You are on page 1of 10

LAPORAN PROJEK JUALAN CHEESE TART

Tajuk : Laporan Projek Jualan Cheese Tart


Tarikh : 20 dan 21 Jun 2017
Tempat : Blok Pentadbiran IPG Kampus Ipoh
Masa : 2:30 petang – 4:00 petang

1.0 Pengenalan

Pada 20 dan 21 Jun 2017 (selasa dan rabu), satu jualan produk pastri cheese tart telah
dijalankan di Blok Pentadbiran IPG Kampus Ipoh. Secara umumnya, cheese tart merupakan
produk pastri yang diperbuat daripada adunan tepung dan marjerin dengan berintikan cheese
(keju). Sebanyak 76 pek cheese tart (5 cheese tart setiap pek) telah dihasilkan dan berjaya
dijual pada kedua-dua hari jualan tersebut dijalankan. Resepi cheese tart untuk jualan ini
merupakan penambahbaikan dan inovasi daripada resepi asal bagi menghasilkan produk
cheese tart yang lebih lazat dan bermutu. Bilangan cheese tart yang dihasilkan adalah
mengikut kepada jumlah modal dan bahan-bahan yang telah ditetapkan kepada para pelajar.

2.0 Resepi Cheese Tart

2.1 Tart Shell

1. 250gm buttercup
2. 500gm tepung gandum
3. 120gm gula aising
4. 2 biji kuning telur
5. 1 sdk esen vanilla

Cara-cara membuat tart shell:

1. Marjerin dan gula dipukul dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan
pukul terlalu lama.
2. Telur dan esen vanilla dimasukkan. Sekali lagi, putar dengan senduk kayu.
3. Tepung gandum dimasukkan sedikit demi sedikit.
4. Adunan doh diuli sehingga menjadi doh yang baik. Kemudian, doh dimasukkan ke
dalam beg plastik dan disimpan dalam peti ais selama semalaman.

1
5. Sedikit adunan diambil dan ditekan ke dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu
sebelum dibakar. Tart dibakar pada suhu 170c selama 20-25 minit atau sehingga
masak.
6. Tunggu tart shell sejuk sebelum filling dan cheese dimasukkan.

2.2 Cream Cheese

1. 250gm cream cheese


2. 20gm buttercup
3. 1 biji telur
4. 60gm gula halus

Cara-cara membuat cream cheese:

1. Cream cheese dikeluarkan 20 - 30 minit sebelum digunakan.


2. Jangan biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
3. Cream cheese dan gula diputarkan hingga berkrim.
4. Telur dan esen vanilla dimasukkan. Putarkan.

Cara-cara membuat Cheese Tart:


1. Masukkan filling ke dalam kulit tart. Untuk memudahkan, masukkan filling tersebut
ke dalam piping bag dan picitkan di atas filling dalam shell. Filling tersebut perlu
diletakkan penuh supaya tart kelihatan cantik dan gebu.
2. Kemudian, lorekkan corak ke atas tart yang telah diletakkan filling sebentar tadi.
Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yang disukai. Kacau
rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika
cheese tadi masih lembut. Jangan biarkan cheese terlalu lama kerana apabila
cheese tersebut telah mengering, maka proses melorek tidak secantik yang
diinginkan.
3. Lorekan boleh digunakan dengan menggunakan pencungkil gigi.
4. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke
bawah dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
5. Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika
cream tersebut tidak melekat, maknanya cheese tart telah masak. Jika tidak, bakar
lagi seminit.

2
3.0 Anggaran Perbelanjaan

3.1 Modal Untuk Tart Shell

No. Bahan-bahan Harga (RM)


1. 250gm buttercup 4.40
2. 500gm tepung gandum 1.00
3. 120gm gula aising 0.70
4. 2 biji kuning telur 0.80
5. 1 sdk esen vanilla 0.05
6. 2 sudu besar air 0.00
JUMLAH RM 6.95 = RM 7 + RM 1 (balang merah)

 Satu adunan boleh dapat 100pcs >> RM8/100 = RM0.08 per pcs
 Satu balang di isi dengan 35pcs >> RM0.08 x 35 = RM2.80

Harga Jualan >> RM0.30 x 35pcs = RM10.50/balang


**untung per balang = RM7.70

3.2 Modal Untuk Cheese Tarts

No. Bahan-bahan Harga (RM)


1. 50pcs tart shells 3.50
2. 250gm cream cheese 7.50
3. 20gm buttercup 0.40
4. 1 biji telur 0.40
5. 60gm gula halus 0.20
6. 10pcs bekas 0.30
JUMLAH RM 12.30 = RM 13.00

 Satu adunan boleh dapat 50pcs >> RM13/50 = 0.26 per pcs
 Satu bekas di isi dengan 5pcs >> RM0.26 x 5 = RM1.30

Harga Jualan >> RM0.60 x 5pcs = RM3 /pack


**untung per pack = RM1.70

3
4.0 Gambar-Gambar Laporan Projek Jualan Cheese Tart

Gambar 1.0 Bahan dan alatan yang digunakan untuk menghasilkan cheese tart.

Gambar 2.0 dan Gambar 3.0 Tepung disukat dan diayak menggunakan penapis bagi
mengelakkan tepung menggumpal dan membuang benda asing.

4
Gambar 4.0 Marjerin dipotong kecil-kecil menggunakan pisau bagi memudahkan acuan doh
diadun.

Gambar 5.0 Tepung gandum diayak dan dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam acuan
doh.

5
Gambar 6.0 dan Gambar 7.0 Adunan doh diuli dsehingga menjadi doh yang baik.

Gambar 8.0 Adunan doh dimasukkan ke dalam loyang dan diletakkan di atas papan
pembakar.

6
Gambar 9.0 Adunan doh yang telah dimasukkan ke dalam loyang dan sedia dibakar.

Gambar 10.0 Tart shells yang telah dibakar akan disejukkan dan dimasukkan ke dalam
bekas.

7
Gambar 11.0 Bahan-bahan untuk membuat cream cheese dimasukkan ke dalam bekas
pengisar dan diputar sehingga sebati.

Gambar 12.0 Tart shells yang telah diisi dengan cream cheese dan sedia dibakar.

8
Gambar 13.0 Cheese tart dimasukkan ke dalam pek plastik untuk dijual.

Gambar 14.0 Jualan cheese tart dijalankan di hadapan Blok Pentadbiran IPG Kampus Ipoh.

9
Gambar 15.0 Pelajar bergambar bersama pembeli-pembeli terawal cheese tart.

Gambar 16.0 Para pelajar pastri bergambar bersama Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh

10

You might also like