You are on page 1of 2

Beliau dilahirkan pada 23 Julai 2005 di Muar, Johor.

Putera
bongsu kepada En Othman Bin Ismail dan Puan Zanab Binti
Suboh ini mendapat pendidikan awal di Tadika Perpaduan Taman
Sri Pagoh.
Pendidikan rendahnya bermula di Sekolah Kebangsaan
Pekan Pagoh, Muar. Di sekolah inilah bakat bermain sepaktakraw
beliau dikesan. Semasa di Tahun 3, beliau telah menyertai
Program Kecemerlangan Sepaktakraw sesi 2014/2017.
Beliau amat berterima kasih kepada Cikgu Zaini Bin Tariman
iaitu jurulatih sepaktakraw yang telah melatih beliau sejak tahun
2014 sehinggalah sekarang. Beliau juga amat menyanjung tinggi
dorongan, pupukan semangat dan sumbangan kedua ibu
bapanya yang berkorban masa dan tenaga untuk melihat
kejayaannya dalam bidang sukan ini. Beliau juga amat
menghargai sokongan tuan Guru Besar SK Pekan Pagoh En
samsudin Bin kator, En Misnan Bin Ramijo YDP PIBG dan guru-
guru di sekolah yang sentiasa memberi kata-kata perangsang
untuk beliau setiap kali menyertai pertandingan.

SEJARAH PENGLIBATAN DAN KEJAYAAN

Penglibatan beliau secara serius bermula pada tahun 2014


apabila mewakili sekolah ke pertandingan sepaktakraw MSSD
Muar. Beliau telah dibawa oleh jurulatih bagi Kategori Bawah 12
Tahun dalam Kejohanan Sepaktakraw KFC UTUSAN peringkat
Kebangsaan pada 4 hingga 6 September 2014 semasa berumur
9 tahun.
Sekali lagi pada tahun 2015, beliau telah terpilih mewakili
sekolah ke Kejohanan Sepaktakraw MSSD Muar dan juga
Kejohanan Sepaktakraw KFC UTUSAN Peringkat Kebangsaan
pada 1 hingga 4 Oktober 2015.
Seterusnya pada tahun 2016, sekali lagi beliau mewakili
sekolah ke Kejohanan Sepaktakraw MSSD Muar dan mewakili
Muar ke Kejohanan Sepaktakraw MSSN Johor. Beliau turut
menyertai Kejohanan Sepaktakraw Antara Pusat Latihan Pelapis
Negeri Johor siri 2/2016 yang telah berlangsung pada 4 dan 5
November 2016 di Sekolah Sukan Tun Hussein Onn Kluang.
Bagi sesi 2017 pula, beliau telah menggungguli kejohanan
sepaktakraw MSSD Muar kali ke 5 berturut-turut seterusnya
melayakkan diri ke Kejohanan sepaktakraw MSSN Johor dan
mendapat tempat ke 3. Kejohanan tersebut telah berlangsung
pada 23 hingga 25/2/2017 di Sekolah Sukan Tunku Mahkota
Ismail, Bandar Penawar Kota Tinggi.
Beliau juga mewakili Negeri Johor ke Kejohanan
Sepaktakraw MSSM Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan
di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan pada Mac yang lepas.
Pasukan Negeri Johor telah Berjaya mendapat tempat ke 3.
Seterusnya sebagai penutup tirai kejohanan sepaktakraw
semasa berada di tahun 6, sekali lagi jurulatih beliau membawa
beliau ke kejohanan berprestij iaitu Kejohanan Sepaktakraw KFC
Peringkat Kebangsaan di Kompleks Sukan Negeri Paroi
Seremban pada 28 September yang lepas.
Beliau juga menghadirkan diri mengikuti Klinik Sepaktakraw
bersama En Ismail Bin Amir Bekas Pemain Sepaktakraw
Kebangsaan Malaysia pada 14 Oktober 2017 anjuran Anjuran
SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1 Pagoh.
Dan sumbangan terakhir beliau adalah menjadi rakan
‘sparing’ dalam latihan pusat Sepaktakraw PLD Negeri Johor B12
pada 14 hingga 16 November minggu lepas di SMK Sungai
Abong Muar.
Begitulah kisah perjalanan dan kejayaan beliau dalam
sepaktakraw SK Pekan Pagoh bermula dari tahun 3 hingga tahun
6. Semoga selepas ini beliau akan mengorak langkah lebih jauh
dalam kejohanan sepaktakraw yang lebih besar.
Beliau turut mewakili sekolah dalam Kejohanan Kriket MSSD
Muar tahun 2015, 2016 dan 2017. Begitu juga dalam Kejohanan
Bola Baling Lelaki MSSD Muar tahun 2017.
Di atas sumbangan beliau di peringkat kebangsaan, murid
ini dianugerahkan tokoh ko kurikulum SK Pekan Pagoh tahun
2017. Murid yang dimaksudkan ialah Adik Mohamad Asrizal Bin
Othman.

You might also like