You are on page 1of 1

KAJIAN KES : Syarikat AGROJAYA Sdn Bhd menjalankan perniagaan memproses dan memasarkan hasil pertanian di Kuala Terengganu.

Jabatan Pengeluaran syarikat tersebut diketuai oleh Ir. Zulkifli Zamri sebagai Pengurus Besar. Beliau dibantu oleh dua orang pengurus yang masingmasing bertanggungjawab terhadap pembelian dan pengeluaran. Pengurus Besar Jabatan Pemasaran pula diketuai oleh Encik Soddiqin bin Abdullah yang baru ditukarkan dari ibu pejabat syarikat di Kuala Lumpur. Pada minggu pertama, beliau telah membuat rombakan besar-besaran kumpulan jurujual bagi meningkatkan syer pasaran dan keuntungan syarikat. Walaupun pada awalnya mendapat bantahan dalam kalangan jurujual, namun dengan kesungguhan dan semangat kerja yang ditunjukkan oleh Encik Soddiqin dan kebolehan berkomunikasi ,beliau akhirnya berjaya mewujudkan kumpulan kerja yang berjaya mencapai sasaran. Beliau dibantu oleh dua orang pengurus dalam unit jualan dan khidmat pelanggan. Jabatan pemasaran mempunyai sepuluh orang jurujual yang diselia oleh penyelia yang bertanggungjawab kepada pengurus jualan. Di Jabatan Pentadbiran am, Encik Khairil bertindak sebagai pengurus yang bertanggungjawab terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Datuk Fauzi Sukor . Semua pekerja bawahannya amat menghormati dan menurut semua arahan yang diberi tanpa mempersoalkannya. Ini adalah kerana En Khairil adalah seorang ketua yang tidak beragakagak dalam mengenakan tindakan dan memberi ganjaran kepada pekerja yang layak. Contohnya semasa penilaian prestasi tahun lepas, beliau tidak meluluskan pemberian bonus kepada seorang pekerja yang sering ponteng kerja tanpa sebab. Ketua Pegawai Eksekutif dibantu oleh seorang setiausaha peribadi, iaitu Puan Maizatul. Walaupun berusia, namun Datuk Fauzi Sukor seorang yang popular dalam kalangan ahli di semua peringkat organisasi. Setiap ucapan beliau sama ada untuk menyampaikan visi, misi atau motivasi amat dinanti-nanti dan dihayati oleh semua warga organisasi. Dengan kewibawaan dan personaliti yang menarik, beliau menjadi idola dan role model bagi seluruh organisasi. Tidak dinafikan, pekerja di bawah kepimpinannya mempunyai banyak tugasan namun mereka tidak merasa tertekan kerana visi, misi yang ditetapkan oleh Datuk Fauzi Sukor jelas dan difahami oleh semua ahli. Jabatan pentadbiran am mempunyai unit sistem maklumat, unit sumber manusia, dan unit akaun yang masing-masing diketuai oleh seorang Penolong Pengurus. 1. Lakar carta organisasi bagi Syarikat AGROJAYA Sdn Bhd. [8] 2. Jelaskan lima maklumat pengurusan yang boleh diperoleh daripada carta organisasi Syarikat AGROJAYA Sdn Bhd. [15]

You might also like