You are on page 1of 5

3.1.

Kaedah dan Teknik Yang Digunakan Dalam Rancangan Pengajaran Harian

Terdapat beberapa kaedah dan teknik yang digunakan dalam rancangan pengajaran harian
yang dibuat. Kaedah yang digunakan ialah seperti kaedah audio-lingual, kaedah komunikatif
dan kaedah terus.
Kaedah pertama yang digunakan ialah kaedah terus iaitu merujuk kepada
pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai bahasa pertama secara natural. Setiap
langkah dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan ini adalah dengan
menggunakan kaedah natural. Guru dan murid menggunakan terus bahasa sasaran tanpa
menterjemahkan bahasa sasaran tersebut kepada bahasa ibunda yakni guru dan murid
menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, guru juga menggunakan kaedah terus dengan menyampaikan isi pelajaran
secara terus kepada murid iaitu pelajaran yang bertajuk Haiwan Ternakan. Guru terus
menyampaikan isi pelajaran tersebut berkaitan dengan jenis haiwan ternakan dan langkahlangkah penjagaan haiwan ternakan dan kaedah ini juga melibatkan kemahiran mendengar
dan bertutur dalam kalangan murid.
Kaedah yang kedua yang dipilih ialah audio-lingual. Kaedah ini digunakan pada
langkah satu dan langkah dua iaitu apabila murid-murid melihat video interaktif skype
bersama Pak Atan. Guru telah menggunakan alat-alat audio seperti pembesar suara. Pada
langkah satu, permainan teka Siapa Dia Cuba Teka juga merupakan kaedah audio-lingual
iaitu murid-murid perlu meneka haiwan ternakan yang dipaparkan oleh guru sambil
mendengar pita rakaman suara yang menyatakan ciri-ciri haiwan tersebut. Murid-murid perlu
meneka dan berbincang jenis haiwan yang dinyatakan pada pita rakaman suara tersebut
dan menyebut haiwan yang berjaya diteka. Pada aktiviti ini murid-murid telah menggunakan
kaedah lingual iaitu menyebut nama-nama haiwan ternakan yang telah diteka.
Kaedah ketiga yang dipilih ialah kaedah komunikatif. Kaedah ini mementingkan
proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang melibatkan kognitif dan interaktif bahasa.
Kaedah ini digunakan pada langkah satu iaitu murid meguasai atau mengenali ciri-ciri
haiwan ternakan terlebih dahulu sebelum dapat menggambarkan makna tersebut dalam
bentuk ayat tertentu iaitu pada langkah satu pada permainan Siapa Dia Cuba Teka, murid
mengenali ciri-ciri haiwan ternakan yang perlu diteka melalui pita suara yang telah dirakam
dan murid-murid meneka haiwan tersebut dalam bentuk perkataan.
Seterusnya, terdapat lima teknik yang digunakan dalam rancangan pengajaran
harian yang dibina iaitu teknik soal jawab, teknik permainan bahasa, teknik latih tubi, teknik
perbincangan dan teknik penyelesaian masalah.

Teknik soal jawab telah digunakan pada setiap langkah pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan. Pada langkah set induksi guru bersoal jawab dengan
murid tentang bilangan dan nama haiwan ternakan Pak Atan yang terdapat dalam klip video
yang dipaparkan iaitu Pak Atan ada Ladang. Guru bersoal jawab dengan murid setelah
selesai video itu dimainkan. Seterusnya, teknik ini digunakan pada langkah satu iaitu apabila
aktiviti permainan Siapa Dia Cuba Teka yang memerlukan murid untuk meneka haiwan
yang dipaparkan oleh guru. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan gambar yang
dipaparkan dan audio yang telah didengar. Pada langkah kedua, guru bersoal jawab dengan
murid apabila murid diminta untuk menyah kod pesanan Pak Atan. Setelah selesai menyah
kod pesanan tersebut, guru meminta salah seorang wakil kumpulan untuk membentangkan
jawapan kumpulan masing-masing. Selain itu, pada langkah tiga guru bersoal jawab dengan
murid mengenai soalan-soalan yang dikemukakan pada perisian Articulate Storyline
berdasarkan video interaktif yang ditonton dan aktiviti yang telah dijalankan. Akhir sekali,
pada penutup, guru meminta murid-murid untuk menceritakan kembali isi pengajaran yang
telah diajar iaitu jenis-jenis haiwan yang telah dipelajari.
Teknik kedua yang digunakan dalam rancangan pengajaran harian yang telah dibina
ialah teknik permainan bahasa. Teknik ini digunakan pada langkah satu iaitu aktiviti
permainan Siapa Dia Cuba Teka yang memerlukan murid-murid untuk meneka nama
haiwan yang dipaparkan oleh guru. Teknik ini juga digunakan pada langkah kedua apabila
murid diminta untuk menyah kod pesanan Pak Atan dan murid-murid diminta untuk
mengingat langkah-langkah yang telah dibuat.
Teknik yang ketiga yang digunakan ialah teknik latih tubi. Teknik ini digunakan pada
langkah tiga dan penutup. Pada langkah tiga murid-murid diminta untuk menjawab soalan
pengukuhan yang berkaitan dengan haiwan ternakan berdasarkan video dan aktiviti yang
mereka jalankan contoh soalan seperti jenis-jenis haiwan ternakan, ciri-ciri haiwan ternakan
dan langkah-langkah penjagaan haiwan ternakan. Pada langkah penutup pula, guru
meminta murid untuk menceritakan semua fakta atau pengetahuan yang mereka pelajari.
Seterusnya, teknik keempat yang digunakan ialah teknik perbincangan. Teknik ini
digunakan pada langkah satu, dua dan tiga apabila setiap murid perlu mengulas dan
memberi pendapat tentang soalan yang dikemukakan. Pada langkah satu, setiap murid
dalam kumpulan perlu memberi idea tentang nama haiwan yang perlu diteka berdasarkan
gambar pada slaid yang dipaparkan oleh guru. Seterusnya, pada langkah dua murid perlu
berbincang untuk menyah kod pesanan dan pada langkah ketiga, murid perlu berbincang
untuk memilih pilihan jawapan yang tepat bedasarkan pada soalan yang dipaparkan.

Teknik yang terakhir digunakan ialah teknik penyelesaian masalah. Teknik


penyelesaian masalah ini digunakan pada langkah tiga iaitu pada soalan pengukuhan yang
diberikan. Pada langkah tiga ini, murid-murid perlu menggunakan kemahiran, prinsip atau
teori yang telah mereka pelajari pada langkah satu dan langkah dua untuk mereka
menyelesaikan masalah atau soalan yang dipaparkan pada perisian Articulate Storyline.
Pada langkah tiga, guru berbincang dengan murid tentang soalan yang telah dipaparkan.
Jelaslah menunjukkan bahawa kaedah dan teknik yang digunakan memberi kesan
kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada proses pengajaran dan
pembelajaran itu menarik atau sebaliknya. Kaedah dan teknik yang telah dipilih ini
bersesuaian dengan langkah-langkah dan aktiviti yang dijalankan namun terdapat juga
kelemahan pada setiap kaedah dan teknik yang dipilih.

3.1.2

Kekuatan dan Kelemahan Kaedah dan Teknik yang Dipilih

Setiap kaedah dan teknik yang dipilih mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing.
Kaedah yang dipilih pada Rancangan Pengajaran Harian ialah kaedan terus, kaedah audiolingual da kaedah komunikatif.
Antara kekuatan kaedah terus yang terdapat pada Rancangan Pengajaran Harian ini
ialah murid dapat menguasai kemahiran bertutur dengan baik kerana pada setiap langkah
yang digunakan tiada percampuran bahasa kedua iaitu guru dan murid hanya menggunakan
bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu ketika berkomunikasi. Kaedah ini dianggap berjaya jika
murid dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar
bilik darjah. Seterusnya, kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajaran. Bahanbahan yang digunakan oleh guru tidak bersesuaian dengan kerana guru menggunakan
bahan yang berupa perbualan yang telah ditetapkan iaitu perbualan antara Pak Atan dengan
murid-murid. Perbualan Pak Atan itu telah dirakam dan ditetapkan terlebih dahulu sebelum
menunjukkannya kepada murid-murid di dalam kelas. Bahan seperti ini mungkin tidak
sesuai digunakan dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu
masyarakat.
Kaedah yang kedua pula ialah kaedah audio-lingual. Kaedah ini mengutamakan
penggunaan bahasa, justeru bahan sama ada yang digunakan atau diperdengarkan.
Kaedah ini digunakan pada langkah dua. Kelebihan kaedah ini ialah murid-murid lebih
mudah mengingat maklumat yang didengar. Ingatan murid-murid juga dapat diperkukuh
dengan cara mendengar semula rakaman dan berbincang dengan rakan-rakan. Kaedah ini
digunakan pada langkah kedua iaitu murid-murid perlu mendengar audio pita rakaman yang

dirakam oleh guru mengenai ciri-ciri haiwan ternakan dan guru meminta murid untuk
berbincang dan meneka nama haiwan ternakan tersebut.
Kelemahan audio-lingual ini dapat dilihat apabila murid tidak dapat memahami dan
mengingati perkara yang didengar serta murid tidak dapat megaplikasikan pelajaran yang
dipelajarinya dalam kehidupan sebenar. Ini dapat dilihat apabila terdapat beberapa murid
yang tidak dapat menjawab dengan tepat kerana kurang memahami perkara yang didengar
dan tidak dapat mengingati apa yang dilihat.
Selain itu, teknik yang digunakan ialah soal jawab. Antara kekuatan yang terdapat
pada teknik soal jawab adalah murid dapat memahami setiap konsep yang yang
disampaikan oleh guru semasa di dalam kelas. Melalui teknik penyoalan ini, guru akan
menerangkan isi-isi penting agar murid dapat memahami serta mebolehkan murid
meningkatkan pemikiran mereka ke tahap yang lebih tinggi. Pada Rancangan Pengajaran
Harian yang telah dibina, kesemua langkah mempunyai teknik soal jawab supaya murid
dapat memahami setiap konsep yang ingin disampaikan.
Antara kelemahan teknik ini ialah apabila guru menyoal murid, mereka akan berdiam
diri atau tidak memberitahu jawapan yang disoal oleh guru. Ini dapat dilihat pada langkah
tiga apabila terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat menjawab soalan yang
dikemukakan oleh guru dengan tepat atau mereka hanya berdiam diri tanpa memberitahu
sebarang jawapan.
Teknik seterusnya yang digunakan ialah teknik permainan bahasa. Antara kekuatan
teknik permainan bahasa ini ialah murid dapat membiasakan diri menyebut sesuatu bunyi
dengan jelas, betul dan tepat serta murid dapat mengucapkan ayat dengan intonasi, jeda,
tekanan dan gaya yang betul. Seterusnya, teknik ini juga akan menghilangkan rasa bosan
dikalangan pelajar. Pada Rancangan Pengajaran Harian yang telah dibina, aktiviti menyebut
sesuatu bunyi dengan jelas, betul dan tepat serta dapat mengucapkan ayat dengan intonasi,
jeda, tekanan dan gaya yang betul adalah pada langkah satu dan langkah dua apabila guru
meminta murid untuk membaca jawapan yang dikemukakan dengan tepat. Seterusnya,
setiap aktiviti yang dijalankan adalah untuk mengelakkan rasa bosan dalam kalangan murid
kerana aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat menarik perhatian murid. Antara kelemahan
permainan bahasa yang didapati pada Rancagan Pengajaran Harian ini ialah apabila murid
diminta untuk menyah kod pesanan Pak Atan daripada kod kepada ayat. Didapati terdapat
beberapa orang murid yang sukar untuk menterjemahkan kod-kod ini dan proses
perterjemahan berlaku secara perlahan dan permainan ini tidak berfungsi sebagai
perangsang sama ada pada awal, pertengahan atau akhir pelajaran.

Kesimpulannya, untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, kaedah


yang dipilih mestilah disertai dengan teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa
menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan
pencapaian kaedah yang diingini. Seterusnya, strategi pengajaran perlu menggabungkan
pelbagai kaedah untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum.

You might also like