You are on page 1of 22

1.

0 PENGENALAN

Perdagangan antarabangsa memainkan peranan yang penting dalam perkembangan


ekonomi negara dari segi import dan eksport barangan serta perkhidmatan. Perdagangan
antarabangsa membawa maksud kegiatan jual beli diantara penduduk sesebuah Negara dengan
penduduk negara lain. Ia terdiri daripada tiga kategori iaitu import, eksport dan entreport yang
dijalankan oleh negara terebut.

Import didefinisikan sebagai kegiatan membeli barang dan perkhidmatan oleh sesebuah
negara dari negara lain. Import terbahagi kepada dua iaitu import nyata dan import tak nyata.
Pembelian barang berbentuk fizikal dari luar negara merupakan import nyata manakala import
tak nyata merupakan pembelian perkhidmatan yang ditawarkan oleh luar negara. Kegiatan
import akan merendahkan tingkat keseimbangan pendapatan sesebuah negara.

Eksport pula merupakan kegiatan menjual barang dan perkhidmatan oleh sesebuah
negara kepada negara lain. Eksport terbahagi kepada dua bahagian seperti import iaitu eksport
nyata dan eksport tidak nyata. Penjualan barang berbentuk fizikal ke negara lain merupakan
eksport nyata manakala penjualan perkhidmatan yang disediakan oleh rakyat tempatan kepada
negara luar untuk meningkatkan nilai barang merupakan eksport tak nyata. Kegiatan eksport
mampu menigkatkan tingkat keseimbangan pendapatan sesebuah negara.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan berlakunya eksport dan import terhadap
sesebuah negara atau bahasa mudahnya perdagangan antarabangsa. Antara faktor wujudnya
perdagangan antarabangsa ialah perbezaan sumber alam semulajadi. Perbezaan sumber alam dari
segi jenis iklim dan tanah yang dikurniakan menyebabkan sesetengah negara hanya mampu
mengeluarkan sebahagian barangan manakala sebahagian lagi terpaksa diimport bagi memenuhi
kerperluan dan kehendah penduduk negara tersebut.

Selain itu, perbezaan dari segi kos pengeluaran. Sesebuah negara hanya menumpukan
perhatian kepada pengeluaran barang yang dihasilkan dengan kos yang paling minima bagi
mengelakkan berlakunya kerugian yang besar seandainya barang tersebut tidak laku mahupun
kurang mendapat perhatian di pasaran. Barang-barang yang tidak dapat dihasilkan secara efektif
akan diimport dari negara-negara lain. Perbezaan dari tingkat teknologi juga mampu
mempengaruhi tingkat eksport dan import sesebuah negara. Tingkat teknologi yang tingi

1
membolehkan proses pengeluaran sesuatu barang dilakukan dengan kos yang minima dan barang
yang dihasilkan juga berkualiti tinggi.

Banyak kepentingan yang mampu diperolehi oleh pengguna, pengeluar dan


negara sekiranya perdagangan antarabangsa dijalankan oleh sesebuah negara. Keperluan dan
kehendak pengguna dapat dipenuhi antara salah satu kepentingan mengapa perdagangan
antarabangsa harus dilaksanakan. Sesebuah negara tidak dapat mengeluarkan semua barang
untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna yang tidak terhad. Bagi menjaga kebajikan
rakyat sesbuah negara, keperluan dan kehendak pengguna harus dipenuhi. Maka, barang yang
tidak ada mahupun tidak dapat dihasilkan di dalam negara haruslah diimport manakala barang
yang perngeluarannya mendapat sambutan dipasaran luar haruslah dieksport.

Selain itu, aktiviti import dan eksport dapat mempelbagaikan pilihan pengguna. Setiap
pengguna mempunyai citarasa yang berbeza-beza mengikut kehendak masing-masing. Pilihan
pengguna tidak lagi terhad kerana terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual dipasaran hasil
daripada berlakunya perdagangan antarabangsa.Kuantiti jualan dan keuntungan bertambah
kerana barangan yang dieksport ke pasaran dunia lebih luas berbanding pasaran tempatan dan
wujudnya pasaran yang lebih luas. Pengeluaran berskala besar juga dapat dijalankan kerana
pasaran yang lebih luas. Pengkhususan juga dapat dilakukan kerana kerana wujudnya kecekapan
dan kepakaran yang semestinya mampu menurunkan kos pengeluaran, meningkatkan
keuntungan, menjadikan operasi lebih cekap dan efektif serta menjadikan keluaran lebih berdaya
saing.

Akhir sekali, perdagangan antarabangsa mampu menambah pendapatan negara dan hasil
kerajaan melalui mengenakan duti kastam ke atas barangan import dan eksport serta cukai
pendapatan ke atas keuntungan yang diperolehi agar peruntukan projek pembangunan negara
dapat ditambah. Persefahaman dan kerjasama antarabangsa mewujudkan hubungan dua hala
yang baik dalam aspek ekonomi, sosial, politik, kebudayaan dan teknologi.

2
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dijalankan mengenai Import dan Eksport di Malaysia pada tahun 2015 dan 2016 ini
adalah berdasarkan beberapa objektif. Antaranya :

2.1 Mengenalpasti jenis Import dan Eksport yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia

2.2 Membuat perbandingan nilai Import dan Eksport yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia
pada tahun 2014, 2015 dan tahun anggaran 2016

3
3.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

3.1 Jenis eksport dan import yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia

3.1.1 Jenis eksport yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia

Sektor eksport Malaysia telah melalui perubahan penting sepanjang lima dekad yang lalu. Sejajar
dengan ekonomi negara, komposisi eksport beransur-ansur beralih daripada sebahagian besarnya
berasaskan keluaran dalam sektor pertanian dan perlombongan pada tahun 1960-an kepada
barangan sektor pembuatan pada tahun 1980-an. Pembangunan dan perkembangan sektor
pembuatan adalah begitu pesat sehingga menjelang akhir tahun 1990-an, sektor ini mencakupi
lebih 80% daripada jumlah eksport negara. Malaysia banyak mengeksport barangannya ke
negara seperti ASEAN, Rakyat Republik China (RRC), Kesatuan Eropah (EU), Republik of
Korea (ROP), Jepun, Amerika Syarikat (AS), India dan Australia.

Sektor Pembuatan

Sektor pembuatan bermaksud suatu kegiatan ekonomi yang mengolah barang mentah,
bahan baku, barang separa siap atau siap untuk dijadikan barang yang lebih tinggi kegunaannya.
Sedangkan menurut Sukirno, industri pembuatan ini adalah perusahaan yang menjalankan
kegiatan ekonomi yang tergolong dalam sektor sekunder. Antara sektor pembuatan yang ada di
Malaysia di mana hasilnya di eksport ke luar negara :

Bi
SEKTOR PEMBUATAN SUB-SEKTOR
l
- Semikonduktor dan elektronik
1 Elektrik & Elektronik (E&E) - Wayar dan kabel
- Tv dan radio
- Kenderaan motor
2 Kelengkapan Pengangkutan - Motosikal
- Alat ganti / komponen
- Petroleum, produk plastik
3 Kimia dan Produk Kimia
- Kimia asas industri
4 Peralatan Farmaseutikal -
- Pembuatan kelengkapan perubatan dan
5 Peralatan Perubatan
pembedahan serta peralatan ortopedik

4
- Logam besi
6 Logam - Logam bukan besi
- Pembuatan logam
- Pam, komposer, paip dan injap
- Penyaman udara, jentera penyejukan dan
7 Jentera dan Kelengkapan
pengudaraan
- Alat-alat jentera
- Tekstil
8 Tekstil dan Pakaian
- Pakaian
- Produk kayu
9 Kayu dan Produk Kayu
- Produk kertas
- Produk asas lateks dan produk umum getah
10 Getah
- Sarung tangan getah
- Kaca dan produk kaca
11 Galian Bukan Logam - Simen hidraulik
- Produk seramik
- Makanan siap proses
12 Makanan dan Minuman
- Minuman
13 Minyak Sawit -

Setelah melihat industri dari berbagai perspektif, tiada faktor produksi, kebijaksanaan
atau sektor yang boleh menyelesaikan secara sendiri proses pembangunan. Tetapi sektor industri
mempunyai dua pengaruh yang penting dalam setiap program pembangunan. Pertama,
produktiviti yang lebih besar dalam industri merupakan kunci untuk meningkatkan pendapatan
perkapita. Kedua, industri pengolahan memberikan kemungkinan-kemungkinan yang lebih besar
bagi Industri Substitusi Import (ISI) yang efisen dan meningkatkan eksport daripada industri
primier.

Sektor perlombongan

Sektor perlombongan ialah suatu proses cari gali atau pencarian longgokan mineral yang
baru dan memeriksa simpanan yang telah ada. Hasil bumi ini memberikan sumbangan yang
besar kepada pembentukan ekonomi negara. Perlombongan terbahagi kepada beberapa jenis
antaranya,logam,bukan logam dan bahan api.

5
JENIS-JENIS BUKAN
Bil. JENIS-JENIS LOGAM BAHAN API
LOGAM
1 Bijih timah Marmar Petroleum

2 Bijih besi Tanah liat Gas asli

3 Bauksit Fosfat Arang batu

4 Kuprum

5 Emas

Sektor perlombongan ini amat mempengaruhi kegiatan eksport dan import, pada masa
yang sama dapat menambah pendapatan negara Malaysia kerana ianya juga merupakan sebuah
sektor penting bagi negara Malaysia. Melalui sektor ini, terdapat banyak hasil dan pulangan yang
diperoleh oleh negara. Terdapat banyak kegunaan sumber-sumber mineral yang dijumpai di
negara Malaysia. Contohnya, gas asli digunakan sebagai bahan api dan bahan mudah terbakar,
arang batu merupakan bahan api yang digunakan oleh sektor perkilangan, pada masa yang sama
dapat menjana sumber tenaga janakuasa elektrik terma (stesen jana kuasa di Kapar,Selangor)

Sektor Pertanian

Sektor pertanian juga salah satu aktiviti penting di Malaysia yang menyumbang sebanyak
12% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dimana ianya merupakan kegiatan ekonomi
sara diri masyarakat melayu tradisional. Dalam aktiviti pertanian ini, padi merupakan tanaman
utama memandangkan nasi ialah makanan ruji bagi penduduk di Malaysia. Padi merupakan
tanaman yang ketiga terluas penanamannya di Malaysia selepas kelapa sawit dan gatah.
Malaysia telah menggunakan hasil pertanian untuk dieksport ke luar negara bagi menambahkan
pendapatan negara Malaysia. Pertanian di Malaysia ini terbahagi kepada tiga jenis, iaitu
pertanian pindah, pertanian kebun kecil dan pertanian lading yang mana hasilnya akan di eksport
ke luar negara.

BIL PERTANIAN PINDAH PERTANIAN KEBUN PERTANIAN LADANG


KECIL

6
.

1. Padi huma Jagung Getah

2. Keledek Padi Kelapa sawit

3, Sayur-sayuran Lada hitam Teh

4. Buah-buahan Koko

5. Kelapa sawit

Sektor pertanian telah menambah atau menyumbang banyak kepada pendapatan negara.
Aktiviti pengeksportan sumber atau hasil pertanian ke negara lain telah menaikkan dan
meningkatkan kemajuan bagi negara Malaysia pada masa yang sama telah menaikkan nama
negara Malaysia di mata dunia.

3.1.2 Jenis Import yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia


7
Mengikut definasi, import merupakan aktiviti membeli barang atau perkhidmatan dari negara
lain dimana ianya merendahkan tingkat keseimbangan pendapatan negara. Akan tetapi ianya
perlu untuk dijalankan bagi memangkin pertumbuhan ekonomi negara dalam sektor pembuatan
serta memenuhi keperluan domestik. Barangan yang diimport oleh kerajaan Malaysia
kebanyakannya dari negara seperti ASEAN, Rakyat Republik China (RRC), Republik of Korea
(ROK), Jepun, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan lain lain lagi.

BIL
. KATEGORI BARANGAN JENIS BARANGAN
1 Barangan Modal - Alat kelengkapan pengangkutan
(perusahaan)
2 Barangan Pengantaraan - Makanan dan minuman
- Bahan api dan pelincir
- Bekalan perindustrian
- Alat ganti dan eksesori barangan modal
- Injap dan tiub termionik
3 Barangan penggunaan - Makanan dan minuman untuk kegunaan
pengguna isi rumah
- Alat kelengkapan pengangkutan (bukan
perusahaan)
- Barangan pengguna lain
-barang tahan lama
-barang separa tahan lama
-barang tidak tahan lama
4 Barangan Import untuk dieksport
semula

Barangan modal atau dikenali sebagai barang pelaburan merupakan barang yang diimport
untuk digunakan dalam proses pengeluaran barang lain, Malaysia banyak mengimport barangan
jentera dan kelengkapan dari Jepun, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah yang merupakan
barang pelaburan seperti mesin pemasangan kereta yang digunakan dalam proses pengeluaran
kereta import. Dalam industri jentera dan peralatan, terdapat kemajuan yang positif sejak insentif
khas diperkenalkan untuk industri ini. Pegimportan barangan jentera dan kelengkapan ini bagi
menguatkan lagi industri sokongan kejuruteraan tempatan yang penting untuk pembangunan
industri ini.

Selain itu, Malaysia juga mengimport barangan modal seperti barangan elektrik dan
eletronik dari negara seperti Taiwan, Singapura, Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Barangan
8
eletrik dan eletronik yang diimport oleh Malaysia menunjukkan nilai yang tinggi disebabkan
komponen ini sangat diperlukan dalam sektor perindustrian, perkilangan dan pembuatan.
Contohnya, fius serta kelengkapan pengeluar bunyi.

Malaysia juga perlu mengimport barangan modal seperti barangan logam kerana salah
satu sektor perkilangan utama Malaysia adalah dalam sektor pembuatan barangan elektrik dan
elektronik dimana hampir 75% barangan ini terdiri daripada elemen logam. Justeru itu, Malaysia
perlu mengimport barangan perkilangan logam seperti aluminium dan lain lain lagi yang
kebanyakannya diimport dari negara seperti Jepun, China, Indonesia, Australia dan Singapura.

Di samping itu, Malaysia turut mengimport kelengkapan pengangkutan untuk dijadikan


barang modal dalam sub-sektor automotif dimana ianya merupakan salah satu sub-sektor
terbesar dalam industri pembuatan. Barangan kelengkapan pengangkutan ini juga boleh
dikategorikan sebagai barangan penggunaan di mana ianya digunakan terus oleh pengguna iaitu
rakyat Malaysia sendiri. Ianya terdiri daripada bahagian dan komponen kenderaan bermotor yang
diimport dari negara seperti Jepun, Thailand, Amerika Syarikat, Jerman serta Perancis.

Barang penggunaan seperti barangan dalam industri tekstil, pakaian dan kasut mengalami
peningkatan dalam permintaan memaksa kerajaan melaksanakan import bagi memenuhi
keperluan dan kehendak pengguna. Hal ini kerana, sumber-sumber yang dimiliki Malaysia tidak
mampu menampung jumlah permintaan pengguna kerana masalah kekurangan tenaga kerja pada
masa kini, kos pengeluaran yang meningkat dan kelonggaran pasaran. Malaysia mengimport
sebahagian besar tekstil daripada 3 negara utama iaitu Cote d’Ivoire, Brazil dan Australia.
Sebilangan besar pembekal kapas daripada negara luar menggunakan Pelabuhan Klang dan
Pelabuhan Selatan di Johor sebagai gudang untuk penyimpanan sebelum diagihkan kepada para
peniaga. Antara contoh barangan tekstil dan pakaian yang diimport adalah benang, sutera, bulu
dan kain kapas.

Dalam tempoh 10 tahun, Malaysia telah mengimport bahan makanan yang juga
merupakan barangan penggunaan dan juga barangan perantaraan dimana ianya digunakan dalam
proses seterusnya seperti pengimportan gandum untuk industri pembuatan roti. Hal ini
merupakan strategi kerajaan bagi memastikan jaminan makanan dan mencapai tahap sara diri.
Kebanyakan komoditi yang diimport juga tidak ekonomik untuk dihasilkan dalam negara kerana

9
kos pengeluaran tinggi di samping iklim yang tidak sesuai. Antara bahan makanan yang
Malaysia import ialah koko, kopi, teh, susu, gandum, epal, oren, ubi kentang, salad, beras dan
tepung.

Tidak semua negara dianugerahkan Allah dengan sumber semula jadi yang sama.
Keluaran petroleum dan bahan bakar lain daripada Arab Saudi dan pengkhususan pengeluaran
petroleum yang dilakukan oleh Negara Iraq menyebabkan Malaysia mengimport petroleum
daripada negara tersebut. Antara contoh petroleum yang diimport adalah petrol, minyak pelincir
dan gris, minyak pembakar, minyak tanah, minyak penerbangan, gas cecair petroleum, diesel,
keluaran petroleum dan bahan pembakar yang lain.

Seterusnya, Malaysia mengimport bahan kimia dan produk kimia seperti klorin, ammonia
dan banyak lagi yang merupakan barangan import untuk dieksport semula di mana barang yang
diimport untuk tujuan diproses akan dieksport semula dalam bentuk barangan siap atau separuh
siap. Contohnya, Malaysia mengimport bahan kimia untuk mengeluarkan produk petrokimia,
agrokimia, farmasi, polimer, cat dan oleokimia untuk tujuan eksport atau kegunaan domestik.
Kebanyakan bahan dan produk kimia ini diimport dari Amerika Syarikat, Jepun, Kesatuan
Eropah dan Singapura.

3.2 Nilai Eksport dan Import yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2014,
2015 dan tahun anggaran 2016

Berdasarkan Laporan Ekonomi 2015/2016 yang di keluarkan oleh Jabatan Perangkaraan


dan Kementerian Kewangan Malaysia, dalam tempoh lapan bulan pertama 2015, jumlah
perdagangan merosot 1.7% kepada RM941.9 bilion berbanding lapan bulan pertama 2014 iaitu
pada RM957.8 bilion berikutan permintaan global yang lembap, pertumbuhan China lebih
perlahan, harga komoditi lemah dan nilai ringgit menyusut. Walaupun eksport kasar menguncup

10
1.4% dan import 2%, namun lebihan dagangan meningkat kepada RM54.2 bilion berbanding
pada tahun 2014 (Januari-Ogos) iaitu RM 52.2 bilion disebabkan penguncupan eksport lebih
perlahan.

Perdagangan Luar Negeri 2014 -2016

RM juta % Pertumbuhan
2014 20151 20162
2014 20151 20162
Jumlah perdagangan 1,448,354 1,435,050 1,467,656 5.8 -0.9 2.3
Eksport kasar 764,417 760,154 770,426 6.3 -0.7 1.4
Pembuatan 587,175 607,363 619,423 7.1 3.4 2.0
Pertanian 69,175 63,853 67,027 0.5 -7.7 5.0
Perlombongan 104,051 79,058 75,502 6.2 -24.0 -4.5
Import kasar 682,937 674,896 697,230 5.3 -1.2 3.3
Barangan modal 95,882 93,811 99,076 -2.4 -2.2 5.6
Barangan pengantara 408,181 401,563 415,549 7.6 -1.6 3.5
Barangan penggunaan 50,308 58,041 57,173 5.7 15.4 -1.5
Imbangan dagangan 82,480 85,258 73,197 15.7 3.4 -14.1
1
Anggaran
2
Unjuran
Sumber : Jabatan Perangkaan dan Kementerian Kewangan Malaysia

Pendapatan eksport pertanian dan perlombongan merosot, manakala barangan pembuatan


meningkat sederhana. Sehubungan itu, eksport barangan pembuatan kini menyumbang hampir
80% kepada eksport keseluruhan. Peningkatan yang sederhana dalam eksport barangan
pembuatan sebanyak 3.4% pada tahun 2015 berbanding pada tahun 2014 sebahagiannya
disebabkan oleh kesan asas yang tinggi dalam tempoh yang sama tahun lalu. Walaupun nilai
ringgit yang lemah sepatutnya menyokong eksport, namun pada masa yang sama, permintaan
luar yang lemah dan penyusutan nilai mata wang serantau telah mengurangkan potensi eksport
Malaysia.

Eksport Barangan Pembuatan Januari - Ogos

RM juta % Pertumbuhan
2014 2015 2014 2015
Elektrik & Elektronik (E&E) 165,495 177,665 9.6 7.4

11
Bukan Elektrik & Elektronik (E&E) 220,886 220,457 10.4 -0.2
Sumber : Jabatan Perangkaan dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia

Dalam tempoh lapan bulan pertama 2015, eksport barangan pembuatan secara
keseluruhannya turut terjejas berikutan peningkatan perlahan eksport barangan Elektrik &
Elektronik (E&E) iaitu meningkat sebanyak 7.4% berbandinding pada tahun 2014 yang
meningkat sebanyak 9.4%. ianya didorong oleh permintaan kukuh Amerika Syarikat, Singapura,
China dan Kesatuan Eropah. Bagi nilai pendapatan barangan bukan E&E pula kekal pada RM
220.5 bilion oleh kerana kelembapan permintaan produk petroleum manakala subsektor utama
lain secara amnya turut mencatat pertumbuhan perlahan.

Eksport Komoditi Januari - Ogos

RM juta % Pertumbuhan
2014 2015 2014 2015
Eksport komoditi 115,046 96,931 8.0 -15.7
Eksport pertanian 45,675 43,294 3.1 -5.2
Minyak sawit1 28,174 25,843 -0.6 -8.3
Minyak isirung kelapa sawit 2,620 2,534 24.8 -3.3
Kayu balak 1,368 1,360 16.3 -0.6
Kayu gergaji 1,714 1,992 4.6 16.2
Getah 3,352 2,764 -26.6 -17.5
Lada 261 337 66.1 29.2
Koko 654 531 225.8 -18.8
Eksport pelombongan 69,371 53,637 11.5 -22.7
Petroleum mentah 22,175 16,314 13.2 -26.4
Gas asli cecair 42,184 31,305 10.1 -25.8
Tin 1,625 1,727 6.4 6.3
Sumber : Jabatan Perangkaan dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia

Pendapatan eksport komoditi menyusut 15.7% dalam tempoh lapan bulan pertama 2015
berbanding peningkatan 8% pada tahun 2014 iaitu dari bulan Januari hingga Ogos. Selain hasil
pendapatan daripada pelancongan dan E&E, eksport komoditi merupakan penyumbang utama
kepada lebihan akaun semasa dalam imbangan pembayaran.

12
Pendapatan eksport barangan pertanian merosot 5.2% pada lapan bulan pertama 2015 jika
dibandingkan dengan lapan bulan pertama 2014 iaitu peningkatan sebanyak 3.1% berikutan
penguncupan hasil getah dan minyak sawit. Selain itu, permintaan global yang lemah serta
bekalan berlebihan bagi petroleum mentah dan gas asli cecair (LNG) turut menyebabkan hasil
eksport perlombongan menguncup 22.7% pada lapan bulan pertama 2015.

Berdasarkan Laporan Ekonomi 2014/2015, pendapatan minyak sawit menyusut meskipun


nilai eksport meningkat secara marginal. Hal ini kerana permintaan pasaran tradisional utama
seperti China, Amerika Syarikat, Pakistan dan Belanda telah diimbangi oleh peningkatan
permintaan dari India yang menjadi pengimport Crude Palm Oil (CPO) utama dunia.

Eksport getah pula menguncup disebabkan pengurangan berterusan harga dan volum
eksport. Penghantaran ke China yang merupakan destinasi eksport terbesar iaitu 49% daripada
jumlah eksport getah merosot 10.5%. Begitu juga eksport getah ke pasaran utama lain seperti
Jerman dan Amerika Syarikat yang turut merosot.

Harga eksport LNG sejajar dengan trend harga minyak mentah tetapi sela masa beberapa
bulan. Japan Crude Cocktail (JJC) merupakan penunjuk harga LNG di Asia yang mengambil kira
harga purata import mnyak mentah yang telah disahkan oleh pihak kastam Jepun. Pengurangan
penghantaran ke destinasi eksport utama seperti Jepun sebanyak 26.7%, Republik of Korea
(ROK) 19.9% dan Taiwan 40.7% mengakibatkan penyusutan pendapatan eksport 25.8%.
Walaubagaimanapun, eksport ke China meningkat sebanyak 8%.

Meskipun volum eksport petroleum mentah meningkat 20.3%, pendapatan menyusut


26.4% pada lapan bulan pertama tahun2015 berbanding pada tahun 2014 yang sebanyak 13.2%
berikutan harga minyak mentah kekal rendah dalam tempoh lapan bulan pertama 2015.harga
petroleum mentah yang merosot ini menggambarkan permintaan lemah daripada rakan dagangan
utama seperti Australia, India dan Jepun.

Import kasar menguncup 2% kepada RM 443.8 bilion berbanding pada Januari hingga
Ogos 2014 disebabkan pengurangan permintaan barangan pengantara dan modal serta aktiviti
eksport semula yang lebih rendah dalam tempoh lapn bulan pertama 2015. Walau bagaimanapun,
import barangan penggunaan meningkat 16.4%, sebahagian besarnya disebabkan oleh pembelian
awal untuk mengelakkan kesan pelaksanaan GST bulan April 2015.

13
Import Barangan Mengikut Penggunaan Akhir Januari - Ogos

RM juta % Pertumbuhan
2014 2015 2014 2015
Barangan modal 63,796 61,669 -0.9 -3.3
Barangan modal (kecuali alat kelengkapan
52,302 54,823 0.3 4.8
pengangkutan)
Kelengkapan pengangkutan (perusahaan) 11,494 6,846 -6.4 -40.4
Barangan pengantara 267,463 262,381 5.4 -1.9
Makanan dan minuman 11,733 12,641 3.5 7.7
Bahan api dan pelincir 39,762 29,354 21.5 -26.2
Bekalan perindustrian 113,442 111,393 0.5 -1.8
Alat ganti dan aksesori kelengkapan
13,604 15,682 18.5 15.3
pengangkutan
Alat ganti dan aksesori barangan modal
19,662 21,334 -18.3 8.5
(kecuali injap dan tiub termionik)
Injap dan tiub termionik 69,260 71,975 13.1 3.9
Barangan penggunaan 33,366 38,823 7.7 16.4
Makanan dan minumam (untuk isi rumah) 14,316 15,946 8.4 11.4
Alat kelengkapan pengangkutan (bukan
744 728 -12.3 -2.2
perusahaan)
Barangan pengguna lain 18,306 22,149 8.2 21.0
Lain-lain (termasuk barang dwiguna) 21,058 16,643 -2.1 -21.0
Import untuk eksport semula 67,101 64,314 19.2 -4.2
Jumlah 452,784 443,831 6.1 -2.0
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Selaras dengan peningkatan berterusan sektor pembuatan dan perkhidmatan, import


barangan pengantara berjumlah RM 262.4 bilion pada lapan bulan pertama2015 berbanding RM
267.5 bilion pada tahun 2014. Komponen ini disokong oleh peningkatan import alat ganti dan
aksesori barangan modal dan pengangkutan sebanyak 6.3% serta makanan dan minuman 7.7%.
Sementara itu, import bekalan perindustrian kekal pada RM 111.4 bilion sejajar dengan
perkembangan berterusan, terutamanya dalam industri berorientasikan eksport seperti E&E,
kimia dan produk kimia serta jentera, perkakasan dan peralatan. Dalam tempoh tersebut, import
bahan api dan minyak pelincir merosot 26.2% terutamanya disebabkan oleh harga minyak
mentah yang lebih rendah.

14
Sementara itu, import barangan modal sebanyak 13.9% daripada jumlah import merosot
3.3% disebabkan import kelengkapan pengangkutan perusahaan menguncup mendadak sebanyak
40.4%. Permintaan lebih lemah bagi barangan besar seperti pesawat, kenderaan bermotor dan
kapal pelayaran menyumbang kepada penyusutan import dalam tempoh tersebut.
Walaubagaimanapun, import barangan modal utama lain meningkat 4.8% didorong oleh
permintaan set telefon, mesin memproses data automatik serta transformer elektrik, konverter
statik dan induktor.

Dalam tempoh lapan bulan pertama 2015, import barangan penggunaan mencatat
pertumbuhan kukuh 16.4% . prestasi ini mencerminkan penggunaan swasta yang kekal kukuh
meskipun dengan peningkatan kos sara hidup. Dalam tempoh tersebut, aktiviti pembelian
barangan pra-GST, musim perayaan, perbelanjaan pelancong turut meningkatkan import. Import
bagi barangan pengguna tahan lama seperti ubat ubatan, pakaian, barangan keluaran plastic dan
peralatan ortopedik meningkat mendadak sebanyak 21%. Sementara itu, permintaan lebih tinggi
untuk barangan seperti daging, beras, dan sayuran jenis bawang menyumbang kepada
pertumbuhan kukuh sebanyak 11.4% dalam kumpulan makanan dan minuman.

Selaras dengan aktiviti perkilangan global yang kurang memberangsangkan, import untuk
eksport semula merosot 4.2% kepada RM 64.3 bilion berbanding tahun 2014. Penyusutan ini
disebabkan oleh penguncupan ketara bagi produk petroleum, peranti elektronik dan tembaga
bertapis. Segmen ini menyumbang 14.5% kepada jumlah import, dengan jangkaan aktiviti
eksport semula akan bertambah baik berikutan permintaan luar kembali pulih. Pada tahun 2015,
import kasar dijangka merosot 1.2% kepada RM 674.9 bilion berbanding RM 682.9 bilion pada
tahun 2014 disumbang oleh pengembangan berterusan aktiviti ekonomi domestic serta
permintaan serantau dan pertumbuhan ekonomi maju yang kukuh.

Berdasarkan teks ucapan DS Najib dalam pembentangan Bajet 2016 baru-baru ini, nilai
eksport dijangka akan terus tumbuh secara perlahan pada kadar 0.9% manakala import Malaysia
tumbuh pada kadar 1.5%. Ianya dibantu oleh sektor pembinaan sebanyak 8.4%, sektor
perkhidmatan sebanyak 5.4% dan sektor pembuatan 4.3%.

15
4.0 KESIMPULAN

Ekonomi Malaysia kekal kukuh walaupun persekitaran luar lebih mencabar dengan
pertumbuhan global yang sederhana. Ini dapat dibuktikan dengan pertumbuhan eksport Malaysia
yang kukuh dan melepasi jangkaan dari tahun ke tahun. Pada tahun 2014, kenaikan nilai eksport
iaitu RM 46.14 bilion, 6.4%, berbanding tahun sebelumnya iaitu 2013. Begitu juga pada tahun
2015, eksport berkembang sebanyak 4.1% yang bernilai RM 66.53 bilion. Peningkatan eksport
ke negara-negara tertentu seperti Republik Rakyat China (RRC), Amerika Syarikat (AS),
Keatuan Eropah (EU), Thailand, Singapura, Vietnam, Filipina, Australia dan Taiwan telah
menyokong pertumbuhan eksport Malaysia. Peningkatan eksport akan mengukuhkan lagi sektor
luar negeri yang seterusnya akan meningkatkan daya tahan ekonomi domestik.

Nilai import Malaysia meningkat pada tahun 2014 iaitu sebanyak RM 452.78 bilion,
6.1% berbanding tahun 2013 manakala nilai import bagi tahun 2015 menurun kepada RM
443.831 bilion, 4.1%. Antara negara yang mampu memberikan impak yang besar terhadap
import Malaysia adalah RRC, Singapura, AS, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, Republik Of
Korea (ROK), Jerman dan Vietnam. Tiga kategori utama yang terlibat dengan import adalah
barang pengantaraan, barang penggunaan serta bahan penyediaan makanan dan pakaian. Nilai
import jatuh pada tahun 2015 berbanding tahun 2014 disebabkan oleh kenaikan harga import
ubat-ubatan, pakaian, beras dan daging.

Dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu, dijangkakan pertumbuhan


ekonomi Malaysia yang kukuh bagi tahun 2016 seperti kadar inflasi yang rendah dan prospek
pekerjaan yang stabil bakal dipacu oleh permintaan domestik yang diterajui oleh perbelanjaan
swasta dan perbelanjaan awam akan meningkat secara sederhana. Ekonomi Malaysia pada tahun
2016 dijangkakan mampu berkembang sebanyak 5.3% bagi separuh pertama dan dianggarkan
mencapai 4.5% hingga 5.5 % sepanjang tahun secara keseluruhannya manakala secara kasarnya,
eksport dijangka tumbuh pada kadar 0.9% dan import pula dijangka tumbuh pada kadar 1.5%.
Malaysia meramalkan perkembangan dalam sektor pembinaan akan meningkat sebanyak 8.4%,
sektor perkhidmatan 5.4% manakala sektor pembuatan 4.3%.

16
Terdapat banyak faktor yang boleh dikatakan sebagai penyumbang utama kepada
perkembangan import dan eksport Malaysia. Antaranya ialah peningkatan eksport yang kukuh
hampir ke semua negara-negara ASEAN. Nilai eskport dari Malaysia ke negara-negara ASEAN
seperti Singapura meningkat sebanyak 4.3% iaitu RM 9.72 bilion, Thailand meningkat sebanyak
16.1% iaitu RM 4.20 bilion, Vietnam meningkat sebanyak 28.1% iaitu RM 1.36 bilion, Filipina
meningkat sebanyak 24.6% iaitu RM 1.14 bilion, Myanmar meningkat sebanyak 41.4% iaitu
RM 182.1 dan Kemboja meningkat sebanyak 17.6% iaitu RM 75.8 bilion.

Seterusya, pengembangan eksport yang disokong oleh permintaan yang tinggi terhadap
barangan perkilangan khasnya barangan eletrik dan eletronik (E&E) dan permintaan yang
berterusan untuk komoditi. Eksport ke Singapura meningkat sebanyak RM 403.7 juta hasil
kenaikan eksport barangan E&E terutamnya litar bersepadu eletronik, barangan perkilangan
logam serta jentera, perkakasan dan peralatan. Nilai eksport barangan E&E seperti alat
penerimaan siaran televisyen dan petroleum mentah ke Thailand mengembang sebanyak RM
582.9 juta dan peningkatan jumlah eksport ke Vietnam bagi barangan E&E, petroleum, kimia
dan bahan kimia, jentera serta perkakasan dan peralatan juga meningkat sebanyak RM 299.2.

Akhir sekali, eksport ke RRC yang masih kukuh kecuali bagi barangan komoditi seperti
minyak kelapa sawit dan getah. Eksport yang tinggi dicatatkan bagi barangan E&E yang
merupakan penyumbang utama kepada eksport meningkat sebanyak RM 2.81 bilion, keluaran
petroleum yang meningkat sebanyak RM 682.2 juta, kelengkapan pengangkutan meningkat
sebanyak RM 242.6 serta barangan optik dan saintifik yang meningkat sebanyak RM 299.5 juta.
Lantas, perdagangan Malaysia dengan RRC meningkat sebanyak 9.6% iaitu RM 147.35 yang
disumbangkan terutamanya oleh kenaikan eksport keluaran petroleum, barangan E&E, bijih
aluminium, kimia dan bahan kimia serta jentera, perkakasan dan peralatan.

Secara keseluruhannya, perdagangan antarabangsa yang dijalankan oleh Malaysia ke


negara-negara ASEAN dan serantau mampu meningkatkan mahupun menjatuhkan ekonomi
negara dari semasa ke semasa. Hal ini didorong oleh pemulihan keadaan ekonomi dan pelaburan,
pertambahan golongan berpendapatan sederhana serta langkah pembangunan dan pembaharuan
yang diambil oleh negara-negara anggota ASEAN dan serantau. Peningkatan import dan eksport
ke negara-negara ASEAN dan serantau disumbang oleh keluaran petroleum, petroleum mentah,

17
kimia dan bahan kimia, minyak sawit seperti minyak sawit mentah, fractioned palm oil, isirong,
olein dan stearin minyak sawit, barangan optik dan saintifik serta barangan E&E.

5.0 CADANGAN

Bahagian ini akan membincangkan cadangan bagi memperkukuh eksport negara dan
mengurangkan kebergantungan negara terhadap import dari negara luar bagi memastikan
pertumbuhan ekonomi Malaysia yang seimbang, inklusif dan mapan.

Bagi merancakkan eksport barangan dan perkhidmatan, beberapa cadangan boleh


dilaksanakan. Antaranya,menjalankan promosi secara aktif perkhidmatan gantian-import atau
(import-substitution) seperti perkhidmatan perkapalan, pelabuhan, pendidikan dan profesional.
Hal ini demikian kerana, langkah ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar
bagi perolehan barang dan perkhidmatan.

Kedua, menyegerakan pelaksanaan cadangan daripada Majlis Eksport Kebangsaan


(NEC) iaitu, membantu pengeksport terutamanya perusahaaan kecil dan sederhana (PKS) untuk
mendapat prospek pelanggan baharu di pasaran yang baharu, di bawah program jaringan
antarabangsa menggunakan penghubung pasaran dan pakar industri. Untuk mencapai matlamat
NEC dalam mengukuhkan prestasi eksport, enam strategi telah dikenalpasti :

i. Menambahbaik Ekosistem prestasi eksport


Menangani jurang ekosistem prestasi eksport termasuk menaik taraf infrastruktur logistik
(fizikal dan elektronik), mengurangkan peraturan agar kos menjalankan perniagaan lebih
rendah, memudahkan proses dan prosedur untuk meningkatkan daya saing,
menyesuaikan kemahiran dan kepakaran bagi memenuhi permintaan industri.
ii. Perdagangan dengan China
Permintaan produk komoditi dari China telah merosot dengan ketara memandangkan
peralihan pertumbuhan ekonomi China kepada model yang lebih mapan.
Walaubagaimanapun, terdapat banyak peluang dalam aktiviti berkaitan perkhidmatan
dan penggunaan, berikutan perkembangan pesat masyarakat kelas pertengahan yang
lebih mewah. Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan, pendidikan dan latihan bahasa,
makanan dan minuman, produk hijau dan organik, serta produk mewah seperti bahan
binaan berkualiti dan kelengkapan hiasan dalaman merupakan bidang berpotensi untuk
pengeksport Malaysia. Sehubungan dengan itu, perdagangan dengan China perlu

18
mengambil kira agenda pembangunan baharu, peralihan amalan model perniagaan dan
pelaburan.

iii. Memaksimumkan peluang dalam kalangan ASEAN dan Pasaran Greenfield


Perdagangan dengan ASEAN kekal kukuh sejak beberapa tahun. Pada tahun 2014,
ASEAN menyumbang 26.8% kepada jumlah perdagangan Malaysia dan disasarkan
mencapai 30% menjelang 2020. Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2015, merupakan
rantau dinamik dengan penduduk seramai 620 juta, boleh dimanfaatkan untuk
meningkatkan lagi integrasi ekonomi, menggalakkan perdagangan dan pelaburan
berkualiti serta akses kepada rantaian serantau dan global. Bidang yang perlu diberi
perhatian termasuk, meliberalisasikan sektor perkhidmatan, mengurangkan sekatan
bukan takrif dan memudahcara aktiviti perdagangan.
iv. Meningkatkan Rantaian Nilai dan Aktiviti Hiliran
Firma swasta akan digalakkan untuk mengeksport produk bernilai tinggi melalui
pelaburan dalam teknologi baharu seperti peralatan pintar, teknologi nano, elektronik
yang fleksibel dan berintegrasi 3D. Selain itu, negara akan mempergiat lagi aktiviti
pengambilalihan teknologi oleh syarikat milik Malaysia, pelaburan baharu serta
pelaburan semula dalam bidang teknologi. Tumpuan jugan akan diberikan untuk
menggalakkan aktiviti nilai ditambah yang lebih tinggi dalam industri berasaskan
sumber hiliran serta penglibatan dalam rangkaian pengeluaran global. Untuk menjadi
peserta peringkat serantau dan antarabangsa, program berterusan yang telah dikenalpasti
untuk membangun dan memupuk firma tempatan peringkat pertengahan akan terus
dipertingkatkan.
v. Mengantarabangsakan Perkhidmatan
Walaupun sektor perkhidmatan merupakan penyumbang terbesar kepada pertumbuhan
KDNK sebanyak 53.5% pada tahun 2014, eksport perkhidmatan kekal sederhana dengan
tidak mengambil kira pendapatan dan pelancongan. Dengan itu, eksport perkhidmatan
akan dipergiatkan lagi dengan memberi tumpuan kepada perdagangan perkhidmatan
bernilai tinggi seperti dalam bidang minyak dan gas (O&G), ICT, industri kreatif,
penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), perkhidmatan pembinaan dan
profesional.
vi. Perubahan Institusi dan Pendekatan Transformasi untuk Mempromosi Eksport

19
Agensi utama seperti MATRADE akan memperkenalkan perubahan struktur untuk
meningkatkan kecekapan, memperoleh kemahiran dan mengekalkan kepakaran. Peranan
MATRADE juga akan diperhalusi untuk menjadi penggerak strategi dalam memacu
pertumbuhan eksport. Pendekatan baharu akan digunakan untuk menggalakkan eksport
seperti menggunakan penghubung pasaran (market linkers), pakar industri, pelobi dan
memanfaatkan diaspora Malaysia. E-dagang merupakan platform terbaik untuk memacu
pertumbuhan pesat dan akan digunakan secara meluas bagi meningkatkan perdagangan.
Jenama Malaysia akan diperkukuhkan dengan lebih padu dan berintegrasi di pelbagai
peringkat Kementerian, agensi, Kerajaan Negeri dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
yang terlibat dalam promosi perdagangan. Dalam hal ini, MITI akan memainkan peranan
penting untuk memastikan kerjasama yang lebih baik dalam kalangan entiti untuk
memajukan agenda perdagangan dalam negeri dan di peringkat global.

Ketiga, mempergiat program promosi eksport di 46 negara meliputi Asia, Eropah, Asia
Barat dan Amerika Syarikat seperti memperkenalkan SME-Go melalui SME Bank iaitu sebuah
program eksport untuk PKS, memanfaatkan Dana Perkhidmatan Eksport serta program promosi
PKS untuk meningkatkan kemampanan eksport ke luar negara.

Keempat, untuk mencapai imbangan dagangan yang positif, kerajaan harus mengurangkan
import dari negara lain dengan mengenakan kawalan import iaitu menaikkan cukai import dalam
(tarif). Malah, penggunaan tukaran wang asing perlu dikawal supaya kerajaan boleh mencatu
penggunaannya melalui bank pusat. Orang ramai dan para pengusaha haruslah menerangkan
tujuan mereka membeli mata wang asing. Kerajaan patut menurunkan nilai mata wang bagi
mengurangkan import dari negara asing. Langkah ini akan menyebabkan barang import menjadi
lebih mahal dan seterusnya mengurangi import. Sebaliknya, barang eksport menjadi murah di
pasaran antarabangsa dan akan menambahkan eksport.

Kelima,selaras dengan matlamat kerajaan “Mensejahterakan Kehidupan Rakyat” dalam


pembentangan bajet 2016 yang lalu, beberapa strategi atau cadangan dalam memperkukuh
eksport negara telah disusun di bawah keutamaan yang pertama iaitu “Memperteguh ketahanan
ekonomi negara”. Senarai berikut merupakan strategi dan cadangan yang dirangka bagi
memperkukuhkan lagi eksport negara:

20
 RM 235 juta diperuntukkan kepada MATRADE untuk Program Promosi
1Malaysia,Dana Eksport Perkhidmatan dan Dana Promosi Eksport.
 MATRADE dan SME Corp juga akan meningkatkan keupayaan PKS dan
syarikat peringkat pertengahan atau mid-tier, untuk mengeksport barangan dan
perkhidmatan ke luar negara.
 Mempelbagaikan penggunaan matawang asing untuk urusan perdagangan pula,
Bank Negara Malaysia menyediakan kemudahan credit swap Ringgit-Renminbi
kepada bank tempatan
 PKS diberi kelonggaran mematuhi syarat nilai tambah iaitu 30 peratus kepada 20
peratus dan 50 peratus kepada 40 peratus bagi produk perkilangan Kelonggaran
ini akan diberikan bagi tahun taksiran 2016 hingga 2018.
 Kerajaan akan memberi galakan untuk penubuhan Independent Conformity
Assessment Bodies atau ICAB bagi menggalakkan perkhidmatan penilaian dan
pematuhan piawaian antarabangsa yang dilakukan di dalam negara.

Kesimpulannya, kerajaan harus mengambil langkah bagi meningkatkan pertumbuhan


ekonomi Malaysia yang seimbang, inklusif dan mapan. Fokus baharu eksport akan
mengukuhkan lagi sektor ke luar negeri yang seterusnya akan meningkatkan daya tahan ekonomi
domestik. Selain itu, ia turut menyediakan peluang pekerjaan, menjana pertukaran mata wang
asing, meningkatkan penggunaan teknologi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Ekonomi
yang menyeluruh juga merupakan penampan terhadap kejutan ekonomi.

RUJUKAN

21
Rohaini Mustaffa, 1991. Teori Perdagangan Antarabangsa, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

DS Najib Razak, 2015. “Bajet 2016 : Mensejahterakan Rakyat”. Pembentangan Bajet 2016
Malaysia yang disampaikan di Dewan Parlimen, 23 Oktober 2015.

Laporan Ekonomi 2015/2016, Bab 3: prestasi ekonomi dan prospek,


http://www.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=6442:laporan-
ekonomi-15-16&catid=262:laporan-ekonomi&lang=ms&Itemid=2478

Component of Malaysia’s Exports, 2015, http://www.matrade.gov.my/en/malaysian-


exporters/services-for-exporters/trade-a-market-information/trade-statistics

Trade Perfomance 2015, http://www.miti.gov.my/index.php/pages/view/2150?mid=56

22

You might also like