You are on page 1of 2

Kajian Kes Pemasaran- BCG, Pendekatan (orientasi) Pemasaran

dan Proses Pemasaran

Mydina  Food Berhad

Syarikat Mydina Food Berhad (MFB) merupakan pengeluar pelbagai jenis makanan
ringan di Malaysia. Minuman ringan jenama Zetty dan Pitty  merupakan dua produk utama
yang menguasai pasaran minuman ringan di Malaysia. Produk ini juga mencatat kadar
pertumbuhan yang tinggi. Minuman isotonic jenama Tinnaga pula kurang mendapat
sambutan selepas dilancarkan 4 tahun yang lalu. MFB bercadang untuk mengeluarkan produk
ini dari pasaran.  Biskut jenama Sidap pula menguasai pasaran biskut  dengan syer pasaran
sebanyak 60%  walaupun mengalami kadar pertumbuhan yang rendah . Pesaing utama Sidap
ialah jenama Ennak yang  dikeluarkan oleh  MM Berhad.  MFB juga melancarkan biksut
jenama Kupahit khusus untuk pesakit diabetes. Pasaran untuk jenama ini mengalami kadar
pertumbuhan yang tinggi tetapi Kupahit gagal menguasai pasaran tersebut.

Kejayaan MFB dalam industri makanan negara disumbangkan oleh pasukan pengurusan
mantap yang membuat perancangan teliti dalam aspek pengeluaran dan pemasaran. MFB
juga mempunyai tenaga buruh yang mahir dan berpengalaman. Encik Mahathir yang
merupakan pengurus pemasaran MFB memastikan aktiviti pemasaran MFB mampu menjana
pendapatan yang tinggi untuk MFB. Jabatan ini sering membuat penyelidikan
pemasaran  untuk mengetahui kehendak dan citarasa pengguna. Misalnya pemansuhan GST
memberi peluang kepada MFB untuk menjual produk dengan harga yang rendah. Jabatan
pengeluaran menggunakan teknologi terkini untuk memastikan pengeluaran produk berkualiti
dan inovatif. Penambahbaikan berterusan ke atas produk MFB berjaya mengekalkan syer
pasaran yang tinggi untuk produk MFB. Jabatan pengeluaran menggunakan bahan mentah
berbentuk organik dalam proses pengeluaran makanan untuk memastikan kesihatan pengguna
tidak terjejas. Pembungkusan produk MFB juga menggunakan plastik kitar semula.
Unit jualan MFB yang mempunyai jurujual seramai 40 orang eksekutif jualan mengadakan
mesyuarat mingguan untuk menilai keberkesanan program promosi yang telah dirancang.
Beberapa program promosi berkesan telah dilancarkan oleh MFB. Di antaranya ialah lantikan
Ella Roy dan Anlina Nasir  sebagai duta produk berjaya menarik minat pengguna produk
MFB dan juga meningkatkan syer pasarannya. Pengiklanan secara agresif dalam media
bercetak dan media sosial juga berjaya memperkenalkan jenama MFB ke pasaran umum.
Penyediaan helpdesk untuk pemborong dan peruncit pula membantu saluran agihan
mendapatkan maklumat tambahan dan terkini tentang produk dan insentif promosi terkni
MFB.
MFB memberi tumpuan kepada pasaran domestik dan menyasarkan golongan remaja dan
kanak – kanak sebagai sasaran utama produknya. Sesuai dengan tagline bersih dan suci,
produk MFB mendapat sambutan yang baik daripada rakyat Malaysia khususnya pengguna
beragama Islam. Harga produk MFB adalah berpatutan dan mampu beli oleh setiap lapisan
masyarakat. Pembungkusan dan jenama yang menarik juga memberi kelebihan daya saing
kepada MFB. Produk MFB juga mudah didapati di kedai runcit, pasar mini dan juga pasar
raya. MFB bergantung kepada pemborong dan peruncit untuk memastikan pengedaran
produk yang sistematik agar memberi kepuasan kepada pelanggan produk MFB. Selaras
dengan visi MFB “kami mengutamakan kepuasan pelanggan dengan menyediakan produk
bermutu , bersih dan suci”  , MFB dijangka terus menguasai pasaran makanan negara ini.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut:


a.       Jelaskan empat  pendekatan pemasaran yang digunakan oleh syarikat MFB
b.      Lakarkan matriks BCG untuk produk MFB
c.       Jelaskan proses pemasaran yang telah dijalankan oleh syarikat MFB
Cara menjawab
Fakta- kenalpasti fakta yang berkaitan
Huraian- beri definisi atau maksud fakta berkenaan
Kaitan kes- cari kaitan kes berkaitan dengan fakta yang
telah 

You might also like