You are on page 1of 1

LOSHINI A/P ELENGOH 214647 SANGGUP MENGAHADAPI RISIKO Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin merupakan seorang Pengasas Urusan

Kumpulan Naza yang ditubuhkan pada tahun 1979. Beliau juga merupakan antara salah seorang usahawan yang berjaya dalam bidang beliau di negara ini. Dalam perniagaan beliau, beliau telah menghadapi pelbagai risiko untuk memajukan perniagaan NAZA tersebut. Pada tahun 1979, beliau telah mengambil keputusan untuk mengimport beberapa buah kereta daripada negara Jepun untuk menjual di negara kita. Antara sebab beliau berbuat demikiannya ialah kerana pada masa itu kereta-kereta yang diperbuat daripada negara Jepun amat popular dalam kalangan rakyat negara Malaysia. Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin telah menghadapi banyak risiko dan kegagalannya dalam perniagaan beliau. Antara risiko yang beliau telah menghadapinya ialah melabur sejumlah wang yang sangat besar untuk memulakan perniagaan beliau. Di samping itu, beliau juga tidak mendapat keyakinan daripada pelanggan untuk membeli kereta terpakai pada masa itu. Antara sebab rakyat tidak mempunyai keyakinannya ialah penduduk Malaysia kurang berminat untuk membeli kereta terpakai. Tetapi beliau masih ada harapan untuk mengembangkan perniagaan beliau untuk mencapai kejayaan. Beliau pernah berkata bahawa, Untuk memperoleh kejayaan, anda mesti mempunyai minat dengan apa yang anda lakukan dan anda mesti tahu apa yang anda lakukan. Anda perlu merancang dahulu dan mempunyai arah tuju. Seorang usahawan juga beliau berpendapat bahawa, Dalam perniagaan anda mesti memulakannya dari kecil, melakukan kajian dan berjalan selangkah demi langkah. Selain itu, semasa beliau memulakan perniagaannya dengan hanya lima orang pekerja sahaja. Tetapi pada masa kini beliau ada 4000 orang pekerja di bawah beliau. Beliau juga mempunyai sikap yang tidak takut untuk mengambil sebarang risiko. Contohnya ialah, beliau berminat untuk membeli 40% kepentingan dan mengambil alih perusahaan kereta kebangsaan Malaysia, iaitu jenama PROTON yang dilaporkan menghadapi kemelut kewangan. Dalam situasi ini beliau bercadang bahawa beliau sudah menggariskan rancangannya untuk

memulihkan Proton jika kerajaan Malaysia membenarkannya membeli kepentingan pengawalan syarikat tersebut. Inilah antara risiko yang beliau telah mengambil untuk memajukan perniagaan beliau di persada antarabangsa.

You might also like