuh yang digunakan dalam perniagaan roti untuk menggantikan
penggunaan tenaga manusia
e. Bahan Mentah
- Input-input yang akan digunakan dalam proses pengeluaran bagi menghasilkan sesuatu
produk
- Input boleh terdiri daripada barang siap atau barang separuh siap
- Contohnya: tepung gandum, yis, garam dan gula merupakan bahan-bahan utama dalam
pembuatan roti.
2. Jelaskan lima aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran. [20]

Lima aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran ialah

a. Ekstraktif
- Aktiviti pengeluaran sumber bahan mentah yang boleh didapati dari proses alam semulajadi
- Digunakan sebagai bahan mentah untuk menghasilkan barang siap/ barang separuh siap
- Contoh perlombongan, pertanian, perikanan dan pembalakan
b. Barangan pengguna
- Barang yang dibeli oleh pengguna untuk kegunaan sendiri atau keluarga
- Aktiviti pengeluaran barang untuk pengguna akhir
- Contohnya pengguna beli buah pisang untuk buat kek di rumah
c. Barangan industri
- Perniagaan yang melibatkan pengeluar menjual barang keluarannya kepada pengeluar lain
untuk diproses seterusnya atau dijual semula
- Melibatkan pengeluaran barangan separuh siap untuk diproses semula oleh perniagaan lain
untuk menjadikan barang siap
- Contoh: Pengeluaran komponen motorsikal untuk dijual kepada kilang pemasangan
motorsikal atau bengkel motorsikal
d. Pembuatan
- Aktiviti pemprosesan bahan mentah untuk menghasilkan barang separuh siap/ barang siap
- Aktiviti untuk menghasilkan produk dengan memproses dan menggunakan sumber-sumber
seperti bahan mentah, manusia, mesin dan teknologi untuk memenuhi kehendak pelanggan
- Contoh: aktiviti memproses minyak sawit untuk menghasilkan marjerin atau minyak masak
e. Pemasangan
- Aktiviti yang mencantumkan beberapa bahagian atau komponen produk untuk
menghasilkan barangan siap untuk dipasarkan
- Contoh kilang motorsikal memasang komponen motorsikal untuk menghasilkan motorsikal
- Contoh: kilang kereta memasang komponen untuk menghasilkan kereta

BAB 3- Pemasaran

1. Jelaskan proses pembelian produk pengguna. [20]


Proses pembelian produk pengguna
a. Mengenal pasti keperluan
- Proses pembelian bermula apabila pengguna menyedari wujudnya keperluan untuk
membeli sesuatu barang.
- Keperluan ini dirangsang oleh factor dalaman atau luaran.
- Keperluan dirangsang oleh factor dalaman seperti kenaikan pendapatan atau saiz keluarga
yang makin besar.
- Contoh: Naufal memerlukan sebuah kereta kerana tempat kerja baharu tidak mempunyai
kemudahan pengangkutan awam.
b. Mencari maklumat
- Pengguna mengumpul maklumat lanjut tentang barang yang hendak dibeli.
- Maklumat boleh dikumpul dari pelbagai sumber seperti sumber komersial (iklan), peribadi
(saudara) dan awam(media sosial)
- Contohnya Naufal melayari laman web Proton dan Perodua untuk mendapatkan maklumat
tentang model kereta dan harga kereta.
c. Menilai alternatif
- Pengguna memproses

- Proses pembelian produk industri


- Proses pembelian produk baharu

You might also like