You are on page 1of 5

Pengenalan Pada sekitar tahun 1980an, boleh dikatakan 10 buah motorsikal yang berada di jalanraya, 7 buah daripadanya adalah

dari model Honda Boon Siew. Sedar atau tidak nama Boon Siew pada motorsikal Honda ini bukanlah datang dari Negara Jepun tetapi ia adalah nama individu yang bertanggungjawab untuk membawa masuk motorsikal Honda terbabit ke Malaysia iaitu mendiang Tan Sri Dato Loh Boon Siew

Menurut sejarah, Tan Sri adalah seorang yang buta huruf dan tidak boleh membaca. Walaupun beliau tidak boleh menulis mahupun membaca, namun daya ingatan Tan Sri adalah sangat baik dan beliau sering bergantung kepada ingatannya dalam membuat sebarang pertimbangan dan keputusan. Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang sentiasa berpandangan jauh kehadapan dan

berkebolehan menjangka dan bersiap sedia. Ini adalah kunci kepada kejayaannya sekarang

Gambarajah 2: Logo Honda Boon Siew

Gambarajah 1: Tahun 1958 diperkenalkan

Sejarah Hidup

Datuk Loh Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu. Kehidupan keluarga Datuk Loh sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah.

Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik.

Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China. Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian.

Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari.

Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Loh meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.

Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung.

Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.

Gambarajah 3: Motor Honda Pertama Diperkenalkan

Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia. Sehingga hari ini, nama Tan Sri masih lagi setanding dengan ahli korporat yang ternama yang lain walaupun telah meninggal dunia pada tahun 1995. Sehingga kini legasi Tan Sri masih kuat di Malaysia selagi motorsikal jenama Honda berada di atas jalan raya Malaysia. Tugasan ini akan mengupas ciri-ciri keusahawanan yang ada pada Tan Sri sehingga ia berjaya menjadikan beliau sebagai salah seorang usahawan yang berjaya walaupun buta huruf dan tidak mempunyai sebarang latar belakang akademik yang tinggi.
3

Ciri-ciri keusahawanan Tan Sri Loh Boon Siew Antara ciri-ciri keusahawanan yang dikenalpasti ada pada Tan Sri yang berjaya menjadikan beliau sebagai seorang usahawan yang berjaya dan amat disegani di Malaysia adalah:

I. II. III. IV. V. VI.

Berorientasikan Peluang Kemampuan Untuk Berwawasan Berkeyakinan Tinggi dan Optimistik Mempunyai Tahap Komitmen dan Keinginan Untuk Berjaya Yang Tinggi Mengambil Risiko Yang Sederhana Faktor-Faktor Persekitaran Luaran Politik dan Perundangan Ekonomi Sosio-budaya Persaingan Pelanggan/Pengguna Proses Kreativiti

Gambarajah 4: Tan Sri Loh Boon Siew Bersama Mr Soichiro Honda

Gambarajah 5: Pelancaran Motor Honda

Sumbangan

I.

Dia turut memainkan peranan dalam gabungan singkat antara Kwong Wah Yit Poh dan The Star (Malaysia) pada 1974,

II. III.

Jasa Baiknya merupakan penubuhan Hospital Lam Wah Ee di Pulau Pinang Menubuhkan Rumah Orang Tua Pulau Pinang - (Penang Old Folks Home).

Kesimpulan

Untuk menjadi seseorang usahawan yang berjaya bukanlah jalan yang mudah untuk dicapai. Seseorang itu haruslah bijak di dalam meramalkan produk yang sesuai untuk dipasarkan. Produk tersebut perlulah bersesuaian dengan faktor sosio-budaya masyarakat setempat. Idea untuk mendapatkan produk yang sesuai untuk dipasarkan juga bukanlah perlu dijanakan melalui proses yang panjang atau sukar, tetapi idea yang timbul secara tiba-tiba juga dapat membantu seseorang itu untuk menjadi usahawan yang berjaya. Seperti Tan Sri Loh Boon Siew, idea beliau yang datang secara tiba-tiba semasa berada di Osaka, Jepun itulah yang telah menjadikan beliau seorang usahawan yang berjaya. Dengan konsep Not to reinvent the wheel inilah yang telah memudahkan usaha beliau untuk menjadi usahawan yang berjaya. Dengan hanya membawa masuk motorsikal Honda ke Malaysia sebanyak 15 unit sahaya pada peringkat permulaan, ia terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Sehingga hari ini, lebih dari 2 juta unit motorsikal Honda berada di atas jalanraya Malaysia.

You might also like