You are on page 1of 5

Perkembangan Teknologi Makanan dan Tujuan Memproses Makanan

Teknologi makanan (food technology) ialah satu bidang ilmu yang menggunakan sains dan
kejuruteraan dalam penghasilan, pemprosesan, pembungkusan, pengagihan, penyediaan dan
penggunaan makanan.

Teknologi makanan juga merangkumi pemilihan bahan makanan mentah, cara mengawal kualiti
makanan yang diproses, menyelenggara alat pemprosesan dan menghasilkan makanan baru.

Tujuan Memproses Makanan


Pemprosesan makanan (food processing) ialah proses pengubahsuaian bahan makanan
mentah kepada bentuk lain yang sesuai dan boleh dimakan oleh manusia.

Berikut merupakan tujuan pemprosesan makanan.


1. Memusnahkan mikroorganisma dan patogen supaya makanan selamat
dimakan.
a) Mikroorganisma dan patogen akan menguraikan makanan dan menghasilkan toksin
yang mencemarkan makanan.

b) Makanan yang tercemar boleh menyebabkan keracunan makanan apabila dimakan.

2. Menjadikan makanan tahan lebih lama.


Pemusnahan mikroorganisma juga menjadikan makanan tahan lebih lama. Ini adalah
kerana tiada lagi mikroorganisma yang boleh menguraikan makanan dan proses ini dapat
menghentikan tindakan enzim mikroorganisma terhadap makanan.

3. Membolehkan makanan lebih senang dicerna.


Dalam pemprosesan makanan, makanan lazimnya dimasak dan dilembutkan. Ini
menjadikan makanan lebih senang dicernakan.

4. Meningkatkan kelazatan dan kandungan nutrien makanan.


a) Perisa dan pewarna ditambahkan kepada makanan untuk menjadikan makanan itu
lebih lazat.

b) Nutrien juga ditambahkan kepada makanan untuk menjadikannya lebih seimbang.

5. Memudahkan pembungkusan, pengangkutan, penggunaan dan


penyimpanan.
Ikan sardin dalam tin dan minuman dalam botol adalah lebih senang dibungkus,
diangkut, disimpan dan digunakan.
1. PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKANAN
Penduduk di negara kita sangat untung kerana mempunyai banyak makanan. Kadang kala, kita mempunyai lebihan
makanan yang tidak dijual segar. Dengan ini kita harus memproses makanan tersebut. Antara tujuannya ialah :-
menggelakkan makanan dari dirosak oleh mikroorganisma (supaya tahan lama), memudahkan pencernaan,
memperbaiki rupa makanan dan mencegah jangkitan penyakit.
kaedah pemprosesan makanan.
CONTOH
KAEDAH CARA KEBAIKAN KELEMAHAN
MAKANAN
Tin mahal dan jika tin
kemek boleh
makanan diletakkan dalam Makanan boleh
menyebabkan makanan
PENGETINAN tin dan dipanaskan pada Kari Daging, disimpan lama dan
terdedah kepada
[CANNING] suhu 116oC - 121oC, Ayam dan tuna senang dibawa kemana-
jangkitan
ditutup dan dipateri. mana.
mikroorganisma serta
bahan toksik dari tin.
Kemusnahan vitamin Waktu simpanan adalah
Pemanasan cecair pada adalah sedikit dan tidak lama dan
PEMPASTEURAN Susu, Wain dan
suhu 63oC selama 30 min kebanyakan pemprosesan jenis ini
[PASTEURIZATION] o Jus
atau 72 C selama 15 s mikroorganisma adalah khas untuk
berbahaya dibunuh cecair sahaja.
Sama maksud dengan
Jisim makanan kurang
"pengeringan". Makanan
dan senang dibawa.
dijenur dibawah cahaya Ikan Masin, Bunga Rasa berubah dan
PENDEHIDRATAN Makanan tahan lama
matahari atau meletakkan Kekwa, Teh dan kebanyakan vitamin
[DEHYDRATION] dan tidak mudah
makanan dalam garam. Sayur termusnah.
dijangkiti
Penggunaan oven juga
mikroorganisma.
boleh dilakukan.
Makanan susah untuk
Ikan, Daging
PENYEJUKBEKUAN Simpanan dalam peti sejuk Makanan boleh dibawa dan
Lembu, Sosej dan
[FREEZING] dibawah -18oC disimpan lama. memerlukan kos yang
Ais krim
tinggi.
Sayur-sayuran, Vitamin boleh Susah dibawa dan
PENDINGINAN Simpanan dalam peti sejuk
o o Buah-buahan, dikekalkan dan tahan memerlukan kos yang
[CHILLING] bersuhu 0 C - 5 C
Mentega dan Telur lebih lama tinggi
Makanan disimpan dalam Kacang tanah, Kos yang mahal dan
PEMBUNGKUSAN Tahan lama dan
plastik kedap udara setelah Sosej, Keropok memerlukan mesin
VAKUM [VACUM mengurangkan ruang
udara didalamnya disedut dan Daging pemvakuman yang
PACKAGING] simpanan.
keluar. disejukbeku mahal.
Makanan didedahkan Mungkin
kepada sinaran radioaktif Biji Benih, mendatangkan kesan
PENYINARAN Vitamin tidak
untuk membunuh serangga Bawang dan sampingan dan
[RADIATION] termusnah.
dan memperlahankan kentang memerlukan kos yang
percambahan. mahal.

Walaupun pada mulanya penggunaan bahan kimia menolong dalam pemprosesan makanan,
penggunaan yang berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan (kesan buruk). Penggunaan
bahan kimia seperti sulfur dioksida, asid benzoik dan asid sorbik boleh menyebabkan penyakit
seperti sesak nafas, gatal dan kanser. Oleh itu kerajaan telah menggubal undang-undang untuk
melindungi pengguna dari bahan kimia makanan yang tidak dikawal. Akta makanan (1983)
diwujudnya bertujuan menghindari pengilang makanan dari menggunakan bahan kimia secara
berleluasa tanpa kawalan. Penggunaan bahan kimia merbahaya seperti nitrit dalam daging dapat
dihalang. Nitrit telah terbukti boleh menyebabkan penyakit kanser.

Bahan tambah Kesan buruk

bahan awet lelah, kulit gatal, cirit birit

pewarna kanser, mandul, keracunan makanan

peluntur kanser ,keracunan makanan

perisa sesak nafas, migraine, sakit dada

pemanis kanser

pengantioksida kerosakan hati, otak, ginjal

2. USAHA MENINGKATKAN KUALITI MAKANAN


Disebabkan pertambahan penduduk, usaha untuk meningkatkan kuantiti (Jumlah) dan kualiti makanan hendaklah
dipertingkatkan dengan aktiviti pertanian dan pemprosesan makanan. Terdapat pelbagai cara ia dapat dilakukan.

Penggunaan baka bermutu


Usaha untuk menghasilkan baka tumbuhan dan haiwan yang bermutu tinggi sedang giat dijalankan di negara kita.
Kejayaan yang telah kita capai adalah seperti penghasilan kelapa sawit jenis tenera yang menghasilkan banyak
buah dan minyak. Buah betik eksotika menghasilkan buah yang manis dan besar. Kacukan lembu tenusu
(menghasilkan susu) dengan baka dari iklim tropika menghasilkan baka yang boleh menghasilkan susu yang banyak
dan tahan cuaca panas.
Penggunaan Teknologi Moden
Selain menggunakan baka yang bermutu tinggi, kita harus juga menggunakan teknologi moden. Penggunaan mesin
dalam aktiviti pertanian telah membantu para petani mengatasi masalah pekerja mahir. Penggunaan mesin juga
meningkatkan produktiviti. Penggunaan teknologi pengklonan dapat menghasilkan hasil yang seragam yang
menbolehkan pemprosesan makanan lebih senang.

Makanan "Gergasi" [Monster Food]


Merupakan istilah yang merujuk kepada makanan yang dihasilkan dari dari tumbuhan yang telah diubahsuai
melalui kaedah genetik. Tumbuhan yang kandungan genetiknya telah diubahsuai boleh menghasilkan buah yang
besar serta tahan terhadap cuaca dan penyakit. Usaha menghasilkan makanan dari tumbuhan ini walau
bagaimanapun telah menimbulkan masalah pencemaran dan kesan buruk kepada alam sekitar.

Selain dari usaha diatas, pendidikan petani, pengurusan tanah yang cekap serta optimum boleh meningkatkan
kuantiti makanan.

3. TANPA MAKANAN ?
Bayangkan apa yang akan berlaku jika kita kekurangan makanan?. Sudah pastilah ramai yang akan kekurangan zat
makanan akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang. Pada akhirnya ramai yang akan mati kebuluran. Kita
sangat beruntung kerana mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Kualiti makanan kita juga jauh telah
meningkat. Ini adalah kerana hasil titik peluh saintis-saintis kita yang terlibat secara langsung dalam industri
makanan negara. Para saintis seperti teknologis makanan dan ahli pertanian telah menggunakan teknologi moden
untuk menambahkan pengeluaran makanan negara.

4. PILIHAN BIJAK
Oleh kerana kita didedahkan dengan bermacam-macam jenis makanan terproses, kita hendaklah membuat pilihan
bijak supaya kita boleh mendapatkan makanan yang selamat dan berzat. Walaupun aktiviti pemprosesan makanan
dikawal rapi menggunakan Akta Makanan (1983) namun kita harus menggunakan kebijaksanaan apabila membeli
makanan. Maklumat yang terdapat pada pembungkus hendaklah dibaca dengan teliti sebelum membelinya. Kita
juga hendaklah peka supaya tidak hanya tertarik kepada pembungkus yang cantik dan maklumat yang
mengelirukan seperti tanda "tanpa Kolestrol", "Bervitamin Tinggi" dan sebagainya. Sebagai seorang konsumer
(pengguna) yang bijak kita berhak untuk menolak makanan yang telah rosak serta membahayakan seperti tin yang
berkarat. Aduan boleh dibuat menerusi Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Akhirnya kita hendaklah sedar bahawa masalah akan timbul jika pengeluaran makanan negara tidak boleh
menyaingi pertambahan penduduk. Sebagai individu kita hendaklah menghindari segala pembaziran makanan
seperti membuang sisa makanan yang boleh dikitar semula.

5. Pemilihan Makanan Yang Diproses

Akta Makanan 1983 digubal bertujuan untuk melindungi orang ramai daripada ancaman kepada kesihatan serta
penipuan yang berkaitan dengan pembuatan, penjualan, pengedaran dan penggunaan makanan. Peraturan
Makanan 1985 mewajibkan pengeluar melabelkan makanan yang mesti mengandungi:
√ Nama Makanan
√ Kandungan makanan/Ramuan
√ Tarikh luput
√ Nama dan alamat pengilang/pengimpot/pembungkus makanan
√ Kuantiti/Berat bersih
√ Cara penyimpanan

You might also like