You are on page 1of 3

KEDUDUKAN KAUM LAIN

• Tidak dapat dinafikan, di dalam perlambagaan Malaysia, keistimewaan


orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak dipelihara.
• Namun begitu, bukan bumiputera juga mempunyai hak yang sah di negara
ini sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang.
• Pertamanya, hal ini disebut dalam Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan
menyebut tentang hak asasi seseorang individu yang dikategorikan kepada
kebabasan mutlak dan kebebasan terhad.
• Hal ini bermaksud, setiap warganegara Malaysia mempunyai hak yang
sama menurut undang-undang iaitu seseorang yang ditangkap perlu
diberitahu sebab dan dibenarkan membela diri mengikut pilihan sendiri.
• Seterusnya, Fasal 2 Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan
kebebasan seseorang warganegara itu tidak boleh dibezakan semata-mata
atas sebab agama, kaum, keturunan dan tempat lahir seseorang.
• Tambahan pula, Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan pula
memperuntukkan kebebasan kepada semua warganegara untuk bercakap,
berhimpun dan menubuhkan persatuan. Namun begitu, parlimen boleh
mengenakan sekatan tertentu demi kepentingan keselamatan,
ketenteraman awam atau moral.
• Selain itu, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan bahawa
setiap warganegara berhak menganut agama masing-masing. Justeru itu,
setiap lapisan masyarakat dapat bergerak dan melakukan aktiviti mengikut
kepercayaan yang dianuti.
• Selanjutnya, semua warga negara juga bebas menjalankan aktiviti harian
seperti bergerak, berniaga, berpersatuan dan berpolitik tetapi mesti
berpandukan kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh perlembagaan.
• Tun Mohd Salleh (1985), menyatakan bahawa:
“Kedudukan istimewa orang Melayu tidak mutlak, tetapi diseimbangkan
dengan kepentingan sah kaum-kaum lain, yang secara amnya termasuklah
hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan
kewarganegaraan dalam Perlambagaan, hak untuk menganut dan
mengamalkan agama masing-masing, hak untuk menggunakan bahasa
ibunda dan yang paling penting hak untuk mendapat layanan yang sama
rata.”

You might also like