You are on page 1of 6

Kejayaan Keusahawan

Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank)

Tan Sri Teh Hong Piow

Tan Sri Teh Hong Piow dilahirkan pada 14 Mac 1930 di Singapura
dan telah mendapat pendidikan di Sekolah Anglo Cina di Singapura.
Pada tahun 1956, Beliau telah berkahwin dengan Puan Sri Tay Sock
Noy dan mempunyai satu anak lelaki iaitu Teh Lee Pang dan tiga anak
perempuan iaitu Teh Li Ming, Teh Li Hua dan Teh Li Shian.

Tan Sri Teh telah bekerja sebagai kerani di Oversea Chinese


Banking Corporation pada tahun 1950 dan telah berjaya dinaikkan
pangkat kepada pegawai selepas 5 tahun. Selepas itu, Beliau telah
bekerja di Maybank dan dilantik sebagai pengurus sehingga dilantik
sebagai pengurus besar semasa berusia 34 tahun.
Pada 6 Ogos 1966, Tan Sri Teh telah memiliki bank sendiri iaitu
Public Bank dan telah dilantik sebagai Pengarah dan Ketua Pegawai
Eksekutif (CEO) Public Bank. Selain itu, Public Bank telah disenaraikan
dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada tahun 1967 dan telah
menjadi bank ketiga terbesar di Malaysia pada masa kini tanpa
mencatatkan kerugian.

Salah satu keistimewaan Public Bank Berhad adalah dana


pemegang saham yang kini bernilai lebih 6 bilion iaitu kedua tertinggi
antara institusi perbankan di Malaysia. Tambahan pula, permodalan
pasarannya pula bernilai lebih daripada 10 bilion iaitu yag kedua
terbesar antara semua syarikat perkhidmatan kewangan yang tersenarai
di BSKL dan yang kelapan terbesar antara 563 syarikat yang tersenarai
dalam BSKL.

Seterusnya, Public Bank Berhad juga berjaya mendapat penarafan


kewangan yang tinggi bagi institusi kewangan di Malaysia. Agensi
penafaran Malaysia telah memberikan penarafan AA1 kepada Public
Bank Berhad pada 7 Mei 2002 yang sekali gus menggambarkan
imbangan duganya yang kukuh, profil kreditnya yang baik dan
kebolehan serta daya tahannya yang kukuh bagi menempuh keadaan
ekonomi yang tidak menentu.

Kini, Public Bank Berhad mempunyai 394 buah cawangan iaitu


226 buah cawangan Public Bank dan 168 buah cawangan Public
Finance. Oleh itu, Public Bank Berhad adalah bank kedua yang terbesar
di Malaysia daripada segi jaringan cawangan yang luas ini dilengkapi
dengan sistem perbankan dalam talian.

Public Bank Berhad mempunyai seramai 12537 orang pekerja dan


daripada segi pemegang saham , Public Bank Berhad mempunyai
seramai 86624 orang pemegang saham. Selain itu, Tan Sri Teh telah
menubuhkan Jabatan Perhubungan Pelabur yang diketuai oleh
Pengarah Urusan Kumpulan Public Bank dan dibantu oleh sekumpulan
ahli pengurusan kanan supaya menggalakkan lagi amalan urus tadbir
korporat dan ketelusan. Jabatan ini telah berfungsi sebagai saluran
komunikasi yang utama dengan para pelabur, mengadakan mesyuarat
dengan penganalisis ekuiti, pengurus dana dan pelabur, mengadakan
sidang video dengan para pelabur, menyertai forum pelaburan di
peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.
Seterusnya, Moto Kumpulan Public Bank adalah “ Kecermelangan
adalah Komitmen Kami” melalui pelaksanaan langkah-langkah seperti
memberikan perkhidmatan yang cekap dan bersopan dalam setiap
aspek perniagaan, menyemai sifat inovatif dalam membangunkan
kemudahan perbankan yang terbaru. Selain itu, juga menjaga kebajikan
pekerja dan menjadi warga korporat yang bertanggungjawab dan
sentiasa menjalankan kerja-kerja kebajikan, mematuhi segala dasar dan
objektif kerajaan dan menyumbang ke arah pembangunan negara. 

Sebab saya memilih Tan Sri Teh sebagai usahawan yang berjaya
untuk menulis blog saya adalah beliau adalah seorang yang rajin dan
tidak memutus asas dalam apa yang beliau lakukan. Public Bank telah
diuruskan oleh Tan Sri Teh sehingga sekarang walaupun beliau sudah
berumur 84 tahun dan bank tersebut telah menjadi bank ketiga terbesar
di Malaysia pada masa kini tanpa mencatatkan kerugian. Ini bermakna
Tan Sri Teh merupakan seorang pemimpin yang bagus dan mempunyai
pengalaman dalam menguruskan bank sendiri disebabkan memberikan
perkhidmatan yang cekap dan bersopan dalam setiap aspek
perniagaan, menyemai sifat inovatif dalam membangunkan kemudahan
perbankan yang terbaru. Selain itu, beliau juga menjaga kebajikan
pekerja maka pekerja mempunyai prestasi yang baik atas kerja mereka.
RAJIN DAN TIDAK BERPUTUS ASA : TAN SRI TEH HONG PIOW

Tan Sri Teh Hong Piow dilahirkan pada 14 Mac 1930, di Singapura dan
telah mendapat pendidikan di Sekolah Anglo Cina di Singapura. Pada tahun
1956, beliau telah berkahwin dengan Puan Sri Tay Sock Noy dan mempunyai
seorang anak lelaki iaitu Teh Lee Pang dan tiga anak perempuan iaitu Teh Li
Ming, Teh Li Hua, dan Teh Li Shian. Tan Sri Teh pernah bekerja sebagai kerani
di sebuah syarikat di Oversea Chinese Banking Corporation pada tahun 1950
dan telah berjaya dinaikkan pangkat kepada seorang pegawai selepas lima tahun
beliau berkhidmat di syarikat tersebut. Selepas itu, beliau telah bekerja di
Maybank dan dilantik sebagai pengurus setersunya dilantik sebagai pengurus
besar semasa beliau berusia 34 tahun.

            Dengan memiliki keyakinan dan keazaman yang tinggi, pada 6 Ogos
1966, Tan Sri Teh telah memiliki bank sendiri iaitu Public Bank dan telah
dilantik sebagai Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Public Bank.
Selain itu, Public Bank telah disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur
(BSKL) pada tahun 1967 sekali gus menjadi bank ketiga terbesar di Malaysia
pada masa kini tanpa mencatatkan kerugian.

            Sepanjang pemerintahan beliau, Public Bank telah memperoleh pelbagai


kejayaan, antaranya ialah Public Bank telah berjaya mendapat taraf kewangan
yang tinggi bagi institusi kewangan di Malaysia. Sebagai contoh, agensi
penafaran Malaysia telah memberikan penarafan AA1 kepada Public Bank
Berhad pada 7 Mei 2002 yang sekali gus menggambarkan imbangan yang
kukuh. Kini, Public Bank telah mempunyai 394 buah cawangan di Malaysia.
Public Bank Berhad juga mempunyai seramai 12537 orang pekerja dan darip
segi pemegang saham, Public Bank mempunyai seramai 86624 orang pemegang
saham. Selain itu, Tan Sri Teh telah menubuhkan Jabatan Perhubungan Pelabur
yang diketuai oleh Pengarah Urusan Kumpulan Public Bank dan dibantu oleh
sekumpulan ahli pengurusan kanan supaya amalam urus tadbir berjalan dengan
lancar.

            Tan Sri Teh Hong Piow memiliki ciri keusahawanan yang patut
dicontohi oleh usahawan pada masa kini. Antaranya ialah, beliau seorang yang
rajin dan tidak berputus asa dalam apa yang beliau lakukan. Sebagai bukti,
Public Bank telah diuruskan oleh Tan Sri Teh sehingga sekarang walaupun
beliau sudah berumur 86 tahun dan bank tersebut telah menjadi bank ketiga
terbesar di Malaysia pada masa kini tanpa mencatatkan kerugian. Hal ini jelas
sekali Tan Sri Teh merupakan seorang pengurus, pemimpin yang bagus dan
mempunyai banyak pengalaman dalam menguruskan bank sendiri kerana telah
memberikan perkhidmatan yang cekap dan teliti dalam setiap aspek perniagaan.
Dalam masa yang sama juga, beliau sangat mementingkan kebajikan pekerja
dan sekali gus telah mendorong pekerja mempunyai prestasi yang baik atas
kerja mereka.

            Sikap yang rajin dan tidak pernah berputus asa Tan Sri Teh Hong Piow
juga dapat dibuktikan melalui latar belakang keluarganya yang miskin dan tanpa
mendapat perhatian seorang ibu. Tan Sri Teh membesar dengan memakai apa
sahaja yang ada, termasuk pakaian koyak-rabak dan kasut yang dua kali lebih
besar daripada saiz kakinya. Ketika di bangku sekolah, beliau membantu
bapanya dengan memeriksa barangan perniagaan bapanya yang baru sampai
dan menaip surat serta menjual rokok semasa pemerintahan Jepun bagi
membantu keluarganya. Beliau juga turut mencari duit dengan menganjurkan
perkelahan kepada rakan-rakannya di sekolah dengan mengenakan bayaran
yang berpatutan. Pada ketika itu, beliau juga turut menyewa lori bagi
mengangkut rakan-rakan mereka ke pantai. Dengan sebuah kamera yang
dipinjamnya, beliau merakamkan kegiatan mereka dan menjual gambar itu
dengan harga murah.

            Kehidupan Tan Sri Teh Hong Piow pada zaman kanak-kanak yang
dibelenggu kemiskinan telah mendorong beliau bekerja keras untuk mengubah
nasib keluarganya yang serba kekurangan itu. Oleh hal yang demikian, ternyata
sikap rajin dan tidak boleh berputus asa perlu ada dalam diri setiap usahawan
bagi merealisasikan impian masing-masing dapat dicapai. Namun, Tan Sri Teh
Hong Piow pernah berkata bahawa kejayaan seseorang usahawan dianggap
mutlak apabila semua pencapaian yang ada diperuntukkan sebagai asas
perkembangan perniagaan dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, kejayaan
ialah satu perjalanan dan bukannya matlamat dan kita tidak boleh leka
sedikitpun bagi mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

You might also like