You are on page 1of 24

BAB 3

KELEBIHAN PERSAINGAN
DENGAN SISTEM MAKLUMAT
ORGANISASI DAN SISTEM
MAKLUMAT
• Sistem Maklumat dibina oleh pengurusan bagi memberi khidmat kepada
organisasi.
• Interaksi antara Teknologi Maklumat dan organisasi adalah kompleks dan
dipengaruhi oleh benyak faktor pengantara termasuk persekitaran, budaya,
struktur, proses perniagaan , poitik dan keputusan pengurusan .
• Adalah penting untuk memahami organisasi perniagaan itu sendiri sebelum
merekabentuk sistem baru.
APA ITU ORGANISASI?
• Struktur sosial yang stabil dan formal, yang menggunakan sumber dari
persekitaran, memproses dan menghasilkan hasil.
• Organisasi menukarkan sumber-sumber tersebut kepada produk dan
perkhidmatan.
• Organisasi merupakan entiti formal dengan peraturan dalaman serta
prosedur yang mematuhi undang-undang.
• Organisasi juga merupakan struktur sosial kerana ianya merupakan
kumpulan elemen sosial.
CIRI-CIRI ORGANISASI
• Organisasi menyusun kepakaran manusia dalam bentuk hierarki kuasa
• Kuasa adalah terhad kepada tindakan tertentu yang ditadbir dengan
peraturan atau prosedur yang abstrak.
• Melantik pekerja yang mempunyai kelayakan asas teknikal dan
professional.
• Semua organisasi mempunyai satu set andaian yang menentukan
matlamat dan produk.
IMPAK SISTEM MAKLUMAT KEPADA
ORGANISASI
1. IMPAK/KESAN EKONOMI
2. IMPAK TINGKAHLAKU
3. INTERNET DAN ORGANISASI
4. IMPLIKASI MEREKABANTUK DAN MEMAHAMI SISTEM MAKLUMAT
IMPAK/KESAN EKONOMI
• Dari sudut pandangan ekonomi, IT membawa perubahan kepada kos modal dan kos
maklumbalas.
• Teknologi sistem maklumat boleh dilihat sebagai antara faktor pengeluaran yang
boleh menggantikan modal kewangan dan buruh.
• IT memberi kesan kepada kos dan kualiti maklumat, dan perubahan dalam ekonomi
maklumat.
• IT membantu kotrak organisasi dalam saiz kerana ia dapat mengurangkan kos
transaksi (transaction cost)-iaitu kos apabila organisasi membeli di pasaran apa yg
tidak dapat dikeluarkan sendiri oleh organisasi tersebut.
IMPAK TINGKAHLAKU
• Daripada lima lapisan pengurusan dalam sesebuah organisasi, penggunaan teknologi
maklumat membolehkan sayrikat-syarikat mengurangkan kepada 3 mahupun dua
lapisan.
• IT memberikan hak membuat keputusan kepada tahap yang lebih rendah kerana
pekerja bawahan menerima maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan
tanpa pengawasan.
• Pengurus kini menerima maklumat lebih tepat pada masanya, dengan ini
membolehkan mereka lebih cepat membuat keputusan, jadi kurang pengurus
diperlukan.
INTERNET DAN ORGANISASI
• Internet meningkatkan akses/capaian storan dan penyebaran maklumat dan pengetahuan
untuk organisasi.
• Internet boleh mengurangkan kos transaksi dan kos agensi. Contoh: organisasi besar
mengagihkan manual kerja kepada kakitangan menerusi laman web korporat. Dengan cara
ini, ia dapat mengurangkan kos agihan.
• Internet menyediakan teknologi platform terbuka yang membolehkan pemprosesan
transaksi di antara perniagaan pada kos yang lebih murah dan menyediakan antaramuka yang
mesra pengguna.
• Cara-cara inovatif organisasi menggunakan internet, intranet dan extranet untuk
memperbaiki proses perniagaan mereka dan kos yang lebih rendah.
IMPLIKASI MEREKABENTUK DAN
MEMAHAMI SISTEM MAKLUMAT
Faktor-faktor organisasi yang dipertimbangkan apabila merancang satu sistem baru.
• Environment/persekitaran
• Struktur-hirarki,pengkhususan, rutin proses perniagaan
• Budaya dan politik
• Jenis organisasi dan gaya kepimpinan
• Kepentingan kumpulan utama yang terjejas oleh sistem: sikap pengguna akhir
• Tugas, keputusan dan proses perniagaan yang dibantu oleh sistem
MENGGUNAKAN SISTEM
MAKLUMAT UNTUK
MENCAPAI KELEBIHAN
PERSAINGAN
MODEL KELEBIHAN PERSAINGAN
PORTER
• Model persaingan ahli kompetitif porter berpendaat bahawa banyak kejayaan atau kegagalan
sesuatu perniagaan bergantung kepada keupayaan untuk bertindakbalas terhadap persekitaran
luaran.
• Lima bentuk daya saing sesebuah organisasi.
1. Traditional Competitors/Persaing Tradisi
2. New Market Entrance/ Peserta Baru Pasaran
3. Substitute Product And Services/ Produk Dan Perkhidmatan Gantian.
4. Customers/Pelanggan
5. Suppliers/Pembekal
1. Traditional Competitors/Persaing Tradisi
• Sentiasa berusaha untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan baru untuk mencuri
pelanggan.
• Semua organisasi berkongsi ruang pasaran dengan pesaing yang mana sentiasa
merangka produk dan perkhidmatan baru, kecekapan dan kos penukaran,
2. New Market Entrance/ Peserta Baru Pasaran
• Tidak dibatasi oleh cara tradisi menghasilkan barangan dan perkhidmatan, mereka
dengan mudah boleh memasuki pasaran dan menarik pelanggan dengan produk yang
lebih murah atau menawarkan perkhidmatan yang lebih baik.
• Sesetengah industri sukar memasuki pasaran. Contohnya perniagaan cip komputer.
• Syarikat-syarikat baru mempunyai peralatan baru, pekerja yang lebih muda, tetapi
pengiktirafan jenama yang kurang.
3. Substitute Product And Services/ Produk Dan Perkhidmatan Gantian.
• Pelanggan boleh bertukar kepada produk dan perkhidmatan gantian jika mereka merasakan
harga yang ditawarkan oleh sesuatu organisasi terlalu tinggi dan perkhidmatan tidak
memuaskan.
4. Customers/Pelanggan
• Bolehkah pelanggan dengan mudah beralih kepada produk pesaing? Bolehkan mereka
memaksa perniagaan bersaing di pasaran dari segi harga?
• Dengan adanya sistem maklumat, pelanggan lebih mudah beralih kepada pesaing, peserta
pasaran baru atau produk gantian.
5. Suppliers/Pembekal
• Kuasa pasaran di tangan pembekal apabila organisasi tidak boleh menaikkan harga secepat
pembekal.
• Bilangan pembekal yang digunakan boleh menentukan bagaimana mudah atau sukar
perniagaan mengawal rantaian bekalan (supply chain). Terdahulu beberapa pembekal telah
membuatkan organisasi kehilangan kawalan.
STRATEGI UNTUK BERURUSAN DENGAN
PESAING DENGAN MENGGUNAKAN IT

1. Kos Kepimpinan Yang Rendah


2. Perbezaan Produk
3. Tumpuan Kepada Pasaran Khusus
4. Mengukuhkan Keintiman Pelanggan Dan Pembekal
1. Kos Kepimpinan Yang Rendah
• Menghasilkan produk dan perkhidmatan pada harga yang lebih rendah berbanding pesaing
disamping meningkatkan kualiti dan tahap perkhidmatan. Contoh Wal-mart
• Denga menggunakan sistem maklumat,kos operasi akan kurang dan ini dapat menurunkan
harga jualan produk.
• Strategi ini berkesan untuk komoditi seperti komputer atau peruncit barangan harian seperti
Wal-Mart.
• Sistem maklumat menyediakan maklumat kepada syarikat dan pembekal. Semua pekerja
mempunyai akses kepada maklumat di dalam sistem untuk membantu mengurangkan kos dan
harga jauh lebih rendah dari pesaing. Contoh : Sistem inventori antara organisasi dan pembekal.
Apabila produk perlu ditambah, sistem secara automatik akan menghantar mesej kepada
pembekal untuk menghantar stok baru dengan kadar segera.
2. Perbezaan Produk

• Penggunaan sistem maklumat membolehkan produk atau perkhidmatan baru


dicipta bagi memberikan perubahan ke atas keselesaan dan pengalaman
pelanggan. Pilihan produk membuatkan organisasi mampu bersaing di pasaran.
• Contoh : google, nike, Apple
• Contoh : Apple; syarikat pesaing terdiri daripada Hawlett Packard dan IBM.
Apple membezakan produknya dengan menambahkan ciri-ciri iPod dan sistem
muzik atas talian.
3. Tumpuan Kepada Pasaran Khusus

• •Sistem maklumat digunakan bagi membolehkan satu


strategi yang memberi tumpuan kepada pasaran khusus.
• Contoh : Hotel Hilton
4. Mengukuhkan Keintiman Pelanggan
Dan Pembekal
• Menggunakan sistem maklumat bagi membentuk hubungan yang baik
denganpelanggan dan pembekal; meningkatkan kos penukaran.
• Contoh : Neflix, Amazon
• SistemPengurusan rantaian bekalan (SCM) meningkatkan keintiman pembekal
manakala sistem pengurusan perhubungan pelanggan meningkatkan kemesraan
pelanggan.
• Sistem pengurusan hubungan pelanggan membolehkan syarikat-syarikat untuk
mengetahui butiran mengenai pelaggan yang memberikan mereka kelebihan daya
saing berbanding pesaing tradisi dan peserta pasaran baru.
KESAN INTERNET KE ATAS
KELEBIHAN DAYA SAING
• Transformasi, kemusnahan, ancaman kepada sesetegah industri.
Contohnya agensi pelancongan, ensiklopedia bercetak dan akhbar.
• Daya saing di tempat kerja, persaingan yang lebih sengit
• Standard universal yang membenarkan pesaing/peserta baru
memasuki pasaran.
• Peluang baru untuk membentuk jenama dan pelanggan setia
MODEL RANTAIAN NILAI
PERNIAGAAN.
• Satu siri aktiviti yang menambah nilai produk atau perkhidmatan
• Menekankan aktiviti-aktiviti di mana strategi-strategi terbaik persaingan yang
boleh digunakan. Contoh aktiviti utama vs aktiviti sokongan.
• Contoh aktiviti utama – aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam penghasilan coklat
termasuklah aktiviti mendapatkan bahan-bahan mentah untuk coklat, bagaimana
coklat akan dipasarkan dan bagaimana untuk mengiklankan coklat.
• Aktiviti-aktiviti sokongan-sumber manusia, perakaunan dan kewangan di mana
ia menyokong fungsi-fungsi utama pengeluaran, penghantaran, jualan dan
pemasaran
SINERGI, KECEKAPAN TERAS DAN
STRATEGI BERASASKAN RANGKAIAN
• Hampir setiap perniagaan bergantung kepada perkongsian dengan syarikat-
syarikat lain untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan.
• Syarikat-syarikat yang paling berjaya akan menentukan sinergi terbaik,
kompetensi teras dan strategi yang berasaskan rangkaian untuk
mengurangkan kos, memperbaiki produk dan perkhidmatan, dan
meningkatkan keuntungan.
• Sistem maklumat dapat meningkatkan prestasi keseluruhan unit perniagaan
dengan menggalakkan sinergi dan kecekapan teras.
Synergi/Sinergi
• Apabila pengeluaran beberapa unit yang digunakan sebagai input
kepada rang lain, atau organisasi pool market dan kepakarann.
• Contoh : penggabungan Bank of NY dan JPMorgan Chase, Pembelian
YouTube oleh Google.
Core Competencies/Kecekapan Teras
• Aktiviti untuk organisasi yang mempunyai pemimpin bertaraf
dunia/world-class leader.
• Bergantung kepada pengetahuan, pengalaman dan perkongsian dalam
keseluruhan unit perniagaan.
Network-Based Strategies/ Strategi Berasaskan Rangkaian
• Rangkaian Ekonomi
Contoh: anda mempunyai sebuah syarikat dengan 15 pekerja operasi rangkaian
pelanggan/pelayan. Anda telah dibayar untuk pelayan/server yang menyokong 25 pekerja.
Apabila anda mengupah 16 pekerja, anda tidak akan perlu untuk membelanjakan wang yang
banyak, jika ada, hanyalah untuk menyokong pekerja baru pada rangkaian. Anda sebenarnya
meningkatkan output server tanpa meningkatkan kos.
• Model Syarikat Maya
Syarikat maya menggunakan rangkaian untuk berhubung dengan syarikat lain untuk membuat
dan mengedar produktanpa sempadan atau lokasi fizikal.Contoh : syarikat Boeing, pengeluar
kapal terbang, menggunakan organisasi maya sepanjang proses reka bentuk dan pembuatan.
kontrak dengan perniagaan yang lain bagi sesetengah kerja seperti merekabentuk tempat duduk
baru. Apabila proses selesai, pembekal tidak lagi terikat dengan kontrak.
• Ekosistem Perniagaan
Set industri yang menyediakan perkhidmatan dan produk yang berkaitan. Contoh : IBM
membina komputer mainframe yang pertama. Ia bukan sahaja mengendalikan semua perkakasan
dan pembuatan tetapi juga turut membekalkan perisian program.

You might also like