You are on page 1of 2

Bahagian B

[35 markah]

Jawab semua soalan.

Syarikat Micro Tech

1 Syarikat Micro Tech ialah sebuah syarikat komputer yang telah beroperasi
1 selama lima tahun. Syarikat ini memasarkan jenama komputer Micro dan mempunyai
ibu pejabat di Shah Alam, Selangor. Datuk Zulkifli Mansor merupakan Ketua Pegawai
Eksekutif yang berperanan untuk menentukan hala tuju dan perancangan strategik
syarikat. Syarikat ini juga memiliki dua cawangan di Pulau Pinang dan Johor Baharu.
Semua cawangan diketuai oleh seorang pengurus cawangan.

Pengurus cawangan di Pulau Pinang ialah Encik Ramon. Beliau mempunyai


seramai 50 staf di bawahnya. Beliau ialah seorang yang bersikap tegas, sentiasa
membuat keputusan sendiri, dan suka mengarahkan pekerjanya. Pekerja langsung
tidak diberikan peluang untuk menyuarakan idea atau pendapat mereka. Hal ini
menyebabkan pekerjanya kurang bermotivasi dan menjadi tidak produktif. Encik
Ramon terlalu mengawal pekerjanya dan kurang memberi kebebasan kepada
pekerjanya sehingga menyebabkan hubungan interpersonal terganggu. Dia
mengandaikan semua pekerjanya kurang mempunyai kepakaran dan pengetahuan.
Oleh sebab sikap Encik Ramon yang tegas itu, pekerjanya berasa tidak berpuas hati
dan kadar lantik henti pekerja di cawangannya adalah tinggi. Keadaan ini juga
mendorong kepada kadar ponteng kerja yang semakin meningkat dan akhirnya
prestasi kerja menurun.

Cawangan Micro Tech di Johor Baharu pula diketuai oleh Encik Michael.
Beliau seorang yang peramah dan menaruh kepercayaan ke atas kebolehan pekerjanya.
Encik Michael memberi kebebasan kepada pekerjanya untuk menyuarakan idea dan
pandangan serta sentiasa bekerjasama dengan pekerjanya untuk membuat keputusan
yang terbaik bagi cawangannya. Adakalanya beliau sempat meluangkan masa untuk
berbual-bual dengan pekerjanya dan juga membelikan pizza atau burger kepada
pekerjanya berjaya menyiapkan sesuatu projek atau dapat meningkatkan hasil jualan
cawangan. Encik Michael juga senang didampingi oleh pekerja apabila mereka
mengalami sesuatu masalah. Dia sentiasa mendelegasikan tugas dan
tanggungjawabnya kepada pekerjanya kerana dia percaya ini dapat mengurangkan
beban tugasnya dan membolehkan beliau menumpukan pada hal-hal yang lebih
penting selain menjimatkan masanya. Selain itu, pekerja Encik Michael juga
berpeluang untuk meningkatkan kemahiran, kecekapan dan memudahkan laluan
kenaikan pengkat. Kesan delegasi ini juga dapat membentuk sikap positif dalam
kalangan pekerjanya, sekali gus meningkatkan keyakinan dan komitmen pekerjanya.
Beban Encik Michael dapat dikurangkan dan beliau berasa kurang tertekan dan lebih
berfokus. Oleh itu, pekerjanya amat produktif dan bermotivasi tinggi menyebabkan
hasil jualan cawangan juga semakin meningkat.

(Disesuaikan daripada Laporan Kajian Kes Penuntut Universiti Malaysia Sabah,

September 2016)

Berdasarkan situasi di atas;

(a) Lakarkan carta organisasi bagi Syarikat Micro Tech dan huraikan jenis [7]
penjabatan yang diamalkan.
(b) Jelaskan gaya kepimpinan Encik Ramon dan Encik Michael. [18]

(c) Nyatakan empat sebab Encik Michael mendelegasikan tugas kepada


pekerjanya.
(d) Jelaskan kesan-kesan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh Encik Ramon. [4]

[6]

You might also like