You are on page 1of 3

Laporan Lawatan Penanda Aras Dari IPG Sultan Mizan

Lawatan penanda aras daripada Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan(IPGSM) telah diadakan
pada 15 hari bulan 4 iaitu pada hari Jumaat bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.
Program ini telah dianjurkan dari pihak IPGSM itu sendiri di mana mereka melibatkan kesemua
jawatankuasa perwakilan pelajar

sesi 2016/17 seramai 41 orang iaitu 37 pelajar dan 4 lagi ialah

pensyarah pengiring. Walau bagaimanapun berdasarkan makluman yang telah diberikan daripada
IPGSM mereka terlebih dahulu melakukan lawatan tersebut di Jawatankuasa Institut Pendidikan
Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Institut Pendidikan Guru
Kampus Darulaman sebelum datang ke Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.
Program ini bertujuan bagi merapatkan hubungan di antara Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan dengan Jawatankuasa Institut Pendidikan Perwakilan
Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Institut Pendidikan Guru Kampus
Darulaman serta Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Selain itu, program ini turut bertujuan untuk
menimba pengalaman dari segi penilaian aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru
yang lain. Bukan itu sahaja, malah program ini adalah supaya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPP)
IPGSM DAN IPGKP dapat meningkatkan mutu kerja melalui pertukaran pandangan dan buah fikiran dari
segi strategi pengurusan dan pentadbiran organisasi melalui perbincangan yang akan dikemukakan oleh
setiap exco masing-masing.
Program ini bermula pada jam 9 pagi di mana pihak dari IPGSM mula tiba di IPGKP. Mereka
telah disambut oleh semua JPP dr IPG kampus Perlis dan beberapa Pensyarah dari jabatan Hal Ehwal
Pelajar(HEP) dan Pengarah IPG Kampus Perlis iaitu (KOL. BERSEKUTU (PA) HJ. ANWAR BIN AHMAD,
A.M.N, P.J.P). Selepas itu kami mengadakan sedikit sesi fotografi bersama kemudian disertakan dengan
ucapan dari Tuan Pengarah IPG Kampus Perlis dan Ketua Jabatan HEP dari IPSGM. Selepas habis
ucapan yang diberikan, peserta dari IPGSM menikmati sarapan pagi yang telah disediakan. Kemudian
kami telah membawa mereka melihat persekitaran IPG Kampus Perlis seperti Laman Asian, Galeri
Sejarah , Bilik Pemulihan dan sebagainya.

Rajah 1. Menyambut kedatangan dari

Rajah 2. Ucapan daripada Tuan Pengarah

IPGSM

IPGK Kampus Perlis

Rajah 3. Ucapan daripada KJ HEP

Rajah 4. Sesi fotografi bersama IPGKP

IPG Sultan Mizan

dan IPGKP

Setelah selesai melihat persekitaran kami membawa peserta ke Dewan Pulai A untuk sesi suai
kenal di antara satu sama lain. Seterusnya ialah nyanyian lagu IPGM sebagai tanda hormat kepada
program antara dua pihak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tayangan montaj dari kedua-dua pihak dan
seterusnya kepada perbincangan dari pihak exco masing-masing. Setiap exco menceritakan pengalaman
dan apa yang telah dibuat sepanjang perkhidmatan bersama JPP. Setelah sudah semua perbincangan.
Acara penutup di sempurnakan oleh KJ HEP dari IPGSM dan Yang Di-pertua JPP IPGKP dan IPGSM
dengan memberikan sedikit cenderahati sebagai kenangan. Setelah sudah acara penutupan, peserta dari
IPGSM bersiap untuk makan tengah hari pada pukul 12 tengah hari. Peserta dari IPSGM bertolak pulang
setelah selesai makan tengah hari.

Rajah 5. Nyanyian lagu

Rajah 6. Perbincangan JPP

Rajah 7. Acara penutup dan penyampaian hadiah


Semoga lawatan dari IPG dapat merapatkan jaringan kerjasama dari aspek pentadbiran
organisasi di antara Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Di samping itu juga dapat
mewujudkan perkongsian pengalaman dan bertukar-tukar idea tentang hal-hal berkaitan pelaksanaan
dan pentadbiran organisasi di samping Melihat kaedah-kaedah pelaksanaan organisasi di Institut
Pendidikan Guru yang lain yang boleh dijadikan sebagai model oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Akhir sekali harapan dari IPG kampus Perlis melalui
lawatan ini dapat memajukan daya kreativiti dan inovatif ahli-ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan dalam melaksanakan bidang tugas masing-masing.

Disediakan oleh,

..
TAN YI XUAN
Setiausaha Agung Kehormat,
Jawatankuasa perwakilan pelajar 16/17,
IPG Kampus Perlis

You might also like