You are on page 1of 2

NAMA : MAITHILLI THANGARAJ

NO. MATRIK : 30737


KELAS : V3
TAJUK : Bincangkan usaha kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP)
kpd negara dalam usaha menyekat penularan covid 19 dan halangan-halangan
kepada pencapaian matlamat tersebut.

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang mula berkuat kuasa
dari 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara. Perintah ini bagi membendung
penularan COVID-19 di Malaysia susulan peningkatan mendadak sebanyak 790 kes
kumulatif positif COVID-19.
Oleh kerana masih ada dalam kalangan rakyat yang tidak patuhi Perintah Kawalan ini,
beberapa langkah telah dilakukan oleh pihak berkuasa serta pihak Kementerian bagi
memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi oleh semua rakyat di seluruh
negara, antaranya ialah rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air dari luar negara
ketika tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, wajib
menjalani pemeriksaan kesihatan serta kuarantin secara sukarela selama 14 hari di
kediaman masing-masing. Perkara ini dapat memastikan virus korona yang mempunyai
tempoh inkubasi 2 hingga 14 hari, tidak terus menjangkiti rakyat Malaysia.
Selain itu, sekatan jalan raya juga diamalkan.Pada malam Rabu, iaitu hari pertama
Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, pihak polis telah mengadakan 504
operasi besar-besaran berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan. Dalam pada itu, 6135
kereta berjaya diperiksa dan pihak polis masih akan menggunakan kaedah menasihati
namun tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang
masih berdegil.
Di samping itu, Pihak polis juga telah mengambil keputusan untuk menjejaki dan
mengesan sendiri baki 4000 peserta perhimpunan tabligh antarabangsa di Masjid
Jamek, Sri Petaling, yang menyerupakan punca gelombang kedua penularan wabak
COVID-19 dalam negara. Dalam kira-kira 14,500 warga Malaysia hadir pada himpunan
tabligh itu, dan 10,553 telah berjaya diperiksa dimana 513 disahkan positif, 2,559
didapati negatif, manakala 1,990 masih sedang menunggu keputusan ujian.
Seterusnya, Kerajaan menggunakan khidmat anggota tentera untuk memastikan rakyat
mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, susulan hanya 60 peratus rakyat yang
mengambil serius perintah ini. Walau bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri
Ismail Sabri berharap agar rakyat mematuhi Perintah oleh kerajaan ini, dan jika angka
itu meningkat daripada 60 hingga 70 peratus kepada peratusan yang lebih tinggi,
angkatan tentera tidak perlu dikerahkan.
Lebih-lebih lagi, Menyuarat Kabinet pula bercadang menubuhkan Jawatankuasa Khas
Menteri-Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan yang melibat 19 Kementerian,
19 Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Majlis Keselamatan Negara, Ketua Polis Negara,
Panglima Angkatan Tentera, Ketua Setiausaha Kementerian terbabit. Pada Rabu,
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merayu rakyat Malaysia agar mematuhi
Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan bagi memutuskan rantaian
jangkitan sekali gus menghapuskan COVID-19 di Malaysia.
Antara halangan kepada pencapaian matlamat ialah rakyat Malaysia tidak patuh arahan
PKP kerana masing-masing bimbang terhadap kehabisan barangan dapur di pasaran.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan kepada orang
ramai bahawa tiada keperluan untuk melakukan pembelian panik kerana bekalan
makanan adalah mencukupi dan boleh didapati pada setiap masa. Terdapat beberapa
tahap pembelian panik dalam kalangan masyarakat susulan pandemik Covid-19 yang
dihadapi dunia ketika ini, termasuk Malaysia. Rakyat Malaysia dinasihatkan tidak
membuat pembelian panik barangan keperluan asas kerana terpengaruh dengan
kenyataan tidak benar yang tular di media sosial mengenai berita penularan Covid-19.
Seterusnya, rakyat Malaysia yang kurangnya pendapatan terpaksa mencari rezeki
harian dengan membuat kerja upah atau OT dan sebagainya. Dengan ini, mereka
terpaksa langgar arahan kerajaan dan ke tempat kerja masing-masing. Hal ini
menyebabkan penularan covid 19 agak cepat dan menjadi halangan kepada kerajaan
daan negara.
Banyak kawasan yang seolah-olah tidak sedar atau sengaja tidak mengambil tahu
kepentingan Perintah Kawalan Pergerakan dengan berada di luar kediaman. PDRM
turut mewujudkan Pasukan Petugas Khas (Task Force) bersama ATM bagi memastikan
gerakan kerja berkaitan pematuhan rakyat terhadap Perintah Kawalan Pergerakan. Polis
juga akan mewujudkan Pasukan Petugas Khas dengan pihak ATM untuk melihat
sekiranya terdapat keperluan penambahan dari segi anggota, dan sebagainya.

You might also like