You are on page 1of 21

BAB 5: PEMBENTUKAN MALAYSIA

5.4 Langkah Pembentukan Malaysia


Jawatankuasa Setia
Kawan Malaysia

Langkah
Referendum
Siri Lawatan Pembentukan Singapura
Malaysia

Suruhanjaya Cobbold Rundingan London


Pemimpin Sarawak &
Sabah Melawat PTM
Bertujuan melihat kemajuan
PTM

Tunku Abdul Rahman


Melawat Sarawak & Brunei
Meninjau/bertemu pemimpin Siri Tunku Abdul Rahman
tempatan bagi menerangkan Lawatan Melawat Sarawak & Sabah
rancangan pembentukan
Malaysia

Dr. Burhanuddin al-Helmi & Ghafar Baba Melawat


Sarawak & Sabah
1. Menunjukkan kesepakatan dalam kalangan ahli politik
Tanah Melayu (PAS & UMNO)
2. Menjelaskan gambaran sebenar rancangan Malaysia
kepada penduduk Sarawak dan Sabah
Tujuan

Jawatankuasa Setia
Tokoh Kawan Malaysia Mesyuarat
(JSKM)
Tokoh / Pemimpin JSKM..
Pengerusi
Donald Stephens

Ahli
Wakil Pemimpin
Persekutuan Tanah Melayu
Singapura
Sarawak
Sabah
Aktiviti penghebahan/
mempercepat
pembentukan
Malaysia dipupuk

Meyakinkan penduduk
Menyebarkan
Sarawak dan Sabah Tujuan/Tugas
maklumat berkaitan
tentang Pembentukan JSKM dengan Malaysia
Malaysia

Ruang perbincangan Mengumpul


disediakan bagi men- pandangan tentang
dapatkan kata sepakat pembentukan
tentang Malaysia Malaysia
Mesyuarat JSKM
1)Diadakan sebanyak 4 kali di:
 Jesselton
 Kuching
 Kuala Lumpur
 Singapura
2)Mesyuarat kedua membuat keputusan
menyokong rancangan Malaysia
Referendum Singapura
1) Selepas rundingan antara kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu dengan
Singapura diadakan, satu referendum
diwujudkan untuk mendapatkan pendapat
penduduk Singapura untuk menyertai
Malaysia.
2) Keputusan referendum mendapati
penduduk Singapura bersetuju untuk
menyertai Malaysia
Rundingan London
1) Rundingan berkaitan dengan pembentukan
Malaysia di adakan di London antara
kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
dengan British.
2) Kedua-dua bersetuju menubuhkan sebuah
suruhanjaya bagi meninjau pendapat
penduduk Sarawak dan Sabah
Suruhanjaya
Tokoh Tugas
Cobbold
Tokoh / Pemimpin Suruhanjaya Cobbold
1) Dari Barat:
 Anthony Abell
 Lord Cobbold (ketua)
 David Watherston

(Formula: ABCD Air Batu)


2) Dari Tanah Melayu:
 Muhammad Ghazali Shafie
 Wong Pow Nee
Melawat 35 Pusat Laporan diserahkan
Lawatan Tugas kepada kerajaan
(20 pusat lawatan di Suruhanjaya British dan
Sarawak & 15 pusat Cobbold Persekutuan Tanah
lawatan di Sabah) Melayu
Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1957 menjadi
asas Perlembagaan
Persekutuan yang baru

Mencadangkan kuasa
autonomi/jaminan khas diberi
kepada Sarawak dan Sabah
Dua pertiga penduduk Laporan
yang tidak boleh
menyokong pembentukan Suruhanjaya
dipinda/dibatalkan Kerajaan
Malaysia Cobbold
Persekutuan tanpa
persetujuan kerajaan negeri
tersebut
Struktur
1. Jadual di bawah menjelaskan tentang Suruhanjaya Cobbold
Tarikh Peristiwa
1962 Suruhanjaya Cobbold mengemukakan laporan kepada British tentang Pembentukan Malaysia

(a) Senaraikan tiga ahli Suruhanjaya Cobbold


 
(i) ……………………………………………………………..……………………………………………………………………………...………………………………………………...............
 
(ii) ……………………………………………………………….………………………………………………………………………….………………………………………………….…….........

(iii) ……………………………………………………………….………………………………………………………………………….………………………………………………….…….........
[3 markah]
(b) Jelaskan laporan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold kepada Kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu.

..….…………………………………………………………………………………………………………………………………….……...………………………………………………...............
 
…..…………………………………………………………………………………………………………………………………….…….………………………………………………….…….........

..….……………………………………………………………………………………………….…………………………………………...………………………………………………...............
  [3 markah]
(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan faedah yang diperoleh daripada pembentukan Malaysia
..….…………………………………………………………………………………………………………………………………….……...………………………………………………...............
 
…..…………………………………………………………………………………………………………………………………….…….………………………………………………….…….........

..….……………………………………………………………………………………………….…………………………………………...………………………………………………...............
 
…..…………………………………………………………………………………………………………………………………………..………………………………………………….…….........
[4 markah]
(a) Senaraikan tiga ahli Suruhanjaya Cobbold

(i) Anthony Abell

(ii) Lord Cobbold

(iii) David Watherston


[3 markah]
(b) Jelaskan laporan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya
Cobbold kepada Kerajaan British dan Persekutuan
Tanah Melayu

laporan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold kepada Kerajaan British

dan Persekutuan Tanah Melayu ialah dua pertiga penduduk menyokong

pembentukan Malaysia. Kedua, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

menjadi asas Perlembagaan Persekutuan yang baru. Ketiga, mencadangkan

kuasa autonomi / jaminan khas kepada Sarawak dan Sabah yang tidak boleh

dipinda / dibatalkan Kerajaan Persekutuan

(3 markah)
(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan faedah
yang diperoleh daripada pembentukan Malaysia

Faedah yang diperoleh daripada pembentukan Malaysia ialah

keselamatan negara terjamin. Hal ini kerana setiap negeri akan

bekerjasama dengan menjadi benteng untuk menentang pengganas

negara. Contohnya, melalui pencerobohan pengganas di Lahad Datu,

Sabah menyebabkan seluruh pasukan keselamatan negara berkumpul

untuk memerangi pengganas tersebut. Kesannya, keamanan negara dan

kedaulatan negara dapat dikekalkan

(4 markah)
Esei
1. Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan negara
Malaysia yang mengandungi Sabah, Sarawak, Brunei,
Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu
(a) Jelaskan siri lawatan yang dilakukan oleh pemimpin
Persekutuan Tanah Melayu dan negeri-negeri yang terlibat
dalam menjayakan penubuhan Malaysia. [4 markah]
(b) Terangkan peranan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia
dalam merealisasikan penubuhan Malaysia [8 markah]
(c) Pada pandangan anda, apakah faedah yang diperoleh Sabah
dan Sarawak setelah menyertai Malaysia? [8 markah]
(a) Jelaskan siri lawatan yang dilakukan oleh pemimpin
Persekutuan Tanah Melayu dan negeri-negeri yang terlibat
dalam menjayakan penubuhan Malaysia. [4 markah]
Siri lawatan yang dilakukan oleh pemimpin Persekutuan Tanah
Melayu dan negeri-negeri yang terlibat dalam menjayakan
penubuhan Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman melawat Sarawak
& Brunei untuk meninjau/bertemu pemimpin tempatan bagi
menerangkan rancangan pembentukan Malaysia. Kedua,
pemimpin Sarawak & Sabah Melawat PTM bertujuan melihat
kemajuan PTM. Ketiga, Tunku Abdul Rahman melawat Sarawak &
Sabah. Keempat, Dr. Burhanuddin al-Helmi & Ghafar Baba
melawat Sarawak & Sabah untuk menunjukkan kesepakatan
dalam kalangan ahli politik Tanah Melayu dan menjelaskan
gambaran sebenar rancangan Malaysia kepada penduduk Sarawak
dan Sabah.
(b) Terangkan peranan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia
dalam merealisasikan penubuhan Malaysia. [8 markah]
Peranan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia dalam merealisasikan
penubuhan Malaysia ialah JSKM dianggotai oleh wakil pemimpin dari 4
negeri yang akan bergabung membentuk Malaysia iaitu Sabah, Sarawak,
Singapura dan PTM dengan dipengerusikan oleh Donald Stephens.
Selain itu, tugas JKSM ditubuhkan untuk meyakinkan penduduk Sarawak
dan Sabah tentang Pembentukan Malaysia. Tujuan kedua, memupuk
aktiviti penghebahan/ mempercepat pembentukan Malaysia. Tujuan
ketiga, menyebarkan maklumat berkaitan dengan Malaysia. Tujuan
keempat, mengumpul pandangan tentang pembentukan Malaysia.
Tujuan kelima, menyediakan ruang perbincangan disediakan bagi men-
dapatkan kata sepakat tentang Malaysia. Seterusnya, JSKM mengadakan
mesyuarat sebanyak 4 kali iaitu di Jesselton, Kuching, Kuala Lumpur &
Singapura.
(c) Pada pandangan anda, apakah faedah yang diperoleh Sabah
dan Sarawak setelah menyertai Malaysia? [8 markah]

Tindakan bijak Tunku Abdul Rahman mengusulkan pembentukan


Malaysia telah memberi manafaat kepada kita hingga kini ialah
pertahanan negara dapat diperkukuh. Hal ini kerana setiap negeri akan
bersama menjadi benteng untuk menentang musuh negara. Contohnya
serangan pengganas di Lahad Datu yang menunjukkan seluruh anggota
keselamatan dari semua negeri turun menentang pengganas. Kesannya,
keselamatan negara terjamin.
Kedua, kerjasama ekonomi dapat diwujudkan demi kepentingan
bersama. Hal ini dapat memanfaatkan sumber yang ada dalam setiap
negeri. Contohnya, Sabah kaya dengan kayu balak, Sarawak kaya dengan
lada hitam dan Tanah Melayu kaya dengan getah dan bijih timah.
Kesannya menggalakkan perkembangan industri pertanian dan
meningkatkan taraf hidup rakyat

You might also like