You are on page 1of 8

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

NOTA KULIAH 5
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA KURSUS UFE 1113 ASAS EKONOMI

SEMESTER 1

NO DAN TAJUK 5 PERTUKARAN ASING

5.1 Menerangkan Pertukaran Asing


STANDARD
5.2 Menjelaskan Kadar Pertukaran Asing
PEMBELAJARAN 5.3 Menjelaskan Kesan Perubahan Kadar Pertukaran Asing

5.1 Menerangkan Pertukaran Asing


5.1.1 Memberikan maksud pertukaran asing
5.1.2 Menerangkan kepentingan pertukaran asing
5.2 Menjelaskan kadar pertukaran asing
5.2.1 Memberikan maksud kadar pertukaran asing
5.2.2 Menjelaskan pengiraan kadar pertukaran asing
TUJUAN 5.3 Menjelaskan kesan perubahan kadar pertukaran asing
5.3.1 Menerangkan permintaan pertukaran asing
5.3.2 Menerangkan penawaran pertukaran asing
5.3.3 Menjelaskan kesan perubahan kadar pertukaran asing
terhadap eksport dan import negara
5.3.4 Menjelaskan kesan perubahan eksport dan import
terhadap kadar pertukaran asing

NO KOD UFE 1113

NAMA PELAJAR

PROGRAM

NO. KAD PENGENALAN

TARIKH
5.0 PERTUKARAN ASING

i. Dalam bidang kewangan, kadar pertukaran(juga dikenali sebagai kadar pertukaran


asing) antara dua mata wang menentukan berapa nilai satu mata wang dari segi satu
mata wang yang lain.
ii. Contohnya, kadar pertukaran 4 Ringgit Malaysia ke satu Dolar Amerika merujuk RM4
bersamaan dengan USD1.
iii. Pasaran pertukaran asing merupakan salah sebuah pasaran terbesar di dunia.

5.1 Menerangkan Pertukaran Asing


5.1.1 Memberikan maksud pertukaran asing.

a) Setiap negara yang terlibat dalam aktiviti perdagangan antarabangsa harus memiliki
mata wang asing atau pertukaran.
b) Sesebuah negara yang ingin menjalankan perdagangan antarabangsa dengan
negara yang lain harus memperoleh mata wang negara pengeksport untuk tujuan
melakukan pembayaran semasa urus niaga dijalankan.
c) Contohnya, pengimport di Malaysia yang ingin mengimport barang elektrik dan
elektronik dari Jepun harus membuat pembayaran dalam mata wang Jepun iaitu Yen
Jepun.
d) Pertukaran asing merujuk mata wang negara lain yang dimiliki oleh sesebuah
negara.
e) Contoh pertukaran asing yang utama di dunia adalah seperti dalam jadual yang
berikut:
Negara-negara Mata wang Simbol
Malaysia Ringgit Malaysia RM
Amerika Syarikat Dolar Amerika US$
Britain Pound Sterling £
Jepun Yen Jepun ¥
Kesatuan Eropah Euro €
India Rupee Rupee
Singapura Dolar Singapura SGD
Indonesia Rupiah Rp
Thailand Baht ฿
Filipina Peso Php
China Renminbi 元
Australia Dolar Australia AUD

Jadual 1 : Contoh mata wang yang digunakan oleh negara-negara di dunia.


5.1.2 Menerangkan kepentingan pertukaran asing

kepentingan
pertukaran asing

membayar balik membuat mempertahankan


membiayai import pinjaman luar pelaburan di luar nilai mata wang
negara negara negara

A. MEMBIAYAI IMPORT
1. Apabila seseorang pengimport ingin membeli barang atau perkhidmatan dari negara
lain, pengimport tersebut perlu memperoleh pertukaran asing negara pengeksport
untuk tujuan pembayaran.
2. Namun, pembayaran jumlah nilai import juga boleh dilakukan dalam mana-mana
pertukaran asing seperti Dolar Amerika yang diterima oleh pengeksport yang
berkenaan.
3. Contohnya, Syarikat XDL di Johor Bahru yang ingin mengimport jentera dari
Singapura perlu mendapatkan Dolar Singapura untuk membuat bayaran kepada
pengeksport.

B. MEMBAYAR BALIK PINJAMAN LUAR NEGARA


1. Kerajaan sesebuah negara yang ingin membayar balik faedah atau jumlah pokok
pinjaman bagi hutang luar negara seharusnya membuat bayaran dalam mata wang
negara pemberi pinjaman atau mana-mana pertukaran asing yang diterima oleh
negara tersebut.
2. Contohnya, pinjaman yang dibuat oleh kerajaan Malaysia dari Amerika Syarikat dan
Jepun harus dibayar balik dalam mata wang Dolar Amerika dan Yen Jepun masing-
masing.

C. MEMBUAT PELABURAN DI LUAR NEGARA


1. Kerajaan sesebuah negara dan rakyatnya boleh melabur di luar negara dengan
pertukaran asing yang diperoleh untuk tujuan mempelbagaikan risiko pelaburan dan
memperoleh pulangan yang lebih tinggi.
2. Contohnya, kerajaan Malaysia dan syarikat tempatan melabur di negara-negara
seperti Vietnam, China, Arab Saudi, Britain, Amerika Syarikat, Singapura, dan
Indonesia.
3. Pelaburan ke luar negara sama ada dalam bentuk pelaburan portfolio atau pelaburan
langsung memerlukan sejumlah pertukaran asing yang mencukupi.

D. MEMPERTAHANKAN NILAI MATA WANG NEGARA


1. Bank pusat sesebuah negara akan menggunakan rizab antarabangsa dalam bentuk
pertukaran asing untuk membeli mata wang negara apabila nilainya jatuh atau
menjual mata wang negara apabila nilainya terlalu tinggi dalam pasaran pertukaran
asing.
2. Contohnya, Bank Negara Malaysia akan menggunakan rizab antarabangsa negara
untuk membeli Ringgit Malaysia apabila nilainya jatuh.
3. Peningkatan dalam permintaan terhadap Ringgit Malaysia akan menaikkan nilai atau
kadar pertukaran asing Ringgit Malaysia dalam pasaran pertukaran asing.
4. Sebaliknya, Bank Negara Malaysia akan menjual Ringgit Malaysia dalam pasaran
pertukaran asing apabila nilainya naik terlalu tinggi berbanding dengan mata wang
asing yang lain.
5. Penawaran yang banyak atau berlebihan bagi Ringgit Malaysia akan menyebabkan
nilai atau kadar pertukaran asing Ringgit Malaysia menurun dalam pasaran
pertukaran asing.
6. Tindakan ini bertujuan memberi keyakinan kepada orang ramai dan pelabur asing
terhadap kestabilan nilai mata wang negara dan seterusnya menjamin pertumbuhan
ekonomi negara yang berterusan

5.2 Menjelaskan kadar pertukaran asing


5.2.1 Memberi maksud kadar pertukaran asing
• Kadar pertukaran asing merujuk kepada nilai atau mata wang sesebuah negara dalam
sebutan mata wang asing.
• Contohnya, kadar pertukaran wang asing antara Ringgit Malaysia dengan Dolar
Amerika RM1 = USD0.2635 dan Ringgit Malaysia dengan Dolar Singapura RM1 =
SGD0.3225.
• Kadar pertukaran asing antara mata wang bagi setiap negara berubah setiap hari dan
bergantung kepada harga belian dan harga jualan mata wang tersebut dalam pasaran
pertukaran asing.
• Harga belian merujuk harga yang ditawarkan oleh bank atau pengurup wang untuk
membeli mata wang asing dengan menukarkan mata wang tempatan sesebuah
negara.
• Harga jualan merujuk harga yang ditawarkan oleh bank atau pengurup wang untuk
menjual mata wang asing bagi mendapatkan mata wang tempatan sesebuah negara.
• Harga bagi setiap mata wang asing adalah dipengaruhi oleh jumlah permintaan dan
penawaran bagi mata wang tersebut dalam pasaran pertukaran asing.

5.2.2 Menjelaskan pengiraan kadar pertukaran asing

• PENUKARAN MATA WANG ASING KEPADA RINGGIT MALAYSIA


Jadual dibawah menunjukkan kadar penukaran asing antara Ringgit Malaysia dengan
Dolar Amerika.
Unit Mata wang Harga belian (RM) Harga jualan (RM)
Dolar Amerika
1 4.2250 4.2290
(USD)

Andaikan seorang pengimport di Amerika Syarikat telah mengimport sarung tangan getah
asli yang bernilai USD106,200 dari Top Glove Berhad di Malaysia. Hitung jumlah mata
wang Ringgit Malaysia yang diperlukan oleh pengimport tersebut untuk membuat bayaran
kepada pengeksport di Malaysia.
PENYELESAIAN:
Bank akan membeli Dolar Amerika daripada pengimport tersebut dan membuat bayaran
dalam Ringgit Malaysia. Harga belian RM4.2250 akan digunakan dalam urusniaga
tersebut.
USD1 = RM4.2250 Eksport = HARGA BELIAN

• PENUKARAN RINGGIT MALAYSIA KEPADA MATA WANG ASING


Jadual dibawah menunjukkan kadar penukaran asing antara Ringgit Malaysia dengan
Dolar Amerika.
Unit Mata wang Harga belian (RM) Harga jualan (RM)
Dolar Amerika
1 4.2250 4.2290
(USD)

Andaikan Syarikat Superlink di Malaysia ingin mengimport 3 unit mesin pemprosesan


yang bernilai RM996,800 daripada Amerika Syarikat. Hitung jumlah mata wang Ringgit
Malaysia yang diperlukan oleh pengimport tersebut untuk membuat bayaran kepada
pengeksport di Amerika Syarikat.
PENYELESAIAN: 106,200 x 4.2250 = 448,695

969,800 x 3/4.2250 = 688,615.3846


Bank akan menjual Dolar Amerika kepada Syarikat Superlink dan memberi bayaran dalam
Ringgit Malaysia. Harga jualan RM4.2290 akan digunakan dalam urusniaga tersebut.

USD1 = RM4.2250 Import = HARGA JUALAN

5.3 KESAN PERUBAHAN KADAR PERTUKARAN ASING


5.3.1 Menerangkan permintaan dan penawaran pertukaran asing
1. Perubahan permintaan dan penawaran terhadap sesuatu pertukaran asing akan
menentukan kadar pertukaran asing tersebut di pasaran pertukaran asing.
2. Perubahan kadar pertukaran asing bagi sesuatu mata wang akan mendatangkan
kesan terhadap eksport dan import negara yang berkenaan

Permintaan
5.3.3 Menjelaskan kesan perubahan kadar pertukaran asing terhadap eksport dan
import negara
KENAIKAN PERTUKARAN ASING
1. Kenaikan kadar pertukaran asing merujuk perubahan kadar pertukaran asing yang
membolehkan seunit mata wang sesebuah negara memperoleh lebih banyak unit
mata wang asing
2. Kenaikan kadar pertukaran asing Ringgit Malaysia bermakna harga mata wang asing
menjadi lebih murah kepada Malaysia yang sama, lebih banyak mata wang asing
dapat diperoleh atau untuk mendapat satu unit mata wang asing, semakin kurang
Ringgit Malaysia diperlukan.

KESAN TERHADAP EKSPORT


1. Apabila kadar pertukaran asing bagi Ringgit Malaysia naik, harga barang eksport bagi
Malaysia akan menjadi lebih mahal di negara asing atau dalam pasaran antarabangsa.
2. Pengimport yang membeli barang atau perkhidmatan dari Malaysia terpaksa membuat
bayaran yang lebih tinggi untuk mengimport barang tersebut berbanding dengan
keadaan sebelum berlaku kenaikan kadar pertukaran.

5.3.4 Kesan Perubahan Kadar Pertukaran Asing terhadap Eksport dan Import
1. Kesan perubahan kadar pertukaran RM ke atas eksport dan import Malaysia Kenaikan
kadar pertukaran RM Penurunan kadar pertukaran

2.50
2. Kesan perubahan import dan eksport terhadap kadar pertukaran RM

You might also like