You are on page 1of 17

1.

0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara dengan masyarakat berbilang bangsa dengan majoriti
masyarakat Melayu, Cina dan India. Terdapat pelbagai kaum etnik berbeza di Malaysia
dengan identiti budaya mereka yang unik dan istimewa, dengan beberapa persamaan di
antaranya. Setiap kumpulan etnik memiliki ciri-ciri budaya sendiri yang berbeza berbanding
yang lainnya, dan mereka mengecap tahap integrasi yang berbeza. Adat resam merupakan
kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat
menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.
2.0 KONSEP DAN DEFINISI BUDAYA MELAYU

Menurut Kamus Dewan (2005), budaya diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang
diamalkan oleh kumplan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi,
politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai Pengertian budaya secara umum
difahami sebagai keseluruhan cara hidup anggota-anggota masyarakat, yang meliputi
berbagai-bagai aspek kehidupan itu, seperti peralatan, teknologi, pemikiran, nilai
dan sebagainya. Itu juga boleh diteliti dari segi budaya kebendaan dan budaya bukan
kebendaan.

Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu,
senjata dan sebagainya. Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan
undang-undang. Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat dalam menjalani
kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi
hantaran kepada pihak perempuan.

 Budaya itu menyatakan secara simbolik bagi sesuatu masyarakat itu, iaitu segala


perlakuan dan penghasilan budaya itu dapat difahami oleh masyarakat yang mendokong
budaya itu.

Budaya didefinisikan sebagai perkara-perkara berkaitan dengan budi dan akal. Istilah budi
membawa maksud asli, pertama, sejati dan dipandang sempurna manakala daya pula
dimaksudkan sebagai akal, jalan fikiran dan ciptaan (Rohana Yusof, 2010). Jika
penyelesaian yang diambil daripada hasil pemikiran tersebut diterima dan dapat dijadikan
amalan bersama, ianya diterima sebagai budaya dalam kehidupan (Syed Ismail Syed
Mustapa & Ahmad Subki Maskon, 2010). Pandangan Abdul Latif Abu Bakar (1987) bahawa,
istilah budaya merupakan sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan dan ianya mempunyai
pengertian yang luas, jelas menunjukkan teminologi budaya mempunyai pelbagai pengertian
dan tafsiran berbeza dalam kalangan para sarjana.

Perkataan ‘budaya’ berasal daripada bahasa Sanskrit, buddhayah iaitu kata jamak yang


berasal daripada perkataan buddhi yang membawa maksud budi dan akal. Mengikut takrif
kamus dewan pula, ‘kebudayaan’ membawa maksud cara hidup sebuah masyarakat,
tamadun, peradaban dan kemajuan.
Seterusnya, jenis-jenis kebudayaan Melayu merangkumi beberapa aspek. Lontaran aspek
yang pertama ialah, bahasa Melayu. Dari segi bahasa, bahasa yang dituturkan oleh orang
Melayu adalah daripada kelompok bahasa Austronesia.

Bahasa yang digunakan oleh orang Melayu ialah bahasa Melayu. Dari segi hukum adat,
dua jenis adat yang menjadi amalan penduduk Melayu di Tanah Melayu, iaitu adat Perpatih
dan adat Temenggung. Adat Perpatih diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri
Sembilan. Dalam adat ini juga, pewarisan harta pusaka diutamakan kepada anak
perempuan. Adat Temenggung menjadi amalan masyarakat Melayu seluruh Semenanjung
kecuali Negeri Sembilan. Adat ini menekankan pemerintahan raja mutlak dan keutamaan
kepada kaum lelaki. Rajah 1 di bawah menunjukan susunan hierarki pemimpinan adat
Perpatih di Negeri Sembilan.

Rajah 1

Di samping itu, budaya Melayu juga memiliki perayaan-perayaan keagamaan tersendiri.


Hari Raya Aidilfitri setahun sekali yang diraikan dalam bulan syawal mengikut kalendar
Islam. Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban. Selain itu, Hari Nuzul
Quran merupakan hari ke-17 dalam bulan Ramadhan sempena hari penurunan al-Quran.
Maulud Nabi merupakan sambutan hari keputeraan Nabi Muhammad ( saw). Hari pertama
dalam tahun Islam ( Tahun Hijrah) iaitu hari pertama dalam bulan Muharam.
Dari sudut kesenian pula, terdapat Wayang kulit, Mak Yong, Kuda Kepang, Menora dan
Joget Gamelan. Proses perkahwinan budaya Melayu bermula dengan merisik, bertunang
dan bersanding. Lain-lain lagi, pakaian budaya Melayu terdiri daripada sarung, pakaian Cik
Siti Wan Kembang, pakaian Puteri Perak, Baju Kurung Teluk Belanga, Baju Kebaya Labuh
dan Baju Riau Pahang.
3.0 KONSEP MASYARAKAT MELAYU YANG MELIBATKIAN ASPEK AKAL BUDI,
PEMIKIRAN, PERTUTURAN, PERLAKUAN DAN GAYA HIDUP

Akal budi Melayu adalah satu konsep yang sentiasa subur dalam ruang lingkup sosiobudaya
Melayu. Takrif ‘akal’ dan ‘budi’ dalam konteks Melayu merupakan konsep yang terjelma
daripada kearifan cara bangsa Melayu berfikir. Berdasarkan kajian-kajian sarjana Islam,
‘akal’ merujuk kepada kemampuan berfikir yang melengkapkan manusia dengan
pengetahuan yang berfikir terhadap segala idea dan perilaku, perbezaan antara baik dan
buruk untuk dimanfaatkan dalam kehidupan mereka. Sementara perkataan ‘budi’ bertolak
daripada maksud keikhlasan yang lahir daripada hati akibat rasa luluh dan rasa simpati yang
terkandung di dalam hati.. Mohd Yusof Othman (1999) menjelaskan bahawa deria dalaman
manusia terdiri daripada akal budi, iaitu daya ingatan berimaginasi, imaginasi kehaiwanan,
imaginasi keinsanan, anggapan, memori dan mengingat semula.

Menurut Hadith Nabi Muhammad, “Berfikir sesaat itu lebih baik daripada solat sunat 70
tahun”. Dari perspektif pemikiran, Melayu ini secara historikal akan mengungkapkan
perkembangan masyarakat Melayu dari aspek budaya selaras dengan alam pemikiran
mereka. Alam pemikiran sosial Melayu ini merangkumi akal-fikiran, akal-budi, alam, ilmu
yang diperlihatkan dalam siratan Alam-Manusia-Tuhan.

 Menurut Asmah Haji Omar (2000), kesantunan berbahasa ialah penggunaan bahasa
sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada
pihak pendengar. Kesantunan berbahasa terdiri daripada kesantunan verbal dan
kesantunan bukan verbal. Kesantunan berbahasa dari aspek verbal merujuk kepada semua
aspek komunikasi secara lisan, pertuturan atau percakapan. Mengikut Asmah Haji Omar
(2000), bahasa halus disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tatatertib.
Dalam kesantunan berbahasa, masyarakat Melayu mempunyai sistem sapaan dan
panggilan yang tersendiri.  Aspek kesantunan berbahasa dalam masyarakat Melayu dapat
dilihat seperti jadual-jadual di bawah.
GELARAN HURAIAN
Pak cik Digunakan untuk orang lelaki yang sebaya dengan
ayah sendiri
Mak cik Digunakan untuk orang perempuan yang sebaya
dengan ibu sendiri
Tok Digunakan untuk orang lelaki atau perempuan
yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek
sendiri
Abang Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua
ayah sendiri dan juga tidak sebaya
Kakak Digunakan untuk orang perempuan yang tidak
setua ibu sendiri dan juga tidak sebaya
Adik Digunakan untuk orang lelaki atau perempuan
yang lebih muda daripada sendiri
Jadual 1 menunjukkan sistem panggilan dalam keluarga

GELARAN HURAIAN
Tuan Digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya
dan orang lelaki yang bergelar Haji, Doktor, Profesor
atau Syed
Encik Digunakan untuk orang lelaki yang lebih tinggi
pangkatnya
Puan Digunakan untuk perempuan yang lebih tinggi
pangkatnya
Saudara Digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang
sebaya atau lebih muda dan hubungannya belum
rapat atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli
dalam mesyuarat, perbahasan dan sebagainya.

Saudari Digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks


yang sama dengan penggunaan gelaran saudara

Tetuan Hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan


kepada para pemilik atau pentadbir syarikat
perniagaan (termasuk syarikat guaman)
Jadual 2 menunjukkan sistem pangilan secara formal
GELARAN HURAIAN
 Raja (Perak,Selangor), Digunakan untuk
Pangeran,Pangeran Anak, Pangeran pemerintah tertinggi
Muda ( Brunei Darussalam), Tengku
(Kelantan)
Megat dan puteri (Perak), Abang Digunakan untuk
(Sarawak), Datu (Sabah), Wan keturunan orang-orang
(Kelantan, Terengganu),Pangeran besar
dan Dayangku (Brunei Darussalam),
Tan (Kedah), Tun (Terengganu)
Syed dan Syarifah Digunakan untuk waris
keturunan Nabi
Muhammad saw
Jadual 3 menunjukkan gelaran warisan

Kesantunan berbahasa dari aspek bukan verbal merujuk kepada semua perlakuan yang
tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami.

Selain itu, akal budi  masyarakat  Melayu juga dapat dilihat melalui perlakuan seharian.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, perlakuan dapat ditafsirkan
sebagai perbuatan. Dalam kehidupan seharian, masyarakat Melayu dapat dikateogorikan
masyarakat yang kaya dengan tingkah laku yang berhemah dan baik.

Akhir sekali, akal budi  masyarakat Melayu juga tidak lengkap tanpa gaya hidup. Menurut
sumber Kamus Dewan Edisi Keempat, gaya hidup bermaksud cara tertentu seseorang
individu atau kumpulan menjalani kehidupan mengikut kemampuan. Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat, kehidupan dapat didefinisikan sebagai perihal hidup. Terdapat beberapa
jenis akal budi yang dapat dilihat dalam kehidupan seharian iaitu agama dan kepercayaan,
adat istiadat, kesenian, sistem kekeluargaan dan pengamalan nilai-nilai murni. Dari segi
kekeluargaan, masyarakat Melayu dibahagikan kepada dua kelompok. Pertamanya,
penerapan  sistem kekeluargaan dwisisi (bilateral).Seterusnya, penerapan sistem
kekeluargaan nasab ibu (matrilineal), yang digunakan oleh orang Minangkabau di Malaysia.

4.0 BIDANG KEBUDAYAAN MELAYU DALAM SISTEM POLITIK, ASPEK SOSIAL DAN
ASPEK EKONOMI

Sudut politik yang mempengaruhi dalam kebudayaan Melayu ialah sistem pemerintahan
beraja seperti yang kita dapat lihat di Negara Malaysia pada hari ini. Sistem politik ini
dipercayai dibawa oleh zaman kesultanan Melayu Melaka iaitu Parameswara yang bertapak
di Melaka seawall abad ke-15 Masihi lagi. Sistem politik Melayu kini pula ditambah nilai
dengan aspek demokrasi. Sistem demokrasi berbentuk musyawarah yang dipimpin oleh
ketua atau pemangku adat setempat. Demokrasi berparlimen yang menjadi sistem politik
Melayu kini ialah pentadbiran kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat dengan
peranan Raja atau Yang Dipertuan Agong untuk meluluskan undang-undang yang dibuat di
Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

 Secara umumnya sosial meliputi aspek persahabatan, pergaulan atau ajaran yang
bertujuan untuk membangunkan masyarakat secara damai. Ruang lingkup sosial
masyarakat Melayu sangat besar. Oleh sebab itu aspek yang dibincangkan dalam bidang
sosial masyarakat Melayu meliputi nilai murni, kesenian, undang-undang, dan bahasa.
Begitulah kenyataan A.Aziz Deraman terhadap masyarakat Melayu iaitu sifat orang Melayu
sangat terpuji lebih-lebih lagi setelah penyebaran Islam di Melaka. Hasil seni
Melayu jelasnya bukan sekadar pada imejnya walhal mempunyai takrifan makna
bersamanya. Bangsa Melayu kaya dengan hasil seni halus. Yang dimaksudkan dengan seni
halus ialah hasil seni yang melibatkan penggunaan motor halus tangan seperti anyaman
dan tenunan. Hasil tangan masyarakat Melayu ini sangat cantik dan berkualiti. Permainan
tradisional merupakan sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang
masyarakat Melayu. Seni suara merupakan bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza
bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan cita rasa seseorang. Persembahan seni
suara dan muzik dalam masyarakat Melayu adalah unik bukan sahaja sekadar hiburan
kosong. Persembahan seni suara sebenarnya mempunyai pelbagai maksud pengajaran.

Ekonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang
terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Hal ini termasuklah kajian tentang pengeluaran
dan penggunaan barang dan perkhidmatan.
Melayu telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar melalui Kerajaan Melaka pada
Abad ke-15 kesan daripada perdagangan yang berkembang pesat. Melaka telah muncul
sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain
seperti Siam, Srivijaya, dan China. Sistem ekonomi Melayu pada abad ke-15 adalah
berasaskan hasil pertanian. Hal ini berbeza daripada sistem ekonomi orang Melayu kini
yang tinggal di kota yang kebanyakannya bekerja dalam sektor perindustrian, perdagangan,
pengangkutan, dan lain-lain. Buktinya dapat dilihat pada halaman ke-9 dan ke-16 yang
membuktikan bahawa sistem ekonomi Melayu pada abad ke-15 adalah daripada hasil
pertanian.
5.0 KESIMPULAN

Dengan berdasarkan penjelasan tentang latar belakang budaya orang Melayu, maka kajian
ke atas kesantunan orang Melayu perlulah berada dalam kerangka nilai-nilai Islam.
Kesantunan dalam kehidupan masyarakat Melayu tidak hanya terbatas dalam perlakuan
berbahasanya sahaja, bahkan turut melibatkan perlakuan adat. Selain itu, Lakoff (dalam
Khaidi Zhan, 1992), menjelaskan bahawa kajian ke atas fenomena kesantunan antara
budaya adalah penting untuk menjelaskan aspek kesantunan yang universal dan
kesantunan yang hanya terdapat dalam masyarakat tersebut sahaja. Jelaslah di sini bahawa
konteks kebudayaan penting dalam memahami kesantunan orang Melayu.

LAMPIRAN

Wayang kulit Wayang Kulit merupakan


persembahan bayangan
patung yang menggunakan
bahasa Melayu-Siam
Selatan. Seni hiburan ini
popular di Pantai Timur
serta mengandingi unsur
dan pengaruh daripada
Hindu dan Islam.

Mak Yong Sejenis dramatari


berunsurkan Negara Thai
seperti gerakan tangan, jari
dan posisi kaki. Demikian
juga alatan muziknya seperti
geduk dan gedombak. Tarian
ini menggambarkan
kehalusan dan keindahan
istana.

Kuda Kepang Sejenis tarian yang


mendapat pengaruh Hindu
dan Islam. Dramatari ini
tanpa dialog yang
mengisahkan satu cerita atau
keadaan emosi umum
dengan muzik.

Menora Sejenis dramatari yang


mengisahkan Jataka,Buddha
bercirikan Negara Thai telah
diserap ke dalam kebudayaan
Melayu. Persembahannya
menunjukkan percantuman
unsur Negara Thai dengan
Melayu.

Joget Gamelan Popular di Terengganu dan


Pahang. Ia berasal dari
Indonesia. Tarian ini di bawa
oleh orang Bugis dari
Kepulauan Riau. Ia
menceritakan cerita Panji
seperti Raden Galuh Cendera
Kiranadan Raden Ini Kertapati.
(a) (b)

BAJU KURUNG PAHANG BAJU KURUNG MODEN


Dalam Kajian Kerja Kursus BMM 1024, Pengenalan Kebudayaan Dan Kesusasteraan
Melayu, saya mengetahui tentang jenis-jenis baju kurung melalui temu ramah dengan
seorang pelajar Melayu, Husna Athirah Binti Hairi, Unit U2 di IPG Kampus Ipoh.

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, kerana di atas
limpah dan kurniaNya, maka dapatlah saya menyiapkan Kerja Kursus BMM 1024, tugasan
pertama ini dengan jayanya.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada pensyarah Encik Abd Rani Bin Hassan . Beliau telah meluangkan
banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing Unit V3, kelas saya untuk
menyempurnakan kerja kursus ini. 

Ucapan penghargaan ini turut didedikasikan kepada ibubapa saya kerana berkat doa dan
motivasi mereka merangsang semangat saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan
serta jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan kewangan
terutamanya untuk tujuan percetakan kerja kursus kepada saya sepanjang masa.
Penghargaan kepada rakan baik saya dan semua rakan seunit V3 lain atas kesudian
membantu dan memberi segala nasihat.

Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya
secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Kerja Kursus BMM1024 ini. Tidak
dapat dinafikan, pemberian tugasan kerja kursus ini telah memberikan saya pelbagai
pengalaman dan pengetahuan yang bermakna serta dapat diaplikasikan di sekolah kelak
nanti. Sekian, terima kasih.

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

2.0 Konsep dan definisi budaya Melayu

3.0 Konsep masyarakat Melayu yang melibatkan aspek akal budi, pemikiran, pertuturan,
perlakuan dan gaya hidup

4.0 Bidang Kebudayaan Melayu dalam sistem politik, aspek sosial dan aspek ekonomi

5.0 Kesimpulan

6.0 Rujukan
6.0 RUJUKAN

Asmah Hj. Omar (1986), Nahu Melayu Mutakhir, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka

Andres Eppink (1990), Cultural Anthropology, Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall

Kamus Dewan (2005), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

M. Sangar (2011:4) http://studentsrepo.um.edu.my/6124/2/BAB_DUA_KONSEP.pdf

Portal Rasmi Kementerian Penerangan, komunikasi dan kebudayaan, (2009). Dasar

Kebudayaan Kebangsaan. Dicapai daripada http://www.kppk.gov.my pada 16 Mac 2013

Suwardi Endraswara (2006), Metodologi Penelitian Kebudayaan. Yogyakarta: Gadjah Mada

Universiti Press.
Siti Ahmad Dsuli (2014), Petikan daripada ,http://studentsrepo.um

edu.My/6124?BAB_DUA_KONSEP pdf

You might also like