You are on page 1of 6

1.

3 Faedah Kompaun
Pengiraan faedah mudah adalah berasaskan prinsipal asal sepanjang tempoh pinjaman
atau simpanan dan tidak berubah dari semasa ke semasa seperti dalam topik yang kita
belajar sebelum ini.
Pengiraan faedah kompaun pula adalah berasaskan prinsipal yang berubah dari semasa
ke semasa. Faedah yang diperoleh terdahulu dikompaun atau ditukar kepada prinsipal dan
mendatangkan faedah selepas itu.

Contoh:
Kita bandingkan simpanan RM10,000 dalam bank dengan kadar faedah mudah dan
kompaun 4% selama 3 tahun.

Faedah mudah Faedah kompaun


Tahun 1 RM10,000 x 4% =RM400 RM10,000 x 4% =RM400
RM10,000 + RM400 =RM10,400 RM10,000 + RM400 =RM10,400
Tahun 2 RM10,000 x 4% =RM400 RM10,400 x 4% =RM416
RM10,000 + RM400 =RM10,400 RM10,400 + RM416 =RM10,816
Tahun 3 RM10,000 x 4% =RM400 RM10,816 x 4% =RM432.64
RM10,000 + RM400 =RM10,400 RM10,816 + RM432.64 =RM11,248.64
Jumlah RM10,400 + RM10,400 + RM10,400 RM10,400 + RM10,816 + RM11,248.64
=RM31,200 =RM32,464.64

Dengan simpanan yang sama, tapi dengan kiraan kadar faedah yang berlainan, kita dapat
hasil yang berlainan.
Kita dapat pulangan yang lebih tinggi dengan kiraan faedah kompaun, sama juga dengan
pinjaman, kita akan kena caj yang lebih tinggi dengan kiraan ini.

1.3.1 Mencari faedah kompaun dan jumlah kompaun

Pengetahuan am:
1
1 %= =0.01
100

Formula:

( )
mt
r
S=P 1+
m
S = jumlah kompaun
P = nilai prinsipal
r = kadar faedah kompaun
t = tempoh masa dalam kiraan tahun
m = kekerapan kompaun dalam setahun

Contoh 1:
Nilai prinsipal, P = RM 1000; kadar faedah kompaun, r = 5%; dan tempoh masa, t = 3,
kirakan jumlah kompaun.

Cara Panjang Formula


Tahun 1: RM1000 x 1.05 = RM1050 S = 1000 (1+0.05)3
Tahun 2: RM1050 x 1.05 = RM1102.50 = RM1157.63
Tahun 3: RM1102.50 x 1.05 = RM1157.63

1
Latihan:
1. Nilai prinsipal, P = RM 5000; kadar faedah kompaun, r = 6%; dan tempoh masa, t =
5, kirakan jumlah kompaun. [6691.13]
2. Nilai prinsipal, P = RM 1200; kadar faedah kompaun, r = 8%; dan tempoh masa, t =
10, kirakan jumlah kompaun. [2590.71]
3. Nilai prinsipal, P = RM 3500; kadar faedah kompaun, r = 5.5%; dan tempoh masa, t =
4, kirakan jumlah kompaun. [4335.89]

Contoh 2:
Nilai prinsipal, P = RM 1500; tempoh masa, t = 3; dan jumlah kompaun, S = RM 1996.50,
hitungkan kadar faedah kompaun, r.

S=P ( 1+r )t
3
1996.5=1500 ( 1+r )
1996.5
=( 1+ r )3
1500
1.331=( 1+r )3
√3 1.331=1+r
1.1=1+r
1.1−1=r
r =0.1
Maka, kadar faedah kompaun adalah 10%.

Latihan:
1. Nilai prinsipal, P = RM 1800; tempoh masa, t = 5; dan jumlah kompaun, S = RM
2644.79, hitungkan kadar faedah kompaun, r. [8%]
2. Nilai prinsipal, P = RM 4650; tempoh masa, t = 8; dan jumlah kompaun, S = RM
15244.63, hitungkan kadar faedah kompaun, r. [16%]
3. Nilai prinsipal, P = RM 6300; tempoh masa, t = 10; dan jumlah kompaun, S = RM
9325.54, hitungkan kadar faedah kompaun, r. [4%]

1.3.2 Menyelesaikan masalah yang berkaitan untuk mencari:


1.3.2.1 Jumlah kompaun

Contoh 1:
Pada awal tahun Januari 2017, Muktadir melabur sebanyak RM 10,000 dalam saham
amanah di sebuah bank. Pihak bank memberi faedah keuntungan 10% setahun bagi setiap
6 bulan. Kira jumlah wang Muktadir pada akhir tahun 2017.

P = 10,000, r = 0.1, t =1, m=2

( )
2× 1
0.1
S=10,000 1+
2
S=11,025

Maka, jumlah wang Muktadir pada akhir tahun 2017 adalah RM 11,025.

2
Faedah yang dia dapat pada akhir tahun yang sebenar adalah lebih tinggi berbanding
kompaun sekali setahun, iaitu RM 11,000.

Contoh 2:
Sekiranya Hasman melabur sebanyak RM3250 selama 6.5 tahun di sebuah bank yang
memberi kadar faedah 5.25% secara kompaun bagi setiap suku tahun, kirakan jumlah
wangnya apabila pelaburan tersebut matang.

P = 3250, r = 0.0525, t = 6.5, m = 4

( )
4 × 6.5
0.0525
S=3250 1+
4
S=4561.65

Latihan:
1. (a) Kirakan faedah mudah bagi pinjaman RM1500 bagi tempoh pinjaman 2 tahun
dengan kadar faedah 5% setahun. [1650]
(b) Kirakan faedah kompaun bagi pinjaman RM1500 bagi tempoh pinjaman 2 tahun
dengan kadar faedah 5% setahun. [1653.75]
2. Kirakan faedah kompaun bagi pinjaman RM 2000 dengan kadar faedah 6% setahun
12 kali setahun bagi tempoh pinjaman 30 tahun. [10045.15]
3. Adam membuat pelaburan RM 20000 di dalam akaun simpanan tetap yang
membayar kadar faedah dua kali setahun secara kompaun. Kirakan wang pelaburan
Adam setelah dia melabur selama 20 tahun dengan kadar faedah
(a) 6% setahun [65240.76]
(b) 10% setahun [140799.77]
(c) 15% setahun [360884.78]

1.3.2.2 Masa dan kadar faedah

Contoh 1:

John telah mendapat pinjaman sebanyak RM12000 daripada sebuah bank dengan kadar
faedah kompaun 3% setahun. Kirakan tempoh tahun,t yang John pinjam sekiranya jumlah
bayaran balik dia adalah RM 13,506.11.

P = 12000, r = 0.03, S = 13506.11,


t
13506.11=12000 ( 1+0.03 )
13506.11
=( 1.03 )t
12000
1.03t =1.1255
lg1.1255
t=
lg 1.03
t≈ 4

3
Contoh 2:

Paula membuat satu pelaburan RM2500 di dalam akaun simpanan tetap yang akan
membayar faedah dua kali setahun secara kompaun. Hitungkan
(a) tahun yang perlu disimpan untuk Paula mengeluarkan sekurang-kurangnya RM5000
dengan kadar faedah 10% setahun.

P = 2500, r = 0.1, m=2, S≥5000

( )
2t
0.1
5000 ≤2500 1+
2
5000
≤ 1.052 t
2500
2t
2 ≤1.05
lg 2
2t ≥
lg 1.05
2 t ≥ 14
t≥7
Maka, untuk Paula mengeluarkan RM5000 daripada simpanannya, dia perlu simpan
sekurang-kurangnya 7.5 tahun.

(b) kadar faedah yang Paula kena target untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya RM4500
dalam 5 tahun.

P = 2500, m = 2, t = 5, S ≥ 4500

( )
10
r
4500 ≤ 2500 1+
2

≤ ( 1+ )
10
4500 r
2500 2

1.8 ≤ (1+ )
10
r
2
r
√1.8 ≤ 1+
10
2
r
1.0605 ≤1+
2
r
≥ 0.0605
2
r ≥ 0.121
Maka, Paula perlu target simpanan yang memberikan lebih daripada 12.1% kadar faedah
supaya dia dapat keluarkan RM4500 dalam 5 tahun.

Latihan:
1. Untuk beli sebuah kereta Vios J perlukan RM74,000. Anda telah berjaya memohon 100%
pinjaman dari sebuah bank dengan kadar faedah kompaun, r selama 5 tahun. Hitungkan
kadar faedah kompaun,r sekiranya jumlah kompaun adalah RM 94,444.84. [5%]

4
2. Untuk beli sebuah rumah teres yang bernilai RM550ribu, anda telah membuat satu
pinjaman sebanyak 90% dengan bank. Pihak bank menawarkan kadar faedah kompaun
sebanyak 5%. Selepas t tahun untuk menjelaskan pinjaman ini, jumlah bayaran adalah
RM2,139,361.48. Kirakan t. [30]

1.3.2.3 Nilai Semasa

Nilai semasa adalah nilai prinsipal yang masih belum matang.

Contoh 1:

Seorang pekerja telah membuat simpanan RM1000 bagi tempoh 18 bulan dengan kadar
faedah 4% setahun secara kompaun bagi setiap suku tahun, kirakan nilai semasa bagi
i. 3 bulan ii. 1 tahun

i. P = 1000, r = 0.04, m = 4, t = ¼

( )
1
0.04 4×
S=1000 1+ 4
4
S=1010
ii. P = 1000, r = 0.04, m = 4, t = 1

( )
4
0.04
S=1000 1+
4
S=1040.60
Contoh 2:

Seorang pengusaha kedai runcit telah membeli barangan berjumlah RM1500. Pekedai itu
telah membuat bayaran awal RM500 dan RM500 selepas 6 bulan. Jika kadar faedah
dikenakan 18% setahun secara kompaun 12 kali setahun bagi baki akhir pinjaman, kirakan
bayaran akhir yang perlu dibayar dalam tempoh 1 tahun.

Bayaran pertama,
1500−500=1000
Kompaun 6 bulan pertama,

( )
6
0.18
S=1000 1+
12
S=1093.44

Bayaran selepas 6 bulan,


1093.44−500=593.44

Kompaun 6 bulan kedua,

5
( )
6
0.18
S=593.44 1+
12
S=648.90

Maka, bayaran akhir yang perlu dibayar dalam tempoh 1 tahun adalah RM648.90

Latihan:
1. Sharifah membuat pinjaman sebanyak RM2500 bagi tempoh 7 tahun. Jika kadar
faedah pinjaman ialah 10% setahun dikompaun 12 kali setahun, kirakan jumlah yang
perlu dibayar pada akhir 3 tahun. [RM3370.45]
1.3.2.4 Kadar Berkesan (Kadar Faedah Efektif)

Kadar berkesan = kadar sebenar


Kadar nominal = kadar yang dinyatakan

Contoh 1:

Andaikan RM1000 disimpan dalam akaun yang membayar faedah pada kadar 4%
dikompaunkan setiap suku tahun. Berapakah kadar berkesan simpanan tersebut?

(
r e = 1+
0.04 4
4 )−1
r e =0.0406@ 4.06 %

Latihan:

1. Rayner membuat perbandingan 2 pinjaman iaitu pinjaman di Bank A dan pinjaman di


Bank B. Bank A mengenakan kadar faedah kompaun 10% setahun 4 kali setahun
manakala Bank B mengenakan kadar faedah kompaun 9% setahun 12 kali setahun.
Kirakan kadar berkesan bagi setiap bank. [10.38%, 9.38%]

1.3.3 Meyelesaikan Masalah yang melibatkan dua atau tiga pelaburan

1. Anuar memiliki sebidang tanah berharga RM29 000. Pemaju telah menawarkan
bayaran muka 20% daripada harga tanah serta dua kali bayaran yang sama
jumlahnya iaitu RM15 000 pada akhir tahun kedua dan akhir tahun keempat. Jika
kadar faedah pelaburan adalah 8% setahun dua kali setahun bagi tempoh 2 tahun
pertama dan 12% setahun 4 kali setahun pada 2 tahun berikutnya, adakah Anuar
menerima tawaran tersebut?
[Tidak menerima]
2. Joe berhasrat membuat pinjaman di bank. Bank A yang berdekatan rumahnya
memberikan kadar faedah pinjaman 8% setahun kompaun dua kali setahun
manakala Bank B pula memberikan kadar faedah pinjaman 7.9% setahun
dikompaun setiap bulan. Bank manakah yang akan anda cadangkan Joe pilih?
[Bank A]

You might also like