You are on page 1of 9

PERAKAUNAN PENGURUSAN Semester 2 2022/2023

TAJUK 7 ASAS PERAKAUNAN PENGURUSAN DAN KOS.


7.1 .Pengenalan Kepada Pengurusan.

1.Perakaunan Pengurusan adalah proses mengenalpasti ,mengukur, mengumpul,menganalisis, menyediakan,


mentafsirkan dan menyampaikan maklumat yang dapat menolong pihak pengurusan memenuhi kehendak organisasi.
Perakaunan pengurusan memerlukan kemahiran dan pengetahuan professional untuk menyediakan dan
mempersembahkan maklumat perakaunan untuk membantu pihak pengurusan .Perakaunan pengurusan mengambil
kira maklumat yang didapati dpd perakaunan kewangan, perakaunan kos dan bidang-bidang lain.
Perakaunan pengurusan menyediakan laporan untuk kegunaan dalaman.

Perakaunan pengurusan menggunakan maklumat perakaunan untuk merancang, mengawal dan membuat keputusan.

Perakaunan pengurusan menyediakan maklumat kewangan dan ekonomi untuk pengurus dan pengguna dalaman.
Perakaunan pengurusan boleh diamalkan untuk semua jenis perniagaan iaitu perkilangan,pembarangan dan
perkhidmatan mahupun oleh oleh organisasi bukan bermotifkan keuntungan

Perakaunan Kos merupakan sebahagian dpd perakaunan pengurusan dan melibatkan kegiatan mengumpulkan kos
supaya kos sebenar [operasi, proses, jabatan] dapat ditentukan, menyediakan belanjawan dan kos piawai, dan
menganalisis perbezaan antara kos sebenar dgn kos piawai.
Perakaunan kos menggunakan prinsip, kaedah dan teknik perakaunan dalam menentukan kos dan menjalankan
analisis sama ada kos dapat dijimatkan bila dibandingkan piawai yang ditentukan.
Perakaunan kos menyediakan laporang yang bertujuan untuk kegunaan dalaman.

Perakaunan kos digunakan untuk pengekosan kerja,proses /kontrak. Perakaunan kos menentukan kos yang
sepatutnya dikenakan kepada keluaran/perkhidmatan.

(b) Perbandingan antara perakaunan pengurusan dengan perakaunan kos dari segi aktiviti, fokus, output, dan
pengguna output;
perakaunan pengurusan perakaunan kos
Aktiviti Menggubal dasar, merancang dan Pengumpulan, memproses dan
mengawal operasi perniagaan menyediakan data kos
Fokus Penyediaan pelaporan berkala Penentuan kos pengeluaran produk/servis
membantu pengurusan membuat
keputusan
Output Laporan proforma Data kos yang berkait dengan pengeluaran
Pengguna output Pihak pengurusan Akauntan pengurusan
Pengguna dalaman Dan pengguna luaran

Perakaunan kewangan

Merupakan kaedah menganalisis, mengelas dan mencatatkan urusniaga kewangan bagi tujuan mengetahui kedudukan
kewangan sesebuah organisasi. Urusniaga dicatat dalam bentuk kewangan mengikut konsep, prinsip dan piawaian
perakaunan dan melaporkan maklumat kewangan dalam bentuk laporan penyata kewangan. Penyata kewangan terdiri
daripada Penyata Pendapatan, KKK dan penyata perubahan kedudukan kewangan[penyata aliran dana].Pengguna
laporan kewangan terdiri daripada pihak luaran spt pembekal, agensi kerajaan, pihak bank, dan pemegang saham.

2.Perbandingan Perakaunan Kewangan dan Perakaunan Pengurusan.

Perakaunan Kewangan Perakaunan Pengurusan


Pengguna Utama Pengguna luaran- spt pemegang saham Pengguna dalaman- pegawai dan pengurus,
/bkal pemegang saham, pemiutang agensi ketua jabatan dan penyelia dalam organisasi,
kerajaan- Lembaga Hasil dalam Negeri
Pemasaan Memfokus pada masa lepas – penyediaan Memfokus pada masa depan - penyediaan
laporan prestasi – penyata kewangan belanjawan
Jenis dan kekerapan Penyata kewangan yg terdiri dpd PPK, Laporan dalaman- spt lap. Prestasi jabatan/bhg
pelaporan PKK &Py. Aliran Tunai [laporan luaran]
Diterbitkan setiap akhir tempoh perakaunan Diterbitkan pada bila-bila masa ianya
---akhir tahun/setengah tahun diperlukan ikut keperluan spesifik sama ada
harian/mingguan/bulanan
Peraturan dan Pendedahan maklumat dalam laporan mesti Tidak perlu mengikut apa-apa peraturan
Undang-undang mematuhi keperluan MFRS, Akta Sykt pendedahan maklumat/kaedah
1965-jadual 9 dan berdasarkan Prinsip .
Perakaunan yang diterima Umum
Laporan digunakan untuk kegunaan
keseluruhan organisasi secara umum
Liputan/Kandungan Ringkasan laporan adalah untuak kegunaan Ringkasan laporan adalah terperinci mengikut
Laporan keseluruhan organisasi secara umum. lini pengeluaran,jabatan dan kawasan.
Terhad kpd data kos perakaunan berasaskan Meliputi bukan sahaja maklumat berasaskan
system catatan bergu. system perakaunan catatan bergu tetapi juga
bagi jenis data yang relevan dengan laporan
yang disediakan
3. Fungsi perakaunan Pengurusan a. membuat perancangan

Dengan menganalisis maklumat dan aktiviti kos yang lepas serta membandingkan dengan maklumat kos yang terkini,
ia akan membantu membuat perancangan yang lebih baik dan mempertingkatkan prestasi
perniagaan. Perancangan merupakan proses menetapkan matlamat serta membentuk cara ke
arahmencapai matlamat tersebut. Proses ini termasuklah membuat belanjawan yangmerupakan terjemahan per
ancangan ke dalam bentuk angka. Ini membantu dalam penyelarasan, pelaksanaan dan perancangan. Sebagai
contoh anggaran hasil dan belanja bagi tempoh sebulan. Perancangan bertujuan membantu pihak pengurusan
bersedia untuk berhadapan dengan sesuatu yang akan berlaku. Ini termasuklah membuat tindakan dan pilihan-
pilihan yang wajar mengikut kesesuaian keadaan. Sebaliknya jika tiada perancangan, pihak pengurusan terpaksa
bertindak secara reaktif dan sudah tentu akan mengalami kesulitan apabila sesuatu yang berlaku itu di luar j
angkaan. Ringkasnya, perancangan adalah berkaitan dengan menjawab persoalan berikut:
· Menetapkan matlamat (objektif) Menjangka dan meramal keputusan yang akan dicapai di masa
hadapan
· Bagaimanakah untuk mendapatkannya? Menentukan beberapa cara (pemilihan alternatif)

b. Membuat kawalan
Kawalan merupakan proses untuk memastikan sesuatu matlamat itu tercapai
selari dengan apa yang dirancangkan dalam belanjawan. Jika tidak tercapai tindakan susulan akan
diambil bagi mencapai matlamat tersebut. Kawalan penting untuk menentukan operasi jabatan,proses dan kos
dalam keadaan terkawal. Ia membolehkan setiap bahagian dalam organisasi bekerja dengan cekap untuk mencapai
objektif syarikat yang telah
ditetapkan. Penilaian prestasi adalah penting bagi mengesan sebarang masalah serta membuat tindakan
susulan. Dalam perakaunan pengurusan, kawalan merupakan satu
perbandingan di antara keputusan yang dirancang dengan keputusan yang diperolehi. Keputusan iniperlu dinila
i dengan segera agar tindakan susulan boleh diambil jika keputusan yang diperolehi tadi tidak menepati deng
an perancangan yang di buat. Sebarang perbezaan (varians) di antara keputusan sebenar dan belanjawan
memerlukan tindakan susulan diambil untuk mencari punca-punca
berlakunyaperbezaan tersebut dan mungkin pembetulan dan penyemakan ke atas rancangan dan matlamat
asal syarikat perlu dilakukan. Sebarang varians yang signifikan dan bermasalah perlu diambil tindakan supaya ianya
tidak berlaku lagi di masa hadapan
Dengan cara ini, pengurus akan sentiasa dapat mengawal aktivitiaktiviti operasi bagi memastikan objektif firma
tercapai.

c Membuat keputusan
Pembuatan keputusan melibatkan pemilihan alternatif dan tindakan yang perlu diambil. Maklumat kos yang
dipersembahkan dengan betul dan tepat amat berguna kepada pihak pengurusan dalam membuat keputusan yang
boleh memneri kesan terhadap prestasi dan kedudukan kewangan perniagaan sama ada dalam jangksa masa pendek
atapun panjang. Contohnya,perakaunan kos membolehkan pihak pengurusan menentukan kos pelbagai kerja dan
proses, ia juga dapat menentukan pelbagai kerugian dan pembaziran sebelum kerja disiapkan. Dengan ini keputusan
yang cepat dapat diambil untuk mengelak kerugian yang lebih besar.

Di dalam membuat keputusan proses berikut harus dilalui:-


1. Penentuan objektif 2. Penentuan alternatif-alternatif yang ada,
3. Penilaian dan perbandingan antara alternatif-alternatif, dan 4. Pemilihan alternative
Keputusan yang perlu dibuat oleh pengurusan boleh dikelaskan kepada tiga jenis iaitu:-
1. Keputusan jangka panjang atau keputusan strategik – melibatkan keputusandalam polisi, struktur organisasi
dan rancangan jangka panjang. Keputusanjangka panjang sangat tidak rutin atau jarang dibuat dan mengambil
tempoh limaatau 10 tahun.

2. Keputusan khas atau taktikal – keputusan ini timbul apabila keadaan-keadaan tertentu terjadi seperti keput
usan menerima atau menolak pesanan dankeputusan membuat atau membeli. Keputusan khas ini juga tidak
begitu rutindilakukan.

3. Keputusan operasi – melibatkan keputusan yang sering dibuat setiap harimengenai operasi dan aktiviti-
aktiviti normal syarikat seperti
menentukan hargajualan produk atau perkhidmatan, pembelian bahan mentah dan pengambilantenaga buruh.

Selain dari itu, perakaunan kos juga membantu dalam penentuan dan anggaran harga. Dalam penentuan harga faktor
kos merupakan faktor yang penting di samping beberapa faktor yang lain seperti pasaran, persaingan dan lain-lain.
Data-data kos dari perakaunan kos membolehkan kos sesuatu item dikira untuk tujuan menetapkan harga sebelum
item tersebut dijual

Pengenalan Kepada Pengurusan kos


a) Perbezaan kos dengan belanja;
Kos ialah pengorbanan sesuatu aset atau sumber untuk mendapatkan aset yang lain. Contohnya wang tunai dibayar
untuk membeli sebuah mesin atau peralatan. Kos juga dikenali sebagai belanja yang boleh diinventorikan. Ini kerana,
perbelanjaan yang dilakukan untuk mengeluarkan sesuatu produk iaitu membeli bahan mentah, membayar upah
buruh dan membayar overhed merupakan kos. Ini disebabkan produk yang dikeluarkan dan belum dijual merupakan
aset perniagaan iaitu inventori.
Belanja merupakan pengorbanan sesuatu aset atau sumber untuk memperoleh hasil dalam sesuatu tempoh perakaunan.
Contohnya, belanja operasi perniagaan seperti gaji, utiliti, bil elektrik yang perlu dibayar bagi membolehkan
barangniaga dijual kepada pengguna.

Contoh kos (kos belum luput = kos aset) Contoh belanja (kos telah luput)
Peralatan Belanja susutnilai peralatan
Insurans prabayar Belanja insurans
Inventori bahan mentah Bahan mentah diguna
Bekalan Belanja bekalan
(b) Skop pengurusan kos :
pengumpulan, perekodan, pengelasan, penganalisisan, dan pengagihan kos
Pengumpulan - -pengumpulan data berasaskan dokumen sumber seperti data kos belian bhn mentah-invois, bil
elektrik
Perekodan –direkodkan mengikut system catatan bergu spt yang dilakukan oleh perakaunan kewangan
Pengelasan- mengikut berbagai kategori …mengikut fungsi,kelakuan/tingka laku, pengesanan dan pengagihan.
Penganalisisan- dianalisiskan ikut keperluan pengurusan samada utk tujuan perancangan, operasi harian ,
pembuatan keputusan ,kawalan, atau pengukuran kos.
Pengagihan – kos diagihkan ke jabatan mengikut keperluan. Kos jabatan perkhidmatan diagihkan ke jabatan
Pengeluaran/operasi untuk memperoleh jumlah kos bagi menentukan harga produk dan seterusnya
Bagi membuat keputusan perletakan harga, pengukuran prestasi[perbandingan sebenar dengan
Anggaran/peruntukan]
7.3. PENGELASAN KOS
A. Fungsi – a.Kos pengeluaran/kos perkilangan -----kos penukaran dan kos utama
Kos utama /kos prima = kos bahan langsung + kos buruh langsung
Kos penukaran - menukarkan bahan mentah kepada barang siap
= Kos buruh langsung + kos overhed kilang
Kos ovehed = semua kos selain kos bhn langsung dan kos buruh langsung cth…sewa kilang , gaji
pnyelia kilang….
Kos pengeluaran – kos yang boleh diinventorikan atas kos produk krn mengambarkan nilai produk yg dikeluarkan.
b. Kos barang dijual = Inv awal barang niaga + kos pengeluaran – Inv akhir barang siap
c. Kos bukan perkilangan - Kos pengagihan – kos pemasaran –cth kos angkutan keluar /penghantaran ,
komisen jurujual, kos promosi produk
Kos pentadbiran am- dibahgian pejabat – gaji pentadbir, bel sn alatan pjbt, Insurans pejbat,sewa pjbt.
Kos kewangan – kos pembiayaan modal – bel faedah atas pinj bank.
B . Kelakuan/Tingkah laku
Kos tetap, kos berubah,Kos campuran/Kos separa berubah----pengasingan kos campuran
C. Pengesanan /penjejakan dan pengagihan - Kos langsung dan kos tak langsung
D. Kaedah pengelasansn lai n – Kos relevan dan tak relevan, kos boleh kawal dan kos tak boleh kawal, Jumlah
kos ,kos purata, kos unit
7.4 Komponen Kos pengeluaran

Kos pengeluaran = Kos bahan mentah langsung + kos buruh langsung + kos overhed kilang

Kos OH kilang = Kos bhn tak langsung + kos buruh tak langsung + kos perkilangan lain{SN mesin,loji , sewa
kilang , insurans kilang dll

Kos BM + Kos BL = Kos Utama/Kos Prima Kos Penukaran = Kos BL + Kos OH Pengeluaran
Kos OH pengeluaran = semua kos sampingan yg diperlukan untuk menukarkan bhn mentah menjadi produk siap.
Kos purata seunit / Kos seunit = Jumlah kos pengeluaran dibahagi dengan jumlah unit yg dikeluarkan.
Kos boleh dikelaskan kepada kos produk[keluran] atau kos tempoh. Jika kos produk boleh dikenalpasti sebagai kos
bhn langsung , buruh langsung dan Oh pengeluaran. [Overhed pengeluaran boleh dibhgkan kpd kos OH
pengeluaran tetap dan overhed pengeluaran berubah.]

Fungsi, objektif & skop system pengeluaran :

a. Mengumpul kos bhn, buruh dan Oh


b. Mengagihkan kos OH [kos tak langsung] dpd Jbtn perkhidmatan kpd jbtn pengeluaran
c. Mencampurkan kos langsung [bhn dan buruh langsung] dengan kos tak langsung [kos oh] untuk
menghasilkan kos produk dan seterusnya wujud kos barang dijual dan kos inventori [awal dan akhir]
Tajuk 7 7.3. PENGELASAN KOS dan 7.4 Kompone n Kos Pengeluaran
Latihan
1.Di bawah ini disenaraikan kos-kos yang terlibat bagi sebuah firma perkilangan. Berdasarkan maklumat ini anda dikehendaki
mengkelaskan kos-kos tersebut mengikut klasifikasi yang telah diberi dengan menandakan / di tempat yang berkaitan
Item kos Kos berubah Kos tetap Kos tempoh Kos langsung Kos tak lgsg
Pengikllanan
Pembaikan loji
Insurans loji
Susutnilai loji
Susutnilai perlatan pejabat
Gaji penyelia kilang
Gaji pengarah
Gaji kakitangan pejabat
Bekalan am pejabat
Kos penyelanggaraan.

Item kos Kos tempoh Kos bahan lgsung Kos buruh lgsg Kos Overhed kilang
Kain kapas
Bahan mentah pelbagai
Upah pekrj pengeluaran
Gaji penyelengaraan mesin
Gaji penyelia kilang’
Insurans bangunan kilang’
SN bangunan kilang
Cukai hartanah kilang
Cukai harta tanah pejabt
Bekalan pejabat am
SN alatan pejabt

2.a.KS Bhd mengeluarkan kad ucapan pelbagai peristiwa dan perayaan. Berikut adalah maklumat kos bagi KS bhd bagi tahun
berakhir 31 Dis 2019

Belanja penyelenggaraan kilang RM55 000 Belanja promosi produk RM10000


Buruh langsung 295 000 Belian bahan langsung 554 000
Buruh tidak langsung 90 000 Belanja pengiklanan 54 500
Gaji penyelia pengeluaran 32 000 Susutnilai bangunan kilang 62 500
Bayaran kerja lebih masa 52 500 Inventori awal bahan langsung 83 000
Belanja pentadbiran 80 000 Inventori akhir bahan langsung 48 000
Sewa ruang pejabat 12 500 Kerja dalam proses awal 18 000
Komisen jualan 7 500 Kerja dalam proses akhir 30 000
Hitung: a. Kos Prima b. Kos Overhed pengeluaran c. Kos Penukaran d. Kos pengeluaran e. Kos Tempoh. (15m)

b.Bezakan kos dengan belanja. Berikan dua contoh kos dan dua contoh belanja (5m)

3. STPM 2020(U) S1 a. Jelaskan 4 fungsi utama maklumat perakaunan pengurusan (6m)

b. Nyatakan 3 tenis pengelasan kos dan beri satu contoh yg sesuai bagi setiap pengelasan kos itu (3)

c. Maklumat kos yg telah disediakan oleh Sykt CJS Bhd bagi tahun 2019 adalah sprit yg berikut:

Butir RM Butir RM
Buruh langsung 59 320 Susut nilai peralatan kilang 7 500
Buruh tak langsung 36 600 Gaji penyelia kilang 35 000
Belian bahan langsung 105 600 Susut nilai peralatan pejabat 21 500
Belanja pengiklanan 30 000 Inventori awal bahan mentah langsung 15 500
Gaji pekerja pentadbiran 60 000 Inventori akhir bahan mentah langsung 25 000
Bahan mentah tak langsung 18 200 Kerja dalam proses awal 4 800
Sewa kilang 15 000 Kerja dalam proses akhir 9 500
Dikehendaki : Hitung kos yang berikut bagi tahun 2019

i. Kos Prima RM iv. Kos Tempoh


ii. Kos Overhed Perkilangan V , Kos Pengeluaran
iii. Kos Penukaran

4. STPM 2014 (U) S1 a. Nyatakan dan jelaskan tiga jenis kelakuan kos. Berikan satu contoh bagi setiap jenis kelakuan kos itu.
(6m)

b. perihalkan empat kegunaan maklumat kos pengeluaran kepada pengurusan (4m)

c. Sykt Hamdan Bhd ialah pengeluar gasing di Kelantan. Pada tahun 2013, sykt mengeluarkan gasing sebanyak 60 000 unit.
Seunit gasing mengambil masa satu jam setengah untuk disiapkan. Maklumat yang berkaitan dengan kos pengeluaran gasing
bagi tahun 2013 adalah sperti berikut:

Item Kos (RM) Item RM(KOS)


Bahan mentah langsung 6.00 seunit Iklan dan promosi 20 000 setahun
Upah pekerja pengeluaran 3.00 sejam Belanja susut nilai bangunan &perabot kilang 5 500 setahun
Sewa mesin pengeluaran 1 800 sebulan Belanja susut nilai peralatan pejabat 1 000 setahun
Bahan mentah tak langsung 10 000 setahun Gaji pengurus pentadbiran 2 500 sebulan
Gaji penyelia kilang 2000 sebulan Gaji kerani pejabat 800 sebulan
Kos pembersihan kilang 1 200 sebulan

Dikehendaki : Hitung kos yang berikut bagi tahun 2013

i. Kos Prima RM iv. Kos Tempoh


ii. Overhed Perkilangan
Latihan
1. A. i. Nyatakan 3 fungsi utama pengurusan dlm perakaunan pengurusan. Berikan satu contoh peranan akauntan
dalam mengaplikasian setiap fungsi perakaunan
ii. Berikan maksud dan contoh komponen bagi a. Kos Prima b. Kos penukaran

B. Berikut ialah sebahagian dpd item-itam kos bagi Kilang Perabot KS Bhd.

Kos kayu utk membuat perabot RM80 000


Gaji penyelia pengeluaran 30 000
Belanja tetap jualan dan pentadbiran 24 000
Belanja gaji pengurus pentadbiran 90 000
Gaji operator tukang kayu perabot 100 000
Kos penyelenggaraan mesin memotong kayu 20 000
Belanja susutnilai peralatan pejabat 26 000
Belanja keraian pejabat 12 000
Dikehendaki Kirakan i. Kos Pengeluaran ii. Kos tempoh

C. Berikut adalah maklumat kos dan hasil bagi Kilang World Dinamik Sdn Bhd bagi bulan Dis 2018.

Inventori awal: Bahan mentah RM75 000 Belanja utility ( 80% kilang, 20% 120 000
Kerja dlm proses 80 000 pentadbiran) 30 000
Barang siap 600 000 Belanja susut nilai mesin kilamg 35 000
Belian bahan mentah 470 000 Belanja penyelenggaraan mesin kilang 15000
Gaji operator kilang 180 000 Belanja am kilang 1 780 000
Gaji penyelia kilang 48 000 Jualan barang siap 100 000
Duti import belian bahan mentah 25 000 Blenja gaji pekerja petadbiran 60 000
Angkutan atas belian bahan mentah 20 000 Belanja susut nilai peralatan pejabat 60 000
Buruh tidak langsung 120 000 Inventori akhir : Bahan mentah 60 000
Bahan tidak langsung 90 000 Kerja dlm proses 200 000
Sewa peralatan kilang 30 000 Barang siap 20 000
Belanja insurans kilang 30 000 Royalti kilang

Dikehendaki i. Sediakan Penyata Kos barang di kilang baagi bulan berakhir 31 Dis 2018

ii. Penyata Pendapatan untuk menghitung untung atau rugi operasi bagi bulan berakhir 31 Dis 2018

2. a. Nyatakan dua perbezaan diantara kos berubah dan kos tetap


b. Sykt DT Transport Bhd menyunyai data kos penyelenggaraan dan perbatuan utk perkhidamtam bagi
tempoh 4 bulan pertama tahun2019

Bulan Jumlah Perbatuan (km) Jumlah Kos (RM)


Jan 40 000 90 000
Feb 33 000 64 000
Mac 55 000 102 000
April 63 000 136 000
i. Nyatakan dua kaedah yg boleh digunakan untuk mengasingkan kos campuran
ii. Kirakan kos berubah seunit iii. Kirakan jumlah kos tetap sebulan
iii. Tentukan persamaan kos di atas v. Kirakan anggaran kos pada tahap 75 000 km.

Fungsi Pengurusan

Matlamat sesebuah organisasi ialah mencapai prestasi kewangan yg.memuaskan. Pihak pengurusan yg dipertanggungjawabkan
oleh pemilik harus mempastikan keutgn yg munasabah diperoleh sebagai tanda kejayaan operasi organisasi. Oleh itu perakaunan
pengurusan mesti menyediakan maklumat kpd pihak pengurusan utk membuat keputusan dalam mencapai matlamat organisasi.
Maka, perlu kenalpasti maklumat yang diperlukan oleh pihak pengurusan. Maklumat yg diperlukan berkaitan dgn fungsi
pengurusan. Fungsi pengurusan :merancang, melaksana, mengarah dan mengawal seterusnya membuat keputusan.

Perancangan ;Proses perancangan melibatkan pembentukan objektif dan penentuan tindakan-tindakan yang akan diambil untuk
mencapai objektif tersebut. Dlm membuat perancangan masa depan, prestasi masa lalu dan keadaan semasa perlu
diambilkira.Perancangan merupakan perkataan dan angka di atas kertas yg hanya boleh dicapai bila terdapat pelaksanaan.

Pelaksanaan./Pengorganisasian
Fungsi ini menyediakan struktur atau kapasiti dimn pihak pengurusan menjalankan tugas utk mencapai apa yang
dirancangkan.Melibatkan pembahagian sesebuah organisasi kpd jabatan/ bahagian dan pengagihan tugas /tanggungjawab
mengikut kepakaran dan keupayaan.

Pengarahan
Melibatkan proses penyampaian perancangan kepada individu-individu yang menjalankan aktiviti yang dirancang dalam struktur
orgn .Fungsi perlaksanaan dan pengarahan melibatkan kordinasi aktiviti sykt dengan sumber manusia dlm melancarkan perjalan
operasi.

Pengawalan
Meupakan satu proses yg memastikan aktiviti-aktiviti dijlnkan berada dilandasan yg betul. Dlm proses pengawalan pihak
pengurusan akan mendapatkan keputusan sebenar yang dicapai dgn perancangan yg telah dibuat. Sekiranya berlaku sebarang
perubahan dan terkeluar dr usaha pencapaian matlamat maka tindakan yg sewajarnya akan diambil.Fungsi kawalan memerlukan
laporan dan maklumat yg tepat dan segera supaya langkah-langkah pembetulan dpt dilakukan dgn cepat. Alat kawalan –
belanjawan dan laporan prestasi
Pembuatan Keputusan – nadi kpd setiap fungsi pengurusan
Melibatkan pemilihan alternative yg terbaik antara beberapa alternative dan tindakan yg perlu diambil.Proses membuat
keputusan melibatkan fungsi perancangan ( utk menentukan objektif yang hendak dicapai), pelaksanaan dan pengarahan
(mengenalpasti pihak yang melaksanakan dan menyediakan persekitaran pelaksanaan), memiliha latihan yg sesuai dalam
pengarahan dan menentukan tindakan yg sesuai untuk membetulkan perancangan dahulu (kawalan)

Peranan Akauntan Pengurusan dlm Proses Pengurusan


1.Peranan akauntan pengurusan dlm proses perancangan membantu menyediakan maklumat dlm menentukan produk yng ingin
dijual,pasaran serta harga yang sesuai.Memainkan peranan proses penyediaan belanjawan dengan menyediakan data prestasi masa
lepas sebagai panduan perancangan prestasi masa depan. Membantu dalm mengkodinasikan perancangan jk pendek dari semua
bhgn /jabatan dan pastikan belw-belw tersebut tidak bercanggah antara satu sama lain. Berperanan menyatukan semua
perancangan dlm btk belanjwan

2.Kawalan
Aklauntan pengurusan membantu menyediakan laporan prestasi yg membandingkan output sebenar dgn yang dirancangkan bagi
setiap jabatan.Mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang tidak mengikut apa yg dirancangkan.

3.Pelaksanaan
Menyediakan reka btk dan mengimplimentasikan system perakaunan pengurusan supaya setiap kuasa, tanggungjawab serta
kepakaran dpt didefinisikan dgn jelas dlm mempastikan keberkesanan prestasi.

4. Komunikasi
Membantu dgn mengekalkan komunikasi dan system pelaporan yg brkesan.Maklumat yg disediakan dgn menyediakan
belanjawan membantu memastikan kodinasi antara pengurus dgn jabatan yg berlainan supaya pengurus ketahui apa yg berlaku /
mengetahui keperluan / mengetahui masalah yg dihadapi oleh setiap jb/ bahagian. Laporan prestasi yg disediakan oleh akauntan
pengurusan dpt mengkomunikasikan maklumat ptg kpd pengurus.

5.Motivasi
Membantu mempengaruhi motivasi pekerja didlm sesebuah organisasi. Cth membantu mengalakkan para pengurus supaya
berusaha bersungguh-sungguh dlm usaha mencapai objk organisasi. Membantu dlm memotivasikan pekerja untuk mengenalpasti
masalah pengurusan dam dlm memfokuskan perkara-perkara yang perlukan pemeriksaan terperinci.
Kesimpulan – akauntan pengurusan mempunyai peranan dlm proses pembuatan keputusan sesebuah organisasi spt keputusan
perletakan hg, menentukan sasaran baru dsbgnya.

You might also like