You are on page 1of 2

Simpanan & Pelaburan

1. Encik Ali menyimpan sebanyak RM10 000 di Bank Sarawak dengan kadar faedah 4% setahun.
Hitung jumlah faedah yang diperoleh Encik Ali selepas 6 bulan?

2. Ah Beng menyimpan sebanyak RM6000 di Bank Malaysia dengan kadar 2% setahun. Hitung
jumlah simpanan Encik Ah Beng selepas menyimpan selama 2 tahun?

3. Puan Irene menyimpan RM3000 di Bank Dubai dengan kadar faedah 4% setahun. Hitung
jumlah faedah diterima selepas 9 bulan?

4. Encik Abu menyimpan RM4000 di Bank Kuching dengan diberi faedah kompaun 3% setiap
tahun. Berapakah jumlah simpanannya pada akhir tahun kedua?

5. Pada awal suatu tahun, Pn Mary menyimpan RM12 000 dalam akaun simpanan dengan
kadar 4% setahun dan pengkompaunan setiap 6 bulan. Berapakah jumlah wang simpanan Pn
Mary pada akhir tahun ketiga?

6. Sebuah bank menawarkan kadar faedah 5% setahun untuk simpanan dalam akaun simpanan
tetap. Jika Cik Angeli menyimpan RM10 000 pada awal tahun, berapakah jumlah wang dalam
akaun simpanan tetap beliau pada akhir tahun jika faedah dikompaunkan
(a) 6 bulan sekali (b) sebulan sekali

7. Hitung nilai matang bagi simpanan RM5000 untuk 6 tahun, dengan kadar faedah 3%
setahun, dikompaun setiap tahun.

8. Encik Hafiz membuat simpanan sebanyak RM20 000 dalam suatu akaun simpanan tetap
dengan kadar faedah 3.3% setahun, dikompaun setiap bulan. Berapa jumlah simpanan
selepas 10 tahun?

9. Banding beza antara faedah mudah dan faedah kompaun apabila simpanan RM5000 untuk
tempoh 2 tahun.
Kira;
(a) Faedah mudah 4% setahun
(b) Faedah 4% setahun, kompaun setiap 6 bulan
(c) Jelaskan jawapan anda, mengapakah faedah kompaun memberikan untung lebih kepada
penyimpan?
Jawapan:
1 I = RM200
2 I = RM240, Jumlah simpanan = RM6240
3 I = RM90
4 MV= RM4243.60
5 MV=RM13513.95
6 (a) MV=RM10506.25 (b) RM10511.62 (c) Faedah kompaun diberi
7 MV=RM5970.26
8 MV=RM27806.76
9 (a) I=RM400, Jumlah simpanan= RM5400 (b) MV=RM5412.16 (c) Bagi faedah kompaun, faedah
diberi faedah juga bagi setiap 6 bulan

You might also like