You are on page 1of 2

SOALAN RAMALAN (Bhg Struktur - 5 markah)

Berikut merupakan beberapa soalan yang kebiasaannya ditanya khususnya bagi Subjek Morfologi
Bahasa Melayu :

1) Apakah yang dimaksudkan dengan fonem?

Fonem bermaksud gabungan terkecil dalam sebuah bunyi bahasa yang masih boleh menunjukkan
fitur perbezaan makna.Fonem ialah unit bahasa terkecil  yang berfungsi. Satu unit ujaran yang
bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata malu. Kata ini terdiri
daripada empat unit bunyi, iaitu m, a, l, u. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang
berfungsi. Jika  m diganti dengan l, maka malu akan bertukar menjadi lalu.

Oleh itu, m  dan l  adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud
ujaran. Dalam BM sesuatu fonem mempunyai ciri fonetik yang sama tetapi berlainan bunyi apabila
hadir pada kedudukan yang berbeza. Varian fonem yang berdasarkan kedudukan ini dikenali
sebagai alofon.

2) Apakah yang dimaksudkan dengan morfem?

Morfem ialah unit nahu terkecil dalam kata. Terbahagi kepada dua iaitu morfem bebas dan morfem
terikat.

Morfem bebas boleh berdiri sendiri sebab mempunyai unit nahu yang bermakna dan difahami.

Contoh morfem bebas:


lari
makan
pulang

Morfem terikat pula tidak mempunyai makna dan memerlukan morfem bebas untuk membentuk
makna.

Contoh morfem terikat:


'ber' dalam perkataan 'berlari' ialah morfem terikat. Ini kerana kata 'ber' itu tidak mempunyai makna
apa-apa dan hanya mempunyai makna apabila 'ber' bercantum dengan 'lari' untuk menjadi 'berlari'.

3) Apakah yang dimaksudkan dengan morfem kosong?

Morfem kosong iaitu morfem yang berubah fungsi nahunya tanpa sebarang perubahan pada
bentuknya. Dalam bahasa Inggeris misalnya  perkataan sheep    'kambing biri-biri' bentuk
jamaknya sheep  juga tanpa pertambahan morfem -s. Oleh itu, perubahan daripada bentuk tunggal
kepada bentuk jamak dalam perkataan sheep  tidak melibatkan perubahan atau pertambahan
sebarang bentuk. Bagi kata kerja pula, put 'meletakkan' , bentuk kala lampaunya tetap put juga, iaitu
tidak mengalami apa-apa perubahan atau pertambahan sebarang bentuk. Ada morfem yang
berubah fungsi nahunya tanpa apa-apa perubahan pada bentuknya. Contohnya dalam bahasa
inggeris. jamak akhiran s,,menunjukkan kuantiti yang banyak( book=books).
4) Berikan tentang konsep morofologi?

Morfologi ialah kajian tentang proses pembentukan kata yang akan melalui proses penyusunan
morfem atau unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dari segi struktur, bentuk dan
penggolongan kata sebagai prosesnya.

5) Apakah perbezaan antara akar kata dan kata dasar

Definisi kata akar ialah perkataan yang belum diberi apa-apa imbuhan yang boleh merupakan
morfem bebas. contohnya rawat dalam perkataan jururawat atau morfem terikat seperti jatuh
dalam perkataan terjatuh. Manakala kata dasar pula ialah perkataan yang  menjadi dasar dalam
sesuatu perkataan sama ada perkataan itu telah menerima imbuhan atau belum menerima
imbuhan.contoh paksa menjadi terpaksa. Dalam konteks ini, kata akar bagi perkataan keterpaksaan
ialah paksa. Manakala kata dasarnya ialah terpaksa.  kesimpulannya,kata akar boleh menjadi kata
dasar tetapi kata dasar tidak semestinya menjadi kata akar.

You might also like