You are on page 1of 8

BAB 1 - MATEMATIK KEWANGAN

1.0 FAEDAH

Faedah berasal daripada perkataan Latin iaitu intereo yang bermaksud ‘akan rugi’. Sekiranya
kita melihat dari sudut pinjaman wang, peminjam akan mengalami kerugian sekiranya dia
membayar semula pinjaman beserta dengan faedah yang dikenakan. Tetapi, dunia hari ini
melihat faedah bukan sahaja dikenakan dalam pembayaran hutang, bahkan turut diterima
sekiranya kita melakukan pelaburan. Oleh sebab itu, kita perlu terlebih dahulu memahami apa
itu faedah, cara mengira faedah, kesan dan pengaruh fadeah kepada ekonomi negara.
Faedah terdiri daripada faedah rata (flate rate), faedah tetap (fixed rate) dan faedah
terapung (floating rate).
Jumlah Pinjaman (principal) = P
Tempoh pinjaman = t
Kadar faedah = r
Jumlah faedah = I
I = Prt
Jumlah bayaran = S = P + I

1.1.1 Pengenalan Jenis – Jenis Faedah

Kadar Faedah Rata (flate rate) @ (simple interest)


Faedah yang dikenakan pada akhir tempoh pinjaman dikenali sebagai faedah rata.
Kebiasaannya faedah pinjaman dikenakan pada tempoh akhir tahun pinjaman dan didalam
bentuk peratus (%). Kadar faedah 10% bermaksud faedah untuk setahun ialah 10% daripada
jumlah pinjaman (principal).

Kadar Faedah Tetap (fixed rate)

Kadar faedah tetap merupakan faedah dikira berdasarkan baki pinjaman semasa pada kadar
faedah yang sama. Ianya tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman. Biasanya kadar ini
digunakan untuk pinjaman perumahan atau pinjaman-pinjaman berkala (term loans), gadaian,
kad kredit.
Jumlah pinjaman = S = P + I @ S = P(1+rt)
𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑝𝑖𝑛𝑗𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑆
Ansuran bulanan = =
𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑏𝑢𝑙𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑦𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑁

1
Kadar Faedah Terapung (floating rate) @ berkurangan
Kadar faedah terapung merupakan kadar faedah yang dihitung berasaskan baki pinjaman
semasa dengan kadar faedah bersandarkan pada indeks atau kadar asas (BR). Kadar faedah
terapung ini boleh berubah-ubah sepanjang tempoh pinjaman. Contoh, bayaran pinjaman kad
kredit. Pada 2 Januari 2015, Kadar Asas (Base Rate, BR) telah menggantikan Kadar Pinjaman
Asas (Base Lending Rate, BLR) sebagai kadar rujukan utama bagi kemudahan pinjaman dan
pembiayaan runcit kadar terapung baharu.
Bagi institusi kewangan, BR membolehkan kadar faedah bagi pinjaman sedia ada
berubah mengikut perubahan dalam keadaan pendanaan pasaran, dan ini akan membantu
mereka mengurus risiko dedahan kadar faedah pasaran. BR juga dijangka menyediakan asas
yang wajar kepada institusi kewangan untuk menentukan harga pinjaman kadar terapung
kerana ia mencerminkan kos dana tanda aras yang relevan untuk memberikan pinjaman.
Pengiraan untuk kaedah baki berkurangan agak rumit kerana anda perlu mengira kadar untuk
setiap bulan, namun ia boleh dirumuskan dengan formula tersebut:
Faedah Dibayar Setiap Ansuran = Kadar Faedah Setiap Ansuran x Jumlah Pinjaman
Tertunggak

1.1.2 Menghitung Kadar Faedah


Faedah Rata
Kenalpasti jumlah faedah rata yang dibayar oleh En. Kapak sekiranya dia meminjam RM4500
dan besetuju untuk membayar hutang tersebut dalam tempoh 5 tahun dengan kadar faedah
rata 12% setahun. Kirakan jumlah yang perlu dibayar.
P = RM4500
r = 12% @ 0.12
t=5
I = Prt

I = RM4500 × 0.12 × 5
I = RM2700
S = RM4500 + RM2700 = RM7200
Faedah Tetap
Puan Amira hendak membeli set tv berharga RM2800. Dia bercadang untuk membeli dengan
membuat ansuran bulanan dan membayar duit muka RM300. Jumlah baki harga set tv
tersebut akan dikenakan faedah tetap 6.5% setahun dan mesti diselesaikan dalam masa 10
bulan. Kirakan :
a) jumlah faedah dikenakan
b) jumlah yang perlu dibayar
c) jumlah yang perlu dibayar setiap bulan.
P = Harga asal – duit muka = RM2800 –RM300 = RM2500

2
a)
I = Prt
10
I = RM2500 × 0.065 ×
12

I = RM135.42
b)
S = P(1+rt)
10
S = 2500[1 + (0.065 × )]
12

S = RM2635.42
c)
𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑝𝑖𝑛𝑗𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑆
Ansuran bulanan = =
𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑏𝑢𝑙𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑦𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑁

𝑅𝑀2635.42
=
10

= RM263.54
Faedah Terapung
Encik Adam melakukan pinjaman RM10000, dengan kadar faedah 7% untuk tempoh 2 tahun.
Tunjukkan pengiraan bayaran ansuran faedah dan pokok En Amin untuk 3 bulan pertama.
Sekiranya dia perlu membayar RM447.73 sebulan.
BULAN PERTAMA
Kadar faedah = RM10000 × 0.07 ÷ 12 = RM58.33
Jumlah bayaran hutang (pokok) = RM447.73 – RM58.33 = RM389.39
Jumlah baki hutang = RM10000 – RM389.39 = RM9610.61

BULAN KEDUA

Kadar faedah = RM9610.61 × 0.07 ÷ 12 = RM56.06


Jumlah bayaran hutang (pokok) = RM447.73 – RM56.06 = RM391.67
Jumlah baki hutang = RM9610.61 – RM391.67 = RM9218.94

BULAN KETIGA
Kadar faedah = RM9218.94 × 0.07 ÷ 12 = RM53.77
Jumlah bayaran hutang (pokok) = RM447.73 – RM53.77 = RM393.95
Jumlah baki hutang = RM9218.94 – RM393.95 = RM8824.99

3
JADUAL PEMBAYARAN HUTANG EN AMIN
NOTA

Bayaran bulanan RM447.73 dikira menggunakan calculator khas. Calculator tersebut boleh
dirujuk di
https://www.calculator.com.my/personal-loan#.WzMKYdUzapp

4
1.1.3 Menyelesaikan masalah melibatkan dapatan masa, kadar faedah dan prinsipal.

Faedah Rata.
Soalan 1
Puan Afaf telah membuat pelaburan sebanyak RM10 000 dengan kadar faedah 8%.
Selepas 18 bulan, hitung jumlah nilai pelaburan Pn Afaf.
P = RM10 000 r = 8% @ 0.08 t = 1.5 tahun
I = Prt
I = RM10000 × 0.08 × 1.5
I = RM1200
S = RM10000 + RM1200 = RM11200

Soalan 2
RM5000 telah didepositkan ke dalam bank dengan faedah 5% setahun. Selepas 2 tahun,
bank telah menaikkan kadar faedah kepada 7% setahun. Sekiranya Puan Amylia telah
menyimpan duit selama 5 tahun dan 3 bulan, cari jumlah duit yang terkumpul.
P = RM5000 r = 5% dan 7% t = 2 tahun dan 3.25 tahun
2 tahun pertama
I = Prt
I = RM5000 × 0.05 × 2
I = RM500
𝑠1 = RM5000 + RM500 = RM5500
3.25 tahun seterusnya
I = Prt
I = RM5500 × 0.07 × 3.25
I = RM1251.25
𝑠2 = RM5500 + RM1251.25 = RM6751.25

Perhatian !!!
Setelah 2 tahun, jumlah duit telah menjadi RM5500, dan pengiraan PRINCIPAL ialah
RM5500 bukan RM5000 seperti pada tahun pertama.

5
Faedah Tetap
Soalan 1
Sebuah peti ais dijual pada harga RM2200 secara tunai. Dan boleh dibeli dengan membayar
pendahuluan RM200 dan RM250 untuk 10 bulan seterusnya. Hitung
a) jumlah bayaran terkumpul
b) jumlah faedah terkumpul
c) kadar faedah
RM2200 – RM200 = RM200
a) RM250 × 10 bulan = RM2500

b) S = P + I @ S – P = I
faedah terkumpul = RM2500 – RM2000 = RM500

c) I = Prt
𝑥 10
RM500 = RM2000 × ×
100 12

𝑥 = 30%

Soalan 2
Sebuah mesin basuh yang dijual dengan harga RM1500 boleh dibeli dengan bayaran
ansuran yang sama selama 6 bulan. Jika tiada pendahuluan yang dikenakan dan kadar
faedah sebanyak 6%, cari jumlah yang perlu dibayar dan jumlah ansuran bulanan.
I = Prt
6
I = RM1500 × 0.06 × = 45
12

S=P+I
S = RM1500 + RM45 = RM1545

1545
Ansuran bulanan = = RM257.50
6

6
FAEDAH TERAPUNG
Soalan 1
Encik Amirul melakukan pinjaman RM100 000, dengan kadar faedah 10% untuk tempoh 30
tahun. Tunjukkan pengiraan bayaran ansuran faedah dan pokok En Amin pada bulan ke 2.
Sekiranya dia perlu membayar RM877.57 sebulan.
BULAN PERTAMA

Kadar faedah = RM100 000 × 0.10 ÷ 12 = RM833.33


Jumlah bayaran hutang (pokok) = RM877.57 – RM833.33 = RM44.24
Jumlah baki hutang = RM100 000 – RM44.24 = RM99 955.76

BULAN KEDUA
Kadar faedah = RM99 955.76 × 0.10 ÷ 12 = RM832.96
Jumlah bayaran hutang (pokok) = RM877.57 – RM832.96 = RM44.61
Jumlah baki hutang = RM99 955.76 – RM44.61 = RM99 911.15

Soalan 2
Pn Ummi ingin membeli sebuah kereta berharga RM150 000, dengan kadar faedah 2.5%
untuk tempoh 9 tahun. Berapakah jumlah faedah terkumpul bulan kedua yang ditelah
dibayar oleh Puan Ummi, sekiranya dia perlu membayar RM1552.43 sebulan.
BULAN PERTAMA

Kadar faedah = RM150 000 × 0.025 ÷ 12 = RM312.50


Jumlah bayaran hutang (pokok) = RM1552.43 – RM312.50 = RM1239.93
Jumlah baki hutang = RM150 000 – RM1239.93 = RM148 760.07

BULAN KEDUA
Kadar faedah = RM148 760.07 × 0.025 ÷ 12 = RM309.92

Kadar faedah terkumpul = RM312.50 + RM309.92 = RM622.42

7
SOALAN TAMBAHAN
1. 180 hari yang lalu, sebuah pelaburan telah dilakukan. Pada hari ini, nilai pelaburan
tersebut ialah RM45000. Dengan kadar faedah 8% setahun, cari deposit pelaburan tersebut.

2. En Sabree telah meminjam RM1000 untuk 3 bulan dan perlu membayar sebanyak
RM1016.25. Cari faedah yang dikenakan.

3. Lengkapkan jadual dibawah

No Pendahuluan Kadar faedah Tempoh Nilai matang


a RM4000 5.5% 36 bulan
b 7% 18 bulan RM3750
c RM3750 0.08 9 bulan
d 9% 6 bulan RM1550
e RM2250 12% 180 hari
f 15% 90 hari RM575
g RM250 18% 60 hari
h 20% 50 hari RM170

4. Pn. Faeza ingin membeli motorsikal untuk anaknya yang berharga RM7500. Jika 20%
pendahuluan diperlukan dan baki perlu dibayar selama 18 bulan dengan kadar faedah 15%,
hitung
a) jumlah bayaran terkumpul
b) faedah terkumpul
c) ansuran bulanan

5. Pn Wan ingin membeli sebuah rumah berharga RM500 000, dengan kadar faedah 5.5%
untuk tempoh 25 tahun dan perlu membayar RM3070.44 sebulan. Hitung :
a) faedah terkumpul untuk 3 bulan pertama
b) baki principal harga rumah

6. En Taqi telah melaburkan RM2500 ke dalam bank dengan faedah 0.08 setahun pada 1
Januari 2018. Jika dia mengeluarkan RM2550 dari akaun pelaburan selepas 6 bulan,
berapakah baki dalam akaun tersebut.

You might also like