You are on page 1of 4

SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4

BAB 1 PENGENALAN
1.7 Kitaran Perakaunan

Tarikh : ..................................................................

1.7 KITARAN PERAKAUNAN

Tahukah anda apakah


langkah-langkah yang
perlu diikuti semasa
menyediakan penyata
kewangan???

Dalam penyediaan penyata kewangan, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti satu persatu.
Langkah-langkah tersebut boleh digambarkan melalui Kitaran Perakaunan.

Kitaran Perakaunan merupakan satu proses:


 pengumpulan dan pemprosesan data-data perakaunan.
 Ia dipanggil sebagai kitaran kerana fasa-fasa dalam kitaran perakaunan mesti
diulangi bagi setiap tempoh perakaunan

FASA-FASA DALAM KITARAN PERAKAUNAN

Dokumen

Catatan Penutup Buku Catatan Pertama

Penyediaan Penyata Kewangan


(Penyata Pendapatan & Kunci Kira-Kira) Pengeposan ke Lejar

Imbangan Duga Selepas Pelarasan Penyediaan Imbangan Duga

Pelarasan Pembetulan
(Penyediaan Catatan pelarasan) kesilapan
(Jika ada)

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 36


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 1 PENGENALAN
1.7 Kitaran Perakaunan

Ringkasan Kitaran Perakaunan


1. Dokumen
 Dokumen sumber membuktikan bahawa sesuatu urusniaga telah berlaku
 Memberikan maklumat urusniaga seperti tarikh, butiran barangan, harga seunit dan
sebagainya.

2. Buku Catatan Pertama


 Mencatatkan data urusniaga yang dikumpulkan daripada dokumen sumber
 Terdiri daripada
i. Jurnal Am
ii. Jurnal Khas

3. Pengeposan ke Lejar
 Catatan di Buku Catatan Pertama akan diposkan ke akaun tertentu di Lejar berikut
i. Lejar Belian
ii. Lejar Jualan
iii. Lejar Am

4. Penyediaan Imbangan Duga


 Imbangan Duga disediakan pada akhir tempoh perakaunan dengan menyenaraikan baki
akaun lejar dalam lajur debit dan lajur kredit

5. Pelarasan
 Setelah Imbangan Duga disediakan, pelarasan mesti dilakukan ke atas baki akaun lejar
yang memerlukan pelarasan
 Antara pelarasan yang perlu dibuat pada hari pengimbangan ialah
i. Belanja terakru / Hasil terakru
ii. Belanja terdahulu / Hasil terdahulu
iii. Hutang lapuk / Hutang lapuk terpulih
iv. Peruntukan Hutang Ragu
v. Susutnilai dan pelupusan aset

6. Imbangan Duga Selepas Pelarasan


 Imbangan duga terselaras disediakan dengan memasukkan semua baki akaun yang telah
disemak, dikemaskini dan yang tidak memerlukan pelarasan

7. Penyediaan Penyata Kewangan


 Penyata Kewangan terdiri daripada
i. Penyata Pendapatan
ii. Kunci Kira-kira

8. Catatan Penutup
 Dibuat dalam Jurnal Am dan kemudian diposkan ke lejar untuk menutup akaun hasil
dan akaun belanja

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 37


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 1 PENGENALAN
1.7 Kitaran Perakaunan

LATIHAN PENGUKUHAN
A. Pilih jawapan yang betul
1. Apakah maksud Kitaran Perakaunan?
A. Proses perakaunan yang meliputi beberapa peringkat, bermula daripada sumber dokumen
sehingga catatan penutup
B. Proses perakaunan yang meliputi 2 peringkat iaitu dokumen punca dan catatan penutup
C. Proses perakaunan yang meliputi beberapa peringkat bermula daripada dokumen punca
sehingga pelarasan
D. Proses perakaunan yang meliputi 3 peringkat iaitu dokumen punca, pengeposan ke lejar
dan catatan penutup

Soalan 2 – 4 berdasarkan rajah di bawah

Catatan penutup
Dokumen sumber K

N
Pengeposan
ke lejar
Imbangan duga selepas
pelarasan
Pelarasan
Q
2. K merupakan __________.
A. Buku tunai
B. Jurnal am
C. Jurnal khas
D. Buku catatan pertama

3. Pilih item-item yang terkandung dalam Q.


I. Belanja terdahulu dan terakru
II. Hasil terdahulu dan terakru
III. Peruntukan susut nilai
IV. Penyata pendapatan
A. I dan II
B. I, II dan III
C. III dan IV
D. I, II, III dan IV

4. N merangkumi penyediaan ..
I. Penyata pendapatan
II. Buku catatan pertama
III. Kunci kira-kira
IV. Pelbagai pelarasan
A. I dan II
B. I dan III
C. I, II dan III
D. I, III dan IV

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 38


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 1 PENGENALAN
1.7 Kitaran Perakaunan

5. Berikut merupakan fungsi bagi peringkat dalam Kitaran Perakaunan. Pilih padanan yang salah
I. Pelarasan – dibuat untuk memadankan hasil dan belanja dalam suatu tempoh
II. Penyediaan Imbangan Duga – menyemak ketepatan perakaunan
III. Penyediaan Penyata Kewangan – memastikan jalan kerja perakaunan adalah tepat
A. I dan III sahaja
B. II dan III sahaja
C. I dan II sahaja
D. III sahaja

6. Bilakan Imbangan Duga Terlaras akan disediakan?


A. Sebelum pelarasan
B. Selepas pelarasan
C. Selepas catatan jurnal
D. Sebelum catatan jurnal

 Peringkat kelima & Peringkat ini dibuat untuk memadankan hasil dan belanja dalam
sesuatu tempoh perakaunan
7. Rajah di atas menunjukkan ciri-ciri bagi salah satu peringkat dalam Kitaran Perakaunan.
Antara berikut, yang manakah merupakan peringkat tersebut?
A. Imbangan Duga
B. Catatan Jurnal
C. Penyediaan Imbangan Duga
D. Pelarasan

8. Menurut catatan jurnal, dokumen setiap urusniaga akan dianalisis dan direkodkan dalam...
A. Jurnal atau buku catatan pertama
B. Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira
C. Jurnal atau Penyata Pendapatan
D. Buku Catatan Pertama dan Buku Lejar

9. Pilih pernyataan yang salah


A. Catatan Jurnal merupakan peringkat kedua iaitu setiap urusniaga akan dianalisis daripada
dokumen dan direkodkan dalam jurnal atau buku catatan pertama
B. Dalam pengeposan ke lejar, catatan jurnal akan dikelaskan dan diposkan ke sebelah debit
atau kredit ke akaun-akaun yang berkaitan dalam lejar
C. Penyediaan Penyata Kewangan adalah termasuk Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira
D. Penyediaan Imbangan Duga merupakan peringkat kelima & bertujuan menyemak
ketepatan perakaunan

10. Apakah kesan jika syarikat tidak melaksanakan kitaran perakaunan


A. Syarikat akan mendapatkan keuntungan
B. Syarikat dapat praktis perakaunan yang sebenarnya bagi sesebuah perniagaan
C. Syarikat akan menjalani perniagaan dengan lancar
D. Syarikat akan menimbulkan pelbagai masalah

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 39

You might also like