You are on page 1of 2

Helang Logistik Sdn Bhd

Syarikat Helang Logistik Sdn Bhd (SHLSB) ialah sebuah syarikat kurier yang telah beroperasi bermula tahun
2010. Syarikat ini memasarkan perkhidmatan kurier yang pantas sesuai dengan perkembangan dan ledakan jualan
atas talian seperti Zalora, Shoopee dan Lazada. SHLSB mempunyai ibu pejabat di Shah Alam, Selangor bagi
operasi di Malaysia. Syarikat mempunyai rangkaian di seluruh Asia Tenggara seperti Thailand, Singapura,
Indonesia, Vietnam dan Filipina. Cik Caroline merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang berperanan
untuk menentukan hala tuju dan perancangan strategik syarikat. Cik Siti Alya merupakan Ketua Pegawai Operasi
(COO) mengurus dari segi pembangunan operasi dan startegi perniagaan dan beliau melapor terus kepada Ketua
Pegawai Eksekutif. Cik Athirah ialah Pengurus Besar Operasi Antarabangsa yang mengawal selia operasi
perniagaan di Asia Tenggara , Cik Fatin Alyaa ialah Pengurus Besar Modal Insan , Encik Vimalan ialah Pengurus
Besar Kewangan , Cik Siti Aishah ialah pengurus besar pemasaran dan semua pengurus besar melapor terus
kepada Cik Carolyne. Syarikat ini memiliki cawangan di Pulau Pinang untuk Zon utara dan Johor Baharu Zon
selatan, cawangan Kuala terengganu bagi Zon pantai timur serta cawangan Kota Kinabalu untuk Zon Sabah dan
Sarawak. Semua cawangan diketuai oleh seorang pengurus cawangan dan semua pengurus cawangan melapor
kepada Ketua Pegawai Operasi.

Pengurus cawangan di Pulau Pinang ialah Cik Tasmeen. Beliau mempunyai 25 staf di bawahnya. Beliau ialah
seorang yang bersikap tegas, sentiasa membuat keputusan sendiri, dan suka mengarahkan pekerjanya. Pekerja
langsung tidak diberikan peluang untuk menyuarakan idea atau pendapat mereka. Hal ini menyebabkan
pekerjanya kurang bermotivasi dan menjadi tidak produktif. Cik Tasmeen terlalu mengawal pekerjanya dan
kurang memberi kebebasan kepada pekerjanya sehingga menyebabkan hubungan interpersonal terganggu. Dia
mengandaikan semua pekerjanya kurang mempunyai kepakaran dan pengetahuan. Oleh sebab sikap Cik Tasmeen
yang tegas itu, pekerjanya berasa tidak berpuas hati dan kadar lantik henti pekerja di cawangannya adalah tinggi.
Keadaan ini juga mendorong kepada kadar ponteng kerja yang semakin meningkat dan akhirnya prestasi kerja
menurun.

Cawangan Merpati Logistik di Johor Baharu pula diketuai oleh Encik Aiman. Beliau seorang yang peramah dan
menaruh kepercayaan ke atas kebolehan pekerjanya. Seramai 20 orang pekerja bekerja bawah kendalian beliau.
Encik Aiman memberi kebebasan kepada pekerjanya untuk menyuarakan idea dan pandangan serta sentiasa
bekerjasama dengan pekerjanya untuk membuat keputusan yang terbaik bagi cawangannya. Encik Aiman juga
senang didampingi oleh pekerja apabila mereka mengalami sesuatu masalah. Dia sentiasa mendelegasikan tugas
dan tanggungjawabnya kepada pekerjanya kerana dia percaya ini dapat mengurangkan beban tugasnya dan
membolehkan beliau menumpukan pada hal-hal yang lebih penting selain menjimatkan masanya. Selain itu,
pekerja Encik Aiman juga berpeluang untuk meningkatkan kemahiran, kecekapan dan memudahkan laluan
kenaikan pengkat. Kesan delegasi ini juga dapat membentuk sikap positif dalam kalangan pekerjanya, sekali gus
meningkatkan keyakinan dan komitmen pekerjanya. Beban Encik Aiman dapat dikurangkan dan beliau berasa
kurang tertekan dan lebih berfokus. Oleh itu, pekerjanya amat produktif dan bermotivasi tinggi menyebabkan
hasil jualan cawangan juga semakin meningkat.

Cawangan Pantai Timur diketuai oleh Encik Faqeh. Pekerja seramai 15 orang bekerja di cawangan Pantai Timur.
Beliau seorang yang sangat tegas terhadap pekerja dan sangat komited tentang pencapaian syarikat. Diluar waktu
kerja sikap beliau pula sangat berbeza kerana sering mengambil berat dan kadang kala makan bersama pekerja
dan membawa mereka makan di restoran. Hal ini menyebabkan pekerja amat menghormati beliau. Karektor ini
memudahkan pekerja menyuarakan pandangan bagi kemajuan syarikat.

Berdasarkan kes di atas,


(a) Lakarkan carta organisasi bagi SHLSB di Malaysia dan huraikan jenis penjabatan yang diamalkannya.

Penjabatanan ikut ________________ dan Penjabatan divisyen ____________________


Lakarkan carta organisasi

(b) Jelaskan gaya kepimpinan pengurus cawangan Syarikat Merpati Logistik.

Gaya kepimpinan demokratik, autokratik dan kontingensi

Bagi huraian dan kaitan kes

You might also like