You are on page 1of 10

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK
1.0 OBJEKTIF KERJA KURSUS
2.0 PENGENALAN
3.0 PENGENALAN DIRI TOKOH
4.0 LATAR BELAKANG KELUARGA
5.0 SEJARAH PENERIMAAN PENDIDIKAN MENGIKUT PERINGKAT UMUR
DAN ANUGERAH
6.0 MINAT DAN KEMAHIRAN
7.0 RUMAH TANGGA TOKOH
8.0 SUMBANGAN TOKOH
9.0 TOKOH MORAL PILIHAN : TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI
BAPA PEMBANGUNAN MODAL INSAN
10.0 KESIMPULAN
11.0 RUJUKAN

OBJEKTIF KERJA KURSUS


Dalam kerja kursus ini, kami dapat :

1) menganalisis latar belakang dan biodata tokoh tempatan, Tun Dato' Seri Haji Abdullah bin
Haji Ahmad Badawi.

2) menyatakan Pendidikan beliau dan juga kemahiran serta minat beliau dalam kehidupan

3) mempericikan sumbangan beliau memimpin sesebuah organisasi dan sumbanganya

4) turut menganalisis sebab terpilih Tokoh Moral : Bapa Pembangunan Modal Insan.

PENGENALAN

Kamus Dewan edisi keempat (2005) mentakrifkan kepimpinan sebagai keupayaan


memimpin melalui teladan. Kepimpinan berkait dengan sifat pemimpin yang menguruskan
sesuatu organisasi, pertubuhan atau kerajaan ke arah satu visi serta matlamat tersendiri.
Jadi, kerja kursus kami berfokus kepada tokoh tempatan, Tun Dato' Seri Haji Abdullah bin
Haji Ahmad Badawi, merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5.

Tugasan Penulisan (berkumpulan 10%)


TAJUK TUGASAN KUMPULAN : Secara kumpulan berdua analisiskan profil salah
seorang tokoh tempatan yang anda pilih berdasarkan kecemerlangan beliau
memimpin sebuah organisasi yang boleh dicontohi.

NAMA PENUH Tun Dato' Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad
Badawi
NAMA PANGGILAN ‘Pak Lah’
TEMPAT LAHIR Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
TARIKH LAHIR 26 November 1939
NAMA BAPA & IBU Haji Ahmad Badawi bin Abdullah dengan Hajah Kailan
Hassan
NAMA PASANGAN Tun Endon Mahmood Ambak (k. 1965; m. 2005)
Tun Jeanne Abdullah (k. 2007)
NAMA ANAK-ANAK Kamaluddin Abdullah
Nori Abdullah
PENDIDIKAN Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Islam

PENGENALAN DIRI TOKOH

Tun Dato' Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di
Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau merupakan mantan Perdana Menteri
Malaysia ke-5. Namanya diambil sempena nama datuknya, Sheikh Abdullah Fahim
(Abdullah bin Ibrahim), seorang ulama dan ahli falak berpengaruh lagi dihormati. Beliau
dikenali dengan nama panggilan ‘Pak Lah’.

LATAR BELAKANG KELUARGA

Abdullah adalah anak sulung daripada empat adik beradik hasil perkongsian hidup Haji
Ahmad Badawi bin Abdullah dengan Hajah Kailan Hassan. Bapanya adalah pejuang UMNO
dan tokoh agama yang memainkan peranan penting ketika perjuangan menuntut
kemerdekaan tanah air. Haji Ahmad pernah menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO semasa
Hussein Onn menjadi Ketua Pemuda UMNO dan merupakan salah seorang tenaga muda
menentang rancangan penubuhan Malayan Union.

SEJARAH PENERIMAAN PENDIDIKAN MENGIKUT PERINGKAT UMUR DAN


ANUGERAH

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Permatang Bertam, Kepala Batas, Abdullah
kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau
juga menuntut di Penang Methodist Boys’ School, Pulau Pinang sebelum melanjutkan
pelajaran di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera
dalam bidang pengajian Islam pada tahun 1964. Abdullah turut mengikuti pendidikan agama
di Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarif Wataniah, Kepala Batas, Pulau Pinang yang
diasaskan oleh datuknya.

Beliau pada masa kini adalah seorang kakitangan awam dan juga seorang pemimpin
tertinggi negara dan pemimipin UMNO iaitu parti yang terbesar dan menjadi teras
pemerintahan negara dengan jumlah kerusi terbanyak dan pemimipin-pemimpinnya
berperanan dalam membuat dasar-dasar.

MINAT DAN KEMAHIRAN

Datuk Seri Abdullah mempunyai minat yang mendalam dalam pembacaan Al-Quran Beliau
juga mempunyai minat dalam menangkap ikan laga di bendang, bermain kotak rokok,
layang-layang dan berbasikal di atas bendang. Datuk Seri Abdullah mempunyai kemahiran
dalam pertanian. Beliau juga diajar untuk menyemai, menanam dan menuai padi serta
membajak sawah.

RUMAH TANGGA TOKOH

‘Pak Lah’, Abdullah telah mendirikan rumah tangga dengan Endon binti Mahmood pada
tahun 1965. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Kamaluddin dan Nori dan enam cucu.
Endon kembali ke Rahmatullah pada 20 Oktober 2005, dua tahun selepas dikesan
menghidap kanser.
Hampir dua tahun selepas Endon kembali ke Rahmatullah pada 9 Jun 2007, Abdullah
diijabkabul dengan Jeanne Abdullah, ibu kepada Nadiah Kimie dan Nadene Kimie hasil dari
perkahwinan pertama beliau. Ketika menjadi isteri Perdana Menteri, beliau aktif dalam
Kempen Penghijauan Alam Sekitar yang mempromosikan pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar.

SUMBANGAN TOKOH

TOKOH MORAL PILIHAN : TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI

BAPA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Sifat semula jadi Abdullah Ahmad Badawi mendorong beliau untuk mengutamakan aktiviti
kebajikan. Kebajikan masyarakat sentiasa mendapat perhatiannya dan beliau banyak
meluangkan waktu untuk menghadiri majlis berkaitan kebajikan di samping menggalakkan
orang ramai melakukan kerja-kerja kebajikan. Sejajar dengan konsep Masyarakat
Penyayang, beliau menggalakkan badan-badan sukarela supaya berganding bahu dengan
agensi kerajaan bagi memperbanyak kegiatan kebajikan masyarakat. Nadi Komuniti
merupakan salah satu inisiatif pembangunan masyarakat yang diilhamkan semasa
pentadbiran Abdullah. Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menjadi penggerak utama dalam
memupuk masyarakat penyayang menjadikan kesukarelaan sebagai budaya hidup rakyat.

KESIMPULAN

Malaysia telah melalui pembangunan yang pesat pada laf baru ini dan era pentadbiran Tun
Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah memperkukuhkan lagi asas sedia untuk kita
mencapai kejayaan seterusnya. Sesungguhnya beliau telah meningkatkan pelbagai usaha
untuk membina sebuah masyarakat yang lebih aman dan selamat. Tun Abdullah dilihat
sebagai seorang tokoh yang mengikuti nilai-nilai keagamaan, konsep modal insan dibawa
seiring dengan konsep Islam Hadhari yang kelapan iaitu ‘Keutuhan Budaya dan Moral’.

RUJUKAN

Fadillah Mansor & Tengku Sarina Aini Tengku Kasim. 2008. Pembangunan modal insan dari

perspektif pengurusan. Jurnal Al-Tamaddun 3 (Disember-Januari 2008) 3 (1): 75-96.


Lukman Thaib. 2013. Muslim politics in Malaysia and the democratization process.

International Journal of Islamic Thought (IJIT) 3: 45-57.

Mohd Yusuf Husain. 1995. Komunikasi Kepimpinan dari Perspektif Islam dalam

kecemerlangan Pentadbiran, dasar dan Amalan dalam Islam. INTAN.

Pak Lah: Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi: Perdana Menteri Malaysia ke 5, 31.10.2003-

2.4.2009, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia.

Zaleha Kamarudin. 1996. Pembangunan Insan Pengalaman U.I.AM. Seminar Penyelidikan

Asrama Peringkat Kebangsaan (SPARK).

LAMPIRAN
Perjalanan Hidup

1939: Dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November.

1964 (umur 25): Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam dari Universiti
Malaya; menjadi Penolong Setiausaha, Jabatan Perkhidmatan Awam (sehingga 1969).

1965 (umur 26): Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Endon Mahmood.

1969 (umur 30): Dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha kepada Majlis Gerakan
Negara, Jabatan Perdana Menteri Malaysia (sehingga 1971).

1971 (umur 32): Dilantik sebagai Ketua Pengarah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan (sehingga 1973).

1974 (umur 35): Dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan.

1978 (umur 39): Menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas; juga menjadi Setiausaha Parlimen di
Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1980).

1979 (umur 40): Menjadi Ketua UMNO Cawangan Bertam serta Ketua UMNO Bahagian
Kepala Batas.

1980 (umur 41): Dilantik sebagai Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan
(sehingga 1981).

1981 (umur 42): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO; menjadi Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (sehingga 1984).

1984 (umur 45): Dilantik sebagai Menteri Pendidikan sehingga 1986; menjadi Naib Presiden
UMNO sehingga 1990.
1986 (umur 47): Dilantik sebagai Menteri Pertahanan (sehingga 1987).

1990 (umur 51): Dilantik sebagai Ketua Delegasi UMNO ke Jawatankuasa Perundingan
Ekonomi Negara/Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Masyarakat.

1991 (umur 52): Dilantik sebagai Menteri Luar Negeri (sehingga 1999).

1993 (umur 54): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO (sehingga 1996).

1996 (umur 57): Menjadi Naib Presiden UMNO.

1998 (umur 59): Menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.

1999 (umur 60): Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada Januari
sehingga Oktober 2003; menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara
(MTEN).

2000 (umur 61): Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada Mei.

2003 (umur 64): Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima pada 31 Oktober.

2004 (umur 65): Menjadi Presiden UMNO pada September.

2007 (umur 68): Berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun.

2008 (umur 69): Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Abdullah mengekalkan
kuasa tetapi tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam Pilihanraya Umum ke-12.

2008 (umur 69): Mengumumkan tidak akan bertanding sebagai Presiden UMNO pada 8
Oktober

Kronologi jawatan politik Tun Abdullah Ahmad Badawi


Tahun Jawatan

2004-2009 Presiden UMNO

2000 Timbalan Presiden UMNO

1998 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang

1996 Naib Presiden UMNO

1993-1996 Ahli Majlis Tertinggi UMNO

1984-1993 Naib Presiden UMNO

1981-1984 Ahli Majlis tertinggi UMNO

1980 Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang

1979 Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang

1978 Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas

1978 Ahli Parlime Kepala Batas

1977 Ketua UMNO Cawangan Bertam

You might also like