You are on page 1of 2

LATIHAN ULANG KAJI KAJIAN KES 2

BAB 6 : PENGURUSAN

Bahagian B
[35 markah]

Jawab semua soalan.

Syarikat Micro Tech

11 Syarikat Micro Tech ialah sebuah syarikat komputer yang telah beroperasi selama
lima tahun. Syarikat ini memasarkan jenama komputer Micro dan mempunyai ibu
pejabat di Shah Alam, Selangor. Datuk Zulkifli Mansor merupakan Ketua Pegawai
Eksekutif yang berperanan untuk menentukan hala tuju dan perancangan strategik
syarikat. Syarikat ini juga memiliki dua cawangan di Pulau Pinang dan Johor Baharu.
Semua cawangan diketuai oleh seorang pengurus cawangan.

Pengurus cawangan di Pulau Pinang ialah Encik Ramon. Beliau mempunyai


seramai 50 staf di bawahnya. Beliau ialah seorang yang bersikap tegas, sentiasa
membuat keputusan sendiri, dan suka mengarahkan pekerjanya. Pekerja langsung tidak
diberikan peluang untuk menyuarakan idea atau pendapat mereka. Hal ini menyebabkan
pekerjanya kurang bermotivasi dan menjadi tidak produktif. Encik Ramon terlalu
mengawal pekerjanya dan kurang memberi kebebasan kepada pekerjanya sehingga
menyebabkan hubungan interpersonal terganggu. Dia mengandaikan semua pekerjanya
kurang mempunyai kepakaran dan pengetahuan. Oleh sebab sikap Encik Ramon yang
tegas itu, pekerjanya berasa tidak berpuas hati dan kadar lantik henti pekerja di
cawangannya adalah tinggi. Keadaan ini juga mendorong kepada kadar ponteng kerja
yang semakin meningkat dan akhirnya prestasi kerja menurun.

Cawangan Micro Tech di Johor Baharu pula diketuai oleh Encik Michael. Beliau
seorang yang peramah dan menaruh kepercayaan ke atas kebolehan pekerjanya. Encik
Michael memberi kebebasan kepada pekerjanya untuk menyuarakan idea dan pandangan
serta sentiasa bekerjasama dengan pekerjanya untuk membuat keputusan yang terbaik
bagi cawangannya. Adakalanya beliau sempat meluangkan masa untuk berbual-bual
dengan pekerjanya dan juga membelikan pizza atau burger kepada pekerjanya berjaya
menyiapkan sesuatu projek atau dapat meningkatkan hasil jualan cawangan. Encik
Michael juga senang didampingi oleh pekerja apabila mereka mengalami sesuatu
masalah. Dia sentiasa mendelegasikan tugas dan tanggungjawabnya kepada pekerjanya
kerana dia percaya ini dapat mengurangkan beban tugasnya dan membolehkan beliau
menumpukan pada hal-hal yang lebih penting selain menjimatkan masanya. Selain itu,
pekerja Encik Michael juga berpeluang untuk meningkatkan kemahiran, kecekapan dan
memudahkan laluan kenaikan pengkat. Kesan delegasi ini juga dapat membentuk sikap
positif dalam kalangan pekerjanya, sekali gus meningkatkan keyakinan dan komitmen
pekerjanya. Beban Encik Michael dapat dikurangkan dan beliau berasa kurang tertekan
dan lebih berfokus. Oleh itu, pekerjanya amat produktif dan bermotivasi tinggi
menyebabkan hasil jualan cawangan juga semakin meningkat.
(Disesuaikan daripada Laporan Kajian Kes Penuntut Universiti Malaysia Sabah,
September 2016)

Berdasarkan situasi di atas;

(a) Lakarkan carta organisasi bagi Syarikat Micro Tech dan huraikan jenis penjabatan
yang diamalkan. [7]
(b) Jelaskan gaya kepimpinan Encik Ramon dan Encik Michael. [18]
(c) Nyatakan empat sebab Encik Michael mendelegasikan tugas kepada pekerjanya. [4]
(d) Jelaskan kesan-kesan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh Encik Ramon. [6]

You might also like