You are on page 1of 6

1.

0 PENGENALAN

Perkara 152 Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan bahawa bahasa Melayu


menjadi Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan ini hendaklah digunakan di dalam
urusan rasmi dalam semua bidang. Jadi, bahasa Inggeris hanya tidak digunakan lagi dalam
upacara-upacara rasmi kerajaan, di pejabat-pejabat kerajaan atau sebagai bahasa
pengantar di universiti dan sekolah-sekolah, tetapi dalam bidang perundangan, perniagaan,
perbankan, perubatan, pergigian dan sektor swasta masih menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa utama dalam urusan mereka (Asmah Hj.Omar, 2003a:73). Bahasa Inggeris
kembali memberi cabaran terhadap bahasa Melayu apabila kerajaan memperkenalkan polisi
penswastaan dan pensyarikatan apabila pengkorporatan institusi pengajian tinggi awam dan
pusat pendidikan tinggi swasta diwujudkan. Ini bermakna berlakunya perubahan dasar
terhadap bahasa dan pendidikan negara yang membenarkan penggunaan bahasa Inggeris
dengan lebih luas lagi. Gejala ini menjadikan martabat dan status bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu tercabar.

Skop perbincangan kerja kursus ini menumpukan isu-isu yang dihadapi oleh bahasa Melayu
dalam abad ke-21 dan langkah-langkah menangani kesemua isu dinyatakan.

2.0 ISU BAHASA ROJAK

Apabila membicarakan “bahasa rojak”, kita tentulah merujuk bahasa bercampur aduk yang
digunakan dalam tulisan dan juga lisan. Penggunaan bahasa rojak akan beransur-ansur
menghakis kekuatan sesuatu bahasa. Penggunaan bahasa rojak sudah semakin sebati dan
menjadi barah bahkan bagai api di dalam sekam yang membakar senyap sehingga
merosakkan kekuatan bahasa Melayu.

Majalah dan komik di pasaran turut mengembangkan penggunaan perkataan atau frasa
yang ditulis dalam bahasa rojak. Trend penggunaan bahasa rojak kini menjadi sebahagian
kata-kata seharian murid sekolah rendah dan menengah. Misalnya ungkapan kata “diorang”,
“kitorang”, “try dulu’’, perkataan Melayu yang direka-reka, dipendekkan ataupun kata-kata
yang diambil daripada bahasa asing.

Selain itu, Bahasa rojak sememangnya meninggalkan keburukkan yang semakin ketara.
Antara keburukkan penggunaan bahasa rojak ialah Negara memiliki bangsa yang gagal
berkomunikasi dengan baik. Ia menurunkan kedudukan bahasa Melayu. Selain itu, bahasa
rojak menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus menimbulkan
salah faham.

1
Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan
memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan
budaya.

Kedua-dua gambar rajah di atas, menunjukkan penggunaan bahasa rojak dalam keratan
akhbar sebagai judul berita dan sebuah komunikasi masing-masing.

3.0 PERSEPSI NEGATIF TERHADAP BAHASA MELAYU

Cabaran ini bertambah hebat apabila komuniti dalam persekitaran kurang pengetahuan
yang khusus dalam bahasa kebangsaan terutamanya dari aspek sintaksis bahasa itu
sendiri, maka mereka akan bersikap endah tak endah terhadap bahasa yang digunakan.
Sikap tidak mengendahkan kepentingan bahasa kebangsaan terus menular dalam kalangan
mereka sehingga perkara ini menjadi barah yang semakin menular dan memberikan kesan
yang sangat buruk serta sehingga satu tahap cabaran ini sukar untuk dibendung dan
dirawat oleh pihak-pihak yang tertentu. Menurutnya orang Melayu tidak mementingkan mutu
penggunaan bahasa, seperti menggunakan bahasa Melayu bercampur dengan Inggeris
dalam pertuturan seharian. Sesetengah orang Melayu beranggapan bahawa penggunaan
bahasa Melayu yang betul tidak begitu penting bagi kemajuan mereka. kurangnya bahan
rujukan dan buku teks yang ditulis dalam bahasa tempatan (bahasa Melayu) sama ada
karya asli ataupun terjemahan (Hashim Hj.Musa,2004:164).

2
4.0 PENGARUH TEKNOLOGI

Cabaran dalam teknologi maklumat begitu hebat, bahasa Melayu perlu seiring dengan
perkembangan teknologi maklumat. Hal ini disebabkan, pelbagai maklumat yang terkandung
dalam pelbagai jenis teknologi maklumat yang sedia ada harus terdapat dalam bahasa
Melayu ini, benar-benar sesuai dengan hasrat untuk menyejagatkan bahasa Melayu, dan
teknologi maklumat itu sendiri merupakan saluran yang cukup penting canggih, cekap dan
pantas untuk tujuan tersebut. Oleh itu, bahasa Melayu bukannya perlu bersaing dengan
teknologi maklumat, sebaliknya ia patut bersepadunya dengannya. Dengan cara ini, bahasa
Melayu mampu mengaplikasikan sumber ilmu itu untuk menjanakan maklumat pelbagai
bidang dalam dunia serba teknikal ini.

Sebagai satu pandangan umum, masyarakat perlu memperlihatkan sikap terbuka dan
kesediaan untuk menghadapi cabaran perkembangan yang pesat dalam ICT dengan
pengaruh bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Perlu diakui bahawa bahasa Melayu
masih lagi ‘muda’ atau setahun jagung dari sudut peristilahan sains dan teknologi
berbanding dengan bahasa Inggeris. Usaha supaya bahasa Melayu diterima dalam era siber
hanya akan terlaksana jika masyarakat bahasanya mempelajari pengalaman dan kejayaan
yang telah dicapai oleh bahasa Inggeris. Dengan cara dan langkah ini, kita percaya
perkembangan bahasa Melayu akan terus bersemarak seandainya kita bersikap terbuka.
Dengan adanya ilmu sains dan teknologi maklumat dalam bahasa Inggeris, kita boleh
menterjemahkan ke dalam bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu.Secara langsung, bahasa
Melayu dalam sains dan teknologi maklumat akan terus meningkat dan berkembang. Oleh
yang demikian Gagasan Agenda Ilmu yang dikemukakan oleh Shahrir Mohd. Zain (1995)
amat bertepatan 79 Jurnal Pengajian Melayu, _Niel 19, 2008 dengan kehendak dan
keperluan negara kita supaya semua penyampaian maklumat dalam sains dan teknologi
dilakukan dalam bahasa Melayu.

5.0 LANGKAH-LANGKAH MENANGANI ISU- ISU BAHASA MELAYU

Isu yang timbul ini bukan sahaja menuntut satu pihak sahaja yang memikul tanggungjawab
malah isu seperti ini harus kita pikul bersama kerana berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing. Segala sesuatu perkara yang susah akan menjadi mudah dan senang untuk diurus
agar cabaran ini tidak menjadi satu penghalang yang sangat besar dalam bidang
pendidikan suatu hari kelak.

3
DBP ditubuhkan dengan tujuan untuk membangun bahasa kebangsaan dan kesusasteraan
kebangsaan serta penerbitan di dalam bahasa kebangsaan. Para guru dan pensyarah turut
memainkan peranan penting menaikkan imej bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sejak
di tadika sampailah ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Tiada salahnya ibu bapa memberikan pendedahan awal kepada anak-anak untuk bertutur
menggunakan bahasa kebangsaan di rumah. Pendedahan ini bukan bermaksud mereka
tidak boleh bertutur menggunakan bahasa ibunda tetapi ibu bapa perlu bijak
menyeimbangkan penggunaan bahasa anak-anak terutama dalam berkomunikasi. Oleh itu,
ibu bapa harus menggunakan bahasa yang betul semasa mereka berkomunikasi dengan
anak-anak.

Lebih-lebih lagi guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu tidak boleh menggunakan
bahasa yang bercampur-aduk kepada murid-murid. Tambahan lagi, kementerian
seharusnya melakukan perubahan yang sistematik. Dalam konteks ini, sistem pendidikan
mesti dibangunkan dan dibuat pembaharuan supaya ia dapat memenuhi aspirasi negara
dalam memartabatkan mata Melayu di antarabangsa. Kementerian Pendidikan membuat
pembaharuan yang disifatkan sebagai sesuatu yang mesti menjangkau masa yang agak
lama. Ia mesti berifat sistematik iaitu ia tidak boleh terdiri dari satu komponen pendidikan
“educational content’ dan ia mestilah diolah agar perubahan menjadi lebih holistik.
Kenyataan ini telah diluluskan di Rang Undang-undang Pendidikan 1995 membolehkan
reformasipendidikan dilaksanakan.

Pihak kerajaan perlu mewajibkan penggunaan bahasa yang gramatis bagi papan-papan
tanda. Hal ini perlu dipandang serius kerana bahasa menunjukkan bangsa. Jika pelancong
asing datang ke negara kita, mereka akan terpengaruh oleh penggunaan-penggunaan
bahasa yang salah, seterusnya masalah pencemaran bahasa menjadi lebih serius. Oleh itu,
papan-papan tanda yang ingin dibuat perlulah mendapat kelulusan daripada pihak Dewan
Bahasa dan Pustaka. Dengan cara ini, isu pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat
akan dapat dibendung. Tindakan ini bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai
asas perpaduan rakyat berbilang keturunan, atau maksud lain untuk menjadikan bahasa 71
Jurnal Pengajian Melayu, lila 19, 2008 Melayu sebagai salah satu asas pembinaan negara
(Awang Sariyan, 2004:43,44,45).

4
6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, peranan semua pihak dalam bidang pendidikan tidak kira guru, murid, ibu
bapa atau pihak-pihak kerajaan harus bersatu padu dalam memartabatkan bahasa
kebangsaan kita. Bak kata pepatah masyarakat Iban, ‘dikelala buah ari langgu, dikelala
bansa ari jaku’ yang membawa pengertian, “kita mengenali buah semasa ianya sedang
berputik dan kita dikenali sebagai satu bangsa melalui bahasanya.” Jika tiada prakarsa
daripada mana-mana pihak, maka pupuslah bahasa dan lenyaplah bangsa. Langkah untuk
mengutamakan bahasa Melayu ini dilakukan agar generasi akan datang dapat merasakan
keaslian dan ketulenan bahasa ibunda mereka yang selama ini diperjuangkan. Bahasa
Melayu boleh menjadi bahasa antarabangsa sekiranya, " a language that is as simple, as
regular, as logical, as rich and as creative as possible." (Sapir, 1949:113).

5
7.0 RUJUKAN

Abdullah Hassan, 1997. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu dan EseiEsei Lain. Shah
Alam:

Penerbit Fajar Bakti.

Asmah Hj.Omar, 2003a:73Language And Language Situation In South East Asia: With a

Focus On Malaysia, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Awang Sariyan, 2004. Teras Pendidikan Bahasa Melayu. Asas Pegangan Guru, PTS

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Hashim Bin Hj. Musa, 2004. Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia: Menghadapi

Globalisasi Barat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Pembinaan Bahasa Melayu Perancangan Bahasa Di Malaysia.(1982) Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Sapir, E, 1949. Selected Writings In Language, Culture and Personality. (Tiada catatan

penerbit dan bandar).

You might also like