You are on page 1of 4

PERANAN GURU

DALAM PELAKSANAAN
KURIKULUM
SHARIFAH SITI HAJAR
NADIA NAZIRA
NOOR AIDATUL LAILA
NURULJANNAH
PENTAFSIR
■ Untuk menyediakan suatu rancangan pengajaran yang berkesan, guru haruslah terlebih
dahulu membaca dan mentafsir perkara yang penting seperti objektif, unit pembelajaran,
kemahiran, strategi dan aktiviti pengajaran-pembelajaran serta bahan sumber
■ Di antara kriteria untuk memilih bahan pelajaran supaya membentuk sesuatu kurikulum
sekolah yang berkesan ialah :
■ Perspektif epistemologi, bahan pelajaran sesuai dengan prinsip kognitif
■ Perspektif falsafah moral, bahan pelajaran sesuai dengan kriteria nilai moral =
mengutamakan unsur pendidikan yang dapat membantu pelajar memupuk nilai moral yang
tinggi.
■ Perspektif perkembangan psikologi, bahan pelajaran diorganisasi dan disusun mengikut
turutan perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak = bahan pelajaran distrukturkan
daripada senang kepada sukar, mudah kepada kompleks, dan daripada konkrit kepada
abstrak,
PERANCANG

■ Perancangan kurikulum: persediaan rancangan kerja merupakan suatu program yang disediakan
oleh guru berdasarkan standard kandungan bagi sesuatu mata pelajaran yang akan diajarkan.
■ Tujuan - guru boleh melaksanakan program pengajaran dan pembelajarannya secara sistematik
serta mengikut pemeringkatan yang sesuai.
■ Contoh rancangan kerja meliputi:
■ Rancangan Pengajaran tahunan - disediakan berdasarkan sukatan pelajaran keseluruhan tahun.
Perkara penting seperti standard kandungan, standard pembelajaran, objektif dan tajuk pelajaran
hendaklah ditulis dalam rancangan kerja tahunan.
■ Rancangan pengajaran harian - disediakan berdasasarkan rancangan pengajaran tahunan.
Perkara yang dipertimbangkan ialah: hari, tarikh, tahun, waktu pengajaran, isi pelajaran dan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Isi pelajaran dan objektif pelajaran haruslah dipilih
berdasarkan kepada topik yang disediakan dalam RPT.
PELAKSANA

■ Dalam persediaan sesuatu pelajaran, guru perlu mengkaji standard kandungan


mata pelajaran bekenaan secara mendalam. Segala konsep dan kemahiran yang
patut disampaikan kepada murid-murid perlu dikuasai sepenuhnya oleh guru
sendiri.
■ Guru kemudian harus menganalisis bahan bantu mengajar dan kemudian memilih,
memeringkatkan serta menyusun aktiviti dan contoh yang sesuai untuk mencapai
objektif pelajaran.
■ Peruntukan masa untuk pelajaran itu perlu dibahagikan secara berpatutan supaya
tiap-tiap langkah penyampaian boleh menjamin penglibatan murid-murid secara
aktif serta menjalankan penilaian dan maklum balas. Segala pertimbangan dan
perancangan perlu dibuat dalam bentuk bertulis.

You might also like