You are on page 1of 17

SUMBANGAN SOSIAL TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI SEPANJANG

TEMPOH PEMERINTAHAN BELIAU

Setiap negara di seluruh dunia semestinya mempunyai sistem pemerintahan

yang menjadi aspek prioriti bagi memastikan negara tersebut kekal makmur dan aman

dengan adanya pentadbiran yang teratur. Hal ini dikatakan sedemikian kerana sistem

pemerintahan yang berkesan boleh diibaratkan sebagai akar yang kukuh kepada

kemegahan negara agar dapat berdiri dengan teguh bagi memberikan perlindungan

kepada rakyat jelatanya. Bayangkan, sekiranya sesebuah negara tidak mempunyai

sistem pemerintahan yang kukuh, sudah semestinya negara tersebut akan

terumbang-ambing dalam menghadapi pelbagai kemelut terutamanya kemelut politik

yang dicetuskan oleh segelintir pihak yang bersifat bagai enau dalam belukar,

melepaskan pucuk masing-masing tanpa mengambil peduli kelangsungan negara.

Menurut Wikipedia bahasa Melayu, istilah pemerintahan boleh didefinisikan sebagai

cara yang digunakan untuk menguatkuasakan dasar negara. Berdasarkan sumber

sejarah, terdapat lima sistem pemerintahan perdana yang diamalkan oleh

kebanyakan negara termasuk negara kita, Malaysia terutamanya sistem

pemerintahan oligarki, aristokrasi, tirani, monarki dan demokrasi. Secara umumnya,

negara kita mengamalkan sistem pemerintahan 1Demokrasi Berparlimen di bawah

pentadbiran Raja Berperlembagaan di mana Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan

Agong sebagai Ketua Negara dan dibantu oleh Kabinet atau Jemaah Menteri yang

diketuai oleh Perdana Menteri bagi memenuhi syarat Demokrasi Berparlimen dengan
2pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan iaitu

Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. Terdapat beberapa ciri

11Malike Brahim,"Sistem Demokrasi Berparlimen Di Malaysia, Petaling Jaya" ,IBS BUKU SDN
BHD,2012,28
2 Malike Brahim,"Sistem Demokrasi Berparlimen Di Malaysia, Petaling Jaya"IBS BUKU SDN

BHD,2012,44

1
sistem demokrasi berparlimen seperti perlembagaan, parlimen, kebebasan asasi,

pilihan raya, kewujudan parti politik dan Raja Berperlembagaan di mana YDPA

menggalas tanggungjawab tunjang untuk menentukan haluan negara seperti

memperkenalkan undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen berdasarkan

Perkara 66(4) Perlembagaan Persekutuan dan melantik seorang Perdana Menteri

mengikut Perkara 40(2)(a). "Sesungguhnya, jawatan yang telah saya pikul ini

bukanlah satu kemegahan sebaliknya datang dengan suatu beban tanggungjawab

yang berat. "Berikutlah kata-kata Perdana Menteri Malaysia ke-8 yang bertarikh 16

Ogos 2021 di mana beliau menegaskan bahawa Perdana Menteri mempunyai tugas

yang berat seperti menjadi Ketua Kerajaan Malaysia dan menasihati Yang Dipertuan

Agong dalam membuat keputusan berkaitan negara. Totalnya, negara kita

mempunyai tujuh Perdana Menteri yang diberikan kepercayaan untuk mengemudi

negara bermula dari detik kemerdekaan yang dilakar pada 31 Ogos 1957 iaitu Tunku

Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak bin Hussein, Tun Hussein bin Onn, Tun

Dr Mahathir bin Mohamad, Tun Abdullah bin Ahmad Badawi, Dato Seri Najib bin Tun

Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Setiap Perdana Menteri dikurniai gelaran

"Bapa" oleh YDPA bagi menghargai sumbangan mereka dalam membantu

menyeimbangkan pentadbiran negara sepanjang tempoh menyandang jawatan

tersebut. Sudah semestinya semua Perdana Menteri yang dipilih akan berusaha gigih

untuk menabur bakti bagi membuktikan kelayakan mereka untuk memimpin negara

ke arah kemodenan. Begitu jugalah yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia

yang kelima iaitu Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi sehingga mendapat gelaran “Bapa

Pembangunan Modal Insan”. Nama negarawan yang memperoleh julukan ‘Mr. Nice

Guy’ ini sangat akrab di telinga warga Malaysia dan dan pemimpin Asia Tenggara

memandangkan beliau dikenali sebagai seorang yang sangat ramah serta tidak

2
meninggi diri. Barangkali beliau mengikut resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk.

Meskipun beliau hanya memerintah selama lima tahun dan menyambung perangkaan

pembangunan negara yang telah dirancang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad,namun

sumbangan beliau kekal dikenang sehingga kini terutamanya dari aspek sosial. Hal

ini membuktikan bahawa kewibawaan dan kepimpinan beliau ang berteraskan prinsip

modal insan membuahkan hasil memandangkan sumbangan beliau tidak pernah

dilupakan oleh rakyat jelata sebaliknya memberikan kesan yang amat efektif kepada

pembangunan taraf hidup rakyat ke tahap yang lebih maju dari aspek

kehidupan,pemikiran dan modal insannya. Persoalannya,apakah sumbangan sosial

Tun Abdullah Ahmad Badawi selama tempoh 6 tahun sehingga beliau diberikan

kepercayaan untuk mengemudi negara dari tahun 2003 hingga 2009? Hakikatnya,

persoalan yang sentiasa menghiasi gawang minda kita ini harus dibincangkan dengan

lebih terperinci bagi memupuk semangat cinta akan negara dan budaya kepimpinan

yang utuh dalam kalangan generasi muda kerana pemuda harapan bangsa,pemudi

tiang negara.

Sebelum kita memulakan tirai perbincangan yang perdana berkenaan

sumbangan sosial Tun Abdullah Ahmad Badawi sepanjang era pemerintahannya,

marilah kita mengenali dengan lebih lanjut latar belakang beliau. Berdasarkan

perincian daripada Wikipedia Bahasa Melayu,3Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan

pada 26 November 1939 dan dibesarkan dalam kalangan keluarga ulama yang

tersohor di Kampung Perlis,Bayan Lepas . Beliau menerima pendidikan menengah di

sebuah alma mater iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tinggi, Mertajam dan

Methodist Boys School, Pulau Pinang.Setelah berjaya menamatkan persekolahan,

3Sivamurugan Pandian,"Abdullah Ahmad Badawi Satu Tahun di Putrajaya,Pulau Pinang"Utusan


Publications & Distributors Sdn.Bhd,2004,27

3
beliau dikatakan ibarat berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak

dengan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di sebuah sekolah. Beliau kemudiannya

melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia untuk menyambung pengajian.

Sejujurnya, beliau ingin menceburi bidang ekonomi di universiti tersebut,namun

harapannya tidak kesampaian apabila beliau gagal dalam kertas statistik. Kendatipun

begitu, beliau tidak berputus asa dan mengambil keputusan untuk melanjutkan

pengajian dalam bidang Pengajian Islam. Kesungguhan beliau dalam menyertai

pengajian akhirnya membuahkan hasil apabila beliau berjaya memperolehi 4ijazah

Sarjana Muda dengan Kepujian dalam Pengajian Islam pada tahun 1964. Maklumlah,

di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.Tun Abdullah berkahwin dengan Datin Seri

Endon Binti Datuk Mahmud pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahaya mata

iaitu Kamaruddin dan Nori berkat kasih sayang dalam perkahwinan mereka yang

boleh dikatakan bagai inai dengan kuku. Ayahanda beliau,Seikh Abdullah Fahim

merupakan seorang ahli politik yang pernah menjadi ahli parlimen bagi kawasan

Kepala Batas dan pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Kerajaan Negeri(EXCO

Agama) sehingga tahun 1977. Tidak kurang daripada itu,datuk kepada Tun Abdullah

Ahmad Badawi dengan nama Haji Abdullah Fahim merupakan individu yang

memainkan peranan penting dalam uslub menentang penjajahan Inggeris ke atas

Tanah Melayu dengan menggagalkan pemerintahan Malayan Union yang ingin

diperkenalkan oleh London selepas Perang Dunia Kedua berakhir. Dalam pada

itu,beliau juga merupakan ahli politik yang gigih mempertahankan kemerdekaan

negaranya. Untuk mengukuhkan pernyataan di atas,beliau dikatakan pernah

berunding mengenai tarikh pengisytiharan kemerdekaan negara bersama sama

4Sivamurugan Pandian,"Abdullah Ahmad Badawi Jalan ke Puncak,Kuala Lumpur"Utusan


Publications & Distributors Sdn.Bhd,2005,18

4
Tunku Abdul Rahman. Di samping itu,beliau pernah menjadi Mufti Pulau Pinang dan

merupakan ahli UMNO yang pertama di seberang Perai sehingga membolehkan

beliau dilantik sebagai ahli jawatankuasa tetap bagi memberi nasihat hal ehwal

agama Islam kepada UMNO. Hal ini sememangnya wajar kerana beliau amat mahir

dalam selok-belok ilmu agama memandangkan beliau pernah mendapat pendidikan

di Mekah. Benarlah peribahasa Melayu yang menyatakan bahawa rebung tidak jauh

dari rumpun apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi kemudiannya mengikut jejak

langkah ayah dan datuknya yang berkecimpung dalam dunia politik. Sekiranya dikaji

semula, Tun Abdullah Ahmad Badawi memulakan kerjaya dalam bidang politik dari

titik beliau memutuskan untuk terlibat secara langsung dalam bidang politik dan

bertanding dalam pilihan raya bagi kawasan parlimen Kepala Batas pada 1974 serta

memenangi undi majoriti sebanyak 5029. Penglibatan beliau dalam bidang politik

kelihatan amat menyerlah semenjak 1981 apabila beliau terus-menerus menyandang

jawatan yang tinggi. Tamsilnya,beliau pernah dilantik sebagai Naib Presiden UMNO

dan Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Dr Mahathir.Rentetan daripada pelbagai

jawatan yang telah disandang olehnya,beliau diberikan kepercayaan oleh rakyat dan

YDPA untuk membantu baginda menguruskan negara dengan menjanjikan

pentadbiran yang tegas dan saksama sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima.

Beliau menggunakan slogan 'Jangan bekerja untuk saya,tetapi mari 5bekerja bersama

sama saya' sepanjang pemerintahannya. Komitmen beliau amat tinggi untuk

melahirkan pentadbiran yang jujur, efisien, Islamik,adil dan peka kepada nasib

penduduk luar bandar dan kawasan yang tidak mendapat perhatian sebelumnya

ibarat tidak memandang bulu,tidak memandang rupa sehingga terdapat penganalisis

5Sivamurugan Pandian,"Abdullah Ahmad Badawi Satu Tahun di Putrajaya"Utusan Publications &


Distributors Sdn.Bhd,2004,33

5
politik tanah air merumuskan kepimpinan beliau dengan menulis,' Beliau menangani

banyak isu-isu kecil yang mengesankan rakyat terbanyak.' Sejurus daripada

itu,semua pihak terutamanya generasi muda seharusnya mencontohi nilai

kerajinan,ketabahan dan kejujuran beliau agar dapat berfikir dengan rasional dan

berwibawa dalam melaksanakan tanggungjawab . Maklumlah,Imam Al-Ghazali

pernah berkata,'Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara,lihatlah generasi

mudanya pada hari ini.'

Berakar umbi dari persoalan di atas, salah satu sumbangan Tun Abdullah

Ahmad Badawi ialah beliau telah memperkenalkan konsep Islam Hadhari yang

dipercayai sebagai satu agenda perdana untuk meletakkan bangsa Malaysia di arah

yang cemerlang. Hal ini kerana beliau percaya bahawa Islam Hadhari dapat

memberikan tekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan

peradaban melalui pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha

mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan,

kesihatan serta fizikal secara menyeluruh. Dengan kata lain,Islam Hadhari

memberikan fokus kepada kehidupan untuk mewujudkan satu persepsi yang betul

berkaitan dengan Islam yang menjadi anutan masyarakat Islam dalam menghadapi

arus globalisasi yang kian mencabar. Hal ini demikian kerana kita dapat melihat

kepercayaan agama dalam kalangan masyarakat kian berkurang serta mudah

terpengaruh dengan ajaran-ajaran sesat sehingga memesongkan akal fikiran mereka

daripada landasan agama yang betul. Gejala-gejala sosial seperti rogol dan lumba

haram yang sering terpampang di dada akhbar telah menjadi satu penanda aras

bahawa masyarakat kian alpa akan tanggungjawab mereka terhadap agama kerana

sering dihidangkan dengan kemewahan dunia. Pengenalan konsep Islam Hadhari

oleh pemimpin tersebut bukan hanya di atas kertas untuk dijadikan buah mulut

6
semata-mata, namun mempunyai visi, misi dan objektif tertentu. Sebagai bukti yang

kukuh, misi konsep Islam Hadhari adalah untuk melaksanakan agenda pembangunan

negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, bertamadun,

bertoleransi dan berimbang. Visi konsep tersebut pula ialah untuk menjadikan

Malaysia sebagai sebuah contoh negara Islam. Konsep tersebut mempunyai objektif

bagi melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan rohani dan

intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan,inovatif

serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana,rasional praktikal

dan damai. Marilah kita mengupas pula sepuluh prinsip Islam Hadhari yang telah

dihasilkan oleh pemimpin tersebut sendiri bagi mewajarkan pengenalan Islam

Hadhari sehingga masih menjadi pegangan masyarakat hingga kini. Sebagai

analoginya, keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT yang merupakan gabungan

kemantapan akidah syariah dan akhlak serta menerangkan tentang kebebasan

agama dengan tiadanya paksaan dalam Islam merupakan salah satu prinsip konsep

tersebut. Prinsip yang seterusnya pula ialah kerajaan adil dan beramanah serta diikuti

dengan prinsip rakyat yang merdeka yang bertujuan melahirkan masyarakat yang

cintakan negara, kreatif dan inovatif. Selanjutnya, penguasaan ilmu pengetahuan

dengan meningkatkan kualiti sistem pendidikan bagi memastikan pembangunan

intelek,jasmani,rohani dan emosi yang seimbang. Dengan ini, konsep sistem Hadhari

turut digunakan dalam pembangunan modal insan kerana agama tanpa ilmu adalah

buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Prinsip konsep tersebut diteruskan dengan

pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif, kehidupan berkualiti serta

pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita bagi memastikan Islam dipandang tinggi

sebagai model negara Madinah. Selain itu, keutuhan budaya dan nilai moral,

pemeliharaan alam semula jadi dan kekuatan pertahanan turut menjadi prinsip konsep

7
tersebut. Dalam pada itu, terdapat juga beberapa justifikasi memperkenalkan

pendekatan Islam Hadhari seperti menjadikan warisan dan tamadun Islam yang

memperlihatkan kejayaan umat islam masa lampau sebagai pendorong kepada

kemajuan umat Islam pada masa kini dalam semua aspek kehidupan manusia,

menjadikan konsep Islam Hadhari sebagai satu kerangka dasar nasional yang akan

dijalankan sebagai asas dalam perancangan pembangunan Malaysia sebagai sebuah

negara Islam serta memperkenalkan Islam sebagai satu agama yang syumul dan

komprehensif. Oleh hal yang sedemikian,konsep tersebut telah diserap masuk dalam

pentadbiran negara bagi membuktikan keseriusan beliau dalam merangka prinsip

tersebut. Kenyataan tersebut boleh dibuktikan dengan Perkara 11(4) yang

menyatakan: Undang-undang negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan

boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan

agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam. Contoh di atas jelas

menunjukkan bahawa prinsip Islam Hadhari patut dikekalkan dari semasa ke semasa.

Sehubungan dengan itu, kita harus berganding bahu ibarat bukit sama didaki,lurah

sama dituruni untuk menyokong kelangsungan konsep tersebut. Ingatlah, Islam

Hadhari merupakan usaha mengembalikan umat Islam kepada asas yang terkandung

dalam Al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam.

Berdasarkan keterangan di atas,jelaslah bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi

merupakan pemimpin yang amat taat kepada perintah agama dan tidak mudah

dibutakan dengan kebijaksanaan serta keselesaan duniawi dengan menjadikan era

pemerintahannya sebagai satu senjata untuk memartabatkan darjat agamanya Islam.

8
Tidak lupa juga bahawa beliau mempunyai sumbangan yang besar dengan

memperkenalkan dasar modal insan yang direncanakan dalam Rancangan Malaysia

Kesembilan (RMK-9). Perancangan tersebut merangkumi perolehan pengetahuan

atau modal intelek termasuk peningkatan keupayaan keusahawanan, pengetahuan

sains dan teknologi, pemupukan nilai, sikap, dan etika yang positif dan progresif

melalui pendidikan, latihan, serta pembelajaran sepanjang hayat. Bagi

membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan inovasi ,bina

upaya perlu diperkukuhkan untuk memacu ekonomi yang berasaskan pengetahuan.

Oleh hal itu,penekanan kepada pembangunan modal insan yang bersifat progresif dan

mempunyai nilai etika yang bersifat universal akan dilaksanakan sejajar dengan

prinsip yang digariskan dalam Islam Hadhari. Dalam pada itu, beberapa teras dasar

modal insan telah disusun dengan sistematik bagi membuktikan keberkesanan dasar

tersebut. Antaranya ialah memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan

masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, sistem nilai yang boleh diteladani,

budaya yang mengutamakan prestasi tinggi serta menghargai tradisi dan warisan.

Selain itu, dasar ini mempunyai teras untuk membantu memperkemaskan forum

perbincangan serta perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan

masyarakat dalam pembangunan modal insan. Di samping itu, teras dasar modal

insan yang seterusnya ialah menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada

pendidikan,latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua

peringkat. Sekolah kebangsaan juga turut diperkasa untuk menjadi sekolah pilihan

utama rakyat Malaysia bagi meningkatkan perpaduan negara. Sesungguhnya,

sumbangan beliau begitu besar dalam membantu memudahkan kehidupan rakyat

Malaysia sekaligus meningkatkan ekonomi negara yang sedang membangun bagi

9
membolehkan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain

di seluruh dunia.

Mari kita memfokuskan pula sumbangan beliau dalam membangunkan Wilayah

Pembangunan Iskandar(WPI) yang memberi pelbagai efek kepada masyarakat. Pada

Oktober 2006, kerajaan telah mengumumkan bahawa sesebuah kawasan

pembangunan khas di Selatan Johor akan dibangunkan. Kawasan ini merangkumi

2,217 km persegi dan dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER) serta

dibangunkan oleh Khazanah Holdings Bhd yang melibatkan pembangunan kawasan

perindustrian, perdagangan dan penempatan. SJER dijadikan sebagai agensi ‘pusat

satu perhentian’ (one stop centre) yang merangkumi lokasi segitiga di antara

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di utara, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP)

di barat daya dan Pelabuhan Pasir Gudang (PPG) di tenggara serta terbahagi kepada

lima kawasan Flagship. Antaranya termasuklah Flagship A ialah Pusat Bandaraya

Johor Baharu, flagship B ialah Nusajaya, flagship C ialah Gerbang Pintu Barat,

flagship D pula ialah Gerbang Pintu Timur manakala Senai, Skudai bertindak sebagai

flagship E. DYMM Tuanku Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor,

telah merasmikan SJER yang dinamakan semula sebagai WPI dalam satu upacara

khas di Danga Bay, Johor Bahru pada 4 November 2006. Tempoh pembangunan

kawasan yang dikenali sebagai WP itu adalah sehingga tahun 2025 dan memerlukan

kos lebih RM47 billion untuk menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus

dalam tempoh lima tahun yang pertama. WPI juga dipercayai bakal menjadi sebuah

pusat pertumbuhan yang terbesar di rantau ini. Natijahnya, sumbangan ini

membuktikan betapa besarnya kebijaksanaan yang dimiliki oleh beliau dalam

pembangunan wilayah Iskandar. Hakikatnya, kita perlu mencontohi kebijaksanaan

10
beliau kerana beliau merupakan pemimpin yang bijaksana ibarat bayang-bayang

sepanjang tubuh, selimut sepanjang badan.

Kita juga sering membaca di dada-dada akhbar mengenai sumbangan beliau

dalam menerajui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Misi nasional yang telah

dirangka oleh beliau ini merangkumi lima teras utama. Teras yang pertama ialah

meningkatkan lagi nilai tambah dalam ekonomi negara. Melalui teras ini, kerajaan

mampu untuk mensasarkan peningkatan nilai tambah dalam sektor ekonomi sedia

ada sekaligus mewujudkan pelbagai aktiviti yang dinilai berasaskan pengetahuan.

Bukan hanya itu, banyak peluang pekerjaan dapat diberikan kepada kaum belia dan

penganggur di negara terutamanya mereka yang mahir dalam bidang ICT,

bioteknologi, nanoteknologi dan perkhidmatan. Hal ini juga secara tidak langsung

dapat membantu kerajaan untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi sektor

swasta untuk menerajui pembangunan ekonomi negara. Menyingkap tabir perspektif

yang kedua, teras utama yang seterusnya ialah meningkatkan lagi keupayaan

pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara terutamanya pelajar-pelajar dan penuntut

di universiti. Hal ini membolehkan negara kita untuk membentuk ilmuwan-ilmuwan

yang bakal mengharumkan nama negara dengan memupuk rakyat untuk berfikir

dengan minda kelas pertama melalui teras ini. Kejayaan masa hadapan para pelajar

dan penuntut sememangnya bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki,

bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Sejajar dengan teras ini,

kerajaan telah melaksanakan usaha dalam penambahbaikan sistem pendidikan

negara secara menyeluruh, dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat tinggi

dan vokasional. Persekitaran yang menggalakkan akan diwujudkan supaya kita

mampu untuk menjana lebih banyak usaha dalam melakukan penyelidikan dan

11
pembangunan (R&D). Dalam konteks yang sama, kerajaan juga akan memberi lebih

banyak perhatian dan penekanan dalam meningkatkan usaha memupuk masyarakat

berbudaya dan memiliki kekuatan moral. Lanjutan daripada huraian tersebut, teras

utama yang ketiga ialah memastikan kerajaan mampu untuk menangani masalah

ketidaksamaan sosioekonomi secara membina dan produktif dengan bertindak untuk

membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat, menjana pembangunan yang lebih

seimbang, serta memastikan semua manfaat pembangunan dapat dinikmati oleh

rakyat secara adil dan saksama. Teras utama yang seterusnya merupakan usaha

kerajaan untuk meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup. Kerajaan akan

terus menyediakan keperluan asas seperti air, tenaga, perumahan, pengangkutan

dan kemudahan lain, namun penekanan sememangnya diberikan kepada usaha

menangani isu-isu berhubung penyenggaraan, penaiktarafan dan keberkesanan

penggunaan sumber. Menyingkap tabir yang terakhir, teras utama yang bakal

diungkap ialah mengukuhkan lagi keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.

Kejayaan bagi perancangan ini hanya terletak pada keupayaan kerajaan untuk

melaksanakannya. Oleh hal yang demikian, kerajaan komited untuk menambahbaik

sistem penyampaian perkhidmatan awam di semua peringkat. Di samping itu,

kerajaan juga akan menangani isu-isu berhubung rasuah dan integriti di dalam sektor

awam, sektor swasta, mahupun di kalangan masyarakat umum. Setelah meneliti dan

mengkaji sehingga ke akar umbi, kita seharusnya bersyukur dengan sumbangan yang

telah beliau berikan kepada kita dan bukannya bersikap bagai kacang lupakan kulit

kerana tanpa beliau tidak akan wujud Malaysia pada ketika ini yang bebas daripada

belenggu rasuah dalam ikhtiar membangunkan negara.

Suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah sumbangan beliau dalam

membentuk Pelan Integriti Nasional, PIN yang bertujuan untuk memberikan hala tuju

12
serta bimbingan kepada semua komponen atau sekitar masyarakat dan negara. PIN

juga bertujuan memupuk dan menyemai sistem kehidupan masyarakat dan negara

dalam usaha besar membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika,

sekaligus negara yang berintegriti. Secara amnya, pelan ini merupakan suatu

gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan pada rakyat

pelbagai kaum, lapisan dan wilayah. Kerjasama antara semua pihak ini menjadi

kekuatan bagi menambah baik nilai dan amalan masyarakat serta institusinya.

Pendekatan yang diambil dalam menerajui pelan ini ialah mengkoordinasikan usaha

semua komponen dan sektor dalam gerakan pemantauan integriti yang memerlukan

keseluruhan institusi governan negara iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman

supaya dapat menunjukkan usaha meningkatkan integriti, menghormati dan

mempertahankan prinsip pemisahan kuasa serta melaksanakan fungsi masing-

masing dengan cekap, telus, adil dan berkesan. Pelan seumpama ini membolehkan

kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha membudayakan

etika dan integriti masyarakat. Skop dan konsep yang dibawa oleh PIN sememangnya

lebih menyeluruh dan holistik dalam memberi panduan kepada setiap komponen

masyarakat untuk membudayakan integriti. Antara maslahat pelaksanaan PIN adalah

untuk mencapai matlamat cabaran keempat wawasan 2020 iaitu membentuk sebuah

masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya

mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dengan bertunjangkan budi

pekerti mulia. Di samping itu, pelan tersebut bertujuan memastikan pengliputan usaha

yang tinggi dalam memupuk budaya yang baik dan etika yang positif dalam

pekerjaan, perniagaan, penulisan dan sukan. Dalam konteks yang sama, peranan

agama juga adalah penting kerana ajaran agama sentiasa mengingatkan kita kepada

aspek-aspek akauntabiliti atau kebertanggungjawaban dan menyeru kita untuk

13
menghindari perkara mungkar. Keseluruhan pendekatan, strategi, dan pelan tindakan

bagi mencapai objektif dan sasaran PIN merupakan antara agenda utama negara

yang kini dirujuk sebagai Agenda Integriti. Matlamat Agenda Integriti boleh dicapai

dengan mengatur secara rapi Strategi Pelaksanaan dan Pelan Tindakan untuk

pelbagai institusi masyarakat dan negara. Pucuk pimpinan perlu memberikan isyarat

yang lebih jelas, tegas dan konsisten tentang komitmen mereka dalam melaksanakan

Agenda Integriti. Komitmen yang sama perlu ditunjukkan oleh anggota lain dalam

kepimpinan negara bagi mengobarkan lagi semangat rakyat untuk turut bersama

dengan pemimpin selaras dengan prinsip "Rakyat menyokong pemimpin yang

menyokong rakyat”. Sebagai strategi jangka panjang, gerakan pemantapan integriti

harus mempunyai asas yang kukuh dan dibina dari bawah dengan melibatkan institusi

paling asas, iaitu keluarga, komuniti dan masyarakat sivil. Dengan ini, jelaslah bahawa

kepimpinan beliau dalam membentuk Malaysia yang lebih baik sememangnya

memerlukan usaha yang banyak bagi menyatukan rakyat sesuai kata pepatah, bulat

air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, jasa yang telah

disumbangkan oleh beliau tidak akan mampu dibalas dengan ucapan 'terima kasih'

semata-mata. Seluruh masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama

seharusnya mengenang sumbangan beliau yang amat besar untuk kepentingan

sosial dan pertubuhan negara. Semua halakah masyarakat patut berbangga kerana

mempunyai Perdana Menteri yang berjaya memimpin ke arah kemajuan dan

kemodenan seperti beliau. Masyarakat di Malaysia terutamanya generasi muda

mempunyai banyak alasan untuk menjadikan beliau sebagai teladan. Hal ini kerana

beliau bukan sahaja mampu untuk mentadbir negara dengan adil dan berkesan tetapi

juga berusaha gigih untuk meningkatkan taraf hidup rakyat yang dipimpin. Oleh

14
kerana sikap yang sentiasa diamalkan oleh beliau seperti adil, bijak dan saksama,

beliau berupaya untuk memperoleh pelbagai anugerah. Bagi membuktikan perkara

ini,contoh yang boleh diketengahkan ialah anugerah Seri Utama Mahkota

Wilayah(S.U.M.W) dan The Kwanghua Medal oleh Presiden Republik Korea,Chun

Doo Hwan. Kesemua anugerah tersebut turut diperoleh daripada negara-negara jiran

yang membuktikan kemampuan beliau mentadbir dengan berkesan hingga mendapat

pengiktirafan daripada negara luar dan memiliki modal insan kelas pertama. Oleh

itu,kita seharusnya menyahut seruan yang memerlukan semua pihak untuk terus

berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam usaha memupuk budaya dan sikap

kepimpinan cemerlang dalam kalangan generasi muda bagi melahirkan pelapis

negara yang dapat memimpin rakyat menelusuri ledakan kemodenan yang kian

mencabar. Sesungguhnya, generasi muda yang mempunyai nilai kepimpinan

cemerlang merupakan pemimpin yang diperlukan negara ibarat condong yang akan

menongkat, rebah yang akan menegak.

(3397 patah perkataan)

Tarikh penulisan esei:19 Ogos 2021

15
Bibliografi

A).Sumber Internet:

1.Hafezdzullah Mohd Hassan."Senarai Perdana Menteri Malaysia".


https://premium.sinarharian.com.my/article/153000/sinar360-/infografik/senarai-
perdana-menteri-malaysia

2.Norhizal."Folio perdanamenteri Malaysia".


https://www.slideshare.net/norhizal/folio-perdanamenteri-malaysia

3.Shaff Fx."Komponen Utama Sistem Kerajaan Malaysia".


https://www.slideshare.net/muhdsyafiq93/komponen-utama-sistem-kerajaan-
malaysia

4.MJ Suhaimi."Inilah Tugas Sebenar Yang di-Pertuan Agong(YDPA)".


https://iluminasi.com/bm/inilah-tugas-sebenar-yang-di-pertuan-agong.html

5.Nurul Kasmadillawati Zakaria."Tugas Yang di-Pertuan Agong (Kuasa Budi Bicara


YDPA)".
https://ilabur.com/tugas-ydpa/

6.Farhan Meor."TUN HAJI ABDULLAH AHMAD BADAWI".


https://www.academia.edu/24777347/TUN_HAJI_ABDULLAH_HAJI_AHMAD_BADA
WI

7.Norlida."PEMBANGUNAN & SUMBANGAN DI BAWAH PEMERINTAHAN


ABDULLAH AHMAD BADAWI".
http://kakba.blogspot.com/2010/08/pembangunan-sumbangan-di-bawah.html?m=1

8.Nuffnang."TOKOH MORAL TEMPATAN: TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI".


http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/10/tokoh-moral-tempatan-tun-abdullah-
ahmad_3873.html?m=1

9.NorFatin Amira."Pembangunan Modal Insan".


https://www.slideshare.net/norfateenamieyra/pembangunan-modal-insan-24484538

10.Pnstudent."Pelan Integriti Nasional".


http://pelanintegritinasionalpnstudent.blogspot.com/2015/03/pelan-integriti-
nasional.html?m=1

B)Akhbar(Dalam Talian)

1.Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil(2020). Institusi Yang di-Pertuan


Agong penjaga Perlembagaan.Retrieved June 28 2021,from
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/06/697786/institusi-yang-di-pertuan-
agong-penjaga-perlembagaan

16
2.Noraini Tahir.(2020). Kepimpinan Pak Lah beri autonomi kepada rakyat.Retrieved
28 June 2020,from
https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2020/11/759378/kepemimpinan-pak-
lah-beri-autonomi-kepada-rakyat

C)Buku ilmiah

1.Roslan Abdul Hamid,Abjad kemuliaan 100 hari pertama Dato’ Seri Abdullah
Ahmad Badawi,Kuala Lumpur : Penerbitan Indah Abjad Sdn Bhd,2004.

2.Iskandar Hasan Tan dan Nur Azuki Yusuff,Suluh Budi Politik Pentadbiran Tun
Abdullah, Kota Bahru : UMK Press,2017.

3.Sivamurugan Pandian, Abdullah Ahmad Badawi Jalan Ke Puncak, Kuala Lumpur :


Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd ,2005.

4.Sivamurugan Pandian,Abdullah Ahmad Badawi Satu Tahun di Putrajaya,Pulau


Pinang : Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd,2004.

5. Malike
Brahim,"Sistem Demokrasi Berparlimen Di Malaysia, Petaling Jaya" ,IBS
BUKU SDN BHD,2012,28

17

You might also like