You are on page 1of 2

Laporan Biro Keusahawanan

Pengenalan

Biro Keusahawanan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 2016/17 berhasrat untuk
menganjurkan taklimat pengurusan wang bagi mendedahkan cara-cara menguruskan wang
dengan bijak kepada pelajar-pelajar IPG Ipoh. Selain itu, bagi memberi peluang kepada
pelajar-pelajar IPG untuk belajar cara-cara mengendali dan menguruskan perniagaan, biro
keusahawanan telah membuka kepada pelajar IPG Ipoh untuk menjadi AJK di KIOSK Mini
JPP.

Aktiviti

Bagi mencapai hasrat tersebut, biro keusahawanan telah menjalankan aktiviti-aktiviti di


bawah:

Bil Aktiviti Tarikh & Tempat Catatan


1 Taklimat Pengurusan Wang dengan 15 Julai 2016 Seramai 150 orang
kerjasama KPDNKK (Jumaat), Dewan pelajar unit R dan P
Seri Melati memeriahkan
taklimat tersebut
2 Jualan KIOSK JPP Bulan 4 hingga Seramai 15 orang
bulan 7, Kiosk JPP pelajar menjadi AJK
KISOK yang
mengendalikan
jualan

Pada 15 Julai 2016, Taklimat Pengurusan Wang dengan kerjasama Kementerian


Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah dijalankan di
Dewan Seri Melati. Seramai 150 orang pelajar unit R dan unit P telah menyertai taklimat ini.
Selain itu, terdapat sebanyak 30 orang guru sekolah rendah dari sekolah-sekolah di
kawasan berhampiran yang menghadirkan diri ke taklimat tersebut. Taklimat ini bertujuan
untuk mendedahkan kepada guru-guru muda dan bakal-bakal guru tentang cara-cara
menguruskan wang dengan bijak di samping menggunakan wang dengan bijak untuk masa
kecemasan.

Sepanjang bulan April hingga Julai, biro kesusahawanan telah menjalankan jualan di
KIOSK JPP. KIOSK JPP telah diurus oleh 15 orang pelajar unit P. Biro Keusahawanan telah
menjalankan jualan pada setiap malam dari 8 malam ke 10 malam. Selain itu, jualan door to
door di asrama juga dijalankan. Pelajar diberi peluang untuk mempelajari cara-cara
mengendalikan sesuatu perniagaan dari cara menyediakan produk, cara-cara
mempromosikan produk, teknik penjualan dan cara mengendalikan asset yang disediakan.

Pelajar unit R dan P telah menghadiri taklimat Peserta taklimat sedang mendaftarkan diri

pengurusan wang dengan kerjasama KPDNKK sambil bersarapan.

Poster promosi KIOSK JPP

Kiosk mobil di belakang caf dan pondok air.

You might also like