You are on page 1of 12

Tokoh tokoh perniagaan orang cina di Malaysia.

LATAR BELAKANG

Robert Kuok Hock Nien lahir pada 6 Oktober 1923 di Johor Bahru,Johor. Beliau
merupakan ahli perniagaan Cina Malaysia. Merujuk kepada Forbes nilai kekayaannya
dianggarkan di sekitar $10.0 bilion pada tahun 2016, menjadikan beliau orang terkaya
di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara pada tahun tersebut.Kuok bermula dengan berniaga
gula, beras dan tepung di tahun 1949. Kini beliau adalah orang utama syarikat
multinational, Kumpulan Kuok. Kuok merupakan seorang yang pemalu pendiam dan
menyendiri; kebanyakan daripada perniagaannya dipegang oleh beliau dan keluarganya.

Selain daripada pelbagai jenis perniagaan sendiri di Malaysia, syarikat beliau


mempunyai pelaburan di banyak negara di Asia. Kepentingan perniagaannya merangkumi
daripadapenanaman tebu di(PerlisPlantationsBhd),penapisan gula,pengilangan tepung, pemak
anan binatang, minyak dan perlombongan hingga ke kewangan, hotel-hotel, hartanah,
perdagangan dan pengangkutan (International Shipping Corporation, Transmile Group) dan
penerbitan.
Bapanya, Kuok Keng Kang, seorang pendatang dari wilayah Fujian, China, membentuk
Tong Seng & Company di Johor selepas memperolehi lesennya dari Sultan Johor. Beliau telah
menguruskan Tong Seng sebagai syarikat yang masyhur dalam bidang pengedaran beras, gula
dan tepung di samping dagangan am dan barangan sejuk. Kemudian beliau diberi kontrak
membekal bahan mentah untuk kira-kira 50,000 tahanan perang Jepun di Johorketika perang
tamat. Perniagaan bapanya membolehkan Kuok belajar di sekolah aliran Cina dan Inggeris,
termasuklah di Raffeles College sebelum pencerobohan Jepun. Beliau kemudian bekerja
dengan Mitshubishi Dhoji Kaisha yang menjual garam, gula dan beras. Untuk memperbesarkan
perniagaan keluarganya, Kuok mencontohi hubungan rapat yang dipupuk oleh bapanya dengan
pemimpin Melayu Johor.

Titik permulaan empayarnya tercatat selepas Merdeka. Beliau menubuhkan Malaysia


Sugar Manufacturing Company pada tahun 1958 dengan kerjasama Mitsui Bussan Kaisha Ltd
dan Sugar Nissin Manufacturing. Pada 1964, beliau membina kilang gula pertama Malaysia,
Malayan Sugar Manufacturing dengan mendapat kuasa monopoli dari kerajaan. Beliau turut
membuka ladang tebu pertama negara, Perlis Plantation di tanah milik kerajaan dengan
bantuan Felda.

Pada sekitar 1970an, ladangnya diluaskan ke Indonesia, menjadikannya salah seorang


pedagang utama gula dunia. Urusannya mendapat kerjasama pihak berkuasa seperti Lembaga
Tabung Angkatan Tentera dan Amanah Saham Nasional yang membolehkan mengekalkan
hubungan peringkat tertinggi dengan kerajaan.

Ini mendorong kerajaan meminta bantuan Kuok untuk menubuhkan Malaysia-Singapore


Airlines (MSA) pada lewat 1960an serta syarikat perkapalan ulung negara, Malaysia Shipping
Line Corporation pada 1968 ( kini MISC ). Beliau juga terbabit dengan penubuhan Bank
Bumiputra Bhd dan Perbadanan Nasional Bhd yang dibentuk bagi menarik penyertaan orang
melayu di bidang ekonomi. Pada 1974, beliau memindahkan operasinya dari Malaysia dan
Singapura ke Hong Kong kerana sebab-sebab cukai. Ada pihak yang mengandaikan, langkah
ini disebabkan 'wujudnya persaingan sengit di kalangan usahawan Melayu dan Cina di
Malaysia, di samping keperluan memelihara kepentingan beliau sendiri'.
Di Hong Kong, Kuok menubuhkan Kerry Trading Company (kerry) dan melangkah ke
bidang media serta hartanah. Kerry menguasai kira-kira 10 syarikat terbitan awam Hong Kong,
termasuk South China Morning Post (SCMP), akhbar berbahasa Inggeris terunggul yang
dibelinya dari Rupert Murdoch pada 1993. Beliau juga mempunyai kepentingan dalam The
Bangkok Post. Dengan menggunakan SCMP, beliau mengambil alih TVE Holdings yang
terbabit dalam bidang hartanah, hiburan, runcit dan penerbitan dengan harga RM570
juta(AS$150) pada tahun 1996. Beliau juga adalah ahli perniagaan Asia pertama membina
rangkaian hotel lima bintang, Shangri-la.

Dari Hong Kong, Kuok beralih pula ke tanah besar China dengan melabur dalam bidang
pembangunan hartanah, hotel, dagangan, komoditi, khidmat gudang dan Coca Cola. Ketika
orang lain teragak-agak, Kuok memberanikan diri melabur di Negara bergolak seperti Indonesia
pada tahun 1960an dan Filipina pada 1980an. Hasilnya, beliau berjaya menjalin hubungan
kukuh dengan pihak berkuasa negara terbabit sejak empat dekat lalu. Beliau juga memupuk
hubungan baik dengan ahli perniagaan Cina Asia seperti Lim Sioe Liong, Oei Hong Leong, Li
Ka Shing, Tan Sri Khoo Kay Peng, Datuk Tan Chin Nam, Run Run Shaw, TT Tsui, Roberto
Ongpin dan Chatri Sophonpanich dalam apa yang kikatakan 'Rangkaian Bamboo'.
TAN SRI TEH HONG PIOW

LATAR BELAKANG

Tan Sri Teh Hong Piow dilahirkan pada 14 Mac 1930 di Singapura dan telah mendapat
pendidikan di Sekolah Anglo Cina di Singapura. Merujuk kepada Forbes nilai kekayaannya
dianggarkan di sekitar $8.4 bilion pada tahun 2016, Pada tahun 1956, Beliau telah berkahwin
dengan Puan Sri Tay Sock Noy dan mempunyai satu anak lelaki iaitu Teh Lee Pang dan tiga
anak perempuan iaitu Teh Li Ming, Teh Li Hua dan Teh Li Shian.

Tan Sri Teh telah bekerja sebagai kerani di Oversea Chinese Banking Corporation pada
tahun 1950 dan telah berjaya dinaikkan pangkat kepada pegawai selepas 5 tahun. Selepas itu,
Beliau telah bekerja di Maybank dan dilantik sebagai pengurus sehingga dilantik sebagai
pengurus besar semasa berusia 34 tahun.

Pada 6 Ogos 1966, Tan Sri Teh telah memiliki bank sendiri iaitu Public Bank dan telah
dilantik sebagai Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Public Bank. Selain itu, Public
Bank telah disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada tahun 1967 dan telah
menjadi bank ketiga terbesar di Malaysia pada masa kini tanpa mencatatkan kerugian.

Salah satu keistimewaan Public Bank Berhad adalah dana pemegang saham yang kini
bernilai lebih 6 bilion iaitu kedua tertinggi antara institusi perbankan di Malaysia. Tambahan
pula, permodalan pasarannya pula bernilai lebih daripada 10 bilion iaitu yag kedua terbesar
antara semua syarikat perkhidmatan kewangan yang tersenarai di BSKL dan yang kelapan
terbesar antara 563 syarikat yang tersenarai dalam BSKL.
Seterusnya, Public Bank Berhad juga berjaya mendapat penarafan kewangan yang
tinggi bagi institusi kewangan di Malaysia. Agensi penafaran Malaysia telah memberikan
penarafan AA1 kepada Public Bank Berhad pada 7 Mei 2002 yang sekali gus menggambarkan
imbangan duganya yang kukuh, profil kreditnya yang baik dan kebolehan serta daya tahannya
yang kukuh bagi menempuh keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Kini, Public Bank Berhad mempunyai 394 buah cawangan iaitu 226 buah cawangan
Public Bank dan 168 buah cawangan Public Finance. Oleh itu, Public Bank Berhad adalah bank
kedua yang terbesar di Malaysia daripada segi jaringan cawangan yang luas ini dilengkapi
dengan sistem perbankan dalam talian.

Public Bank Berhad mempunyai seramai 12537 orang pekerja dan daripada segi
pemegang saham , Public Bank Berhad mempunyai seramai 86624 orang pemegang saham.
Selain itu, Tan Sri Teh telah menubuhkan Jabatan Perhubungan Pelabur yang diketuai oleh
Pengarah Urusan Kumpulan Public Bank dan dibantu oleh sekumpulan ahli pengurusan kanan
supaya menggalakkan lagi amalan urus tadbir korporat dan ketelusan. Jabatan ini telah
berfungsi sebagai saluran komunikasi yang utama dengan para pelabur, mengadakan
mesyuarat dengan penganalisis ekuiti, pengurus dana dan pelabur, mengadakan sidang video
dengan para pelabur, menyertai forum pelaburan di peringkat kebangsaan dan juga
antarabangsa.

Seterusnya, Moto Kumpulan Public Bank adalah Kecermelangan adalah Komitmen


Kami melalui pelaksanaan langkah-langkah seperti memberikan perkhidmatan yang cekap dan
bersopan dalam setiap aspek perniagaan, menyemai sifat inovatif dalam membangunkan
kemudahan perbankan yang terbaru. Selain itu, juga menjaga kebajikan pekerja dan menjadi
warga korporat yang bertanggungjawab dan sentiasa menjalankan kerja-kerja kebajikan,
mematuhi segala dasar dan objektif kerajaan dan menyumbang ke arah pembangunan negara.
TAN SRI DATO' LEE SHIN CHENG

LATAR BELAKANG

Tan Sri Dato Lee Shin Cheng adalah seorang usahawan Malaysia yang terlibat secara
mendalam di dalam industri perladangan. Merujuk kepada Forbes nilai kekayaannya
dianggarkan di sekitar $4.4 bilion pada tahun 2016, Lee Shin Cheng mengetuai IOI Corporation
Berhad (lebih dikenali sebagai IOI Group) sebagai pengerusi eksekutif. IOI Group, yang mana
telah tersenarai di Bursa Malaysia, adalah salah satu daripada konglolerat dunia yang
menerajui pengurusan ladang minyak kelapa sawit, khususnya lemak, oleokimia dan aktiviti-
aktiviti pembangunan hartanah di Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat dan Eropah. Kilang
penapisan minyak sawit IOI di Rotterdam, Netherlands merupakan kilang penapisan minyak
sawit yang terbesar di Eropah. Ladang kelapa sawit IOI di Malaysia dan Indonesia
mengeluarkan minyak sawit dan juga minyak kernel. Minyak ini kemudiannya diproses menjadi
minyak, metallic stearates dan lemak yang digunakan untuk membuat sabun, pembersih,
bahan kosmetik dan bahan penambah dalam makanan. IOI Group juga merupakan peneraju
bidang pembangunan hartanah di Malaysia: projek-projeknya termasuk, bandar perlabuhan,
pusat membeli-belah, kondominium, menara pejabat dan pusat peranginan.

Tan Sri Dato Lee membesar di bahagian utara Kuala Lumpur di dalam ladang getah di
mana ayahnya menjalankan perniagaan kecilan, kedai makan untuk orang-orang Cina. Dia
meninggalkan sekolah seawal umurnya 11 tahun untuk membantu keluarga dengan menjual ais
krim di atas basikal selama 4 tahun sebelum menyambung kembali persekolahan
menengahnya. Dia memohon pekerjaan dengan syarikat ladang kelapa sawit sebagai
supervisor tetapi permohonannya ditolak. Alasan yang diberikan dia tidak fasih berbahasa
Inggeris ini mustahak kerana orang Eropah masih lagi memiliki kebanyakkan daripada
ladang-ladang kelapa sawit ketika itu. Tan Sri dato Lee yang hanya berumur 22 tahun ketika
itu, tidak kecewa dengan penolakkan oleh Dunlop Estate. Dia kemudiannya memohon lagi
pekerjaan sebagai supervisor di syarikat kelapa sawit yang lain dan diterima.

Selepas lebih kurang 20 tahun, Tan Sri Dato Lee telah dapat membalas dendamnya
bila dia berjaya mengumpulkan wang yang secukupnya untuk membeli Dunlop Estate. Pada
tahun 2008, dia menyuarakan rasa kegembiraannya di dalam temuramah dengan akhbar New
Straits Times.Hari yang paling mengembirakan saya ialah pada tahun 1989 bila saya membeli
Dunlop Estate daripada Multi-Purpose Holdings Bhd. Ini kerana semasa tahun 1960 an, saya
telah memohon pekerjaan di Dunlop Estate tetapi mereka tidak mengambil saya bekerja
disebabkan saya tidak mempunyai kelayakkan akademik yang cukup. Sekiranya mereka
mengambil saya bekerja, hari ini mungkin saya tidak akan dapat memiliki ke semua aset Dunlop
Estate. Pembelian ini mencatatkan satu peristiwa yang amat penting di dalam hidup saya.
katanya.
TAN SRI LIM GOH TONG

LATAR BELAKANG

Berasal dari negara China dan berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1937 mengikut
jejak langkah sepupunya Menjual biji benih sebagai sumber pendapatan keluarga selepas
bapanya meninggal dunia ketika beliau berusia 16 tahun Pada mulanya berkerja di Malaysia
sebagai tukang kayu dan berkembang sehinggalah berjaya menubuhkan syarikat pembinaan
Kien Huat yang bertaraf kontraktor Kelas A. Antara projek-projek yang dilaksanakan ialah
Empangan Ayer Itam yang terletak di Pulau Pinang dan Projek Pengairan Kemubu Lim Goh
Tong tidak fasih berbahasa Inggeris sebaliknya hanya berurusniaga dengan menggunakan
Bahasa Mandarin & Bahasa Melayu. Sekiranya memerlukan, beliau akan menggunakan
khidmat penterjemah. Pemilik Genting Group, Asiatic Development Berhad & Star Cruises.
Projek Indahpura seluas 8000 ekar yang terletak di Kulai, Johor merupakan salah satu projek
pembangunan hartanah oleh Asiatic. Merujuk kepada Forbes nilai kekayaannya dianggarkan di
sekitar $4.0 bilion pada tahun 2016,

Pahit maung Lim Goh Tong membangunkan Genting Hinglands

1. Ideanya bermula ketika umur bersara - hampir 50-an.

Usia 50-an, ramai orang dah mula fikir hendak main-main dengan cucu, hendak jaga
ayam kerbau, hendak duduk di masjid, tapi tidak dengan Lim Goh Tong. Dia tidak
pernah terfikir untuk bersara. Bahkan dengan kewangan selesa, dia tetap sanggup
mengambil risiko kerana baginya, bila-bila saja adalah waktu terbaik untuk memulakan
sesuatu teroka niaga, terutamanya yang tidak dianggap menarik oleh orang lain.

2. Orang kata dia gila, bodoh dan digelak kawan-kawan.

Bila dia kata nak bangunkan kawasan hutan, di puncak Genting Sempah sebagai
kawasan peranginan terkenal, ramai kawan dan rakannya tercengang tidak percaya.
Ada kata dia gila dan ramai juga yang gelakkan idea dia. Bahkan ada seorang rakannya
kata ideanya seperti cerita ajaib dalam Hikayat Seribu Satu Malam.

3. 9 hari 9 malam panjat dan periksa gunung.


Lim Goh Tong bentuk satu pasukan seramai 20 orang untuk meninjau dan memeriksa
keadaan gunung. Beliau dan pasukannya terpaksa merentas hutan rimba tebal,
mendaki banyak gunung curam, dan menyeberangi banyak anak air dan sungai,
sebelum sampai di puncak Gunung Kali.

4. Terpaksa mengadap Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia.

Idea Lim Goh Tong diterima baik Tunku bagaikan bulan jatuh ke riba. Kebetulan
kerajaan memang apa perancangan untuk bangunkan Gunung Kali. Tapi atas beberapa
kesulitan, rancangan itu terpaksa diketepikan. Supaya rancangan itu tidak dikecam
pembangkang, yang pada masa itu pihak kerajaan terlibat konfrontasi dengan
Indonesia, maka Tunku merasakan lebih wajar sektor swasta yang terlibat
membangunkan gunung tersebut. Akhirnya syarikat Lim Goh Tong yang terpilih.

5. 15 tahun untuk bila jalan masuk berjaya disingkatkan.

Sukarnya membina jalan ke puncak hinggakan hasil pemeriksaan Jabatan Kerja Raya
(JKR) mendapati untuk membina jalan masuk saja perlukan masa 15 tahun. Tapi atas
penilaian semula dan kesanggupan Lim Goh Tong sendiri, tempoh membina jalan
disingkatkan dari 15 tahun kepada 6 tahun, dan akhirnya kerajaan memutuskan perlu
jalan masuk tersebut perlu disiapkan dalam tempoh 3 tahun dengan subsidi sebanyak
RM9000, 000 jika berjaya menyiapkannya dalam tempoh tersebut. Lim akhirnya berjaya
juga menyiapkan jalan masuk dalam tempoh yang dianggap tidak logik itu.

6. Kerja 24 jam 7 hari seminggu.

Kerana tempoh 3 tahun untuk siapkan jalan masuk sangat singkat dan tidak logik, Lim
dan pasukannya terpaksa bekerja keras 24 jam 7 hari hari seminggu. Tiada hari rehat,
baik hari minggu mahupun hari cuti.

7. Terpaksa tinggal di dalam hutan dan gua.

Untuk menjimatkan masa, Lim Goh Tong dan pasukannya terpaksa tinggal di dalam
hutan dan juga di dalam gua. Kadang-kadang semasa menebas hutan dara yang tebal,
ada pekerjanya yang terserempak harimau

8. Dia kuli dialah bos.

Kerana projek ini dia punya, terpaksalah Lim Goh Tong menguruskan segala-galanya.
Dia terpaksa bertindak sebagai sebagai pengurus projek, jurutera, pengawal kewangan,
buruh serta penyelesai masalah.

9. Hampir maut berkali-kali.

6 kali Lim Goh Tong nyaris hilang nyawa. Satu kali dia hanya cedera ringan ditimpa
pokok. tergantung dalam jip yang tergelincir dan tersangkut di cerunan dalam, brek
kereta tidak makan dan hampir terhumban ke dalan gaung, hampir tertanam hidup-hidup
di bawah runtuhan tanah, kepala ditimpa pokok buluh hingga tergigit lidah dan kepala
berdarah-darah, kayu yang melantun dari rempuhan roda mesin penggorek yang
tercabut menghentam pinggannya dengan kuat.
10. Pekerja maut jauh dari tingkat 14.

Seorang pekerjanya maut akibat jatuh dari tingkat 14 sebuah bangunan yang sedang
dibina.

11. 7 tahun tanpa pendapatan.

Selama 7 tahun, dari 1965 hinggalah dibuka dengan rasmi pada tahun 1971, Lim Goh
Tong telah berbelanja habis-habisan tanpa pulangan satu sen pun. Wang belanjanya
diambil daripada pendapatan daripada Rancangan Pengairan Kemubu di Kelantan,
jualan ladang getah seluas 810 hektar di Segamat, Johor dan pelaburan semua wang
dari perlombongan besi, kerja sebagai subkontraktor dan perniagaan perkakasan.
Kerana wang yang digunakan terlalu banyak, dia hampir muflis dan kesihatannya
hampir terjejas.

12. Tanah runtuh di 180 tampat di jalan masuk Genting.

Akibat hujan ribut yang paling dasyat sejak seabad lalu, Lim Goh Tong terpaksa
mengambil masa selama 4 bulan untuk membaiki kawasan yang rosak sebelum dibuka
dengan rasmi pada 8 Mei 1971.

Akhirnya, pada 8 Mei 1971, Genting Highlands memulakan perniagaan rasminya setelah
melalui pelbagai rintangan, onak dan duri. Lim Goh Tong mampu tersenyum lebar kerana
projek mega inilah yang pernah meletakkannya sebagai orang yang terkaya di Malaysia dan
antara orang yang terkaya di dunia. Menurut majalah Forbes Asia Lim merupakan orang
yang paling kaya di Asia dengan jumlah aset US$42.2bil (RM160.6 bil) pada tahun 2006
hingga beliau meninggal dunia pada 23 Oktober 2007.
http://www.forbes.com/global/2006/0605/035.html

https://macryptic.wordpress.com/2012/05/26/sejarah-fakta-menarik-tentang-lim-goh-tong-
pengasas-genting/

http://www.ioigroup.com/Content/CI/D1

You might also like