You are on page 1of 6

TAMADUN ISLAM IPBL KPLI (SR) BM 2008

Tuan Guru Haji Abdullah bin Ibrahim


Ulama Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara

Pengenalan

Siapakah Tuan Guru Haji Abdullah bin Ibrahim? Pasti ada di antara kita yang tidak

mengetahui peribadi dan sumbangan tokoh ulama tersebut kepada negara. Tuan Guru Haji

Abdullah bin Ibrahim lebih terkenal dengan nama Haji Abdullah Pak Him atau Abdullah

Fahim merupakan seorang tokoh ulama yang banyak memberi jasa kepada perkembangan

Islam dan politik di Seberang Perai. Tuan Guru Haji Abdullah telah dilahirkan di Makkah

kira-kira 1869. Ayahnya Haji Ibrahim bin Tahir yang berasal di Patani ialah seorang guru al-

Quran di Makkah. Haji Ibrahim mempunyai ramai murid di Makkah dari Malaysia, Indonesia

dan Patani.

Tuan Guru Haji Abdullah bin Ibrahim adalah ahli UMNO yang pertama di Seberang Perai,

yang berdaftar di Johor kepada Dato’ Onn bin Jaafar. Beliau mengambil bahagian cergas

dalam perjuangan untuk memerdekakan Malaya dan membuat ramalan bahawa tahun 1957

adalah perlu bagi Malaya mencapai kemerdekaan dan perjuangan yang sesungguhnya

perlu dilancarkan. Sekolah Agama Kepala Batas yang ada sekarang telah didirikan oleh Haji

MUHAMAD RONI PASLA 1


TAMADUN ISLAM IPBL KPLI (SR) BM 2008

Abdullah Pak Him pada tahun 1344 Hijriah dan beliau adalah orang yang pertama mengajar

Hadis di situ. Sekolah ini sekarang mempunyai dua bentuk pengajian iaitu umum (adami)

dan berperaturan (nizami). Kini menampung seramai 1,500 orang murid. Sekolah ini

berkembang pesat di bawah pengurusan anaknya, Dato' Haji Ahmad Badawi.

  

Haji Abdullah Pak Him bukan sahaja mengembangkan Islam di Seberang Perai, tetapi

beliau telah mengajar di Kuala Kangsar ketika pemerintahan Jepun di Malaysia. Semasa di

Kuala Kangsar baginda Sultan Iskandar pernah berbincang dengannya dalam masalah

Agama kerana baginda sangat berminat dalam hal Agama. Beliau pernah menolak tawaran

menjadi Syeikh al-Islam Kedah kerana bimbang meninggalkan sekolahnya yang sedang

berkembang. Walau bagaimanapun setelah desakan yang sangat kuat oleh pihak berkuasa

dan demi menjaga kedudukan Islam beliau terpaksa menerima jawatan Mufti yang pertama

di Pulau Pinang setelah merdeka. Beliau menjadi Mufti selama 5 tahun.

Kebolehan dan kepintaran Haji Abdullah Pak Him memang tidak dapat dinafikan, di

samping seorang mufassir (ahli tafsir), ahli falak dan ahli hadis beliau juga seorang yang

pintar dalam syair-syair arab. Semangat kemelayuan Haji Abdullah Pak Him sangat kuat.

Beliau membuat tindakan yang keras ke atas orang yang anti - Melayu. Beliau pernah

menyerang dan meninggalkan suatu majlis yang cuba mengecil-ngecilkan orang Melayu.

Beliau juga mengecam golongan yang cuba memecah-belahkan orang-orang Melayu

dengan ajaran-ajaran selain dari Mazhab Syafie. Haji Abdullah Pak Him juga mengharapkan

orang Islam tidak berselisih faham antara satu sama lain malah bersatupadu bagi

mengukuhkan kedudukan.

Tuan Guru Haji Abdullah bin Ibrahim Mengarang Buku.

MUHAMAD RONI PASLA 2


TAMADUN ISLAM IPBL KPLI (SR) BM 2008

Abdullah Fahim pernah menulis sebuah buku berjudul `Khutbah Penyedar' dan menyusun

sebuah takwim solat. Sekembalinya ke Tanah Melayu pada 1916, beliau yang lebih fasih

berbahasa Arab mengajar ilmu agama di rumah pusakanya di Kepala Batas sebelum

dijemput mengajar di Pondok Tuan Haji Wan Sulaiman Wan Sidik di Kampung Limbungan

Kapal, Alor Setar, Kedah. Selepas empat tahun berada di negeri itu beliau kembali semula

ke Kepala Batas dan terus mengajar di rumahnya sebelum dijemput oleh Sultan Perak pada

1931 untuk menjadi mudir dan pengajar di Madrasah Idrisiyah di Bukit Chandan, Kuala

Kangsar. Apabila beliau pulang semula ke Kepala Batas, Abdullah Fahim mengajar agama

di Masjid Kepala Batas sementara menunggu sekolah agamanya, DMW, yang dibina atas

derma dan zakat orang ramai, disiapkan pada 1934.

Tuan Guru Haji Abdullah bin Ibrahim dan Wadah Perjuangan.

Nama Abdullah Fahim semakin hari semakin masyhur sebagai ulama terkenal dan

mempunyai anak murid yang datang dari seluruh pelusuk tanah air, Singapura, Indonesia

dan Brunei. Sebagai nasionalisme, Abdullah Fahim juga terlibat secara langsung dalam

perjuangan memerdekakan negara. Semangat kebangsaan Melayu yang bersemarak

sekitar tahun 1940-an dan apabila Perang Dunia Kedua tamat, perjuangan menuntut

kemerdekaan semakin jelas di kalangan penduduk Seberang Perai termasuk golongan

yang berpendidikan agama. Penduduk Melayu di Seberang Perai juga telah menubuhkan

Persatuan Melayu Seberang Perai (PMSP) sebagai wadah untuk mereka memperjuangkan

kemerdekaan dan Abdullah Fahim mengetuai portfolio agama persatuan itu. Penglibatan

secara langsung Abdullah Fahim dalam gerakan politik dan perjuangan menuntut

kemerdekaan di tanah air bermula pada sekitar tahun 1945 apabila pihak Inggeris mahu

MUHAMAD RONI PASLA 3


TAMADUN ISLAM IPBL KPLI (SR) BM 2008

menubuhkan gagasan Malayan Union. Ramai orang Melayu di Kepala Batas, Butterworth,

Bukit Mertajam dan Pulau Pinang menyertai perjuangan Umno. Tunku sering menemui

Abdullah Fahim untuk mendapatkan bimbingan, nasihat serta semangat untuk menjayakan

perjuangan Umno dan kebetulan pula, Ahmad Badawi yang ketika itu menjadi Naib Ketua

Pemuda Umno, turut membantu Tunku Abdul Rahman..

Peranan Tuan Guru Haji Abdullah Ibrahim dalam Penentuan Tarikh Kemerdekaan

Negara.

Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan hari keramat bagi Persekutuan Tanah Melayu kerana ia

menandakan tamatnya penjajahan kuasa-kuasa asing selama hampir 450 tahun dan

bermulanya sebuah negara berdaulat dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu.

Bagaimanapun mungkin ramai yang tidak tahu bahawa tarikh itu ditetapkan di Pulau Pinang

oleh seorang ulama, yang juga ahli falak terkemuka dan tokoh masyarakat yang disegani,

Tuan Guru Haji Abdullah Ibrahim.

Pada suatu hari Tunku Abdul Rahman dengan ditemani Abdul Razak, Ahmad Maliki,

Sulaiman Palestin dan beberapa pemimpin lain menemui Abdullah Fahim di rumahnya.

Ketika duduk di anjung rumah, Tunku meminta pandangan Abdullah Fahim mengenai

"syarat" Inggeris supaya kaum lain juga turut serta dalam menuntut kemerdekaan jika

Tanah Melayu mahu kemerdekaan. Tuan Guru Haji Abdullah Ibrahim menasihatkan Tunku

supaya mendengar kata Inggeris disebabkan Inggeris akan memberi kemerdekaan

sekiranya semua bangsa bersepakat.

MUHAMAD RONI PASLA 4


TAMADUN ISLAM IPBL KPLI (SR) BM 2008

Mengambil nasihat itu, Tunku berbincang dengan pemimpin kaum Cina dan India mengenai

rancangan untuk memerdekakan negara. Sebelum berlepas ke London untuk mengadakan

rundingan mengenai kemerdekaan itu bersama pemimpin-pemimpin Perikatan, Tunku

sekali lagi menemui Abdullah Fahim untuk mendapatkan nasihat.

Beliau menasihatkan Tunku supaya pergi ke London menaiki kapal laut agar mereka

mempunyai banyak masa untuk berbincang dan mencapai kata sepakat, terutamanya

dengan wakil raja dan apabila selesai, hendaklah mereka pulang segera dengan kapal

terbang supaya tidak ada pihak sempat menukar fikiran.

Tunku dikatakan sekali lagi menemui Abdullah Fahim untuk meminta pandangannya

mengenai tarikh kemerdekaan yang sesuai untuk Tanah Melayu dan menurut Abdullah

Fahim firasatnya, tarikh 31 Ogos 1957 adalah yang terbaik tetapi jika Inggeris tidak

bersetuju dengan tarikh itu, maka penduduk Tanah Melayu terpaksa menunggu lima tahun

lagi iaitu pada 31 Ogos 1962. Jika perisytiharan kemerdekaan tidak jatuh pada 31 Ogos

1957, mana-mana tarikh sebelum 31 Ogos 1962 adalah tidak baik bagi orang Melayu untuk

berbuat demikian. Bagaimanapun, beliau memberitahu Tunku bahawa jika Inggeris

bersetuju dengan tarikh itu, Tanah Melayu akan bertukar nama dalam tempoh tujuh tahun,

Memang benar selepas enam tahun dan 16 hari, Persekutuan Tanah Melayu ditukar nama

kepada Malaysia apabila Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai gagasan negara

Malaysia.

Sesungguhnya, tanpa penglibatan Abdullah Fahim dalam proses kemerdekaan negara

tarikh kemerdekaan tanahair kita mungkin berlainan daripada apa yang dicatatkan hari ini.

Apabila negara menyambut ulangtahun kemerdekaannya yang ke-51 pada tanggal 31 Ogos

2008 nanti, janganlah kita lupa tarikh keramat itu dipilih oleh Abdullah Fahim.

MUHAMAD RONI PASLA 5


TAMADUN ISLAM IPBL KPLI (SR) BM 2008

Bibliografi

www.epondok.com.my

www.eukhwah.com

www.umno.com.my

www.bernama.com.my

MUHAMAD RONI PASLA 6

You might also like