You are on page 1of 11

LAPORAN PROJEK JUALAN

PASTRI

DAILY_CIOUS ENTERPRISE (DCE)

DISEDIAKAN OLEH:

`Aisyah Hakimah Binti Khairul Azman

Dayang Ezza Syazwani Binti Datu Mihd Junaidi

Haifa Nazira Binti Hanizam

Muhammad Shakir Bin Mohd Shahar

Nusyazwani Binti Che Noh

TARIKH:

3 November 2019
1.0 Pengenalan

2.0 Laporan Pentadbiran


3.0 Laporan pemasaran

3.1 Sasaran, saiz pasaran dan persaingan

3.1.1 Kumpulan Sasaran


Kumpulan sasaran bagi Daily_Cious Enterprise melibatkan semua lapisan golongan
masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Hal ini demikian
kerana lokasi Daily_Cious Enterprise ini berdekatan dengan pasaraya, bank, sekolah, kedai
makan dan pejabat swasta. Secara tidak langsung dapat menarik ramai pelanggan termasuklah
murid-murid sekolah, pelajar IPTA, kakitangan kerajaan swasta dan kerajaaan.

3.1.2 Saiz Pasaran


Berikutan daripada hasil analisis kajian dan tinjauan yang dilakukan mendapati bahawa
perniagaan ini mempunyai peluang yang tinggi disebabkan oleh pemilihan lokasi yang strategik
yang merupakan kawasan tumpuan orang awam. Oleh yang demikian, perniagaan Daily_Cious
ini menitikberatkan segala aspek penting untuk mendapatkan kemajuan perniagaan
merangkumi aspek bilangan perniagaan, bilangan penduduk setempat dan kepesatan kawasan.
Pembanguann Daily_Cious Enterprise di Bandar Darulaman, Jitra ini membuka peluang
keemasan kerana kawasan ini mempunyai banyak perumahan yang dibangunkan antaranya
ialah:

Bil. Kawasan Jumlah Penduduk


1. Taman Mahkota 1000 orang
2. Taman Siswa 450 orang
3. Taman Pulasan 300 orang
4. Taman Mahsuri 700 orang
5. Taman Tungku Intan Safinaz 1000 orang
6. Taman Melur 650 orang
7. Taman Maheran 900 orang
JUMLAH 5000 orang
3.1.3 Persaingan
Persaingan merupakan perkara biasa dalam bidang perniagaan. Terdapat beberapa
pesaing yang perlu Daily_Cious Enterprise bersaing sama ada dari segi pemasaran ataupun
kualiti produk. Senarai perniagaan atau syarikat yang memberi saingan antaranya ialah:

Nama Syarikat /
Kekuatan Kelemahan
Perniagaan
Kedai Kek dan Roti - Mempunyai pelbagai jenis - Berada di lokasi yang tidak
produk pastri strategik
Adella Bakery - Tempat yang strategik - Pilihan produk yang terhad
- Baru beroperasi
Salsabella Enterprise - Mempunyai pelbagai jenis - Tiada promosi
produk pastri - Berada di lokasi yang tidak
strategik

3.2 Strategi Pemasaran 4p

4P merupakan kandungan yang terdapat dalam campuran pemasaran. Campuran


pemasaran 4P merujuk kepada 4 faktor yang bermula dengan huruf P iaitu Product, Place,
Promotion dan Price.

3.2.1 Produk (Product)

Produk merupakan hasil proses pengeluaran yang dilakukan oleh pengeluar atau usahawan
kepada pembeli. Produk ini juga boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu produk fizikal, produk
digital dan servis. Produk pastri yang ingin dihasilkan merupakan produk jenis fizikal yang
memerlukan usahawan menilai produk tersebut dari segi pembungkusan, ciri-ciri produk,
pencapaian piawaian yang ditetapkan, keberkesanan kepada pelanggan dan kandungan yang
digunakan mempengaruhi pengguna dalam membuat keputusan. Hal ini kerana, sebahagian
besar pendapatan sesuatu syarikat berasal dari produk yang dijual kepada pelanggan yang
membeli produk tersebut untuk keperluan mereka. Produk yang dikeluarkan perlulah dinilai dari
segi nilai komersial dan kepuasan pelanggan (customer value). Pada zaman yang semuanya
boleh dimiliki dihujung jari, banyak kajian yang menunjukkan bahawa pelanggan lebih menyukai
produk yang secara relatifnya murah tetapi mempunyai kualiti yang baik. Tony Woodall (2007),
juga menyatakan bahawa kualiti produk penting dalam memenuhi keperluan dan kehendak
pelanggan bagi menjamin kepuasan membeli yang maksimum kepada pelanggan. Oleh sebab
itu, DCE telah membuat pelbagai inovasi terhadap produk pastri bagi memastikan produk ini
lebih menarik dan memenuhi citarasa pelanggan.

3.1.2 Tempat (Place)

Tempat atau saluran pengedaran merupakan satu platform di mana pengguna boleh
mendapat akses kepada produk atau perkhidmatan yang dikehendaki (Yeu, Liong, Tong, Hang,
Tang, Bashawri & Subhan, 2012). Menurut Selim Ahmed and Md. Habibur Rahman (2015),
saluran pengedaran boleh ditakrifkan sebagai laluan di mana aliran barangan dan perkhidmatan
dalam satu arah. Saluran pengedaran merupakan fungsi ekonomi yang penting kerana ia
merapatkan jurang antara pengeluar dan pengguna apabila pengguna boleh mendapatkan
produk atau perkhidmatan dengan mudah. Ini seperti yang dinyatakan oleh Hashim (2011)
bahawa pengguna akan berpuas hati jika produk yang disediakan pada masa yang betul,
tempat yang betul dan dalam kuantiti yang betul. Oleh sebab itu, DCE telah membuka
perniagaan penghasilan produk pastri berdasarkan tempat tumpuan warga Jitra. DCE telah
membuka perniagaan di pekan Jitra kerana kami melihat bahawa kawasan tersebut merupakan
kawasan strategik bagi memulakan perniagaan yang baru.

3.2.3 Promosi (Promotion)

Promosi adalah usaha usahawan untuk berkomunikasi dan mempromosikan produknya


ke pasaran sasaran (Kotler, 2012). Komunikasi yang digunakan bagi mempromosikan produk
adalah untuk memberitahu, memujuk, mengingatkan, meyakinkan pengguna yang berpotensi
supaya mencuba dan membeli keluaran barangan dan perkhidmatan yang dipasarkan. Menurut
Hesti Budiwati (2012), promosi merupakan satu isu bagaimana usahawan dapat
mencampurkan alat komunikasi pemasaran untuk menarik minat pelanggan bagi mendapat
mesej tentang produk yang dikeluarkan. Promosi campuran pemasaran merupakan alat yang
membantu menyebarkan maklumat, menggalakkan pembelian dan memberi kesan kepada
proses keputusan pembelian. Promosi campuran pemasaran yang boleh digunakan adalah
seperti pengiklanan, perhubungan awam (public relations), mata pembelian (point of purchase)
serta promosi yang eye catching untuk menarik perhatian pelanggan.
3.2.4 Harga (Price)

Penentuan harga sesuatu produk adalah berdasarkan kos pengeluaran, kos pengagihan
dan struktur kos pesaing dalam pasaran. Oleh itu, harga merupakan satu perkara yang paling
penting dalam DCE kerana harga bukan sahaja dapat meningkatkan keuntungan, malah ia juga
dapat meningkatkan syer pasaran. Menurut Monroe (2003), harga merupakan titik utama untuk
pelanggan menilai apa yang ditawarkan di pasaran. Harga juga merupakan faktor utama dalam
hubungan transaksi di mana ia adalah salah satu medium yang digunakan oleh pengeluar untuk
menangani pasaran, sama ada menarik atau mengekalkan pelanggan sebagai elemen dalam
bersaing dengan pesaing (Summerour, 2000; Patton, 2002; Beck, 2000). Selain itu, Ehmke,
Fulton dan Lusk (2016), memberitahu bahawa harga merupakan satu gambaran bagi sesuatu
produk. Contohnya, harga yang baik untuk produk yang baik. Oleh sebab itu, penentuan harga
sesuatu produk adalah penting bagi mengelakkan kerugian kepada pengeluar.

3.3 Kaedah pemasaran yang dilaksanakan

Kejayaan perniagaan adalah bergantung kepada pemasaran yang dijalankan. Pemasaran


adalah proses sosial dan pengurusan dengan tujuan mencipta, mengembangkan dan
mengekalkan pelanggan dalam suatu aktiviti ekonomi atau pertukaran barang dan
perkhidmatan.

Daily_Cious Enterprise telah menjalankan beberapa kaedah pemasaran bagi menarik


minat pelanggan, antaranya adalah mempromosikan produk. Promosi merupakan pemasaran
komunikasi antara penjual dengan pembeli (Ayed Al Muala and Majed Al Qurneh, 2012).
Daily_Cious Enterprise telah melaksanakan potongan harga terhadap produk yang dihasilkan
pada setiap 3 pembelian produk akan mendapat 1 percuma produk. Di samping itu,
Daily_Cious Enterprise amat mementingkan “feedback” daripada pelanggan. Oleh itu,
pemberian sampel percuma produk baru yang dihasilkan akan diberikan kepada orang awam.
Tujuan promosi ini bukan sahaja untuk meningkatkan jualan malah meningkatkan kualiti
sesuatu produk yang kami hasilkan.

Selain itu, Daily_Cious Enterprise telah membuat pengiklanan menggunakan poster dan
banner. Poster dan banner merupakan salah satu pemasaran yang efektif bagi memberi
informasi tentang produk yang dijual kepada masyarakat awam (BS Pour, K Nazari, M Emami ,
2013). Kedua-duanya perlu digantungkan di kawasan yang strategik agar orang awam boleh
melihatnya dengan jelas seperti di hadapan premis perniagaan. Daily_Cious Enterprise juga
menggunakan kaedah iklan luar ruang (outdoor advertising) dengan menggantungkan banner
pada tiang-tiang lampu jalan dengan kebenaran Majlis Bandaraya Alor Setar. Kaedah ini dapat
menarik perhatian orang awam untuk mengetahui maklumat perniagaan Daily_Cious
Enterprise.

Tambahan pula, Daily_Cious Enterprise juga menggunakan media sosial seperti


Facebook, Twitter, Instagram dan Blog sebagai alat menyalurkan maklumat kepada
masyarakat secara meluas, pantas dan lebih berkesan. Pengiklanan melalui media sosial
memberi pengaruh yang besar kerana media sosial merupakan medium interaksi utama pada
masa kini. Oleh yang demikian, setiap maklumat tentang Daily_Cious Enterprise seperti lokasi,
waktu operasi, produk-produk yang dihasilkan dan dijual serta harga produk akan diiklankan
melalui media sosial yang dimiliki. Dalam konteks ini, peggunaan media sosial memudahkan
orang awam mendapatkan maklumat tentang Daily_Cious Enterprise, malah mengetahui
perkembangan produk-produk yang terkini.
4.0 Laporan Kewangan

4.1 Buku Aliran Tunai

Laporan Jualan Produk Pastri

Bil Harga Jualan Bilangan Jumlah


Nama Pastri/ Menu
. (RM) yang Terjual (RM)
1. Sardin Gulung (2 biji) 1.00 250 250
2. Tart buah 2.50 100 250
3. Salted Caramel Chocolate Tart 2.50 150 375
4. Pai Boba milk tea 3.00 50 15.00
5. Danish Pastri 3.00 50 15.00
6. Pai Ayam/ Daging 3.00 60 180
7. Durian Cream Cheese Danish 3.50 30 105
8. Croissant Spicy Korean Fried Chicken 4.00 80 32
9. Churros (5 stik) 3.00 235 705
10. Eclairs (2 stik) 5.00 60 30
11. Churrose Oreo (2 biji) 3.00 80 24.00
12. Creampuff avocado (5 biji) 5.00 100 500
JUMLAH (RM) 2481

PENGALIRAN WANG

PERKARA RM
A) Penerimaan Tunai Modal RM 4000.00
Jumlah Jualan RM 2481.00
JUMLAH RM 6481.00
B) Pembayaran Tunai Perbelanjaan pengurusan RM 475.00
Kelengkapan yang
RM 2448.00
diperlukan
Stok bekalan bahan mentah RM 560.64
JUMLAH RM 3483.64
C) Lebihan/ Kurangan (A-B) RM 6481.00 - RM 3483.64
D) Anggaran Baki Akhir RM 2997.36

4.2 Penyata Untung/Rugi

PERKARA RM
Modal RM 4000
Jumlah Jualan RM 2997.36
Kos Pembayaran RM 4000
Anggaran Keuntungan RM 2997.36
5.0 Kesimpulan

Secara keseluruhan, rancangan perniagaan Daily_Cious Enterprise adalah untuk


memberi peluang kepada usahawanan menilai secara keseluruhan proses perniagaan yang
dijalankan secara teliti dan terperinci. Oleh yang demikian, perancangan perniagaan yang
dilaksanakan oleh Daily_Cious Enterprise menjadi garis panduan yang teratur dan sistematik
agar perjalanan perniagaan menjadi lebih lancar dan tersusun. Di samping itu, Daily_Cious
Enterprise amat optimis dengan perniagaan produk pastri dan mampu melangkah jauh dalam
bidang perniagaan ini serta berdaya saing secara sihat dengan pesaing-pesaing dari bidang
yang sama. Kami amat yakin bahawa perniagaan yang dijalankan oleh Daily_Cious Enterprise
akan terus berkembang pada masa hadapan selaras dengan perkembangan teknologi dan
gaya hidup masa kini.

RUJUKAN

Mohd Safarin, N. & Kamaruddin, M. T. (2004). Kemahiran generik – kepentingan dalam


memenuhi keperluan majikan masa kini. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Kertas
kerja.

Mat Assain @ Hashim, F.& Mat Safar, H. (2011). Penerapan kemahiran insaniah di sekolah
menengah teknik: Satu analisis perbandingan.

Woodal, T. (2007). New marketing, improved marketing, apocryphal marketing: Is one


marketing concept enough?. European Journal of Marketing. Vol. 41. Issue 11/12. hlm.
1284 - 1296.

Yeu, C. S., Leong, K. C., Tong, L. C., Hang, S., Tang, Y., Bashawir, A. & Subhan, M. (2012). A
comparative study on international marketing mix in china and india: the case of
mcdonald's. Procedia-social and behavioral sciences, 65, 1054-1059.
S Ahmed, M Rahman (2015). The effects of marketing mix on consumer satisfaction: a
literature review from islamic perspective. Turkish journal of islamic economics, Vol. 2,
No. 1, February 2015, pp. 17-3.

Hashim, M.K. (2011). Managing small and medium sized enterprise, UUM University Press,
Malaysia, 2011.

Kotler, P. & Keller, K. L. (2012). Marketing management 14th edition. New Jersey: Pearson
Education, Inc.

Hesti Budiwati (2012). Implementasi marketing mix dan pengaruhnya terhadap keputusan
pembelian konsumen pada produk unggulan keripik pisang agung di kabupaten
lumajang. Jurnal WIGA, Vol. 2 (2).

Monroe, K.B. (2003). Pricing making profitable decisions, 3rd ed., McGraw-Hill Publishing, New
York, NY

Summerour, J. (2000). Season for supercenters.progressive grocer, Vol. 79 No. 9, pp. 32-4.

Ayed Al Muala and Majed Al Qurneh (2012). Assessing the relationship between marketing mix
and loyalty through tourists satisfaction in jordan curative tourism, American Academic &
Scholarly Research Journal, Vol. 4, No. 2, November 2012.

Ehmke, C., Fulton, J., Lusk, (2016). Marketing’s four p’s: first steps for new entrepreneurs.
Department of agricultural economics.

BS Pour, K Nazari, M Emami (2013). The effect of marketing mix in attracting customers: Case
study of Saderat Bank in Kermanshah Province, African Journal of Business
Management.

You might also like