You are on page 1of 1

AHMAD HAMDAN BIN ISA

PPISMP 2.07 Matematik

IPG Kampus Pendidikan Islam

Bangi, Selangor

Ustaz Misri Bin Bohari

Ketua Unit Disiplin & Tatatertib

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

IPG Kampus Pendidikan Islam 17 FEBRUARI 2017

Tuan,

PENJELASAN TENTANG KETIDAKHADIRAN USRAH

Dukacita dimaklumkan bahawa saya, Ahmad Hamdan Bin Isa disaman atas sebab-sebab yang
tidak dapat dielakkan. Maklumat berkenaan ketidakhadiran usrah adalah seperti berikut:

Tarikh :24/7/2017

Hari : Isnin

Masa : 2.00-3.00 petang

2. Untuk makluman pihak tuan, saya tidak menghadiri usrah kerana tertidur di Masjid As-
Shafie selepas solat Zohor. Saya bangun tidur 10 minit sebelum tamat waktu usrah. Saya
mengambil keputusan untuk ke kelas dan memohon maaf kepada naqibah saya iaitu Puan
Fazidah Binti Jaafar.

3. Justeru, saya ingin memohon maaf atas kesalahan yang telah saya lakukan. Sayatelah
memohon maaf kepada pihak yang terlibat. Segala pertimbangan daripada pihak puan amatlah
dihargai. Saya akhiri dengan lafaz yang mulia, jazakumullahu khairan kathira.

Yang benar,

(AHMAD HAMDAN BIN ISA)

Pelajar PISMP 1.07

You might also like