You are on page 1of 10

3.

1 Simpanan dan Pelaburan


1. Lengkapkan petikan berikut.

Wang lebihan yang disimpan di bank yang akan memberi pulangan


mengikut kadar faedah dan tempoh simpanan merujuk kepada
______________ manakala _______________ ialah Langkah alternatif
untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan dalam bentuk
pendapatan semasa dan keuntungan modal.

2. Padankan setiap situasi berikut dengan jenis simpanan yang sesuai.

Ariana menyimpan sejumlah wamh


dalam satu akaun yang menawarkan
kadar faedah yang lebih tinggi tetapi tidak
Akaun simpanan
boleh mengeluarkan wang sehingga
tempoh matang.
Puan Fadzma menyimpan sejumlah
wang dalam satu akaun untuk Akaun simpanan tetap
mengeluarkan cek semasa berurusan
dengan pembekal.
Sharipah menyimpan wang gajinya
dalam satu akaun yang dia boleh Akaun semasa
mengeluarkan wang pada bila-bila masa.

3. Isikan tempat kosong.

a) __________________________ dikendalikan oleh syarikat unit amanah yang


diuruskan oleh pengurus professional yang bertauliah dalam bidang pelaburan.

b) Pelaburan atas aset tidak alih seperti rumah kediaman, kedai, tanah dan
sebagainya merupakan pelaburan dalam __________________________ .

c) Individu yang membeli __________________________ daripada sebuah


syarikat merupakan pemilik syarikat dengan syarat tertentu.
4. Hitung jumlah simpanan yang melibarkan faedah mudah dan faedah kompaun.

a) Hitung jumlah simpanan yang akan diperolehi selepas 2 tahun dengan


simpanan asal RM8 000 dan kadar faedah mudah tahunan 2%.

b) Hitung nilai matang bagi simpanan RM15 000 untuk 5 tahun, dengan kadar
faedah 3.5% setahun, dikompaun setiap bulan.

c) Halim membuat simpanan sebanyak RM5 000 di suatu bank dengan kadar
faedah mudah 2.5% setahun. Hitung jumlah simpanannya selepas 10
bulan.

d) Encik Sarip membuat simpanan sebanyak RM20 000 dalam suatu akaun
simpanan tetap dengan kadar faedah 4% setahun, dikompaun setiap
tahun. Hitung nilai matang dalam akaun itu selepas 12 tahun.
5. Selesaikan masalah berikut.

a) Aniq menyimpan RM6 000 di sebuah bank dengan kadar faedah mudah
3.2% setahun. Hitung jumlah simpanan Aniq selepas menyimpan selama

i) 3 tahun ii) 4 tahun

Semakin lama tempoh simpanan (dibank), semakin ____________ jumlah


faedah yang diperoleh. Dengan ini jumlah simpanan juga _____________ .

b) Puan Sara menyimpan RM2 000 di sebuah bank. Berapakah jumlah


simpanan Puan Sara selepas 1 tahun jika kadar faedah mudah yang
diberikan ialah
i) 2% setahun ii) 3% setahun

Bagi prinsipal yang sama, apabila kadar faedah bertambah, jumlah simpanan akan
_________________.
c) Pada awal tahun, Puan Amna menyimpan RM15 000 dalam suatu akaun
simpanan tetap dengan kadar faedah 4% setahun. Berapakah jumlah wang
dalam akaun simpanan tetapnya pada akhir tahun jika faedah dikompaun
i) setiap setengah tahun ii) setiap suku tahun

Apabila kekerapan pengkompaunan bertambah, nilai masa hadapan simpanan


akan ________________.

6. Bulatkan jawapan yang betul.

Tempoh yang lebih panjang Tinggi / Rendah

Nilai masa
Kadar faedah atau
pulangan yang lebih rendah hadapan Tinggi / Rendah
simpanan

Pengkompaunan yang lebih


kerap Tinggi / Rendah
7. Selesaikan masalah berikut.

a) Puan Fatimah telah menggunakan RM8 000 untuk membeli syer syarikat A. Dia
telah mendapat dividen sebanyak RM200 dalam tempoh dia memegang syer
itu. Selepas itu dia menjual semua syer dan mendapat RM8 800. Hitung nilai
pulangan pelaburan Puan Fatimah.

b) Pada tahun 2020, Encik Hanafi membeli unit amanah saham dengan bonusnya
sebanyak RM10 000. Selepas dua tahun, dia menjual semua unit amanah
saham itu dan mendapat RM10 400. Dia mendapat dividen RM350 sebanyak
dua kali dalam tempoh dia memegang unit amanah saham itu. Hitung nilai
pulangan pelaburan Encik Hanafi.

c) Puan Sarina membuka sebuah kedai farmasi. Pada awal tahun, dia telah
membayar RM4 000 untuk membeli topeng muka untuk simpanan stoknya.
Pada akhir tahun, didapati Puan Sarina mendapat RM4 800 selepas semua
topeng muka telah habis dijual.
i) Hitung nilai pulangan pelaburan Puan Sarina.
ii) Nyatakan satu faktor yang mempengaruhi pulangan pelaburan Puan Sarina
dan kesannya.
8. Selesaikan masalah yang berikut.

a) Marina melabur RM24 900 dalam saham P dengan strategi pemurataan pada
bulan April dan Mei. Pada bu;an April, harga saham P ialah RM2.10 seunit.
Pada bulan Mei, harga saham P ialah RM2.04 seunit. Hitung jumlah saham
yang dimiliki oleh Marina.

Saya mempunyai RM24 000. Saya


melabur amaun yang sama dalam
saham S mengikut bulan-bulan
tertentu.

b) Jadual di bawah menunjukkan pembelian saham oleh Puan Halimah mengikut


bulan-bulan tertentu.

Bulan Jun Ogos Oktober November


Harga saham seunit 2.30 2.10 2.05 2.20
(RM)
Hitung kos purata seunit saham yang dimiliki oleh Puan Halimah.

c) Salim melabur RM8 000 dalam saham Q dengan kos purata seunitsaham
sebanyak RM3.20. Berapakah jumlah unit saham Q yang dimiliki oleh Salim?
d) Jadual di bawah menunjukkan pembelian unit amanah saham oleh Puan Alin
untuk tiga bulan berturutan.

Januari Februari Mac


Jumlah pelaburan RM3 000 RM3 000 RM3 000
Harga seunit RM1.25 RM1.24 RM1.22

i) Hitung kos purata seunit amanah saham yang dimiliki oleh Puan Alin.
ii) Apakah strategi yang digunakan oleh Puan Alin dalam pembelian unit
amanah saham? Jelaskan kebaikan menggunakan strategi ini.

e) Jamilah membeli unit amanah saham R pada 1 Januari 2020 berjumlah


RM200 pada harga RM0.85 seunit. Kemudian dia meneruskan pembelian unit
amanah saham tersebut dengan jumlah RM200 sebulan selama 1 tahun.
Harga pembelian seunit amanah saham adalah berbeza-beza berdasarkan
harga pasaran setiap bulan. Pada 31 Disember 2020, dia memegang 3 105
unit amanah saham tersebut.
i) Hitung kos purata seunit amanah saham yang dipegang oleh Jamilah.
ii) Hitung jumlah unit yang diperoleh Jamilah jika dia membeli unit amanah
saham sekali gus, dengan RM2 400 pada bulan Januari.
9. Selesaikan masalah berikut yang melibatkan simpanan dan pelaburan.

a) Puan Sabariah mempunyai RM50 000 dalam akaun simpanan. Dia


mengeluarkan separuh daripada simpanan itu untuk membuka akaun
simpanan tetap dengan kadar faedah 3.8% setahun, dikompaun setiap
setengah tahun. Baki simpanan itu dilabur di pasaran saham dengan
strategi pemurataan pada bulan Januari dan Februari. Dia membeli saham
A dengan harga RM2.25 seunit pada bulan Januari dan kemudiannya
dengan harga RM2.30 seunit pada bulan Februari. Selepas setahun, dia
menjual semua sahamnya dengan harga RM2.45 seunit.
i) Hitung nilai pulangan pelaburan bagi simpanan tetap Puan Sabariah
selepas setahun.
ii) Hitung kos purata seunit saham A yang dimiliki oleh Puan Sabariah.
iii) Bandingkan nilai pulangan pelaburan bagi simpanan tetap dan saham
Puan Sabariah, yang manakah lebih menguntungkan? Jelaskan
jawapan anda.
b) Ramli membahagikan bonusnya sebanyak RM30 000 secara sama rata
kepada dua bahagian untuk membuat simpanan tetap dan pelaburan
amanah saham masing-masing. Bagi simpanan tetap, kadar faedah yang
ditawarkan oleh bank ialah 3.6% setahun, dikompaun setiap bulan. Bagi
pelaburan amanah saham, jumlah bilangan unit yang dipegang olehnya
selepas setahun ialah 20 000 unit.
i) Hitung nilai matang bagi simpanan tetap selepas setahun.
ii) Dalam tempoh setahun itu, Ramli telah menerima dividen sebanyak
RM300. Hitung harga jualan per unit bagi amanah saham supaya ni;ai
pulangan pelaburan amanah saham adalah dua kali nilai pulangan
pelaburan bagi simpanan tetap.

You might also like