You are on page 1of 4

NURSYAFIQAH MOHAMAD NOR

SX130202CSRS03

Profil Usahawan From Zero-To-Hero


Tan Sri Dato Loh Boon Siew

PENERANGAN TENTANG PRODUK


Pada sekitar tahun 1980an, boleh dikatakan 10 buah motorsikal yang berada di
jalanraya, 7 buah daripadanya adalah dari model Honda Boon Siew. Sedar atau tidak
nama Boon Siew pada motorsikal Honda ini bukanlah datang dari Negara Jepun tetapi ia
adalah nama individu yang bertanggungjawab untuk membawa masuk motorsikal
Honda terbabit ke Malaysia iaitu mendiang Tan Sri Dato Loh Boon Siew.
Menurut sejarah, Tan Sri adalah seorang yang buta huruf dan tidak boleh membaca.
Walaupun beliau tidak boleh menulis mahupun membaca, namun daya ingatan Tan Sri
adalah sangat baik dan beliau sering bergantung kepada ingatannya dalam membuat
sebarang pertimbangan dan keputusan. Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang
sentiasa berpandangan jauh kehadapan dan berkebolehan menjangka dan bersiap sedia.
Ini adalah kunci kepada kejayaannya pada hari ini. Sehingga kini nama produk keluaran
Honda terkenal di serata dunia.

NURSYAFIQAH MOHAMAD NOR


SX130202CSRS03
BAGAIMANA PERNIAGAANNYA MENDAPAT KEJAYAAN?
Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta
barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Loh meluaskan
perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar
beberapa jenis motosikal keluaran British. Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun
untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum
pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa
ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk
memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa
mengambil apa-apa untung. Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang
ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan
hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal
Honda menjadi kenderaan yang paling diminati. Beliau adalah orang yang berjaya
menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini
sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya
di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai
seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di
Malaysia.
CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENGURUS SYARIKAT
Berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin
di China pada satu ketika dahulu. Kehidupan keluarga Datuk Loh sangat miskin
menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah. Sejak kecil lagi beliau bekerja
mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai
tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke
Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh
ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik. Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun
masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga
yang berada di China. Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau
membasuh bas dan upahnya 10sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau
tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat
peluang berbuat demikian.Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia
kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas
berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini
mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari. Setiap
keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula.

STRATEGI PERNIAGAAN BELIAU


Kami mendapati Tan Sri adalah seorang usahawan yang mengambil risiko secara
sederhana. Ini dapat dilihat dengan terbinanya kilang motorsikal yang terletak di Mak
Mandin. Dengan terbinanya kilang ini, maka jualan dan permintaan terhadap motorsikal
dapat dipenuhi secara konsisten.
Ini kerana sekiranya berlaku masalah di Negara Jepun, motorsikal Honda masih dapat
dikeluar dan dijual kerana ia dibuat di Malaysia sendiri. Ini juga secara tidak langsung
dapat mengurangkan kos jualan akibat cukai import yang dikenakan terhadap setiap
motorsikal yang diimpot terus dari Jepun.

NURSYAFIQAH MOHAMAD NOR


SX130202CSRS03
Walaupun Boon Siew Sdn Bhd telah berjaya menjadi sebuah syarikat yang terkenal dan
disegani di dalam bidang permotoran, Tan Sri mengambil keputusan untuk tidak
menyenaraikan Boon Siew Sdn Bhd di Bursa Malaysia. Sehingga hari ini, Boon Siew Sdn
Bhd masih lagi menjadi sebuah syarikat Sendirian Berhad. Ini secara tidak langsung
dapat menjamin kestabilan syarikat kerana pegangan saham syarikat adalah terhad
kepada keluarga Tan Sri atau pihak yang berkepentingan dengan Tan Sri sahaja.
Walaupun Tan Sri adalah seorang yang buta huruf dan tidak mempunyai latar belakang
akademik yang tinggi serta formal, ia tidak menghalang Tan Sri daripada menjadi
seorang usahawan yang berjaya. Ini dapat dilihat dengan kejayaan motorsikal Honda
untuk menjadi motorsikal nombor satu di Malaysia sehingga ke hari ini. Tan Sri Loh Boon
Siew ialah seorang yang mempunyai tahap daya ingatan yang sangat tinggi.
Dengan keyakinan yang tinggi untuk berjaya, Tan Sri dilihat telah berjaya mengenalpasti
satu produk yang jelas amat diperlukan oleh rakyat Malaysia iaitu motorsikal bersaiz
kecil dan ringan. Apabila Tan Sri ke Osaka, Jepun pada tahun 1957, Tan Sri telah melihat
sebuah motorsikal yang bersaiz kecil dan ringan berada di jalan raya bandar Osaka,
Jepun. Maka timbullah idea Tan Sri untuk cuba menjual motorsikal jenis ini di Malaysia.
Lantaran itu, Tan Sri terus berhubung dengan Honda Motors Japan Limited bagi
mendapatkan hak untuk menjadi pengedar tunggal di Malaysia. Tan Sri juga dilihat telah
menjanakan idea yang bernas iaitu dengan membina kilang motorsikal di Mak Mandin.
Langkah proaktif ini telah berjaya memastikan motorsikal Honda terus diminati di
Malaysia. Dengan terbinanya kilang ini, ia dapat menjamin kestabilan harga jualan
motorsikal Honda di Malaysia di mana faktor-faktor kenaikan duti import dapat
diminimakan kerana pengeluaran motorsikal Honda dibuat secara domestik.
Selain daripada aktif dalam bidang permotoran, Tan Sri juga telah
memperluaskan usaha niaganya dalam pembangunan hartanah, perladangan dan
perhotelan melalui syarikat perlaburannya iaitu Oriental Holdings Sdn Bhd. Oriental
Rubber and Palm Oil Sdn Bhd adalah anak syarikat kepada Oriental Holdings Sdn Bhd
yang mengembangkan usaha niaga dalam sektor perladangan khususnya kelapa
sawit ke Indonesia pada tahun 1994. Ini menunjukan Tan Sri adalah seorang yang
kreatif di mana beliau tidak mahu bergantung kepada satu bidang peniagaan
(permotoran) sahaja. Melalui kenyataan di atas, kita dapat melihat bahawa proses
kreativiti amat diperlukan untuk menjadi usahawan yang berjaya. Usahawan tidak perlu
untuk menjadi terlalu kreatif di dalam mengenalpasti produk yang dipasarkan. Seperti
Tan Sri, idea beliau hanya timbul semasa lawatannya ke Osaka, Jepun. Idea yang timbul
secara tiba-tiba atau prompt idea inilah telah menjadikan beliau usahawan yang
berjaya.

PENCAPAIAN KEJAYAAN BELIAU

Motorsikal Honda untuk menjadi motorsikal nombor satu di Malaysia sehingga ke


hari ini.

turut memainkan peranan dalam gabungan singkat antara Kwong Wah Yit
Poh dan The Star (Malaysia) pada 1974, dan antara jasa baiknya merupakan
penubuhan Hospital Lam Wah Ee dan Rumah Orang Tua Pulau Pinang - (Penang
Old Folks Home).
Orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga
terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu.

NURSYAFIQAH MOHAMAD NOR


SX130202CSRS03
KUNCI UTAMA KEJAYAAN LOH BOON SIEW
Usaha keras merupakan kuncinya. Berjimat cermat dan merendah diri merupakan
penawar yang efektif.

Rujukan:
https://forumusahawanmuda.wordpress.com/artikel-2/mengenai-kami/
http://lailahasnim.blogspot.com/p/usahawan-berjaya.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Loh_Boon_Siew

You might also like