You are on page 1of 3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya Hazmizan Bin Wahap dan No Matrix saya


ialah 600273. Saya merupakan pelajar Diploma in Business Management dan video ini saya
hasilkan bagi memenuhi tugasan yang telah diarahkan oleh Dr Maria yang merupakan
pensyarah untuk course Marketing Management.
Hari ini saya akan bercakap mengenai 2 isu yang saya rasa memberikan kesan yang tinggi
kepada diri saya sendiri. Isu pertama yang saya ingin kupas ialah mengenai kesan
peperangan Rusia – Ukrain terhadap ekonomi Malaysia dan sedikit sebanayk ianya
bersangkut paut dengan pengurusan pemasaran.
Peperangan Rusia – Ukrain telah memberikan impak yang negative terhadap pasaran dunia
amnya. Namun tidak dinafikan ianya juga telah menjejaskan ekonomi Malaysia. Ini
disebabkan oleh berlakunya gangguan kepada rantaian pembekalan kepada bahan mentah
dunia. Konflik yang berterusan antara Russia dan Ukraine telah menyebabkan harga
komoditi di seluruh dunia melonjak di tengah-tengah kebimbangan dan reaksi mendadak
terhadap kemungkinan kejatuhan dari segi bekalan. Ini kerana, kedua-dua negara adalah
pengeluar utama, antara lain, minyak bunga matahari, gandum dan jagung.

Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), Russia dan Ukraine secara bersama
menyumbang 78 peratus, 29 peratus dan 19 peratus masing-masing untuk minyak bunga
matahari, gandum dan jagung daripada anggaran perdagangan global 2021/22.

Justeru, apabila perang meletus, ia mencetuskan kebimbangan kemungkinan berlaku


kekurangan bukan sahaja minyak masak global tetapi juga produk yang berkaitan dengan
industri seperti sabun, bahan api bio dan bekalan makanan lain.

Mengapa perkara seperti ini penting dan memberikan impak yang besar. Ianya adalah
disebabkan produk yang dikeluarkan daripada kedua-dua negara tersebut tergolong dalam
konsep pemasaran teras.3 elemen yang menjadikannya penting ialah keperluan, kehendak
dan permintaan. Kekurangan bahan mentah di pasaran global juga telah menyebabkan
berlakunya kenaikkan harga barang keperluan seperti minyak masak, tepung gandum dan
lain-lain dipasaran dunia dan Malaysia secara khususnya.

Dalam pada itu, lebih daripada 250,000 pekebun kecil Malaysia boleh menikmati detik baik
ini untuk seketika sebelum kebimbangan terhadap kos meningkat dan margin keuntungan
menjadi kecil apabila bekalan baja turut terganggu akibat konflik kerana kedua-dua negara
juga pengeksport baja utama.

Tindakan Russia mengebom sebuah kilang besar dan eksport serantau disekattelah
menyebabkan kapasiti baja musnah. Russia, Belarus dan Ukraine adalah pengeksport baja
utama dan ini akan membawa kesan besar dari segi kos pengeluaran dan ketersediaan
(baja) untuk tanaman.

Konflik Moscow-Kyiv yang berpanjangan boleh menyebabkan kemelesetan dan seterusnya


mengurangkan permintaan global untuk makanan.

Situasi ini akan berlaku perlahan-lahan dan sehingga itu, orang ramai akan cuba
mengekalkan corak pemakanan mereka dan mungkin mengambil masa sebelum mereka
mengurangkan makan di luar, malah memilih untuk menggunakan semula minyak masak
untuk menggoreng.

Sedikit sebanyak ianya juga menyebabkan berlakunya inflasi. Nilai matawang negara-
negara di dunia kebanyakkannya jatuh dan termasuklah nilai US Dollar.
Jadi pada pendapat saya, antara Langkah yang boleh diambil untuk mengatasi isu ini ialah
pemimpin-pemimpin negara dari setiap negara di dunia hendaklah memainkan peranan
untuk memastikan isu ketegangan antara Rusia – Ukrain ini dihentikan bagi membolehkan
pasaran di dunia menjadi stabil seperti sedia kala. Ini kerana, dalam persekitaran
pemasaran yang luas, undang-undang politik merupakan salah satu aspek yang penting
yang harus dititik beratkan.

Selain itu, pihak kerajaan Malaysia juga boleh menyarankan kepada para pekebun tempatan
untuk menggunakan produk baja jenama tempatan yang harganya adalah terkawal.
Seterusnya untuk mendapatkan harga yang lebih rendah, kerajaan Malaysia haruslah
menggalakkan usahawan-usahawan muda untuk menghasilkan lebih banyak baja jenama
tempatan. Pengeluaran secara besar-besaran mampu menjimatkan kos bagi penghasilan
baja-baja.

Seterusnya, pengawalan harga dan stok barangan keperluan asas seperti minyak masak,
tepung gandum dan lain-lain haruslah lebih tegas dan dipandang serius oleh pihak kerajaan.
Pihak berwajib seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
haruslah meminkan peranan yang lebih dalam menangani perkara ini. Pencatuan barangan
keperluan asas seperti minyak masak haruslah dibendung dengan tegas betepatan dengan
Price Control and Anti-Profiteering (Mechanism to Determine Unreasonably High
Profit for Goods) Regulations 2016.

Beralih kepada isu kedua yang saya akan kupas pada hari ini. Isunya ialah mengenai
produk dan teknik pemasaran yang menjengkelkan dan sampah. Kebanyakkan usahawan
kini menggunakan taktik atau kaedah pemasaran yang boleh dilabel sebagai murah. Mereka
akan mencetuskan satu kontroversi atau masalah dan kemudiannya memuatnaik perkara
tersebut di media sosial seperti Facebook, TikTok dan lain-lain. Adakalanya mereka juga
meraih popularity melalui pembuatan muzik video yang kontroversi, aksi yang tidak sopan
dan lain-lain lagi supaya penglibatan daripada masyarakat umum meningkat walaupun
hakikatnya maklum balas yang diterima hampir kesemuanya berbentuk kecaman dan
negative.

Sebagai contoh, kita boleh lihat melalui satu video klip muzik yang dihasilkan oleh seorang
usahawan yang terkenal baru-baru ini. Dalam video klip tersebut, kita dapat melihat beliau
yang merupakan seorang usahawan yang sering kali terpalit dengan isu-isu marketing yang
menjengkelkan sekali lagi menghasilkan muzik video yang tidak sopan. Tindakan beliau
bekerjasama dengan seorang artis tempatan yang turut sama terpalit dengan pelbagai isu
yang kurang sopan telah mencetuskan kemarahan dikalangan masyarakat umum dan tidak
kurang juga kritikan daripada pengiat seni muzik Malaysia. Namun dengan adanya maklum
balas daripada masyarakat umum inilah yang telah banyak membantu mempromosikan
beliau dan jenama yang beliau bawa.

Pada pendapat saya, antara Langkah yang sesuai untuk mengatasi isu ini adalah pihak
Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC) dengan kerjasama
daripada syarikat media sosial haruslah memainkan peranan yang penting dalam menapis
kandungan-kandungan media yang akan dimuatnaik ke dalam media sosial. Pihak MCMC
juga hendaklah mengkaji semula hukuman yang sedia ada berkaitan dengan kandungan
media sosial agar ianya dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat umum supaya
lebih berhati-hati dalam memuatnaik kandungan media sosial. Selain itu, kesedaran
terhadap teknik atau kaedah marketing murah dan tidak sopan ini juga haruslah diterapkan
kepada masyarakat umum. Perkara ini haruslah dilaksanakan agar kandungan media sosial
yang tidak sesuai ini tidak akan mendapat maklum balas yang tinggi. Apabila tiada maklum
balas yang tinggi diperoleh, maka ianya akan menjadi sia-sia bagi seseorang individu atau
syarikat tersebut mencipta dan memuatnaik kandungan tersebut.

In conclusion, for any business, whether a global enterprise or small company, a


comprehensive plan that outlines every possible avenue to attract customers’ attention is
vital. The building blocks of an effective marketing strategy include the 6 P’s of marketing:
product, price, place, promotion, people, and presentation.

We need to know what are the 6 P’s of marketing and how does each help sales?

 Product: The product is what is being sold. Fulfilling a market opportunity with a
timely product that meets customers’ needs will help boost sales.
 Price: The price is the cost the customer pays to acquire the An effective pricing
strategy ensures that customers are willing to buy the product, generating sales for
the company.
 Place: The place is where customers can buy the product. Whether a brick-and-
mortar store, website, or app, proper placement of products creates sales
opportunities.
 Promotion: The promotion includes all the tactics used to communicate a product’s
value. The goal of promotion is to attract a customer’s attention and foster interest in
learning more about — and eventually buying — the product.
 People: The people are the individuals involved in the marketing process on both
sides of an exchange. Employees such as salespeople and customer service
representatives influence how customers view a business or product, and customers
provide feedback to improve the product. This interaction between internal and
external people helps determine success.
 Presentation: The presentation is how the product appears in the market.
Customers’ opinions of how a product is presented (for example, through packaging
and messaging) can impact their buying decisions.

The effective integration of the 6 P’s of marketing can serve as the foundation for an
effective growth strategy. The 6 P’s enable businesses to achieve the following:

 Create a desirable product or service that offers value.


 Sell the product or service at a price that is attractive to customers.
 Determine the best place to sell the product or service.
 Optimize the success of attention-grabbing promotions.
 Identify the right people to improve marketing success.
 Attract customers by creating a visually appealing presentation.

That all from me. Thank you for your attention. Good bye.

You might also like