You are on page 1of 9

Pengurusan Perniagaan AN 025

BAB 4: Nilai Masa Wang

TUTORAN 4 : NILAI MASA WANG

1. Dengan contoh dan bantuan gambarajah yang sesuai, tunjukkan perhubungan di antara nilai
masa depan dan nilai masa kini dengan kadar faedah (i) dan bilangan tempoh (n). [3 markah]

2. Encik Sukawang telah mendepositkan sebanyak RM2,000 pada akhir setiap tahun selama 10
tahun ke dalam akaun simpanan yang membayar faedah 10% setahun. Kirakan berapakah
wang yang telah terkumpul selepas 10 tahun. [2 markah]

Sementara itu, tiga tahun lalu Encik Wangtaksuka pula telah meminjam sebanyak RM5,000
dengan kadar faedah 8%. Baru-baru ini ia sudah melunaskan hutangnya sebanyak RM3,000.
Kirakan berapakah:

a. baki pinjamannya sekarang. [2 markah]

b. wang yang mesti dibayar setahun dari sekarang untuk melangsaikan keseluruhan
pinjamannya. [3 markah]

3.

SIJIL SIMPANAN TETAP


CIMB BANK BERHAD

Nilai Muka : RM1,000


Kadar Kompaun : 8%
Tempoh Matang : 6 Tahun

Berapakah nilai sijil tersebut pada tarikh matang sekiranya dikompaunkan pada setiap awal
tahun [2 markah]

4. a. Jelaskan konsep-konsep berikut:

i. Anuiti matang [3 markah]


ii. Perpetuiti [3 markah]
iii. Pengkompaunan [3 markah]

b. Pada 1. 1. 2003, anda telah mendepositkan wang sebanyak RM1,000 ke dalam akaun
simpanan yang membayar faedah pada kadar 8 peratus.

i. Jika bank berkenaan mengkompaunkan faedahnya secara tahunan, berapakah nilai wang
yang akan anda miliki pada 1. 1. 2006? [2 markah]

ii. Andaikan anda mendepositkan wang berjumlah RM250 pada setiap 1 Januari tahun 2003,
2004, 2005 dan 2006. Berapakah nilai yang akan anda miliki pada 1.1.2006 berdasarkan
kadar faedah 8 peratus yang dikompaun secara tahunan? [2 markah]

AN1
Pengurusan Perniagaan AN 025
BAB 4: Nilai Masa Wang

5. Terangkan perbezaan antara konsep kompaun dengan diskaun dalam konteks nilai masa
wang dan berikan contoh bagi setiap satu. [3 markah]

6. a. Ah Leng melabur RM850 setiap tahun selama 8 tahun dengan kadar faedah tahunan 6%.
Kirakan jumlah terkumpul yang diperolehi Ah Leng dari pelaburan tersebut. [3 markah]

b. Kirakan nilai kini bagi RM500 yang akan dibayar pada permulaan setiap tahun selama 8 tahun
sekiranya kadar faedah ialah 7% setahun. [4 markah]

c. Syarikat Angsana Sdn Bhd menerbitkan saham keutamaan yang akan membayar dividen
tahunan sebanyak RM2.50 selama-lamanya. Jika Kadar pulangan dikehendaki oleh pelabur
ialah 12%, tentukan harga yang Akan dibayar untuk membeli saham tersebut pada hari ini.
[4
markah]

d. Selepas 5 tahun menyimpan wang dalam sebuah akaun pelaburan, Ramasamy menerima
wang terkumpul sebanyak RM12,500. Akaun tersebut membayar dividen sebanyak 4% setiap
enam bulan. Sekiranya deposit dibuat setiap 6 bulan sekali, kira amaun setiap deposit yang
dilaburkan. [5 markah]

e. Maju Enterprise telah meminjam RM10,000 daripada Batik Setia untuk


tempoh selama 4 tahun. Pihak bank menetapkan agar bayaran balik dibuat secara ansuran
tahunan dengan dikenakan faedah sebanyak 8% setahun. Berdasarkan maklumat di atas:

i. Kira bayaran ansuran setiap tahun. [2 markah]


ii. Sediakan jadual pelunasan pinjaman di atas. [7 markah]

7. En. Adam mendepositkan RM1000 ke dalam akaun simpanan pada kadar faedah 8% setahun
dikompaunkan setiap 6 bulan selama 2 ½ tahun. Tentukan Nilai Masa Depan (FV) simpanan
tersebut. [2 markah]

8.a. i. En. Aidan melabur RM200 setiap enam bulan dalam Amanah Saham Didik sehingga anaknya
berumur 20 tahun. Wang yang terkumpul itu kemudiannya didepositkan semula ke dalam Bank
Muamalat (M) Bhd sehingga anaknya berumur 28 tahun. Sekiranya kadar pulangan sepanjang
tempoh tersebut ialah 6% setahun, kirakan amaun simpanan tersebut pada hujung tahun ke
28. [6 markah]

ii. En. Yash Kapra telah membuat pinjaman sebanyak RM20,000 bagi tempoh 10 tahun daripada
Bank Bumiputra Commerce. Jika bank mengenakan kadar faedah 10% setahun, hitung jumlah
bayaran tahunan yang mesti dijelaskan oleh beliau. [2 markah]

AN2
Pengurusan Perniagaan AN 025
BAB 4: Nilai Masa Wang

iii. Cik Angelina menyimpan sejumlah RM1,200 dengan kadar faedah 8% setahun. Kira nilai
simpanan tersebut pada penghujung tahun keenam. [3 markah]

iv. Puan Britney Spora merupakan seorang ahli perniagaan yang bercadang melabur wang
perniagaannya berjumlah RM2,000 setiap awal tahun selama 5 tahun. Jika kadar faedah
pasaran ialah 8% setahun, tentukan nilai kini pelaburan tersebut. [4 markah]

9. Aida mendepositkan RM100 ke dalam akaun simpanan dengan kadar faedah 12% setahun
dikompaunkan setiap bulan. Berapakah jumlah simpanan Aida di akhir tahun ke lima?
[2 markah]

10. a. Jelaskan maksud nilai masa wang dan dua kepentingannya dalam organisasi perniagaan.
[4 markah]

b. Puan Katrina bercadang membeli sebuah rumah dengan bayaran muka sebanyak RM30,000
dalam masa lima tahun akan datang. Berapakah jumlah wang yang patut disimpan sekarang,
sekiranya kadar pulangan ke atas simpanan tersebut ialah 12% setahun dikompaun setiap
setengah tahun. [3 markah]

c. Encik Tsu Mah Wee bercadang melabur sejumlah wang bagi membiayai pengajian anaknya di
universiti selama empat tahun. Yuran pengajian dianggarkan sebanyak RM2,500 setiap tahun.
Lakarkan alir tunai di atas dalam bentuk garis masa dan hitung amaun yang perlu dilaburkan
jika kadar pulangan ialah 8% setahun. [5 markah]

11. Jelaskan hubungan antara nilai masa depan dengan tempoh masa beserta contoh. [2 markah]

12. a. Encik Adruce akan bersara pada penghujung tahun 2007. Beliau dijangka akan menerima
bayaran anuiti persaraan daripada MAAB Assurance Berhad sebanyak RM12,555 setiap tahun
selama-lamanya. Jika kadar diskaun yang sesuai digunakan ialah 9.75% setahun, berapakah
nilai kini anuiti yang akan diterimanya? [3 markah]

b. Cik Kyra bercadang untuk membeli sebuah kereta dengan bayaran muka RM40,000 dalam
masa lima tahun akan datang. Dengan bantuan garis masa, hitung jumlah wang yang patut
disimpan sekarang. Andaikan kadar pulangan untuk simpanan tersebut ialah 8% setahun,
dikompaunkan setiap setengah tahun. [4 markah]

c. Blueberry Sdn Bhd bercadang membeli sebuah lori berharga RM180,000. Pihak bank
bersetuju memberikan pembiayaan sewa beli dengan kadar faedah 8% setahun selama lima
tahun. Syarikat dikehendaki membuat bayaran balik secara ansuran tahunan. Hitung perkara
berikut:

i. Amaun ansuran tahunan. [3 markah]


ii. Bayaran balik pokok pinjaman bagi tahun pertama. [2 markah]

AN3
Pengurusan Perniagaan AN 025
BAB 4: Nilai Masa Wang

13. Iman menyimpan RM1,200 setiap tiga bulan selama dua tahun dalam akaun pelaburan yang
memberikan pulangan sebanyak 12 peratus setahun, dikompaunkan setiap sukuan tahun.
Hitung jumlah simpanan yang terkumpul pada penghujung tempoh pelaburan beliau.
[2 markah]

14. Encik Adon menyimpan RM4,500 pada 1 Januari 2008 dalam akaun simpanan tetap yang
membayar faedah sebanyak 7 peratus selama 4 tahun. Dikehendaki :

i. Lakarkan garisan masa [2 markah]


ii. Hitungkan nilai masa hadapan [2 markah]

15. a. i. M. Sham diberi pilihan sama ada menerima royalti tahunan RM18,000 selama 20 tahun
atau menerima bayaran royalti RM160,000 sekaligus pada masa sekarang untuk novel yang
ditulisnya. Berdasarkan konsep nilai masa kini, jelaskan alternatif yang patut dipilih sekiranya
kadar diskaun yang digunakan ialah 10 peratus setahun. [4 markah]

ii. Encik Mohan telah melabur sebanyak RM4,000 untuk tempoh 5 tahun dengan kadar faedah
10 peratus setahun. Pada hujung tahun kelima, Encik Mohan telah melaburkan semula wang
yang terkumpul itu ke dalam akaun pelaburan lain dengan kadar faedah 12 peratus setahun
selama 4 tahun lagi. Hitung amaun terkumpul dalam akaun Encik Mohan pada akhir tahun ke-
9. [4 markah]

iii. Cik Nur Izzati telah meminjam RM100,000 daripada Bank Bahagia Berhad dengan kadar
faedah 9 peratus setahun. Jumlah keseluruhan bayaran balik pinjaman tersebut ialah
RM153,869. Hitungkan tempoh pinjaman. [3 markah]

iv. Puan May telah mendepositkan RM1,000 setiap tahun. Pada akhir tahun ke-10, wang yang
terkumpul berjumlah RM15,937. Hitungkan kadar faedah tahunan yang dibayar oelh pihak
bank. [3 markah]

16. Hitung nilai masa hadapan bagi RM2,000 yang disimpan untuk tempoh 3 tahun dengan kadar
faedah 8 peratus setahun, dikompaunkan dua kali setahun. [2 markah]

17. Jelaskan konsep nilai masa wang dan nyatakan dua kepentingannya kepada pengurus
kewangan. [3 markah]

18. Puan Qamarina memerlukan RM25,000 pada hujung tahun 2013 untuk membiayai yuran
pengajian anaknya. Berapakah amaun pelaburan yang perlu dibuat oleh Puan Qamarina
sekiranya beliau mula menyimpan dalam satu akaun pelaburan yang membayar dividen
sebanyak 8 peratus setahun bermula pada tahun 2009? [4 markah]

AN4
Pengurusan Perniagaan AN 025
BAB 4: Nilai Masa Wang

19. Terangkan dua alat bantuan pengiraan nilai masa wang. [4 markah]
20. Puan Siti telah membuat pinjaman berjumlah RM60,000. Pinjaman perlu dibayar dalam
tempoh 5 tahun dengan kadar faedah 5% setahun.
(i) Hitung amaun ansuran tahunan yang perlu dibayar oleh Puan Siti. [2 markah]
(ii) Sediakan jadual pelunasan pinjaman bagi tahun pertama dan kenal pasti baki pinjaman pada
akhir tahun pertama. [3 markah]

21. Aizat mempunyai RM10,000 yang boleh didepositkan oleh beliau dalam mana-mana dua
akaun simpanan bagi tempoh 3 tahun. Bank A membayar faedah sekali setahun. Bank B
membayar faedah dua kali setahun. Kedua-dua bank itu mempunyai kadar faedah tahunan
sebanyak 4%.
(a) Hitung jumlah wang yang akan diperolehi oleh Aizat dalam tempoh tiga tahun sekiranya dia
menyimpan dengan Bank A. [2 markah]
(b) Hitung jumlah wang yang akan diperolehi oleh Aizat dalam tempoh tiga tahun sekiranya dia
menyimpan dengan Bank B. [2 markah]
(c) Berdasarkan jawapan diatas, bank manakah yang harus dipilh oleh Aizat berserta alasan.
[1 markah]
22. Terangkan konsep diskaun dalam nilai masa wang. [2
markah]

23. Puan Tze Lung berhasrat membiayai sendiri pengajian anaknya di Universiti dalam
masa 10 tahun dari sekarang. Beliau merancang menyimpan sejumlah wang dalam sebuah
akaun Pelaburan Pendidikan pada setiap tahunbermula dari awal tahun ini. Yuran pengajian
anaknya di university ialah RM65, 000. Hitung jumlah wang yang perlu dilaburkan setiap tahun
jika kadar pulangan pelaburan itu ialah 10% peratus setahun. [4
markah]

24. Encik Mikhail melabur RM2, 000 pada setiap tahun dalam akaun Amanah Saham.
Selepas 25 tahun berlalu, amaun pelaburannya berjumlah RM169,402. Hitung kadar dividen
tahunan yang telah diterima oleh beliau.
[3 markah]

AN5
Pengurusan Perniagaan AN 025
BAB 4: Nilai Masa Wang

25. Terangkan konsep kompaun dalam nilai masa wang. [2


markah]

26. Carmen Low menyimpan wang sebanyak RM4,000 setiap tahun selama 10 tahun di
Bank 1Malaysia Berhad yang membayar faedah sebanyak 3% setahun.Hitung jumlah wang
yang terkumpul dalam akaun Carmen Low pada penghujung tahun ke 10 sekiranya simpanan
tersebut dibuat pada setiap awal tahun. [3 markah]

27. Jeelani telah memenangi peraduan Cuti-Cuti Malaysia dan diberikan dua pilihan untuk
mendapatkan hadiah yang telah dimenangi.
 Pilihan Pertama ialah menerima wang tunai sebanyak RRM200,000 pada hari ini, atau
 Pilihan Kedua ialah menerima wang tunai RM60,000 pada hari ini, selebihnya sebanyak
RM150,000 akan diterima pada tiga tahun daripada sekarang.

Sekiranya kadar faedah semasa adalah 7% setahun, hitung dan jelaskan pilihan mana yang
harus dipilih oleh Jeelani. [6 markah]

28. Hitung nilai masa kini bagi RM5, 000 yang disimpan selama 3 tahun dengan kadar faedah 8 %
setahun, didiskaunkan dua kali setahun. [3 markah]
29.
a) Puan Juana akan bersara pada penghujung tahun 2014. Beliau akan menerima bayaran anuiti
persaraan daripada Bintang Asuurance Berhad sebanyak RM 12,555 setiap tahun untuk
selama-selamanya. Kadar pulangan dijangkakan ialah 9.75% setahun. Hitung nilai kini anuiti
yang akan diterima oleh Puan Juana. [3 markah]
b) Ahmad bercadang untuk membeli sebuah kereta dengan bayaran muka sebanyak RM 40,000
dalam tempoh 5 tahun akan datang. Dengan bantuan garis masa, hitung jumlah wang yang
patut disimpan sekarang jika jangkaan kadar pulangan ialah 8% setahun dan dikompaunkan
setiap setengah tahun. [ 5 markah]
c) Bee Sdn Bhd bercadang untuk membeli sebuah lori berharga RM 180,000. Pihak bank
bersetuju untuk memberikan pembiayaan sewa beli dengan kadar faedah 8% setahun selama
5 tahun. Hitung :

AN6
Pengurusan Perniagaan AN 025
BAB 4: Nilai Masa Wang

i. Amaun ansuran tahunan. [3 markah]


ii. Jumlah bayaran balik pokok pinjaman bagi tahun pertama. [2 markah]

30. Terangkan maksud nilai kini anuiti [3 markah]


31. Jimmy mendepositkan RM 12,000 ke bank pada kadar pulangan 9% setahun. Hitung jumlah
wang Jimmy pada akhir tahun ke tujuh. [2 markah]
32. Encik Umar telah membuat pinjaman daripada Bank ABC sebanyak RM 60,000. Syarat yang
telah ditetapkan oleh Bank ABC ialah bayaran balik perlu dibuat secara ansuran tahunan
selama empat tahun dengan kadar pulangan 10% setahun.
(i) Hitung bayaran ansuran tahunan yang perlu dibayar oleh Encik Umar. [2 markah]
(ii) Sediakan jadual pelunasan pinjaman tersebut. [11 markah]

33. Hitung nilai masa depan bagi RM 4500 yang disimpan selama 3 tahun dengan kadar faedah
8% setahun, dikompaunkan dua kali setahun. [ 3 markah]
34. Saleeza ingin melabur sejumlah wang bagi membiayai pengajian anaknya di university
tempatan selama 4 tahun. Yuran pengajian anakyna ialah RM 2500 setipa tahun. Kadar diskaun
ialah 8% setahun. Dengan bantuan garismasa, hitung amaun yang perlu dilaburkan oleh Saleeza
pada hari ini. [ 5 markah]
35. Bank Amanah Berhad bersetujumemberi pinjaman sebanyak RM 10,000 kepada Encik Armen
dengan kadar faedah 11% setahun selama 3 tahun. Beliau dikehendaki membuat bayaran balik
pada akhir setiap tahun.
(i) Hitung amaun ansuran tahunan yang perlu dibayar oleh Encik Armen. [ 3 markah]
(ii) Sediakan jadual pelunasan pinjaman tersebut. [11 markah]
36. Huraikan dua (2) kepentingan nilai masa wang dalam pengurusan kewangan. [4 markah]

37 (a) Arif berhasrat untuk membeli sebuah kereta terpakai dengan harga pasaran RM 43,728. [3 markah]
Arif mampu membayar RM 7000 sebagai ansuaran tahunan dengan kadar pulangan 8%.
Hitung tempoh masa yang diambil untuk melangsaikan harga pembelian kereta tersebut.
(b) Kirana ingin membeli sebuah rumah yang berjumlah berharga RM 350,000. Beliau telah [5 markah]
membayar deposit sebanyak 20% daripada harga rumah tersebut. Kirana telah membuat
pinjaman untuk membiayai baki harga pembelian rumah bagi 20 tahun. Hitung nilai

AN7
Pengurusan Perniagaan AN 025
BAB 4: Nilai Masa Wang

ansuran tahunan yang perlu dibayar oleh Kirana jika kada pulangan adalah 6%.
(c) Zahari menyimpan RM 5000 dengan kadar pulangan 10% setahun selama dua tahun dan markah]
untuk tiga tahun berikutnya dengan kadar pulangan sebanyak 14% setahun. Hitung
jumlah simpanan Zahari selepas 5 tahun.
38. Ameera menyimpan RM 3500 di Bank Zitron pada hari ini dengan kadar pulangan sebanyak 5% [2 markah]
setahun. Hitung nilai simpanan tersebut pada tahun ke-10
39 (a) Terangkan konsep berikut dalam nilai masa wang: [1 markah]
(i) Perpetuiti
[1 markah]
(ii) Anuiti
(b) RM 1 yang dimiliki pada hari ini lebih bernilai jika dibandingkan dengan RM 1 yang akan [1 markah]
diperolehi setahun dari sekarang. Terangkan.
(c) Berapakah nilai masa depan simpanan Nur Amira yang dibuat sebanya RM 8000 setiap [3 markah]
awal tahun selama 10 tahun dengan kadar faedah sebanyak 6%.
(d) Sarah Saidin memerlukan RM 15,000 untuk yuran pengajian adiknya di kolej pada tahun [3 markah]
3 akan datang. Hitung jumlah wang yang perlu beliau simpan pada hari ini sekiranya
kadar pulangan simapanan adalah 6% setahun.
40 (a) Terangkan konsep berikut dalam nilai masa wang: [1 markah]
(i) Nilai masa kini
(ii) Kompaun [1 markah]
(b) JADUAL 1 menunjukkan pernyataan bentuk nilai masa wang. [4 markah]
JADUAL 1
PERNYATAAN BENTUK NILAI
MASA WANG
Hitung nilai masa depan bagi wang bernilai RM 15,000 (i)
yang disimpan selama 5 tahun pada kadar faedah 10%
setahun.
Anda menyimpan RM 6500 dalam akaun bank pada (ii)
setiap hujung tahun selama 5 tahun pada kadar faedah
5% setahun. Kirakan jumlah wang yang anda akan
miliki di akhir tahun kelima.
Kirakan nilai kini bagi pembayaran RM 10,000 setiap (iii)
tahun untuk tempoh selama-selamanya pada kadar
faedah 8% setahun.
Kirakan nilai kini bagi pembayaran RM 5000 Setahun (iv)
untuk tempoh 6 tahun pada kadar faedah 6% setahun
sekiranya pembayaran pertama bermula pada hari ini.

Berdasarkan JADUAL 1, namakan bentuk nilai masa wang yang bersesuaian dengan

AN8
Pengurusan Perniagaan AN 025
BAB 4: Nilai Masa Wang

pernyataan-pernytaaan tersebut.
(c) Neeyaz menyimpan sejumlah RM 1500 pada setiap awal tahun untuk tempoh 5 tahun di
Bank Metro yang menawarkan kadar faedah sebanyak 10% setahun.
(i) Lakarkan garis masa bagi situasi tersebut. [2 markah]
(ii) Anggarkan wang yang terkumpul padatahun kelima. [2 markah]
(d) Mona Leesa bercadang membeli sebuah rumah bangle dengan bayaran muka sebanyak [3 markah]
RM 30,000 dalam masa 5 tahun akan dating. Hitung jumlah wang yang patut
disimpannya sekarang, sekiranya kadar faedah ke atas simpanan tersebut ialah 12%
setahun dikompaun setaip setengah tahun.
(e) Selepas 5 tahun menyimpan dalam Bank Pambangunan (M) Bhd. Rajjah menerima wang [3 markah]
terkumpul sebanyak RM 12,500. Bank tersebut telah membayar dividen sebanyak 4%
bagi setiap 6 bulan. Hitung amaun yang telah dilaburkan oleh Rajjah, sekiranya deposit
dibuat setiap 6 bulan sekali.
(f) Masnah telah meminjam RM 20,000 daripada Bank Richworks yang telah mengenakan [3 markah]
kadar faedah tertentu yang dikompaunkan setiap setengh tahun. Pada akhir tahun ketiga,
jumlah pinjaman tersebut bernilai RM 26,802. Hitung kadar faedah atas pinjaman
tersebut.

AN9

You might also like